Pengorbanan Pun Satu Ujian Juga

Di saat Nabi Ibrahim AS mengkhabarkan berita tentang suruhan Allah kepada isterinya, Siti Hajar untuk baginda tinggalkan isterinya itu bersama anak kecil Nabi Ismail di tengah padang pasir yang tersangat tandus tiada berpenghuni….bertanya Hajar kepada suaminya :

“Adakah Allah SWT yang memerintahkan tuan melakukannya?”

Soalan ini menjadi kemuncak penerimaan Hajar kepada keputusan yang diambil Nabi Ibrahim AS. Siti Hajar tidak marah, sebaliknya bersikap rasional dengan bersangka baik terhadap suaminya. Kerana imannya yang begitu tebal kepada Allah S.W.T, beliau menurut dengan penuh tawakal.

shutterstock-586549253

Pengorbanan demi pengorbanan yang Nabi Ibrahim AS serta Siti Hajar perlu lakukan hingga ke tahap kemuncaknya apabila Allah S.W.T perintahkan Nabi Ibrahim AS untuk sembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail.

Benar kawan. Ibrah dan pengajaran tentang erti sebuah pengorbanan boleh didapati daripada kisah Nabi Ibrahim, Siti Hajar serta Nabi Ismail. Antara pengorbanan yang paling besar dalam sejarah ketemadunan dunia.

Pengorbanan yang cukup mencabar jiwa dan emosi. Pengorbanan dalam membuatkan hati perlu memilih hanya satu perkara sahaja iaitu perintah Allah semata-mata.

Dan benar kawan. Pengorbanan itu juga adalah satu UJIAN. Ujian kesabaran pada setiap insan yang sedang mengharunginya. Sama ada pengorbanan yang kita sedang lakukan sekarang hanya kecil atau tersangat besar, ianya datang daripada ketetapan Tuhan.

Tidaklah datang sesuatu kejayaan tanpa pengorbanan. Tidaklah datang erti kebahagiaan tanpa pengorbanan. Tidaklah datang rasa cinta dan penyatuan tanpa pengorbanan.

Inilah Sunnatullah. Ketetapan Allah. The law of universe. Kita perlu korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Kita perlu buat pilihan dan terpaksa bulatkan tekad dan semangat untuk lupakan seketika apa yang kita suka dan sayang apabila kita pilih untuk berkorban.

Pengorbanan dibuat dengan linangan air mata, dengan kerahan tenaga tulang empat kerat, dengan wang ringgit yang bukannya sedikit, dengan waktu tidur yang cuma sesaat, dengan masa yang ada semuanya hanya ditumpukan kepada pengorbanan yang kita buat semata-mata.

Kita sayang, kita rasa selesa. Tapi kita terpaksa korbankan segalanya. Walau sakit, pedih dan rasa tak mampu untuk teruskan pengorbanan ini lagi, kita sama-sama ingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan juga Siti Hajar tadi.

Selepas 10 tahun Nabi Ibrahim AS tinggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail AS, Nabi Ibrahim terkejut melihat perkembangan tempat yang ditinggalkannya itu : Daripada padang pasir yang tandus berubah menjadi bumi yang sangat subur dan ramai penduduknya, dinamakan sebagai Kota Mekah.

Asbab dari pengorbanan Siti Hajar yang berlari-lari dari Safa ke Marwah berulang-ulang kali untuk mencari air. Akhirnya, dengan izin Allah muncullah mata air dari hujung kaki Nabi Ismail AS.

Air zam-zam yang membawa maksud air yang berkumpul, banyak, melimpah-ruah hingga membentuk sebuah telaga yang dapat dimanfaatkan oleh kita semua sehingga ke hari ini. MasyaAllah. Betapa hebatnya kuasa Allah yang mengaturkan segalanya.

Benar kan kawan. Pengorbanan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim dan Siti Sarah tadi kita dapat lihat dan nikmati hasilnya sehingga sekarang. Dan akhirnya kawan, jangan kita sangka setiap pengorbanan yang kita buat dan lalui sekarang tidak dihitung oleh Tuhan, tidak dicatatkan pahalanya oleh malaikat.

Asalkan pengorbanan kita diniatkan kerana Allah S.W.T dan hasil pengorbanan kita ini nanti mampu beri manfaat kepada banyaknya orang, InShaaAllah pasti ada sinar kejayaan dan kebahagiaan buat kita semua.

Ada kawan. Akan tetap ada bahagian untuk kita. Yakinlah. Jika tidak disini, nanti di alam sana nanti. Sungguh Allah S.W.T tidak pernah lupa dan melupakan.

Seka air mata, kentalkan semangat dan terus berjuang kawan💪

4 Tips Selesaikan Masalah Besar Atau Kecil

Malam tadi sambil-sambil nak tidurkan faqeeha, sempat juga zaty buka youtube layan ceramah Ustaz Kazim Elias. Ustaz cerita tentang 4 teknik untuk selesaikan masalah.

Masalah tu sama ada ujian, cabaran, musibah, hidup yang getir, kesusahan even kesedihan. Ustaz cakap buat je 4 perkara ini secara berulang-ulang dan konsisten.

