Cuba Teknik Ini Bila Jiwa Resah dan Emosi Rapuh

Orang perempuan bila dia rasa happy, dia akan rasa macam satu dunia ini milik dia yang punya. Dia dah tak kisah tentang apa yang berlaku di sekeliling dia. Yang dia tahu hati sedang berbunga bahagia, muka sentiasa tersenyum gembira.

Tapi jaga-jaga. Bila sekali dia bersedih dan rasa down, perasaan dan emosi negatif ini akan dibawa-bawa dari mula bangkit dari tidur sampailah nak tidur malam semula sampaiiilahhh berlanjutan berminggu malah berbulan-bulan lamanya. Ini yang bahaya.

Sebab bahaya : emosi negatif sangat boleh arahkan diri kita untuk sentiasa jadi tak keruan dan nak marah sentiasa, boleh jadi stress teruk hingga akhirnya bawa diri kita menjadi seorang yang depress.

Ya kawan. Emosi perempuan memang cepat benar tersentuh dan terlalu rapuh. Lagi-lagi bila dia tak shut down media sosial untuk sementara waktu. Lepastu bila dia scroll up and down the medsos, dia mula nampak nikmat-nikmat yang orang lain peroleh yang belum ada lagi untuk diri dia.

Syaitan lah paling galak sekali nak cucuk-cucuk kita time ni. Nak bagi emosi negatif kita jadi lagi meluap untuk pertikaikan takdir Tuhan untuk kita. Lagi dia nak sesatkan kita. Bersungguh-sungguh dia berusaha supaya kita jadi lebih keras kepala dan keras hati.

Huhu. zaty ni nampak je kuat. Nampak je menulis bagi motivasi kat kalian semua. Tapi, bila saat zaty down, semangat takde nak terus berjuang, menangis teresak-esak mengalahkan faqeeha….zaty pun rasa macam dah taknak bangkit lagi.

FB_IMG_1566179376744.jpg

Cuma apa yang zaty perasan, setiap kali zaty buat satu teknik ni, emosi zaty yang tengah rapuh, down, stress semuanya boleh hilang dengan sangat cepat. Tak berlama-lama macam dulu lagi. Takat 2-3 hari atau paling lama seminggu je, emosi zaty boleh kembali kuat dan ceria semula.

Teknik yang zaty buat adalah zaty membaca, melihat dan mendengar ilmu. Di saat zaty down sangat-sangat sampai tak mampu nak angkat badan sendiri, zaty akan lepak kat google ataupun youtube.

zaty cari terjemahan ayat dan surah-surah dalam Al-Quran. zaty fahamkan setiap mesej yang Allah sampaikan tentang ujian, rahmat, balasan, janji, kasih sayang, kemurkaan Allah. Bila kita baca apa yang Allah sebut dalam Al-Quran ni, kita akan terasa macam Dia sedang berbicara dengan kita. Terasa sungguh dekat rahmat Dia pada kita.

zaty selalu juga buka youtube. zaty ambik masa 10 ke 30 minit dengar ceramah ustaz dan ustazah. Yelah, tengah takde semangat kan. Badan pun rasa lemah gila. So, kita memang spend masa lepak depan phone cari input macam ni. Punya nak cari kekuatan sendiri untuk bangkit kembali.

Lepak kat youtube pun sangat best. Lepas satu ceramah, kita dengar ceramah yang lain pulak. Ada satu ceramah yang kita dengar berulang-ulang sampai 3-4 kali. Hati rasa tenang dan sangat terhibur. Lain macam perubahan positif yang kita rasa.

Kawan, sebenarnya kan…kita rasa life kita, ujian kita macam teruk sangat. Macam takde jalan untuk keluar. Tapi rupanya bukan macam tu. Bila emosi kita tengah down, kita actually sedang terperangkap dalam dunia fikiran dan emosi kita sendiri. Gelap-gelita.

Itu yang kita macam tak tahu macam mana cara nak bangkit balik. Rupa-rupanya kan, bila kita baca, lihat dan dengar ilmu…dia semacam sedang suluh jalan kita untuk keluar dari masalah yang sedang kita lalui. Terang-benderang jadinya. Dia seolah-olah bantu untuk lapangkan hati, jiwa dan fikiran kita.

Dia bantu untuk positifkan semula emosi serta mindset kita. Benar kawan, ILMU sangat-sangattt membantu menjadikan hidup kita lebih baik dan tenang. Ilmu berikan kita idea untuk macam mana nak cari cara selesaikan masalah. Ilmu adalah cahaya yang menerangi alam diri yang sedang bergelap.

Semoga post zaty yang ini dapat bagi idea dan suntik semangat kalian untuk kembali bangkit dan ceria seperti biasa. Kalau kita ada sahabat yang sudi dengar luahan hati kita, maka bersyukurlah.

Tapi sekiranya tiada, usah kita bersedih dan menyalahkan mereka. Kita tetap ada seribu satu cara lain yang boleh kita buat untuk bangkit dan terus berjuang💪

Ajar dan Didik Anak Kita Supaya Tidak Membuli

Honestly kisah arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain, penuntut UPNM yang meninggal dunia akibat didera dan dibuli rakan sebilik….sangat-sangat ganggu emosi zaty.

Kes tahun 2017 yang kali ini diimbas semula kronologi kisahnya dengan lebih detail. Allahu Allah. Kita dah mula terbayang dan fikir macam-macam. Betapa kasihannya arwah bila diperlakukan sebegitu rupa.

