Ini Sebab Kenapa Wujudnya Lemonade Cheese Brownies

Setiap jenis brownies yang zaty keluarkan, ada cerita dan kisah disebalik kejadiannya. Seboleh-bolehnya brownies zaty perlu buatkan seluruh deria rasa pada lidah orang yang menjamahnya mampu identify tekstur dan elemen rasa yang kami adun dengan penuh ketelitian.

PicsArt_08-04-02.28.29

Lemonade cheese brownies zaty cipta khas buat kalian yang berjiwa muda. Yang sentiasa suka pada cabaran. Yang sering mahu kelihatan cergas dan bertenaga. (this is the main reason why people age 48 years and above will not purchase this kind of brownie flavour)

Disebabkan itulah, rasa coklat pada adunan brownies dengan rasa lemon yang diperah dalam adunan cream cheese adalah sama padu. Very strong taste. Coklat yang pahit manis diiringi oleh bau serta rasa lemon yang masam serta sedikit manis.

Dan akhirnya, yang melengkapkan dan menyeimbangkan kedua-dua rasa coklat dan lemon ini tadi ialah rasa lemak masin cream cheese yang kita “tanamkan” secara berkala di atas adunan brownies sebelum dibakar hingga masak keseluruhannya.

Tugas kalian cuma satu. Nikmatinya dengan lafaz Bismillah dan hayati rasanya ketika otak rasa penat berfikir, badan rasa letih tak bermaya.

Then, you will find yourself become more energetic, positive and happy throughout the day. InshaaAllah😍💪

shopee.com.my/zaty_lacocina

Resepi Brownies Kami dah di UPGRADE! Rasa yang lebih umphhh gitu

Hai semua. zaty nak bagitahu yang DUA LAGI PILIHAN brownies kami yang terkini dah pun ditingkatkan kualiti resepinya (IMPROVED RECEPI). Yeayy happy betul😍

MIXED NUTS CALLEBAUT PREMIUM BROWNIES

PicsArt_07-22-09.55.59

1) Dulu ada 100 gram kekacang, sekarang kita tambah lagi 100 gram = 200 gram kekacang dalam sebiji brownies bersaiz 10×10 inci

2) Dulu kita guna 6 jenis kacang : walnut, almond, hazel, pecan, macadamia dan cashew.

Sekarang kita decide untuk pilih dan guna 4 jenis kacang PREMIUM SAHAJA : pecan, macadamia, hazel dan cashew (total berat 4 jenis kacang ini adalah 200 gram)

3) Kekacang dipanggang di atas api bersama pure butter serta renjisan unbleached and unprocessed sea salt untuk naikkan aroma serta rasanya.

4) kami TAMBAH lagi kuantiti coklat jadi lebih banyak untuk buatkan brownies rasa lebih STRONG dan PADU dengan coklat MEWAH. Dulu guna brand callebaut dan sekarang masih lagi setia dengan callebaut.

saiz 5×5 inci RM 48
saiz 7×7 inci RM 69
saiz 10×10 inci RM 110

EXTRA SAVING BROWNIES

PicsArt_07-23-09.12.44

1) dulu 100% guna gula putih. Sekarang kita ubah guna 100% gula perang sama macam brownies yang lain-lain juga.

2) dulu hanya ada satu saiz 7×7 inci RM 29. Sekarang ada saiz besar 10×10 inci dengan harga cuma RM 39 SAHAJA (tambah RM 10 dapat saiz besar terus)

3) dulu ada taburan kepingan badam kat atas sebagai topping. Sekarang kita ubah dengan taburan milk dan white chocolate sebagai topping.

Kesimpulannya yang MIXED NUTS CALLEBAUT BROWNIES sangat sesuai untuk kalian yang sukakan rasa coklat PADU dan ORIGINAL dengan kurang rasa manis gula.

Manakala EXTRA SAVING BROWNIES adalah untuk kalian yang suka makan brownies pada HARGA MURAH dan BERBALOI-BALOI sangat.

