Jom Teka Apa Kepandaian dan Kelebihan Anak-Anak

PicsArt_08-20-10.25.17

Jom kita main teka-teki nak? Antara 8 jenis intelligence (teori Prof. Howard Gardner), mana satu yang jadi intelligence utama (core intelligence) pada anak-anak kita?

Kalian go through soalan-soalan di bawah. Dan cuba ingat-ingat balik sikap serta behaviour anak-anak cenderung kat bahagian mana ya.

1) Spatial Intelligence (picture smart)

✔Anak boleh manipulasi objek seperti lego untuk buat sesuatu seperti apa yang dia lihat in real life (bangunan, kenderaan, haiwan)?

✔Boleh faham peta atau chart dengan sangat mudah?

✔Suka conteng, doodle atau lukis di atas apa-apa permukaan seperti di atas lantai atau dinding?

2) Naturalist Intelligence (nature smart)

✔sangat happy bila ada kat pantai, air terjun atau taman bunga?

✔selalu cerita atau minta untuk bela haiwan peliharaan macam kucing, burung, ikan?

✔suka kutip batu, bunga, daun, kulit siput untuk ditunjukkan pada kita?

3) Musical Intelligence (sound smart)

✔sangat mudah mengingat dan menyanyikan semula satu-satu melodi atau lagu?

✔suka main alat muzik?

✔selalu bercakap atau bergerak dalam rhythm (badan bergoyang, cakap dalam nada seolah berlagu)?

4) Bodily-kinesthetic Intelligence (body smart)

✔sangat enjoy berlari, melompat atau aktiviti fizikal yang lain?

✔Enjoy pisahkan/ceraikan sesuatu objek dan cantumkannya kembali dengan sempurna?

✔suka tunjukkan kemahiran motor halus yang bagus seperti buat origami, kapal terbang kertas, bina sesuatu model dari clay atau blocks, finger painting?

5) Interpersonal Intelligence (people smart)

✔selalu jadi ketua atau suka lead kawan-kawan yang lain bila buat sesuatu aktiviti/bermain?

✔sangat enjoy dan happy bersosial bila berada dalam group kawan-kawan sebaya?

✔mudah memahami emosi dan perasaan orang lain?

6) Intrapersonal Intelligence (self smart)

✔suka buat sesuatu dengan sendiri (berdikari) dan seorang yang strong will?

✔Boleh ekspresikan dan beritahu perasaan sendiri seperti sedih, marah, takut dengan tepat?

✔sangat bagus bermain/buat aktiviti bila ditinggalkan bersendirian?

7) Linguistic Intelligence (word smart)

✔pandai menulis dengan baik berbanding dengan kanak-kanak yang sama usia dengannya?

✔sangat enjoy apabila bercerita atau sangat enjoy mendengar cerita?

✔ada ingatan yang bagus dalam mengingat nama orang, tempat, tarikh dan sebagainya?

8) Logical-mathematical Intelligence (number/reasoning smart)

✔sangat suka dengan nombor?

✔mudah asingkan objek ikut kategori seperti bentuk, warna dan kegunaan?

✔sangat curious dengan sesuatu dan suka buat eksperimen untuk tahu apa effect nya?

Actually kan, untuk tahu apa intelligence anak-anak kita dengan lebih detail, ada lebih kurang 10 soalan kena jawab bagi setiap satu intelligence yang ada. Cuma zaty je yang tak larat nak translate dan taip kat sini. Huhu.

Nanti kalian boleh google je guna keyword “how to identify children’s intelligence according howard gardner theory”. Cuma apa yang zaty share ni boleh lah bagi idea untuk kita kenal pasti secara kasar anak kita punya intelligence cenderung kat nombor berapa kan.

Jom beritahu pasangan masing-masing untuk teka intelligence anak-anak bersama-sama. Selamat jadi detektif anak-anak ya semua😁

Hadiah The Ultimate Callebaut Brownies Untuk Pembeli Shopee Bertuah!