1) Sabar
2) Solat
3) Sedekah
4) Balas perbuatan jahat orang dengan perkara kebaikan

4 perkara ini selalu disebut dan dinyatakan dalam Al-Quran (dalam surah-surah dan ayat yang berasingan).

Dan daripada 4 point yang Ustaz bagi, ustaz tekankan pada kita bab sedekah.

“Jangan tunggu kaya baru nak sedekah, tapi sedekahlah hingga kita menjadi kaya”

Sedekah bukan masa hati tengah gembira sahaja : anak dapat masuk universiti, suami naik pangkat, kita masuk rumah baru.

Tapi kita buat juga sedekah bila hati dilanda kedukaan dan hidup berada di tahap terbawah (jatuh) : bisnes lingkup, ahli keluarga sakit/meninggal, suami isteri bertelagah tak nampak penghujung.

Dalam Surah Al-Imran ayat 133-134 Allah berfirman :

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa ;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa SENANG DAN SUSAH, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.

Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik”

Daripada ayat Allah S.W.T jelas diberitahu tentang sifat orang yang suka bersedekah adalah sifat orang yang bertaqwa.

MasyaAllah Tabarakallah. Terubat hati bila kita dengar nasihat dan peringatan orang-orang hebat ni. Betul Ustaz Kazim kata, dalam dunia ni takde orang hidup yang tak dilanda dengan masalah serta ujian.

Semua orang ada. Masalah besar ataupun masalah kecil. Dan setiap ujian ini hadir dengan izin Tuhan untuk uji kesabaran dan iman kita.

Di saat kita dah rasa lost dan menghampiri kepada perasaan berputus asa, kita cuba buat apa yang Allah pesan iaitu bersedekah. Mudah-mudahan jalan dan rezeki kita terus dilapangkan dan hati kita kembali tenang sepertimana yang kita mahukan.

I’m Done. How About You?

PicsArt_07-13-11.45.11Satu-satunya pelaburan yang tak akan merugikan diri kita sendiri ialah 100% PELABURAN MASA KE ATAS DIRI KITA SENDIRI. Bukan pada orang lain.

Di sinilah titik permulaan dan kunci kepada kita untuk bagaimana hendak design sebuah kehidupan yang hebat. Honestly, zaty suka baca kisah-kisah orang yang berjaya.

Suka baca tentang aspirasi, idea, cara mereka berfikir dan bercakap serta habit yang mereka amalkan. Dan slowly, kita cuba ikut, tiru dan buat saja seperti mereka.

Takde apa rahsia pun sebenarnya kenapa orang yang berjaya itu berada dalam kategori highly successful people. Diorang buat perkara yang sama iaitu invest banyaknya masa terhadap diri-sendiri.

Diorang really struggle untuk cuba ubah mindset dan hati mereka jadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik secara konsisten. Kalau dulu suka marah-marah, diorang paksa diri untuk jadi orang yang sentiasa berada pada tahap sedar (self awareness). Cuba jadi pandai kawal emosi dan pemikiran supaya jadi lebih bersabar.

Kalau dulu mulut tak habis dengan komplen sini-sana, semua salah, semua tak betul, diorang mula ubah. Ubah dengan lihat guna mata hati tentang segala keburukan yang terjadi terhadap diri-sendiri adalah totally datangnya dari kelemahan diri yang perlu di”improve” dari hari ke hari.

10 checklist di bawah, memang zaty guna untuk sentiasa check diri-sendiri supaya hidup on track. Mana yang 100% done, mana yang 50% undone. Mana yang masih pada peringkat undone.

Kita sendiri tahu area mana lagi diri kita yang masih belum betul. After that, kita slow-slow improve bagi jadi lebih baik dari sebelumnya. InShaaAllah❤💪

Teknik Kawal Stress Paling Mudah Untuk Surirumah

Hari-hari kita sibuk. Tapi kita tak tahu apa yang kita sibukkan.

Hari-hari kita penat. Tapi kita tak tahu apa yang kita penatkan.

Hari-hari kerja banyak. Tapi kita tak tahu apa yang kita kerjakan.

End up, kita rasa stress. Kita kecewa, kita rasa nasib kita tak sama macam orang lain. Tak indah, tak gembira.

Sedangkan waktu seharian yang kita guna itu, jika disenaraikan dalam satu kertas, sebenarnya baru kita akan nampak SESUATU.

Wowwww, rupanya banyak MANFAAT yang dah aku buat hari ni!

Ini apa yang zaty buat setiap hari. Lepas bangun subuh, zaty akan duduk kat meja sekejap. Ambil kertas dan pen. Then tulis TO DO LIST.

31398270_1790065427703112_1618060259930755286_n

Apa yang aku nak buat hari ni. Apa perkara yang aku kena setel hari ni. Dari siapkan breakfast, mandi anak, basuh baju hinggalah masak untuk lunch. Anything yang kita nak buat hari tu, kita tulis.

Then, lepas siap tulis kita terus buat gerak kerja. Setiap satu tugas yang dah siap, kita WAJIB potong tugasan yang kita tulis kat kertas tu.

Tahu apa perasaannya?

1) zaty rasa sangat gembira, seronok gila bila dapat siapkan satu task.