Betapa luluhnya hati ibu ayah arwah sebab terpaksa hadap kes ini di mahkamah bertahun-tahun lamanya. Bagaimana mahu melupakan kalau segalanya masih terngiang-ngiang di telinga juga di depan mata.

Zulfarhan_Zulkarnain_cropped

Rata-rata komen tentang kerisauan nak hantar anak-anak sekolah dan masuk asrama. Risau anak sendiri nanti dibuli. Ya, zaty sendiri pun ada berfikir macam tu. Ibu mana yang tak sayang anak. Kita nak cubit anak pun tak sampai hati. Apatah lagi nak mendera dengan penuh emosi.

Cuma, ada satu lagi perkara yang zaty nak ajak semua parents ikut sama berfikir.

Bagaimana kita nak asuh dan didik anak-anak supaya tak jadi PEMANGSA? Supaya hatinya penuh dengan rasa kasih sesama makhluk? Supaya jiwanya sentiasa merasakan Allah S.W.T sentiasa ada melihat setiap perbuatan yang mereka lakukan?

Kita banyak risau kalau anak menjadi mangsa. Tapi kebanyakan masa, kita lupa bahawa anak-anak kita jika tak dipesan, dididik, diberi contoh yang baik…mereka boleh jadi pembuli.

Kita tak minta perkara tak baik berlaku pada anak-anak kan. Tapi of course kita mahukan anak-anak beroleh peribadi yang mulia dan akhlak yang cantik seindah akhlak nabi kita S.A.W.

Inilah tanggungjawab kita. Akhlak anak-anak memang bermula dari rumah. Jati diri anak-anak memang bermula dari apa yang kita install dalam hati, jiwa dan fikiran dia. Siapa kita sekarang akan jadi potensi yang sangat besar untuk bentuk peribadi anak-anak 10-20 tahun akan datang.

Ini point-point penting yang zaty mahu install dalam diri anak-anak zaty dari masa sekarang hinggalah dia besar nanti :

1) Ajarkan anak mengenal Allah dan sifat-sifatnya.

2) Beritahu anak untuk apa syurga dan neraka itu dijadikan. Bagaimana rupa sebenar syurga dan neraka dan bagaimana bentuk pembalasan di sana bagi setiap perbuatan kita atas dunia.

3) Fahamkan anak tentang ujian dan nikmat Allah. Bagaimana caranya untuk kita lalui ujian dengan penuh rasa sabar dan bagaimana kita mahu gunakan nikmat Allah dengan penuh rasa syukur.

4) Beritahu juga anak tentang berbuat ihsan sesama makhluk. Tentang nyawa manusia yang tak boleh ditukar ganti. Tentang cara yang terbaik untuk deal dengan orang yang sedang berbuat salah terhadap kita. Tentang kita tak boleh sewenang-wenangnya pukul dan buat jahat pada orang lain walau apa alasan sekalipun.

5) Pesan pada anak untuk pandai dan bijak pilih kawan. Jauhi kawan yang boleh bawa kemudaratan dan kemusnahan pada diri (melainkan kalau ada niat nak berdakwah). Mesti pandai jaga diri dan batas-batas pergaulan tak kiralah sesama gender ataupun berlainan jantina.

6) Terapkan pada hati anak-anak untuk rasa seronok dengan kelebihan (nikmat) yang kita ada, rasa happy dengan kelebihan yang kawan-kawan lain ada. Jangan ada rasa dengki dan iri hati terhadap nikmat yang ada pada orang lain kerana itulah yang jadi titik punca kepada bermulanya kejadian buli.

Ezzatyy Suffian
Pernah dibuli semasa sekolah rendah dulu

Jaga Kualiti Makanan Kalau Nak Kedai Ramai Orang Datang

zaty perhati je dua gerai ni. GERAI A dengan GERAI B kat cafe hospital tempat zaty kerja dulu. Cerita tahun 2013. zaty bukan perhati sehari dua. Tapi rasanya 3-4 bulan zaty dok tengok dan buat analisis sikit.

zaty pelik. Kenapa lah GERAI A pelanggan dia kurang. Pekerja siap boleh sembang, main handphone. Yang GERAI B ni pulak, pelanggan beratur punyalah panjanggg sampai ke luar cafe. Pekerja dia nak angkat kepala pun tak sempat. Berkejaran bungkus order orang.

Yang bestnya zaty memang pelanggan tetap GERAI B. Belum pukul 12 tengah hari lagi, zaty mintak izin kat boss nak keluar kejap tapau lunch kat tempat dia. Sebab takut lauk favourite zaty habis. Lagi satu tak larat nak buang masa beratur panjang-panjang.

GERAI A? Setakat yang zaty ingat, pernah dua kali je zaty beli kat dia. Kalian nak tahu kenapa GERAI B jadi huru-hara macam tu? Kenapa orang sanggup beratur panjang semata-mata nak beli lunch GERAI B instead of “jalan lalu” je kat GERAI A lepastu terus boleh makan?

Jawapannya satu je. GERAI B berjaya deliver EMOSI pada setiap nasi dan lauk yang dia masak. Emosi yang macam mana? Emosi yang bila kita makan je, terus kita rasa seperti makan kat rumah. Seolah-olah kita tengah makan air tangan mak atau isteri/suami tersayang.