Hai semua. Malam ni zaty janji nak announce nama pembeli brownies dari shopee yang sudi bagi feedback menyentuh hati zaty. MasyaAllah. Terharu sangat sebab Tuhan hantarkan semua customer yang sangat-sangatttt baik selama zaty berniaga.

PicsArt_08-19-04.01.51

Walaupun zaty tak sempat nak follow up seorang demi seorang, mereka tetap sudi luangkan masa tulis feedback dan ambil gambar parcel/brownies dengan begitu baik sekali secara sukarela dan of course dengan rasa yang sangat happy.

Siapa yang tak terharu woihh! So, yes… Puan Juliana Mohd Yunus yang membeli brownies dari shopee zaty terpilih kali ini untuk dapat SPECIAL GIFT dari pihak zaty.

Hadiah istimewa itu adalah THE ULTIMATE CALLEBAUT BROWNIES saiz 5×5 inci bernilai RM 48.

Kenapa zaty pilih Puan Juliana?

Sebab paling utama, cara beliau menghargai dan menghayati rasa dan tekstur brownies kami ini tersangat luar biasa dan unexpected. Kalian tahu, brownies EXTRA SAVING ini adalah sejenis brownies budget.

Dia diadun dengan bahan yang sangat-sangat terhad. Sekadar guna 200 gram chocolate je. Nak bandingkan dengan brownies PREMIUM lain yang guna coklat hampir 500 gram. Nampak beza banyak tu kan.

zaty tak sangka EXTRA SAVING boleh dapat feedback “WOW” dari Puan Juliana. Macam mana agaknya kalau Puan Juliana makan brownies PREMIUM kami pulak. Mesti lagi POWER perasaannya kan.

So that, kali ini kami nak poslajukan brownies THE ULTIMATE (yang palinggggg sedap dan guna coklat mahal) khas buat Puan Juliana. Ini adalah salah satu cara kami menghargai pelanggan-pelanggan kami. Semoga beliau happy nanti😍

shopee.com.my/zaty_lacocina

#BrowniesEzzatyySuffian
#BrowniesBolehPosSeluruhMalaysia

Cuba Teknik Ini Bila Jiwa Resah dan Emosi Rapuh

Orang perempuan bila dia rasa happy, dia akan rasa macam satu dunia ini milik dia yang punya. Dia dah tak kisah tentang apa yang berlaku di sekeliling dia. Yang dia tahu hati sedang berbunga bahagia, muka sentiasa tersenyum gembira.

Tapi jaga-jaga. Bila sekali dia bersedih dan rasa down, perasaan dan emosi negatif ini akan dibawa-bawa dari mula bangkit dari tidur sampailah nak tidur malam semula sampaiiilahhh berlanjutan berminggu malah berbulan-bulan lamanya. Ini yang bahaya.

Sebab bahaya : emosi negatif sangat boleh arahkan diri kita untuk sentiasa jadi tak keruan dan nak marah sentiasa, boleh jadi stress teruk hingga akhirnya bawa diri kita menjadi seorang yang depress.

Ya kawan. Emosi perempuan memang cepat benar tersentuh dan terlalu rapuh. Lagi-lagi bila dia tak shut down media sosial untuk sementara waktu. Lepastu bila dia scroll up and down the medsos, dia mula nampak nikmat-nikmat yang orang lain peroleh yang belum ada lagi untuk diri dia.

Syaitan lah paling galak sekali nak cucuk-cucuk kita time ni. Nak bagi emosi negatif kita jadi lagi meluap untuk pertikaikan takdir Tuhan untuk kita. Lagi dia nak sesatkan kita. Bersungguh-sungguh dia berusaha supaya kita jadi lebih keras kepala dan keras hati.

Huhu. zaty ni nampak je kuat. Nampak je menulis bagi motivasi kat kalian semua. Tapi, bila saat zaty down, semangat takde nak terus berjuang, menangis teresak-esak mengalahkan faqeeha….zaty pun rasa macam dah taknak bangkit lagi.