Kalian boleh buat tempahan terus dengan tekan link di bawah ya :

shopee.com.my/zaty_lacocina

#BrowniesBolehPosSeluruhMalaysia
#BrowniesEzzatyySuffian

Kenapa Brownies Tak Berkedut? Salah Cara Buat Ke Tu?

PicsArt_07-23-09.10.55

zaty…..kenapa brownies zaty tak berkedut ya?

Jawapannya cuma satu sayang. Brownies zaty masih dalam range usia 20an. Masih muda remaja gitu. Hahaha. (Ada jugak zaty kena sekeh kepala nanti).

Awal-awal dulu waktu kita mula buat brownies, kita pun mati-mati ingat bila buat brownies wajib berkedut. Kedut tu maknanya sedap yang amat. Pemahaman zaty macam tu dulu tau.

zaty pergi pulun buat eksperimen hampir 20 biji brownies hanya untuk dapatkan lapisan kedut. Aduhaiilah padan muka kami. Girls, kedut bukan elemen utama untuk buatkan brownies kita rasa sedap gila okay.

Brownies actually tak diukur dengan kedut semata-mata. Tapi dia diukur dengan tekstur dan rasa. Kedut tu macam presentation. Nak nampak brownies kita cantik menarik.

Cuma daripada result R&D kami, nak jadikan brownies kita kedut ada 3 cara yang kami jumpa. Salah satunya ialah gunakan gula sama banyak atau lebih kurang banyak dengan dark chocolate. Dan untuk dapat kedut dengan mudah, kita gunakan gula castor (gula putih).

Dalam pilihan brownies yang kami sediakan, brownies kedut cuma ada pada TRIPLE CHOCOLATE BROWNIES sahaja. Ini pun kami gunakan cara kedua dan ketiga (sorry tau. zaty tak ready lagi nak bagitahu apa dia caranya)

Maksudnya kita langsung tak guna cara pertama tadi iaitu gunakan gula yang sama banyak dengan dark chocolate. Kami juga langsung tak gunakan gula putih. Sebab, aim kami untuk pasarkan brownies adalah TIADA GULA PUTIH dan TAK MANIS DENGAN RASA GULA.

PicsArt_07-23-09.12.44

So, kenapa yang lain-lain (selain triple chocolate brownies) zaty taknak buat kedut?

Sebabnya cuma satu. Kedut ini adalah satu lapisan nipis di atas permukaan brownies. So dia sangattttt lah senang nak peel off. Dan kalian bayangkan bila dia sensitif gitu pastu nak kena packing dan pos pulak ke customer.

Ya Tuhan, buruk yang amat. Serius! Terkupil-kupil kedut keluar. Tinggal lah nampak base blondies yang tak cantik. So, i’m not happy with that result. Kita nak bagi ke customer, of course kita nak bagi the best.

After this, kalian akan faham kenapa appearance dan presentation brownies zaty biashe-biashe aje. Tapi bila digigit dan dijamah, makkk aiii zatyyyyy! Apasal sedap sangat rasa brownies ni? Sedap namatey wehhh!

over je kan si zaty ni.

Begitulah yang zaty nak cerita. Soalan survey zaty, kalian lebih prefer brownies yang kedut atau brownies yang sedap ya?

P/s : gambar ni namanya EXTRA SAVING BROWNIES. Rm 39 jer saiz besar 10×10.

shopee.com.my/zaty_lacocina

#BrowniesBolehPosSeluruhMalaysia
#BrowniesEzzatyySuffian

Beza coklat Couverture dan Compound

PicsArt_07-25-06.42.45.jpg

Bahan utama yang kita kena guna untuk buat brownies ialah dark chocolate jenis pepejal. Kita boleh pilih sama ada nak gunakan bar ataupun coin/callet. So, kita akan cairkan dark chocolate ini dengan teknik double boil.

Kalau kalian nak tahu, kat pasaran ada 2 jenis pilihan coklat. Satu namanya COUVERTURE dan lagi satu namanya COMPOUND. Kalian rujuk pada gambar yang zaty letak kat bawah ya.

Yang coin kecil-kecil sebelah kiri tu couverture coklat. Dan coin yang sebelah kanan besar-besar tu pulak compound chocolate. Kita boleh guna kedua-dua jenis coklat ni untuk buat brownies.