2) zaty rasa tak sabar nak siapkan task yang seterusnya. Rasa tak sabar nak potong task yang dah disiapkan dalam kertas kita tulis tu.

3) zaty rasa ada semangat dan energi luar biasa nak terus setelkan task demi task tiap-tiap hari.

4) zaty jumpa mana SLOT ME TIME yang zaty boleh selit untuk zaty habiskan masa. Bukan 15 minit. Kadang boleh dapat sampai 2 jam.

5) Rupa-rupanya dengan buat senarai macam ni, tugasan harian lebih cepat siap. Lepastu ada lebihan masa yang zaty boleh guna untuk baca buku, scroll fb, buat artikel.

6) Kita takde masa nak STRESS atau fikir benda bukan-bukan yang boleh buatkan kita down. Sebab otak kita dah tertumpu nak siapkan segala task yang kita tulis.

Walaupun kita tahu task yang kita buat hari-hari tu sama sebijik. Tapi zaty tetap tulis setiap pagi.

Ini namanya SELF MOTIVATION. Dia akan rasa satu kemenangan yang sangat BESAR bila kita berjaya potong dan terus potong task-task rumah yang dah selesai tu.

Perasaan kat hati ni? Tak tahu nak gambarkan betapa kita bangga dengan diri kita sendiri. Bila siap 2-3 task, zaty ambik masa untuk take 5. zaty raikan kemenangan sebab berjaya siapkan 2-3 task tadi.

Cara nak raikan kemenangan tu ikutlah. Kadang makan ais-krim, buat air milo, bergurau dengan fayyadh, scroll fb, baca artikel orang tulis. Anything dalam tempoh 5-10 minit tu kita raikan kejayaan kita.

Kita takde pilihan. Setiap hari kita tetap kena hadap benda yang sama. Cuma cara kita hadap tu yang membezakan diri kita dengan orang lain. Kalau kita lalui dengan positif, maka hidup kita penuh dengan senyuman.

Kalau kita lalui dengan cara negatif, sampai bila-bila pun mata hati kita akan dibutakan daripada boleh nampak cahaya kehidupan.

P/s : to do list zaty ada 3 kertas. Kerja rumah harian, kerja bisnes dengan 1 week to do list. Mana yang urgent, zaty akan buat kotak merah kat tulisan tu. So yang urgent zaty akan setelkan dulu.

Ezzaty Suffian
Hari-hari nak jemput positive vibes dalam diri-sendiri.

Hidup Bukan untuk Jadi Hamba Stress

Seronoknya zaty, hidup bahagia takde gundah-gulana. Takde stress, takde tekanan di mana-mana.

Fuhhh, betapa hidup kat media sosial ni 100% tak sama dengan hidup kat alam realiti. Yang semua orang nampak cuma status positif, status gembira diselang-seli dengan lawak.

Hakikatnyaaaaa…sebulan kebelakangan ni zaty punya stress memang dah tahap dewa sangat. Dengan pre order wooden cube batch kedua masih tersekat kat kastam. Sampai dah tak tahu nak minta tolong kat siapa lagi untuk setelkan.

Tambah lagi dengan baby zaty, Amira Faqeeha yang dah tunjuk perangai baru. Habis dia puas tidur 12 jam sepanjang malam, siangnya berjaga 12 jam nak dilayan.

Bukan layanan biasa. Layanan yang kena usung sana-sini, yang kejap nak berbuai, kejap nak tidur bawah. Pantang tak dengar suara kita atau tak nampak kelibat kita, terus suara ditarik dengan nada paling tinggi macam kena cubit bertubi-tubi.

12 jam macam ni je kisahnya setiap hari. Tanpa henti. Sampaikan jiran sebelah-menyebelah datang menjenguk. Tanya baby faqeeha okay ke tak.

Inilah faqeeha. Dah masuk dalam kategori high needs baby since dia fully breastfeed dan dia tahu zaty ada dengan dia 24 jam sehari.

Ini kisah zaty yang terkini. Yang setiap hari struggle nak jaga emosi sendiri agar tak hilang tersasar. Yang hari-hari usaha nak didik hati supaya terus bersabar. Yang finally bila tak tahan sangat memang mengalir air mata menangis macam hilang punca.

Kalau kalian cerita kalian juga turut punya masalah, turut struggle nak lalui hidup setiap hari, dan zaty nak cakap yang hidup kita semuanya hampir sama. Tak jauh bezanya.

Kita isteri dan ibu yang memang sentiasa diuji kesabarannya. Tak kira sama ada kita suri rumah atau bekerjaya. Ada habuan dan bahagian masing-masing yang memang Tuhan dah tetapkan untuk kita hadapi dan harungi tiap-tiap hari.

Persoalannya sekarang :

📌macam mana kita nak hadapi situasi macam ni setiap hari?

📌apa tindakan yang boleh kita buat untuk kurangkan masalah ni?

📌apa teknik yang boleh kita apply untuk kawal emosi marah dan stress kita?

Jawapannya cuma ada pada kita seorang. Kita yang kawal hidup kita, emosi kita, cara kita fikir. Selagi mana tahap stress kita tak membuatkan kita rasa nak bunuh diri, then cepat-cepatlah ambil tindakan untuk kurangkan atau buang terus rasa stress tu.