Ini strategi GERAI B.

1) Setiap lauk yang dihidangkan semuanya panas-panas macam baru 5 minit tadi dimasak

2) Setiap lauk yang dimasak mesti dalam kuantiti yang sikit. Cukup sekadar 10-15 orang makan.

3) Habis lauk nombor 2 tadi tu, akan datang staff dia yang lain hantar bertray-tray hidangan lauk jenis lain pulak. Pun dalam kuantiti setakat 10-20 orang makan. Pun mesti panas-panas.

4) kalau dicampurkan point nombor 2 dan 3, total lauk yang dihidangkan/dijual untuk tengah hari tu mungkin capai hingga 20-30 jenis lauk yang berbeza, dihidangkan secara berperingkat.

5) lauk yang dia masak pulak bukan yang jenis simple sempoi. Ada terung berlado, ayam masak kurma, telur puyuh masak sambal, peria goreng telur dan macam-macam lagi. Sekali tengok, rasa nak makan semuanya.

Kalian nampak di mana EMOSI yang kita dapat bila makan masakan GERAI B ni?

Jawapannya ada 3 je :

1) semua masakan dia adalah FRESHLY COOKED. Habis satu lauk, kira habis. Dia ganti dengan lauk lain yang mesti panas.

Takde dia nak buat satu lauk tu sekali banyak. Lepastu orang yang ke 20 nak makan dah dapat lauk sejuk.

Dah takde emosinya kat situ kan?

2) Lauk dia masak sangat PELBAGAI. Rambang mata, confirm semua sedap. Sampaikan zaty siap tapau untuk makan malam sekali kalau kena buat kerja over time hari tu.

3) Setiap lauk yang dimasak guna bahan segar lagi berkualiti. Makan ikan masak asam, takde rasa isi ikan keras, ikan lama. Lauk sayur campur, semua sayur dia terasa lagi segar dan manis.

*************************************************************************************
Sebenarnya kan, bab makan ni MUDAH sangat nak dapat ramai customer. As long as kita jaga kualiti makanan. Kalau perlu panas, mesti panas. Kalau perlu sejuk, make sure sejuk.

Lepastu kita guna bahan-bahan yang segar dan berkualiti. Dan last sekali kita jaga rasa makanan tu.

Waktu ni, kalau jual mahal sikit dari kedai sebelah pun pelanggan tak kisah. Janji apa yang pelanggan makan tu mampu sentuh emosi dia. Mulut rasa sedap, perut kenyang, hati puas, jiwa pun rasa gembira.

Ezzaty Suffian
Mampu buat review makanan yang berpengaruh kalau rasa dia betul-betul sentuh emosi kita.

P/S : 3 item yang confirm boleh bantu pengaruh emosi kalian bila makan : magic potion by oven bella, magic mix by oven bella dan sambal hitam pahang by resepi sang dewi.

Untuk buat tempahan, tekan link ni http://ezzatysuffian.wasap.my

ATAU

TAIP DAN SAVE NOMBOR Ezzaty Suffian +60189532991

Surirumah VERSUS Wanita Bekerja. Siapa Lagi Hebat?

zaty pelik sangat tau. Pelik sebab kenapa isu wanita surirumah VERSUS wanita bekerjaya asyikkk sangat diceritakan, didebatkan, digaduhkan. Ingatkan 3-4 tahun lepas je isu ni timbul.

Tup-tup seminggu dua ni ada balik ceritanya. Alahaiiii sayang. Betapa ruginya bila kita fokus pada rasa sengsara instead of raikan apa yang kita ada dan miliki.

Rugi pada energi kita, rugi pada emosi kita. Semuanya akan bawa kita pada hidup yang lebih NEGATIF. Ayat Al-Quran palingggg femes :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambahkan nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih”

(Q.S Ibrahim: 7)

Bekerja atau duduk rumah sepenuh masa, ada kelebihan dan confirm ada kurangnya. Berhenti fikir yang kurang, berhenti fikir benda yang kita tak dapat. Alihkan fokus kita pada apa yang kita ada.

Surirumah tengok muka anak-anak. Itu syurga yang sebenar. Dapat besar dan didik anak-anak dengan tangan sendiri. Tengok lauk yang kalian masak hari-hari. Itu nikmatnya. Bila anak dan suami dapat makan 100% hasil dari air tangan kita.

Yang bekerja, lihat pada apa manfaat yang kita dah bagi pada ramai orang luar. Itu pahalanya yang bertimpa-timpa. Pandang pada berapa nilai RM yang kalian dapat setiap bulan. Itu berkatnya buat bantu tambah belanja keluarga.

zaty nak tanya, kalian tak penat ke bila fokus pada sengsara, beban dan tekanan? Walau macam mana kita hambur dan luah, tetap takkan dapat diselesaikan. Tetap hari-hari kena hadap sebab dah memang itu tanggungjawab yang kita pilih.

Takde istilah rehat kat atas dunia ni, sayang. Laluinya dengan kuat, dengan hati tabah. Kita pegang dengan detik masa. Yang sedih, derita, penat, sengsara semuanya tak lama. Satu hari nanti masa akan bawa dia pergi jauh dari kita.

Buat sementara waktu ni, laluinya dengan hati yang sabar. Dalam masa yang sama, penuhkan dada kita dengan ilmu untuk terus survive atas dunia. Kalau boleh kita rancang masa depan kita, terus kita rancang.

