Sangat Penting untuk Kita Kenali Apa Minat dan Hobi Anak

Apa perasaan kita bila orang yang kita sayang buat SURPRISE dengan bawakan kita ke tempat yang palingggg kita suka atau hadiahkan kita dengan sesuatu yang paling kita idamkan?

CONFIRM perasaannya BEST GILA-GILA kan. Macam tu jugalah perasaan anak-anak bila kita ibu ayah buat surprise kat diorang. Belikan sesuatu yang palingg dia suka atau bawakan dia ke tempat yang paling dia impikan.

Agak-agak ibu ayah dah dapat IDENTIFY tak apa yang anak palinggg suka? zaty dan suami dapat kesan fayyadh TERLALU SUKA dengan kapal terbang sejak dari umur dia setahun setengah macam tu.

Kebetulan pula, atas rumah zaty ni memang laluan kapal terbang turun naik dari airport Ipoh. So, sehari memang lebih dari 5 kali dengar kapal terbang lalu.

Kalau sempat, memang berlari-lari zaty atau suami bawa keluar fayyadh tengok kapal terbang tu lalu. Bila sampai hujung minggu, kitorang rajin juga bawa fayyadh pergi airport tengok kapal terbang turun naik.

Sampai dah hafal diorang punya jadual. Bila kapal terbang MAS turun. Bila kapal terbang TIGER naik.

Yang gambar ni pulak, zaty dan suami sempat bawa fayyadh ke KLIA 3 minggu lepas. Modal parking je RM 8 untuk 2 jam. Kitorang lepak kat anjung tinjau KLIA layankan fayyadh punya minat.

Nampak betapa seronoknya dia kat sini. Melompat-lompat bila tengok kapal terbang lalu. Bila rasa bosan, dia main kat playground yang ada kat situ. Macam tulah aktiviti dia. Berulang-ulang.

Yang bagusnya, dia boleh mengamuk sekejap bila kitorang ajak balik. Taknak balikkkk. Kalau boleh nak berumah kat KLIA ni agaknya. Hahaha.

Begitulah sahabat. Takde manusia atas dunia ni yang tak suka DIHARGAI, digembirakan hatinya, dibahagiakan hidupnya. Orang yang hatinya bahagia, pasti akan MENDOAKAN orang yang dah membahagiakan hidupnya.

Cuba kenali apa minat anak kita. Bila dah tahu, kita RAIKAN dan beri galakkan pada dia untuk teruskan apa yang dia minat. Dan ini juga salah satu cara untuk kita tawarkan rewards sekiranya anak kita berjaya capai sesuatu yang kita dah target untuk dia.

Ezzaty Suffian
Sebenarnya tak perlu RM yang banyak untuk tunjukkan kita sayang pada anak

26219786_1677497315626591_772143090698806920_n26229598_1677497355626587_5860294739399605168_n26733522_1677497465626576_2441423206565936942_n26814858_1677497408959915_4331999642080008982_n

Pengalaman BEST di Farm In The City

Hari Sabtu minggu lepas, zaty dan suami berjaya bawa fayyadh pergi Farm In The City di Seri Kembangan. Memang sangat-sangat best dan berbaloi dengan nilai tiket masuk yang dibeli.

Yang bagusnya tentang Farm In The City ni ialah dia bagi kita PENGALAMAN yang sangat berharga. Setakat zoo atau tempat haiwan yang zaty pergi, belum pernah lagi dapat pengalaman yang awesome macam ni.

Boleh dikatakan hampir 80% haiwan yang ada dalam Farm In The City ni kita boleh tengok secara berdepan, boleh pegang, sentuh, dukung, peluk dan bagi makan.

Kalau selama ni tak pernah pegang ular, kat sini kita diberi peluang untuk belai ular tu. Kambing, burung, ayam dan banyak lagi haiwan lain boleh dikatakan sangat jinak dan manja dengan pengunjung yang datang.

Aishhh, nasib baiklah zaty ada planning nak pergi tempat lain lepas ke Farm In The City ni. Kalau tidakkkkk, memang geram nak peluk dan dukung anak kambing yang memang comel gila-gila. Geram! Manjanya bukan main tau.

Pakai track suit dengan selipar je lagi puas hati nak main dengan haiwan ni semua. Baru syok.

Tiket masuk ke Farm In The City bagi orang dewasa (kena tunjuk mykad) RM32/seorang. Untuk kanak-kanak usia bawah 3 tahun atau maksimum tinggi 90 cm adalah FREE. Selain daripada tu, tiket kanak-kanak RM 27 sahaja.

Waktu operasi tempat ni dari jam 9.30 pagi hinggalah ke 6 petang. Kalau nak datang pada waktu cuti, zaty nasihatkan datanglah seawal yang boleh untuk dapatkan parking yang paling dekat dan pengunjung pun masih belum ramai lagi.

So, kita akan rasa lebih bebas nak tengok haiwan-haiwan yang ada. Tak perlu terjengket, terjenguk-jenguk atau menyelit di antara ramai orang. Dah tak best kan.

zaty haritu pun sampai tepat pukul 10 pagi.Dapatlah park kereta betul-betul depan Farm In The City. Tak perlu berpeluh nak berjalan jauh. Sebab nanti dalam tempat tu sendiri, kita kena berjalan. Besar juga tempatnya dan memang penat.