FB_IMG_1566179376744.jpg

Cuma apa yang zaty perasan, setiap kali zaty buat satu teknik ni, emosi zaty yang tengah rapuh, down, stress semuanya boleh hilang dengan sangat cepat. Tak berlama-lama macam dulu lagi. Takat 2-3 hari atau paling lama seminggu je, emosi zaty boleh kembali kuat dan ceria semula.

Teknik yang zaty buat adalah zaty membaca, melihat dan mendengar ilmu. Di saat zaty down sangat-sangat sampai tak mampu nak angkat badan sendiri, zaty akan lepak kat google ataupun youtube.

zaty cari terjemahan ayat dan surah-surah dalam Al-Quran. zaty fahamkan setiap mesej yang Allah sampaikan tentang ujian, rahmat, balasan, janji, kasih sayang, kemurkaan Allah. Bila kita baca apa yang Allah sebut dalam Al-Quran ni, kita akan terasa macam Dia sedang berbicara dengan kita. Terasa sungguh dekat rahmat Dia pada kita.

zaty selalu juga buka youtube. zaty ambik masa 10 ke 30 minit dengar ceramah ustaz dan ustazah. Yelah, tengah takde semangat kan. Badan pun rasa lemah gila. So, kita memang spend masa lepak depan phone cari input macam ni. Punya nak cari kekuatan sendiri untuk bangkit kembali.

Lepak kat youtube pun sangat best. Lepas satu ceramah, kita dengar ceramah yang lain pulak. Ada satu ceramah yang kita dengar berulang-ulang sampai 3-4 kali. Hati rasa tenang dan sangat terhibur. Lain macam perubahan positif yang kita rasa.

Kawan, sebenarnya kan…kita rasa life kita, ujian kita macam teruk sangat. Macam takde jalan untuk keluar. Tapi rupanya bukan macam tu. Bila emosi kita tengah down, kita actually sedang terperangkap dalam dunia fikiran dan emosi kita sendiri. Gelap-gelita.

Itu yang kita macam tak tahu macam mana cara nak bangkit balik. Rupa-rupanya kan, bila kita baca, lihat dan dengar ilmu…dia semacam sedang suluh jalan kita untuk keluar dari masalah yang sedang kita lalui. Terang-benderang jadinya. Dia seolah-olah bantu untuk lapangkan hati, jiwa dan fikiran kita.

Dia bantu untuk positifkan semula emosi serta mindset kita. Benar kawan, ILMU sangat-sangattt membantu menjadikan hidup kita lebih baik dan tenang. Ilmu berikan kita idea untuk macam mana nak cari cara selesaikan masalah. Ilmu adalah cahaya yang menerangi alam diri yang sedang bergelap.

Semoga post zaty yang ini dapat bagi idea dan suntik semangat kalian untuk kembali bangkit dan ceria seperti biasa. Kalau kita ada sahabat yang sudi dengar luahan hati kita, maka bersyukurlah.

Tapi sekiranya tiada, usah kita bersedih dan menyalahkan mereka. Kita tetap ada seribu satu cara lain yang boleh kita buat untuk bangkit dan terus berjuang💪

Ini Sebab Kenapa Wujudnya Lemonade Cheese Brownies

Setiap jenis brownies yang zaty keluarkan, ada cerita dan kisah disebalik kejadiannya. Seboleh-bolehnya brownies zaty perlu buatkan seluruh deria rasa pada lidah orang yang menjamahnya mampu identify tekstur dan elemen rasa yang kami adun dengan penuh ketelitian.