Tapi make sure kena ada tindakan yang kita mesti buat. Takde tindakan, dia jadi angan-angan semata.

Finally, sentiasa ingat apa yang Tuhan suruh kita buat. BERSYUKUR. Kalau betul kita nak keluar dari kemelut hidup kita sekarang, bersyukurlah dengan apa yang kita ada, yang kita lalui.

Daripada situ, Tuhan akan bantu kita tambah dan tambah lagi nikmat KHAS buat kita. Apa kerja pun yang kita lakukan sekarang, semuanya hanya untuk saham kita kat akhirat kelak. Betul kan?

“ketahuilah orang yang paling miskin pun boleh kira keuntungannya SEKIRANYA mereka sedar orang yang BERUNTUNG adalah orang yang MEMPERBAIKI dirinya dalam urusan AKHIRAT.

Mereka memperbaikinya supaya dirinya mampu jadi lebih BAIK dari semalam”

Ezzaty Suffian
Jomlah kita support each other💪

Sangat Penting untuk Kita Kenali Apa Minat dan Hobi Anak

Apa perasaan kita bila orang yang kita sayang buat SURPRISE dengan bawakan kita ke tempat yang palingggg kita suka atau hadiahkan kita dengan sesuatu yang paling kita idamkan?

CONFIRM perasaannya BEST GILA-GILA kan. Macam tu jugalah perasaan anak-anak bila kita ibu ayah buat surprise kat diorang. Belikan sesuatu yang palingg dia suka atau bawakan dia ke tempat yang paling dia impikan.

Agak-agak ibu ayah dah dapat IDENTIFY tak apa yang anak palinggg suka? zaty dan suami dapat kesan fayyadh TERLALU SUKA dengan kapal terbang sejak dari umur dia setahun setengah macam tu.

Kebetulan pula, atas rumah zaty ni memang laluan kapal terbang turun naik dari airport Ipoh. So, sehari memang lebih dari 5 kali dengar kapal terbang lalu.

Kalau sempat, memang berlari-lari zaty atau suami bawa keluar fayyadh tengok kapal terbang tu lalu. Bila sampai hujung minggu, kitorang rajin juga bawa fayyadh pergi airport tengok kapal terbang turun naik.

Sampai dah hafal diorang punya jadual. Bila kapal terbang MAS turun. Bila kapal terbang TIGER naik.

Yang gambar ni pulak, zaty dan suami sempat bawa fayyadh ke KLIA 3 minggu lepas. Modal parking je RM 8 untuk 2 jam. Kitorang lepak kat anjung tinjau KLIA layankan fayyadh punya minat.

Nampak betapa seronoknya dia kat sini. Melompat-lompat bila tengok kapal terbang lalu. Bila rasa bosan, dia main kat playground yang ada kat situ. Macam tulah aktiviti dia. Berulang-ulang.

Yang bagusnya, dia boleh mengamuk sekejap bila kitorang ajak balik. Taknak balikkkk. Kalau boleh nak berumah kat KLIA ni agaknya. Hahaha.

Begitulah sahabat. Takde manusia atas dunia ni yang tak suka DIHARGAI, digembirakan hatinya, dibahagiakan hidupnya. Orang yang hatinya bahagia, pasti akan MENDOAKAN orang yang dah membahagiakan hidupnya.

Cuba kenali apa minat anak kita. Bila dah tahu, kita RAIKAN dan beri galakkan pada dia untuk teruskan apa yang dia minat. Dan ini juga salah satu cara untuk kita tawarkan rewards sekiranya anak kita berjaya capai sesuatu yang kita dah target untuk dia.

Ezzaty Suffian
Sebenarnya tak perlu RM yang banyak untuk tunjukkan kita sayang pada anak

26219786_1677497315626591_772143090698806920_n26229598_1677497355626587_5860294739399605168_n26733522_1677497465626576_2441423206565936942_n26814858_1677497408959915_4331999642080008982_n

Anak Hebat Bermula Dari Ibu Ayah yang Hebat

zaty, kenapa tak jawab PM saya?

Secara jujurnya, zaty nak reply semua PM yang masuk dalam inbox zaty. Cuma, kalian bayangkan ya.

Kebanyakan PM yang masuk cerita tentang masalah diri, masalah anak, ada yang minta pendapat zaty. Dan faham-fahamlah kan kalau orang perempuan ni luahan perasaannya macam mana. Cukup panjang dan berderet-deret.

Untuk baca dan hadamkan satu PM, ambil masa 15 minit. Untuk taip reply ambil masa 15 minit. Kemudian kalian reply semula dan bertanya lagi, ambil lagi masa 15 minit. Total kat situ pun dah makan masa 45 minit.

Baru satu PM tu.

Sehari bila 5-10 PM yang masuk. Bayangkan memang huru-hara jadinya jadual harian zaty. Teralit sikit berbalas PM, dapur rumah zaty memang tak berasap, anak tak mandi, rumah tak berkemas.

Lagi satu sebab kenapa zaty tak boleh nak reply PM kalian, jawapannya ada dalam gambar yang zaty tunjuk ni.