Dalam keadaan mood fayyadh yang tiba-tiba tak elok bila masuk Farm In The City ni, Alhamdulillah kami berjaya spend masa 3 jam setengah tengok semua haiwan yang ada, bagi makan, tangkap ikan dan bergambar.

Kalau ibu ayah terlupa nak bawa bekalan makanan atau air untuk anak-anak, jangan bimbang ya. Sebab dalam farm in the city ni pun ada lebih kurang 3-4 gerai makanan dan air yang kita boleh singgah, duduk, makan dan berehat.

Haaa lagi satu. Kalau bawa baby bawah usia 2 tahun, seelok-eloknya jangan bagi dekat sangat dengan haiwan yang ada. Atau sapukan siap-siap krim anti-serangga pada seluruh badan anak.

Krim ni sapu pada anak-anak kita semua. Lagi-lagi yang memang tengah aktif berlari sini-sana, pegang semua haiwan yang ada. Nak tahu sebab apa? Suami zaty terbawa balik kutu babi sampai ke rumah.

Kami syak kutu babi tu melekat kat tengkuk dia bila tengah bagi makan ayam kat Farm In The City tu. Semalam baru perasan bila suami cakap tengkuk dia perit dan sakit sangat. Haa, nak seminggu jugalah kutu babi tu berumah kat badan suami.

Nasib baiklah dia tak melekat kat fayyadh. Kalau tak jenuh lah nak mencari binatang cinonet ni.

So far, zaty puas hati sangat dengan Farm In The City ni. Dan pengalaman ni sangat-sangat bagus untuk beri fayyadh peluang tengok dan faham tentang haiwan yang ada.

Penting sangat untuk dia install perkataan-perkataan baru dalam otak dia. Sekarang bila buat sesi terapi kat rumah, dia lebih mudah respons dan ikut zaty sebut pada gambar-gambar haiwan yang kita tunjukkan pada dia. Sebabnya dia dah pernah tengok secara live sebelum ni.

This slideshow requires JavaScript.

Aquaria KLCC

Niat zaty nak bawa fayyadh pergi Aquaria KLCC semalam akhirnya tercapai juga. Alhamdulillah. zaty jadi semangat nak bawa fayyadh pergi situ.

Sebabnya kan, setiap kali dia tengok iklan hidupan laut dalam tv, dia respons dengan tunjuk-tunjuk gambar ikan, penyu dalam tv tu. Nampak dia berminat nak tahu.

So, this is the right time untuk bagi fayyadh tengok the real fish.

Pada pendapat zaty, Aquaria untuk orang dewasa macam kita ni just okay-okay jelah. Maybe sebab zaty expect macam masuk dalam laut kat Pulau Tioman tu. Hahaha.

Confirm lah kan tengok hidupan laut dalam bangunan tak sama “feel”nya macam dalam laut yang betul. Tapi, Aquaria untuk budak-budak umur 2 ke 10 tahun macam tu memang nampak menyeronokkan.

zaty tengok masing-masing excited bila dalam Aquaria tu. Riuh mulut tegur dan tunjuk jerung, ikan besar-besar, penyu dan macam-macam lagi lah yang berenang dalam air tu.

Tapi fayyadh pulak melopong je mulut dia dalam tu. Terkesima dia bila tengok ikan hidup depan mata. Ada satu masa tu zaty tak tahan nak gelak. Sebab nampak ikan selar kuning berenang-renang depan mata.

Haihhhh, geram nak tangkap buat goreng kunyit. Hahaha.

Part paling best bila kita masuk dalam terowong air. Nampak ikan bebas berenang-renang di kiri, kanan dan atas kepala kita. Terasa macam real gitu. Menyelam sambil berjalan. Cheewaah.

Semalam sampai KLCC dalam pukul 12 tengah hari. zaty terus ke Aquaria. Aquaria terletak di level C. Betul-betul di center bangunan KLCC tu.

Kat situ kita akan nampak butik The Body Shop di bahagian kanan. Di bahagian depan, bawah ekskalator pula kita akan nampak Auntie Anne’s.

Jalan ke arah Auntie Anne’s tu sampailah di depannya ada Maybank. Lepastu masuk ke kanan. Ikut sahaja signboard atas kepala kita yang pihak KLCC sediakan.

Tiket untuk dewasa RM49 seorang. Untuk kanak-kanak 3 tahun dan ke bawah adalah PERCUMA sahaja. Manakala kanak-kanak yang berumur 3 hingga 12 tahun serta warga emas 60 tahun ke atas RM39 sahaja.

Untuk pembelian tiket, jangan lupa sertakan sekali Mykad dan Mykid untuk dapatkan harga seperti yang zaty sebutkan tadi. Kalau tidak, harga tiket akan mengikut harga biasa iaitu untuk dewasa sahaja dah cecah hingga RM 69. Dah mahal RM20 kan.

Kami keluar dari Aquaria tu tepat pukul 2 petang. 2 jam jugalah spend masa tengok ikan, ambil gambar. Kiranya berbaloi jugalah kan dengan harga tiket yang dibayar.

Jom tengok gambar. Kalau ibu ayah nak bawa anak-anak pergi Aquaria KLCC hari Rabu ni waktu raya Deepavali mesti seronok anak-anak nanti.