Kita dalam fasa university of life. Takde orang yang mampu nak tolong kita sebab masing-masing ada ujian sendiri. Masing-masing bergelut dengan masa 24 jam untuk selesaikan tanggungjawab dan amanah dalam rumahtangga sendiri.

Daripada kita rasa kecewa sebab luahan rasa kita tak didengari, lebih baik kita gunakan masa yang ada untuk baiki emosi sendiri, cari jalan yang terbaik untuk cuba selesaikan masalah yang dihadapi. Inilah fasa untuk kita terpaksa belajar sendiri jadi insan yang lebih baik dan berkualiti.

Cuma doa zaty, semoga semua ibu terus dikuatkan semangat untuk lalui ujian yang super mencabar. Semoga ibu diberi kesihatan yang baik untuk asuh anak-anak yang sedang membesar. Semoga ibu beroleh rezeki yang melimpah-ruah agar bisa dikongsikan kegembiraannya bersama suami dan anak-anak.

Amin.

Ezzaty Suffian
Lupakan luka semalam, hiduplah hari ini dengan semangat baru

5 Tips POWER untuk Wanita Atasi Rasa Marah dan Stress

Setiap hari dan setiap masa, ini yang isteri dan ibu terpaksa lalui :

1) kerja rumah bertimbun tak pernah habis
2) anak meragam dan macam-macam karenah
3) berkejaran dengan masa. Ibu bekerjaya dengan kerja pejabat + kerja rumah. Suri rumah berniaga online dengan kerja online + kerja rumah

Sampai satu tahap, kita akan rasa Ya Tuhan, aku rasa penatttt sangat. Rasa letihhh yang teramat. Aku nak rehat, aku taknak buat semua ni dah.

Waktu ni kita rasa dah hampir sangat kepada nak give up. Putus asa.

Sampai satu tahap, kita rasa emosi dah start tak betul. Dah mula nak marah-marah atau menangis tanpa sebab. Dah mula memanjang tarik muka masam.

Pantang anak buat salah sikit, kita punya jerit sampai satu perumahan dengar. Tangan jangan cakaplah. Cepat je kita pukul, cubit anak. Betapa nak cakap kita sakit hati dengan karenah anak-anak.

Sedar tak sedar, stress dah mula tertanam dalam jiwa kita. Kalau tak “diubat” dengan cara yang betul dan pantas, kemungkinan besar boleh develop depress yang lebih besar mudaratnya pada diri-sendiri, anak-anak dan suami.

Ramai ibu yang minta tips dari zaty macam mana nak kawal stress dan sifat amarah dalam diri. Dan di sini zaty kongsikan teknik yang zaty amalkan sebelum berlakunya stress atau semasa stress tengah gila-gila meracun diri.

TINDAKAN APABILA DITIMPA MASALAH

Ada masalah atau ujian yang Tuhan bagi untuk kita berfikir dan selesaikannya. Tapi ada juga bentuk ujian dan masalah yang diberi sekadar untuk buatkan kita kembali ingat dan sujud padaNya (tak jumpa penyelesaian).

Dalam buku REZEKI LEVEL 9 yang zaty baca, ada satu cara macam mana kita nak tahu ujian yang Tuhan bagi tu untuk kita selesaikan atau untuk kita kembali sujud/bertaubat kepadaNya.

1) Apabila ujian atau masalah datang, dan kita ada idea untuk selesaikannya  kita perlu selesaikan dan kita akan belajar benda baru daripada masalah yang timbul.

2) Apabila ujian atau masalah timbul, kita buntu tak tahu nak buat macam mana. Dan masalah itu datang bertimpa-timpa sampai kita rasa nasib dah cukup malang  takda cara lain melainkan segera sujud minta keampunan dari Allah.

Hakikatnya, sama ada ujian atau masalah kita berada pada nombor 1 atau nombor 2, sebaik-baiknya kita buatlah solat sunat taubat. Kita hamba yang berdosa. Hari-hari buat dosa sama ada kita sedar ataupun tak.

Tuhan turunkan ujian tak lain tak bukan untuk ingatkan kita bahawa kita hidup berTuhan. Dan setiap ujian yang datang Tuhan janji untuk permudahkannya, lapangkannya hanya apabila kita bertaubat dan beristighfar kepadaNya.

“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan berikan KEGEMBIRAAN dari setiap kesedihan, KELAPANGAN untuk setiap kesempitan dan memberinya REZEKI dari arah yang tak disangka-sangka”
(Hadith Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Allah berfirman : Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan KEBAJIKAN. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Furqan : 70)

TIPS 1

Setiap pagi, setiap hari apa yang kita jamu dengan mata kita? Page/facebook siapa yang kita buka untuk baca dan cari bekalan sepanjang hari kita?

Banyak yang positif atau negatif?

Kisah Rumah Tangga, IIUM Confession antara page yang paling banyak orang perempuan baca. Konon-konon kisah yang dikongsi tu nak dijadikan sempadan dan pengajaran pada kita dan rumah tangga kita.

Persoalan zaty, lepas baca tu ada terfikir-fikir sampai ke petang tak? Ada rasa tiba-tiba emosi jadi gelisah atau marah dan tiba-tiba down, rasa sedih, rasa nak menangis? Ada tiba-tiba tanya soalan pelik kat suami bila diorang balik dari kerja?