Yes. Ni zaty tengah buat self-learning. zaty membaca, buat research sikit sebelum zaty tulis ilmu yang zaty dapat dalam wall facebook zaty sendiri. Dengan niat nak berkongsi dengan kalian dan nak kalian pun dapat manfaat yang sama macam zaty dapat.

zaty bukan jenis orang yang multitask. Boleh buat 5 kerja dalam satu masa. Kalau topik tu berat, zaty ambil masa seminggu ke 2 minggu untuk hadam dan tulis balik dalam bentuk artikel yang kalian mudah faham.

Tapi yang sedihnya kan, bila kita bertungkus-lumus siapkan artikel mudah faham ni. Tup-tup ada PM yang masuk. Dia tanya tentang perkara yang terang-terangan zaty dah kongsi dalam wall facebook.

Contoh. Minggu lepas zaty share tentang detail perkembangan anak beserta pemilihan mainan yang sesuai ikut umur anak. Tugas kalian cuma baca, hadamkan dan apply je untuk anak masing-masing.

Tiba-tiba menderu PM masuk tanya,

“zaty, boleh suggest mainan anak usia 3 bulan?”

“zaty, boleh cadangkan mainan untuk anak usia setahun 2 bulan? Anak saya masih masukkan benda dalam mulut.”

zaty duduk termenung, termangu, terkesima kejap.

Berulang kali zaty tengok post yang zaty tulis tu. Apa maklumat yang tak cukup lagi ya sampai dapat lebih dari 10 PM yang tanya soalan lebih kurang macam ni semuanya?

So, ini yang zaty dapat simpulkan.

Untuk bentuk anak yang HEBAT, kita ibu ayah kena jadi HEBAT dulu.

Untuk lahirkan anak yang BERDIKARI, kita ibu ayah kena betul-betul pandai BERDIKARI dulu.

Untuk impikan anak yang rajin MENIMBA ILMU, kita ibu ayah mesti rajin MEMBACA dulu.

Simple thing sayang.

Seandainya artikel yang zaty tulis ni kita tak mampu nak spend secarik masa untuk baca SAMPAI HABIS, maka tiada apa lagi yang mampu zaty bantu. Sebab daya kudrat zaty untuk kalian cuma setakat itu sahaja. Iaitu berkongsi ilmu.

Fasa kehidupan ibu ayah sekarang adalah fasa UNIVERSITY OF LIFE. Kita yang buat keputusan pada diri sendiri mahu jadi apa. Dan kita juga yang bertanggungjawab nak bentuk anak-anak untuk jadi apa di masa depannya nanti.

Pokok pangkalnya kita kena usaha untuk jadi ibu ayah yang MATANG, ibu ayah yang BERILMU.

Semua orang mampu dan boleh jadi ibu ayah yang BERJAYA CEMERLANG kalau kita ada kehendak ke arah itu. Sebab kita akan berusaha sehabis daya dan Allah melihat segala jerih-payah kita.

Takpe semua. Walau kita terpaksa ambil masa dalam nak memahamkan ilmu. Ambil masa lagi nak apply ilmu tu dalam kehidupan. Lepastu tak nampak-nampak mana hasilnya lagi. Bersabar dan bertenang lah.

Janji kita konsisten buat. Walaupun slow, dia masih dalam fasa progress. Kita masih usaha, taknak mengalah. Kalau kita sekarang cepat nak terus mengalah, nanti anak-anak nak bergantung kat siapa pula?

Jadi Ibu Ayah yang Bertanggungjawab. Berhenti Cari Jawapan INSTANT

zaty cukup takut bila ibu ayah jadikan facebook atau google ni sebagai tempat atau medan mencari jawapan. Terutamanya jawapan yang berkaitan dengan masalah perkembangan anak-anak.

Facebook dan google hanyalah satu MEDIUM untuk kita dapatkan MAKLUMAT. Bukan jawapan. Lagi pulak sekarang, makin ramai yang sudi cerita dan share maklumat tentang hal-hal yang berkaitan dengan anak.

zaty pun salah seorang daripadanya. Cuma, zaty decide nak masuk facebook dan berkongsi cerita serta maklumat. Sebenarnya hanya untuk refreshkan semula tentang apa yang zaty dah baca atau dengar dari bengkel dan seminar dengan cara zaty menulis.

Memang passion zaty adalah menulis. Bila kita menulis, kita dapat fahamkan diri-sendiri tentang satu-satu topik. Menulis pada zaty adalah salah satu cara terapi untuk diri sendiri.

Dan zaty sangat happy bila dapat share sesuatu ilmu yang kita dapat dengan semua pembaca. At least ibu ayah pun boleh dapatkan info yang sama macam zaty dapat.

Tapiiiiii, ini takkan menjadikan zaty seorang yang pakar dalam bab kanak-kanak. zaty cuma seorang ibu yang pakar terhadap anak sendiri je. Bila ibu ayah tanya zaty tentang masalah anak masing-masing, zaty tak boleh berlagak pandai atau jadi “pakar”.

I have no rights to diagnose apa masalah anak kalian. Bila kalian cerita pasal anak, zaty nampak ada anak yang tunjukkan ciri-ciri menghadapi masalah sensori, ada yang nampak nak ke autisme, ada yang memang ada masalah delay.