So, apa bezanya couverture dengan compound?

Perbezaan paling utama : raw ingredients, kualiti, harga, rasa dan result yang terhasil (brownies) semuanya berbeza. Kalau perasan, warna dua jenis coklat dalam gambar tu pun lain kan.

Macam Couverture, dia actually HIGH GRADE chocolate yang dihasilkan daripada biji koko berkualiti tinggi. Most people say, couverture chocolate=original and real chocolate.

Bahan utama untuk hasilkan couverture ialah cocoa butter + chocolate liquor = campuran coklat paste yang sangat pekat dan likat (mass cocoa).

Berbeza pula dengan compound chocolate. Compound ini dihasilkan sebagai satu alternatif untuk dapatkan produk coklat dengan kos yang lebih murah.

Jadinya, untuk hasilkan compound chocolate, biasanya pengilang akan gunakan raw material dari cocoa powder + vegetable oil atau nama lainnya lemak sayuran (non cocoa fats) sebagai gantikan cocoa butter dan juga chocolate liquor yang ada dalam couverture tadi.

Couverture ada banyak pilihan kat pasaran ikut berapa peratus cocoa solids yang ada di dalamnya. Cocoa solids tu maknanya jumlah kandungan koko di dalam produk couverture itu sendiri (cocoa butter+cocoa liquor). Ada cocoa solids nya 35%, ada yang 50%, 60%.

Lagi tinggi kandungan cocoa solids, lagi kuat rasa pahit, masam, manis (bittersweet) kokonya. Macam compound chocolate pulak, dia punya rasa pun bergantung pada kualiti raw material yang digunakan especially cocoa powder dan peratusan gula di dalamnya.

Coklat compound tak dibezakan dengan peratus cocoa solids sebab paling jelas dia takde cocoa butter+cocoa liquor tadi.

Atas faktor penggunaan raw materials dan juga cara pembuatan coklat inilah yang buatkan harga mereka sangat jauh beza. Makna kata, yang couverture chocolate seperti brand callebaut tu harganya berganda-ganda mahalnya nak bandingkan dengan compound chocolate.

Dan rasanya juga of course, couverture chocolate sangat sedap walau dimakan dan dikunyah begitu sahaja. Untuk compound chocolate harganya pulak bergantung kepada kualiti bahan yang diguna serta jenama dia sendiri.

So, untuk brownies-brownies zaty, kita memang gunakan dua-dua jenis coklat. Kebanyakan brownies zaty semuanya guna coklat compound (harga brownies RM 28.90 sehingga RM 78 bergantung pada saiz, topping dan filling)

Cuma satu je yang guna coklat couverture. Nama dia adalah THE ULTIMATE mixed nuts callebaut brownies.

saiz 10×10 dijual pada harga RM 110
saiz 7×7 dijual pada harga RM 69
saiz 5×5 dijual pada harga RM 48

shopee.com.my/zaty_lacocina

#BrowniesBolehPosSeluruhMalaysia
#BrowniesEzzatyySuffian

Rating 5 Bintang untuk Extra Saving Brownies Kami

MasyaAllah terharu sangat zaty. EXTRA SAVING brownies pun dapat RATING 5 BINTANG. Finally, kami berjaya buktikan yang walaupun dia kategori brownies budget, dia masih boleh diadun tanpa guna gula putih langsung (100% gula perang sahaja).

FB_IMG_1565937311569

Walaupun dia kategori brownies cut cost, dia tak perlu nak berlebih-lebihan dengan ratus gram gula hingga tahap manis tak boleh nak telan.

Dan yang penting, dark chocolate yang kita guna pun tetap dari jenama beryls tanpa perlu pilih coklat compound jenis timbang kilo tak tahu nama.

Walau dia brownies harga murah…dia tetap dilayan dan dibuat dengan sepenuh hati, setulus kasih dan sayang sama macam brownies PREMIUM yang lain.