Kalau jawapannya YA, nasihat zaty satu je. Kita tak sesuai untuk ambil tahu banyak perkara dalam hidup kita. Tambah-tambah cerita tentang hidup orang lain yang penuh duka dan sedih. Kita bukan kaunselor mahupun motivator.

Alangkan masalah dan ujian atas diri-sendiri pun kita rasa tak tertanggung. Murung sampai berminggu-minggu, macam mana pulak kita mampu nak menanggung masalah orang lain walaupun hanya membaca kisah yang diorang kongsi?

Tinggalkan lah semua page atau personal facebook orang yang boleh bawa emosi negatif dalam diri kita. Fikir satu benda je, cukuplah kita stress dengan ujian atau masalah dalam hidup kita. Tak perlu kita nak tambah stress dengan ambil tahu masalah hidup orang lain.

Banyakkan baca page/personal facebook orang yang selalu kongsi ilmu, semangat dan ibrah. Rajinkan baca buku yang boleh buatkan kita rasa nak tambah ilmu dan amal. Yang buatkan kita rasa semangat nak teruskan kehidupan, yang bagi kita idea untuk tambah manfaat dalam kehidupan keluarga kita.

TIPS 2

Femes dah kan dengan perkataan MEMBAWANG sekarang. Lagi banyak kita membawang/bergosip/bercerita tentang benda negatif, maksudnya akan lagi banyaklah benda negatif yang masuk ke dalam otak kita.

Sama macam bahan bacaan tadi. Bila kita dok dengar dan cakap benda-benda yang negatif, kita akan terfikir-fikir perkara tu sampai berhari-hari.

Finally kita akan stress. Dahlah kita memang tengah stress. Lagi bertambah beban stress dalam otak dan emosi kita. Seriusssss, penat sangat tau.

Berhenti bergosip. Berhenti mengumpat. Jauhkan diri dari dengar orang lain membawang. Tahan diri dari nak cerita buruk orang. Cakap perkara yang baik-baik. Dengar benda yang elok-elok.

InshaaAllah akan kurang 50% stress daripada kepala kita.

TIPS 3

Salah satu sebab kenapa kita cepat sangat nak rasa stress dan marah. Sebab kita cepat dan terlalu mudah nak bersangka buruk dengan orang.

Bersangka buruk dengan suami, bersangka buruk dengan anak-anak. Bersangka buruk dengan jiran, kawan sekerja.

Bersangka buruk dengan Allah (Ampunkan kami Ya Allah😢).

Dari bersangka buruk inilah kita akan mula rasa nak mengumpat, nak sakitkan hati orang lain, nak engkar suruhan Tuhan.

Dari bersangka buruk ini jugalah buatkan kita bebankan otak dengan berfikir tak habis-habis. Yang akhirnya akan buatkan diri-sendiri stress dan murung tak bertempat.

Sedangkan apa yang berlaku tu bukan seperti apa yang kita sangkakan atau kita fikirkan.

Bagi zaty, sangka buruk adalah ibu segala kejahatan. Ibu segala permasalahan. Ibu segala tekanan.

Tak mudah untuk nak sentiasa fikir yang baik-baik, sangka yang baik-baik. Tapi sebagai manusia yang sentiasa nakkan kebaikan, kita push diri kita untuk cuba fikir benda yang baik. Untuk sentiasa sangka yang baik-baik.

Dengan cara ini, InshaaAllah kehidupan kita akan jadi lebih baik.

TIPS 4

Dalam talk Dato’ Dr Fadzilah Khamsah yang zaty dengar awal tahun lepas, beliau beramal dan ada bagi saranan untuk kita amalkan solat sunat taubat setiap malam sebelum tidur.

Sebab paling kuat kita kena buat solat sunat taubat ni adalah kita hari-hari buat dosa. Sama ada yang kita sedar ataupun tak.

“Manusia akan mula jadi JAHAT dan SOMBONG bila dia sangka dirinya baik dan tak berbuat salah mahupun dosa”

Nauzubillah. Moga kita dijauhkan daripada ada perasaan macam tu. Adalah lebih baik bila kita sentiasa tahu kita bersalah dan berdosa. Supaya kita tak lupa Tuhan kita dan kita tak malas untuk minta ampun dariNya.

Setakat ni zaty sendiri belum dapat konsisten buat solat sunat taubat tiap-tiap malam. Tapi zaty cuba juga untuk buat seminggu sekali/dua kali.

Memang lain perasaannya bila kita dapat buat amalan yang satu ni. Perasaan tenang yang Tuhan bagi lepas solat taubat tu tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Tenangnya tu sampai rasa nak mengalir air mata.

Hilang terus apa yang buatkan hati kita gusar, fikiran kita kusut, emosi yang marah atau sedih. Allah hilangkan semua yang buruk-buruk tu dari dalam fikiran dan emosi kita.

Dan dia gantikan dengan idea yang bernas, semangat yang membara, emosi yang tenang dan ceria.

Betul sangat. Janji Tuhan tak pernah menipu. Subhanallah.

TIPS 5

Finally, apa yang buatkan kita stress, kita sedih, kita marah dan tak puas hati?