Tapiiii, apa yang zaty nampak ni hanya berdasarkan daripada pembacaan dan info yang zaty dapat daripada bengkel. Sebab tu bila kalian bertanya tentang masalah anak, apa yang zaty mampu jawab :

“Mohon puan buat appointment dengan pakar perkembangan awal kanak-kanak atau doktor pakar untuk dapatkan pencerahan dan jawapan tentang masalah anak”

Ramai yang cakap risau dengan perkembangan anak. Anak tak boleh tu, anak tak boleh ni. Anak terlebih tu, anak terlebih ni. Yes, kita memang patut rasa risau bila tengok anak kita “pelik” dari yang lain atau tiba-tiba datang habit baru dan pelik dalam diri dia.

Kalau kita dapat kesan apa masalah anak, sebenarnya dah sangat bagus. Sebab ini menandakan kita memang prihatin pada perkembangan anak. Kita ada naluri yang jelas terhadap anak-anak kita sendiri.

So, apa kata ibu ayah semua salurkan KERISAUAN ini dengan jalan yang betul. Jadi ibu ayah yang BERILMU. Itu WAJIB. Banyakkan lagi sumber pembacaan. Dan dapatkan DIAGNOSE awal tentang masalah anak dengan berjumpa PAKAR.

Masalah anak bukan benda yang boleh ditangguh-tangguh atau dibuat main. Lagi-lagi kalau anak masih belum capai usia 7 tahun. Nampak ada masalah, kena cepat buat tindakan.

Kalau dia dah masuk 7 tahun baru kita terkedek-kedek nak dapatkan diagnose dan buat treatment pada dia. Sangat terlambat. Kesian pada anak kita. Banyak ya kes macam ni sekarang.

zaty sendiri walau hari-hari baca tentang perkembangan anak, pergi bengkel sana-sini, zaty tetap dapatkan pencerahan dan diagnose tentang masalah fayyadh melalui pakar di hospital.

zaty takkan buat assumption tentang masalah anak hanya menerusi ilmu yang tak seberapa, hanya dengan pembacaan di facebook atau google. Segala maklumat yang ada dalam medium ni hanya sebagai GUIDELINE untuk kita sahaja.

Again, anak adalah tanggungjawab kita 1000%. Even kita hantar dia pada pengasuh, mereka hanya ambil alih tugas kita untuk menjaga buat sementara waktu. Masih lagi amanah tu kita yang tanggung. Takkan apa yang berubah kalau kita sekadar berpeluk tubuh di depan anak.

Bergeraklah. Ambil tindakan. Usaha terpaksa dilebihkan. Tidur mungkin tak cukup. Semua demi masa depan anak. Kita nak hidup anak-anak cerah sama macam hidup kita sendiri yang masih terjaga sehingga kini.

Berhentilah cari jawapan INSTANT. Benda ni hanya akan memburukkan keadaan anak-anak kita. Kesian pada mereka. Jangan lepaskan hidup mereka, tangan mereka, pautan mereka selagi mereka belum kenal isi dunia yang sebenar.

PLEASE IBU AYAH SEMUA….

Berhenti Cari Jawapan Instant di Facebook atau Google Tentang Masalah Anak

zaty cukup takut bila ibu ayah jadikan facebook atau google ni sebagai tempat atau medan mencari jawapan. Terutamanya jawapan yang berkaitan dengan masalah perkembangan anak-anak.

Facebook dan google hanyalah satu MEDIUM untuk kita dapatkan MAKLUMAT. Bukan jawapan. Lagi pulak sekarang, makin ramai yang sudi cerita dan share maklumat tentang hal-hal yang berkaitan dengan anak.

zaty pun salah seorang daripadanya. Cuma, zaty decide nak masuk facebook dan berkongsi cerita serta maklumat. Sebenarnya hanya untuk refreshkan semula tentang apa yang zaty dah baca atau dengar dari bengkel dan seminar dengan cara zaty menulis.

Memang passion zaty adalah menulis. Bila kita menulis, kita dapat fahamkan diri-sendiri tentang satu-satu topik. Menulis pada zaty adalah salah satu cara terapi untuk diri sendiri.

Dan zaty sangat happy bila dapat share sesuatu ilmu yang kita dapat dengan semua pembaca. At least ibu ayah pun boleh dapatkan info yang sama macam zaty dapat.

Tapiiiiii, ini takkan menjadikan zaty seorang yang pakar dalam bab kanak-kanak. zaty cuma seorang ibu yang pakar terhadap anak sendiri je. Bila ibu ayah tanya zaty tentang masalah anak masing-masing, zaty tak boleh berlagak pandai atau jadi “pakar”.

I have no rights to diagnose apa masalah anak kalian. Bila kalian cerita pasal anak, zaty nampak ada anak yang tunjukkan ciri-ciri menghadapi masalah sensori, ada yang nampak nak ke autisme, ada yang memang ada masalah delay.

Tapiiii, apa yang zaty nampak ni hanya berdasarkan daripada pembacaan dan info yang zaty dapat daripada bengkel. Sebab tu bila kalian bertanya tentang masalah anak, apa yang zaty mampu jawab :

“Mohon puan buat appointment dengan pakar perkembangan awal kanak-kanak atau doktor pakar untuk dapatkan pencerahan dan jawapan tentang masalah anak”

Ramai yang cakap risau dengan perkembangan anak. Anak tak boleh tu, anak tak boleh ni. Anak terlebih tu, anak terlebih ni. Yes, kita memang patut rasa risau bila tengok anak kita “pelik” dari yang lain atau tiba-tiba datang habit baru dan pelik dalam diri dia.