Tiada satu pun brownies kami yang di anak tirikan. Semuanya kami belai elok-elok😊

Terima kasih tak terhingga zaty nak ucapkan buat kalian semua kerana sudi percaya dan tempah brownies kami selama ini❤

shopee.com.my/zaty_lacocina

#BrowniesBolehPosSeluruhMalaysia
#BrowniesEzzatyySuffian

Perghhhh 200 gram kacang woihhh!

PicsArt_07-28-09.49.07

Abang z : zaty, banyak sangat ni kacang kita letak kat dalam THE ULTIMATE mixed nuts callebaut brownies. Abang sampai tak tahu dah nak selit kat mana lagi kacang ni.

zaty : haha. Nama pun THE ULTIMATE abang ooii..padanlah dengan KUALITI dan harga dia. Alang-alang kita aim buat BROWNIES yang POWER, kita hempuk je semua bahan BERKUALITI dalam brownies tu. Baruuuu puas hati.

Abang z : eh ehhhh….macam marah jer?

zaty : taklah. Tengah semangat gila ni. Gila pun tak semangat macam ni😂

Ya kawan. Satu biji brownies THE ULTIMATE 10×10 inci kita guna 4 jenis HIGH GRADE kekacang yang total amaunnya adalah 200 GRAM PLUS PLUS.

Cuba kalian check kat pasaraya, kacang jenama tong garden semua tu kan. Kacang high grade diorang macam campuran CASHEW, HAZELNUT, PECAN dengan MACADAMIA berapa RM diorang jual.

REAL COKLAT callebaut x 4 HIGH GRADE kekacang = RASA BROWNIES PADU sampai rasa nak melayang hingga ke bulan woih!

shopee.com.my/zaty_lacocina

#BrowniesBolehPosSeluruhMalaysia
#BrowniesEzzatyySuffian

Marble Cheese Brownies Favourite Mak-mak Kita

FB_IMG_1565932625947Mak mertua zaty telefon malam tadi tanya balik raya haji bila. Punya dia happy sebab anak menantu dan cucu-cucu dia nak balik kampung. Tambah lagi satu kegembiraan hati dia juga bila dapat tempah MARBLE CHEESE BROWNIES untuk juadah hari raya.

Bukan 1 biji. Tapi 3 biji okay. Saiz besar teruih (10×10 inci). Katanya nak jamu jiran tetangga yang datang beraya. zaty perasan satu perkara tau. Rupa-rupanya mak-mak kita suka juga makan brownies. Tapi lebih prefer brownies yang ada cheese.

Sebabnya, mak zaty pun kata teringin nak makan cheese brownies. Mak kawan zaty pun favourite dia cheese brownies. Diorang cakap sedap lagi yang ada cheese since berasa lemak masin cream cheese yang kami letak tu.

Kalian nak bawa balik buah tangan CHEESE BROWNIES ke kampung halaman? zaty buka order hari ini hingga selasa jam 6 petang je. Atau kalau kuota tempahan dah penuh, kita tutup terus bila-bila masa sahaja.

Ini zaty nak habaq satu rahsia kat hampa semua. Dulu-dulu lah kan…cream cheese kami letak dalam 250gram ja tau. Tapi sekarang kan, resepi kami dah improved sebab peminat CHEESE BROWNIES ni lain macam sikit. Diorang kata kalau boleh nak cheese tu tebal yang amat.

So, kami apa lagiii. Kami p tambah cheesenya jadi +/-400 gram kat sebiji brownies bersaiz 10×10.

Haaa, biaq p BROWNIES KAMI RASA PADU DENGAN CHEESE gitu. Kalian yang peminat cheese rasa happy tak ni? Heeeeheee😁

Saiz 7×7 harga 58.90
Saiz 10×10 harga 76.50

Poslaju RM 5.40 je bila kalian beli kat shopee tau (normal rate poslaju RM 17)

Boleh lah kan hadiahkan untuk mak kita yang tersayang. Kalian jangan risau. Brownies kami semua boleh pos dengan SELAMAT seluruh Malaysia tau.

shopee.com.my/zaty_lacocina

#BrowniesBolehPosSeluruhMalaysia
#BrowniesEzzatyySuffian