Laluinya dengan tabah. Setiap kali kita diuji, cara yang terbaik adalah kembali kepada Tuhan, raja sekalian alam.

Mengadu dan berceritalah kepadaNya walau dalam tangisan yang teresak-esak.

zaty pegang satu perkara. Kesedihan dan masalah takkan selama-lamanya menghantui hidup kita. Sekalipun kita tak mampu selesaikannya, masa akan membawa segala duka-lara kita dan akan digantikan dengan kehidupan yang lebih baik.

Sama macam hujan yang takkan selamanya turun tanpa henti. Pasti muncul juga matahari yang menyinari bersama sang pelangi indah yang menemani alam.

Dan sampai bila kita nak berterusan stress dan sedih?

Sedangkan masa begitu cepat berlalu sampai satu tahap, roh kita akan dipanggil Tuhan kembali ke alam kekal (mati).

Usah kita berlama-lama dengan kesedihan dan stress. Jangan kita berterusan dengan hidup yang negatif. Sebelum saat atau masa kematian kita sendiri tiba, lalui kehidupan ini dengan penuh positif.

Hargai insan yang ada di sekeliling kita. Anak-anak dan suami/isteri. Enjoy dengan peluang kehidupan yang diberikan. Berikan atau ciptakan memori dan kenangan terindah untuk kita sentiasa ingat bersama-sama dengan mereka yang tersayang.

 

Ezzaty Suffian
Menjaga emosi untuk kekal positif adalah satu perjuangan yang bukan mudah

 

Kenapa Payah Benar Kita Hendak Bersyukur dengan Nikmat Anak?

Dah 2 hari fayyadh demam. Mungkin rindu kat abah dia gamaknya.

Terbaring tak bermaya. Termenung, taknak main macam biasa, tak kacau adik, tak “mengemas” satu rumah, tak dengar langsung suara fayyadh bergelak ketawa.

Pada satu sisi, zaty rasa macam wahhhh, bestnyaa fayyadh duduk diam macam ni. Boleh ummi rehat, ummi tumpu pada kerja menulis. Boleh adik fayyadh, si faqeeha tidur lena dan tenang tanpa diganggu.

Impian semua ibu ayah kan anak behave dan duduk diam macam ni?

Tapi pada satu sisi lain, zaty rasa macam Ya Tuhanku, kenapa fayyadh tak ceria macam selalu. Kenapa dia tak buat perangai nakalnya untuk tarik perhatianku.

Kenapa tak nampak kelibat dia kat semua tempat macam biasa melainkan atas katil tu je dia terbaring dari pagi sampai ke pagi esoknya.

Begitulah sahabat.

Bila anak tak duduk diam, anak tengah melasak (orang kata nakal), kita mengeluh penat. Kita rasa tak larat, kita rasa macam give up dan stress. Last sekali kita kerja nak marah je anak kita.

Tapi pada kehidupan ibu ayah yang lain, anaknya diuji dengan sakit. Hingga tak mampu nak sebut ibu, nak sebut ayah. Even nak berbalas pandangan dan senyuman pun tak mampu.

Terbaring lesu tak boleh nak angkat kepala. Nak makan pun kena melalui tiub. “taman permainan” nya cuma di katil hospital berhari-hari. Ditusuk jarum tak berhenti.

Maka, berhati-hatilah dengan setiap patah perkataan yang kita keluarkan pada anak-anak. Lagi pula kata yang keluar dari mulut ibu dan ayah itu confirm satu doa.

Bila buruk sebutan kita pada anak, maka buruklah apa yang anak akan dapat atau lalui dalam hidupnya. Jika baik dan berhemah kata-kata kita pada dia, maka InshaaAllah akan Tuhan perkenankan kemudahan dunia hingga hujung nyawa anak kita.

Sebab tu Tuhan selalu pesan dan selalu ingatkan agar kita jangan lupa bersyukur akan segala nikmatnya. Supaya Tuhan mudah nak tambah lagi nikmat-nikmat yang lain.

Dan kasihannya kita bila terlalu banyak mengeluh pada kenakalan anak-anak. Kita undang kecewa Tuhan pada diri sendiri lagi. Kita dustakan nikmat Tuhan yang paling besar iaitu punya anak.

Tuhan tambah lagi, bukan sekadar seketul anak. Tuhan kurniakan dia tubuh badan yang cukup sihat, anggota badan yang habis sempurna, akal yang tak boleh kita nafikan kebijakannya.

Tapi sedikit sangat yang kita syukuri. Selebihnya, kita rasa susah dengan nikmatnya.

Allahu Allah.

“Ampunkan dosa-dosa kami wahai Allah. Kami tahu kami banyak undang kekecewaanMu. Kami tahu kami susah nak ungkapkan kata syukur diatas kurniaan anak kepada kami.

Kami banyak mengeluh, kami selalu marah. Sedangkan betapa ramai hambaMu yang lain terpaksa hadapi dugaan anak yang lebih berat daripada dugaan anak kami yang cuma nakal semata.