Kalau kita dapat kesan apa masalah anak, sebenarnya dah sangat bagus. Sebab ini menandakan kita memang prihatin pada perkembangan anak. Kita ada naluri yang jelas terhadap anak-anak kita sendiri.

So, apa kata ibu ayah semua salurkan KERISAUAN ini dengan jalan yang betul. Jadi ibu ayah yang BERILMU. Itu WAJIB. Banyakkan lagi sumber pembacaan. Dan dapatkan DIAGNOSE awal tentang masalah anak dengan berjumpa PAKAR.

Masalah anak bukan benda yang boleh ditangguh-tangguh atau dibuat main. Lagi-lagi kalau anak masih belum capai usia 7 tahun. Nampak ada masalah, kena cepat buat tindakan.

Kalau dia dah masuk 7 tahun baru kita terkedek-kedek nak dapatkan diagnose dan buat treatment pada dia. Sangat terlambat. Kesian pada anak kita. Banyak ya kes macam ni sekarang.

zaty sendiri walau hari-hari baca tentang perkembangan anak, pergi bengkel sana-sini, zaty tetap dapatkan pencerahan dan diagnose tentang masalah fayyadh melalui pakar di hospital.

zaty takkan buat assumption tentang masalah anak hanya menerusi ilmu yang tak seberapa, hanya dengan pembacaan di facebook atau google. Segala maklumat yang ada dalam medium ni hanya sebagai GUIDELINE untuk kita sahaja.

Again, anak adalah tanggungjawab kita 1000%. Even kita hantar dia pada pengasuh, mereka hanya ambil alih tugas kita untuk menjaga buat sementara waktu. Masih lagi amanah tu kita yang tanggung. Takkan apa yang berubah kalau kita sekadar berpeluk tubuh di depan anak.

Bergeraklah. Ambil tindakan. Usaha terpaksa dilebihkan. Tidur mungkin tak cukup. Semua demi masa depan anak. Kita nak hidup anak-anak cerah sama macam hidup kita sendiri yang masih terjaga sehingga kini.

Berhentilah cari jawapan INSTANT. Benda ni hanya akan memburukkan keadaan anak-anak kita. Kesian pada mereka. Jangan lepaskan hidup mereka, tangan mereka, pautan mereka selagi mereka belum kenal isi dunia yang sebenar.

PLEASE IBU AYAH SEMUA….

Segera Dapatkan Bantuan Jika Kita Ada Masalah Depress atau Meroyan

Semalaman mata terkebil-kebil tak boleh tidur. Kisahnya sebab zaty terbaca berita kat Harian Metro cerita pasal mak tampar dan heret anak umur 3 tahun.

Berlaku di Kuantan. Puncanya, si anak nak ikut mak naik kereta. Maknya jadi “naik hantu” katanya.

Lepastu tangan ni gatal pulak klik bahagian komen. Kenapa lah rajin sangat tangan scroll satu-satu zaty ooii. Kan dah terjumpa satu komen seorang ibu ni.

Katanya anak dia umur 2.5 tahun pun dia dah start pukul dengan hanger kalau tak dengar cakap atau buat nakal.

Menangis hati ni. Terus teringatkan anak sendiri, si fayyadh.

zaty dapat juga 2-3 private messages yang mengadu kata selama mereka besarkan anak-anak, mereka lebih banyak berkasar dan marah serta pukul anak. Nak anak straightly ikut cakap mereka. Kalau degil, memang nahas!

Dan mereka tanya, sekarang anak yang dah umur 5 tahun, ada yang 10 tahun, adakah dah terlambat untuk betulkan kesilapan lalu?

Macam ni ibu ayah.

Setiap dari kita mesti ada sisi gelap diri. Mesti ada kesilapan dan kesalahan lampau yang kita pernah buat pada anak. Bukan kalian je yang pernah terlanjur berkasar dengan anak.

zaty sendiri pernah cerita kan macam mana zaty layan fayyadh satu masa dulu. Marah, tengking, lari jauhkan diri dari fayyadh. Nasib baik tangan ni tak ringan je nak pukul-pukul dia.

Walaupun hati ni memang meronta-ronta suruh naik tangan. Tapi masih berjaya dikawal dengan akal yang rasional. zaty bersyukur sangat. Kalau tak mesti hati dan emosi fayyadh akan lebih tercedera.

Benda pertama yang paling perlu kita sebagai ibu ayah buat ialah cuba sedaya-upaya untuk sedarkan diri. Kenapa sikap aku pada anak boleh jadi macam ni?

Aku ada masalah ke? Aku murung atau stress atau depress atau meroyan? Atau memang ada sangkut-paut dengan tekanan jiwa? (bukan gila ya)

Waktu kita berkasar dengan anak. Adakah waktu tu kita seolah-olah lupa diri? Rasa seronok dan puas hati buat anak menangis meraung-raung? Tapi bila kita tersedar dengan perbuatan kita, kita menyesal dan menangis.

Tapi esoknya, kita ulang lagi perkara sama pada anak.

Kalau jawapannya ya, nasihat zaty cuma satu. Cepat-cepatlah kita dapatkan bantuan dan rawatan. Kalau jenis stress yang biasa-biasa yang kita sendiri mampu kawal, maka kembali lah kita kepada Tuhan.

Mengadu lah kita kepadaNya tentang keluh-kesah hati kita. Buatlah solat sunat taubat mohon ampun di atas segala dosa yang pernah kita lakukan.