Berikan kami peluang untuk betulkan silap kami pada anak-anak wahai Tuhan Sekalian Alam”

Ezzaty Suffian
Sayang anak-anak kerana Allah

Ibu Ayah Perlu Berhenti Dengar Pandangan Dari Semua Orang

“Ehh..kenapa ya, aku tengok anak kau lambat jalan. Pergilah beli walker letak anak kau. Mesti nanti kejap je dah boleh jalan.”

“Kau tak hantar anak pergi tuisyen ke? Umur 4 tahun tu patutnya dah lancar membaca tau.”

“Laaa, kau dok bagi anak main kat taman permainan? Tak risau ke kalau anak tu nanti kena kuman, sakit masuk hospital?”

Fuhhhhhhhhh…contoh-contoh ayat yang zaty share ni kan, katanya “NASIHAT BERGUNA” atau “PANDUAN” untuk kita ibu ayah ni.

Kalian tahu, apa punca kita mudah sangat nak jadi stress dan dalam masa yang sama kita letakkan anak-anak dalam kedudukan yang lebih stress juga?

Jawapannya : I don’t know the key to success BUT the key to FAILURE is to PLEASE everyone.

Punca utama sebab kita stress ialah bila kita nak dengar dan ambil cakna “nasihat” dan “pandangan” dari SEMUA orang.

Dan malangnya, keputusan kita ini lah yang jadi titik tolak pada kegagalan kita untuk besarkan dan didik anak dengan cara yang betul dan berkesan.

Guru zaty pernah pesan : Bagi nasihat hanya bila orang meminta nasihat itu daripada kita.

So, kalau orang tak tanya dan tak minta, tiada keperluan untuk kita bagi pandangan dan nasihat. Lagi pulak kalau orang tu takda sangkut-paut dengan ahli keluarga kita, sahabat-handai kita.

Sama juga macam kita sekarang, ibu ayah. Kita hanya perlu minta pandangan dan nasihat tentang masalah anak-anak hanya daripada orang yang kita kenal rapat atau daripada orang yang memang ada ilmu dan kepakaran dalam bidang ni.

Selain daripada tu?

Kalau pada zaty, zaty cuma dengar (tapi dah filter/mute kan siap-siap apa dia cakap) dan senyum je (walaupun kadang hati mendidih). Lepastu cepat-cepat angkat kaki. Kita blah je dari situ.

Ini bukan sombong. Tapi, kita yang 24 jam sehari duduk dengan anak. Kita nampak apa kurang dan lebihnya anak. Kita sendiri usaha untuk cari dan tambah ilmu tentang anak-anak.

Sedangkan mereka yang suka sangat bercakap dan bagi pendapat tu : cuma nampak luaran kita dan anak-anak je. Dia tak duduk sekali dalam rumah kita.

Selagi mana kita yakin kita di jalan yang betul, kita yakin apa yang kita amalkan ni ikut ilmu yang kita belajar dan tahu, kita tak pernah tak usaha untuk improve cara asuhan dan didikan kita pada anak-anak,

So, takda apa yang perlu kita risau dan takutkan. Banyakkan berdoa dan bertawakal kepadaNya. Mohon agar usaha dan niat kita pada anak-anak diberkati.

Kita tak boleh nak kawal mulut orang, judgement orang pada anak-anak kita atau pada cara kita besarkan dan didik anak-anak kita.

Tapiii, kita boleh kawal maklumat apa yang kita nak terima, nasihat yang macam mana yang kita nak hadam dan apply dalam kehidupan kita.

Jangan, jangan, jangannnn perjudikan masa depan anak kita hanya dengan dengar kata-kata orang. Kita jadi ibu ayah yang firm dengan prinsip hidup kita.

“WHAT PEOPLE SAY OR THINK ABOUT US OR OUR CHILDREN, IS TOTALLY NONE OF OUR BUSINESS”

Biaq p lah kat depa. Say goodbye sudah.

Ezzaty Suffian
Kita perlu untuk sentiasa jadi RASIONAL bukan EMOSIONAL

Redha Dengan Ujian Pada Anak-Anak yang Telah Tuhan Takdirkan

Anak Autisme, ADHD, Dyslexia, Speech Delay, Sensory Processing Disorder, Developmental Delay dan macam-macam lagi diagnosisnya.

Kita sebagai ibu ayah yang melahirkan dan besarkan anak-anak special ini….. cuba terima ujian pada anak dengan hati yang redha.

Tiada satu pun manusia yang lahir atas dunia ni yang tak mahu kesempurnaan. Tiada manusia yang hidup atas dunia ini inginkan kekurangan.

Tapi hakikat kehidupan. Setiap dari kita tetap ada bahagian dan ujian masing-masing. Yang perlu kita lalui dan hadapi. Yang perlu kita tabahkan hati untuk tempuhi.

Anak special, dia sendiri tak minta untuk dilahirkan seperti itu. Dia sendiri ingin gembirakan hati ibu ayahnya tatkala kali pertama keluar dari rahim ibunya.

Tapi apakan daya, rupanya dia salah seorang yang dah ditakdirkan dengan ujian sejak dari baby lagi. Yang buatkan hati ibu ayah gusar dan bersedih. Kadang ada yang tak dapat terima keadaan anaknya.