Mintalah padaNya dengan bersungguh-sungguh hati yang tenang dan jalan keluar untuk selesaikan masalah yang melanda.

Seandainya keadaan kita lebih teruk dari stress, hari-hari rasa nak mengamuk baling barang. Rasa nak menangis berkurung dalam bilik. Rasa nak hantuk kepala anak kat dinding.

Atau apa pun yang rasanya lebih teruk dari itu, bersegeralah kita buat appointment untuk berjumpa dengan pakar psikitrik. Kita memang betul-betul perlukan bantuan.

Cerita pada suami apa masalah dan situasi yang kita sedang lalui. Minta sokongan daripada dia dan ahli keluarga yang lain.

Ramai ibu yang tak sedar masalah depress dan murung ada tertanam dalam diri. Bila tak dirawat dan dibiarkan, akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak-anak kecil yang tak berdosa.

Anak usia setahun, 2 atau 3 tahun. Apa yang kita boleh expect? Harapkan dia faham kita, dengar dan patuh pada kita? Jangan buat perangai macam-macam yang boleh buatkan darah kita naik?

Sedangkan hakikatnya, dia sendiri masih belum kenal dan faham diri-sendiri. Masih belum ada akal. Masih belum kenal mana salah, mana betul. Masih pelik dengan kehidupan atas dunia ni.

Kalau dia panjat tingkap rumah apartment tingkat 16 sekalipun, dia selamba je boleh terjun ke bawah. Sebab akal dia tak boleh proses bentuk bahaya. Sebab dia tak tahu istilah sakit apatah lagi mati.

Dan kita, berterusan nak berkasar dengan dia. Kita layankan kecelaruan emosi yang kita hadapi. Kita lepaskan segala rasa geram dan marah yang meluap-luap pada dia.

Betapa bersyukurnya dan gembiranya syaitan yang ada di keliling kita pada waktu tu. Nauzubillahminzalik.

Dan anak kita, masih terus cuba dapatkan diri kita. Menagih simpati dan belaian dari kita. Dalam dunia dia, tidak kenal yang lain melainkan ibu dan ayahnya.

Tidak simpan walau sekelumit dendam pun pada kita. Sebab hatinya masih tulus suci, bersih dari sifat buruk dan mazmumah.

Tiada istilah terlambat wahai ibu ayah. Sekali kita tersedar dan nampak kekurangan kita pada didikan terhadap anak, cepat-cepat kita ambil peluang untuk betulkan keadaan.

Ada orang, hidayahnya dapat cepat. Ada yang agak lambat. Its ok. Itu tandanya Tuhan masih nak kita berubah jadi ibu ayah yang lebih baik dan ikhlas untuk anak-anak.

Selagi anak masih bergantung hidup pada kita, selagi itulah kita masih punya peluang yang besar untuk kembalikan saat-saat gembira bersama anak yang pernah hilang suatu ketika dulu.

Kekasaran pada anak kecil bukanlah satu idea yang baik dan betul untuk bentuk akhlak mereka menjadi indah seumpama akhlak Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

Anak sekecil ini sangat perlukan kasih sayang dan dimanja. Mereka perlukan tunjuk ajar dan penerangan tentang salah dan betul. Perlukan penegasan dan bukannya kemarahan tak berakal dari kita orang tuanya.

Betul kan ibu ayah? Kita lebih kenal dan faham siapa diri kita. Hanya kita yang mampu bertindak untuk ubah keadaan. Jangan harapkan orang lain untuk faham kita.

Bertindaklah sekarang sebelum segala-galanya jadi benar-benar terlambat.

Sayang Anak Lebih Dari Nyawa Sendiri

Dulu, bila sebut pasal mak ayah, cepat sungguh hati ni rasa sebak. Teringat segala kasih sayang dan pengorbanan besar yang diorang dah buat untuk kita.

Sekarang, bila sebut pasal anak-anak, cepat pula air mata ni mengalir tak semena-mena. Terasa dalam sungguh rasa kasih dan sayang kita pada diorang lebih dari nyawa kita sendiri.

Sungguh bertuah bila kita masih punya mak ayah yang selalu ambil tahu pasal kita. Walau kita ni dah besar panjang, dah ada kehidupan sendiri. Masih ditanya tentang kita sama ada okay ke tak.

Sungguh beruntung kita masih memiliki anak-anak yang jadi penyeri hidup hari-hari kita. Yang buatkan kita lebih belajar tentang realiti kehidupan.

Yang secara tak sedar, dalam tiap asuhan dan didikan kita pada anak, turut terselit didikan terhadap akhlak dan peribadi sendiri.

Hidup kita yang tak tahu sampai bila. Suatu hari nanti tetap ada penghujungnya. Sama ada mereka atau kita yang pergi dulu.

Entah. Semua rahsia Tuhan.

Yang tak jadi rahsia bila kita terus hidup berkasih sayang, hargai setiap saat yang ada bersama mereka yang kita cinta. Serahkan segala usaha dan tenaga yang kita ada untuk lihat mereka tersenyum, ketawa gembira.

Sekurang-kurangnya, bila kita dipanggil Ilahi nanti, tiada ralat dan kekesalan dalam hati kerana kita dah lakukan semuanya demi mereka.

Ezzaty Suffian,
Sayang mereka semuanya kerana Tuhan

 

22886207_1599262453450078_1717399025257926245_n