Jangan begitu ibu ayah. Setiap dari ujian didatangkan dengan hikmah. Setiap kesabaran kita lalui cabaran itu sudah dijanjikan dengan darjat dan pangkat disisi Tuhan. Setiap hati yang Redha dengan takdir Tuhan itulah yang buatkan pahala syurga menanti kita di sana.

Kita tumpukan pada solusi bukan pada depresi. Kita bantu bangunkan nilai kehidupan pada anak-anak yang special ni. Kita usahakan agar dia mampu jadi seperti anak normal yang lain walau kekurangannya sangat banyak.

Its okay. Tenang sahaja ibu ayah. Tuhan Maha Mengetahui dan Maha Melihat tentang setiap apa yang diuji.

Kita percaya pada kuasa Tuhan. Kita percaya pada kuasa tawakal dan kita percaya pada setiap usaha yang kita buat untuk anak-anak.

Nikmati kehidupan yang sementara ini bersama anak-anak kita yang sangat istimewa. Istimewa sebab takde pada budak lain. Hanya ada pada dia yang satu.

Mungkin dia atau kita yang akan pergi dulu suatu hari nanti.

Sebelum itu, tunjukkan pada dia bahawa dia insan paling istimewa yang bertakhta dalam hati kita. Dia rezeki paling besar yang pernah hadir dalam hidup kita.

Dia insan yang takkan putus mendoakan kebahagiaan kita ibu ayahnya di dunia mahupun akhirat.

Bina Jiwa LEADER dalam Setiap Diri Ibu dan Ayah

zaty suka dengan kata-kata seorang mentor zaty ni. Dia cakap, aim dia sebagai seorang yang komited berkongsi ilmu dan pengalaman dia selama ni hanya dengan satu sebab dan niat je.

Iaitu : Dia berazam untuk create LEADER dalam diri kami yang selalu ambil manfaat daripada perkongsian dia. Itu je yang dia nak.

Daripada kata-kata mentor zaty inilah yang buatkan zaty rasa lebih bersemangat untuk terus menulis dan berkongsi sebanyak ilmu yang zaty ada dengan ibu ayah semua.

Supaya kita masing-masing boleh jadi LEADER pada diri sendiri dan di dalam rumahtangga yang dibina. Suami jadi leader sebagai suami. Isteri jadi seorang leader sebagai isteri. Dan suami serta isteri mesti kena jadi leader untuk anak-anak.

Suami, isteri, ibu dan ayah bukan sekadar title semata-mata. Tapi kita ambil peluang yang Tuhan berikan ni untuk create jiwa LEADER dalam diri masing-masing.

Nak jadi leader, memang tak mudah. Tapi kita kena cuba dan usaha dengan gigih agar jiwa LEADER ni sebati dengan diri kita hingga mati.

Azam dalam hati, dalam diri yang kita perlu jadi LEADER untuk anak-anak. Nak jadi LEADER :

1) kita tak fokus pada masalah. Tapi kita fokus pada macam mana cara nak selesaikannya.

2) kita tak mudah nak tunjuk dan tuju pada kelemahan/kesalahan pasangan atau anak-anak. Tapi kita muhasabah dan renung balik pada diri-sendiri apa punca, apa kurang kita sampai mereka boleh bersikap macam tu.

3) kita sentiasa upgred iman dan ilmu kita. Hari esok mesti lebih elok dari hari ini. Minggu depan mesti lebih bagus dari minggu ini. Kita ubah rutin kita. Banyakkan membaca, tak bertangguh buat kerja, patuhi masa yang ada.

4) kita tak suka mengalah. Kita tak manja. Besar macam mana pun ujian dan cabaran yang menimpa, kita tetap nak fight sampai kita berjaya laluinya. Malah lepas berjaya lalui cabaran tu, kita makin rasakan jiwa kita lebih kuat dan kental.

5) kita ada keyakinan yang tinggi akan berjaya besarkan dan didik diri-sendiri, pasangan serta anak-anak sebagai orang yang berjaya. Berjaya akhlak, berjaya sahsiah, berjaya kawal emosi.

6) setiap kata-kata, pemikiran dan keputusan kita tak mudah dipengaruhi dengan perasaan EMOSIONAL. Tetapi kita utamakan fikiran yang RASIONAL dan MATANG.

Bila kita jadi LEADER, apa yang kita cakap, apa yang kita buat dan apa yang kita pandang semuanya akan diikut dan ditiru oleh anak-anak.

Anak yang malas hasil daripada ibu ayah yang malas.

Anak yang degil hasil daripada ibu ayah yang degil.

Anak yang pemarah hasil daripada ibu ayah yang pemarah.

Tapi, bila kita menjiwai watak leader dalam diri, InshaaAllah kita mampu hasilkan :

Anak yang hebat hasil daripada jiwa kita yang hebat.

Anak yang tenang dan matang hasil daripada jiwa kita yang sentiasa tenang dan matang.

Anak yang lemah-lembut butir bicaranya hasil daripada jiwa kita yang sentiasa berlemah-lembut.

Ayuh ibu ayah. Sekarang kita ada pada zaman yang kena kuat dan survive. Pimpin tangan pasangan dan anak-anak dengan erat untuk harungi liku dan ombak kehidupan yang sentiasa mengganas tak kenal erti kasihan. Kita kena buat sebab kita adalah LEADER.