PicsArt_08-04-02.28.29

Lemonade cheese brownies zaty cipta khas buat kalian yang berjiwa muda. Yang sentiasa suka pada cabaran. Yang sering mahu kelihatan cergas dan bertenaga. (this is the main reason why people age 48 years and above will not purchase this kind of brownie flavour)

Disebabkan itulah, rasa coklat pada adunan brownies dengan rasa lemon yang diperah dalam adunan cream cheese adalah sama padu. Very strong taste. Coklat yang pahit manis diiringi oleh bau serta rasa lemon yang masam serta sedikit manis.

Dan akhirnya, yang melengkapkan dan menyeimbangkan kedua-dua rasa coklat dan lemon ini tadi ialah rasa lemak masin cream cheese yang kita “tanamkan” secara berkala di atas adunan brownies sebelum dibakar hingga masak keseluruhannya.

Tugas kalian cuma satu. Nikmatinya dengan lafaz Bismillah dan hayati rasanya ketika otak rasa penat berfikir, badan rasa letih tak bermaya.

Then, you will find yourself become more energetic, positive and happy throughout the day. InshaaAllah😍💪

shopee.com.my/zaty_lacocina

Pengorbanan Pun Satu Ujian Juga

Di saat Nabi Ibrahim AS mengkhabarkan berita tentang suruhan Allah kepada isterinya, Siti Hajar untuk baginda tinggalkan isterinya itu bersama anak kecil Nabi Ismail di tengah padang pasir yang tersangat tandus tiada berpenghuni….bertanya Hajar kepada suaminya :

“Adakah Allah SWT yang memerintahkan tuan melakukannya?”

Soalan ini menjadi kemuncak penerimaan Hajar kepada keputusan yang diambil Nabi Ibrahim AS. Siti Hajar tidak marah, sebaliknya bersikap rasional dengan bersangka baik terhadap suaminya. Kerana imannya yang begitu tebal kepada Allah S.W.T, beliau menurut dengan penuh tawakal.

shutterstock-586549253

Pengorbanan demi pengorbanan yang Nabi Ibrahim AS serta Siti Hajar perlu lakukan hingga ke tahap kemuncaknya apabila Allah S.W.T perintahkan Nabi Ibrahim AS untuk sembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail.

Benar kawan. Ibrah dan pengajaran tentang erti sebuah pengorbanan boleh didapati daripada kisah Nabi Ibrahim, Siti Hajar serta Nabi Ismail. Antara pengorbanan yang paling besar dalam sejarah ketemadunan dunia.

Pengorbanan yang cukup mencabar jiwa dan emosi. Pengorbanan dalam membuatkan hati perlu memilih hanya satu perkara sahaja iaitu perintah Allah semata-mata.

Dan benar kawan. Pengorbanan itu juga adalah satu UJIAN. Ujian kesabaran pada setiap insan yang sedang mengharunginya. Sama ada pengorbanan yang kita sedang lakukan sekarang hanya kecil atau tersangat besar, ianya datang daripada ketetapan Tuhan.

Tidaklah datang sesuatu kejayaan tanpa pengorbanan. Tidaklah datang erti kebahagiaan tanpa pengorbanan. Tidaklah datang rasa cinta dan penyatuan tanpa pengorbanan.

Inilah Sunnatullah. Ketetapan Allah. The law of universe. Kita perlu korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Kita perlu buat pilihan dan terpaksa bulatkan tekad dan semangat untuk lupakan seketika apa yang kita suka dan sayang apabila kita pilih untuk berkorban.

Pengorbanan dibuat dengan linangan air mata, dengan kerahan tenaga tulang empat kerat, dengan wang ringgit yang bukannya sedikit, dengan waktu tidur yang cuma sesaat, dengan masa yang ada semuanya hanya ditumpukan kepada pengorbanan yang kita buat semata-mata.

Kita sayang, kita rasa selesa. Tapi kita terpaksa korbankan segalanya. Walau sakit, pedih dan rasa tak mampu untuk teruskan pengorbanan ini lagi, kita sama-sama ingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan juga Siti Hajar tadi.

Selepas 10 tahun Nabi Ibrahim AS tinggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail AS, Nabi Ibrahim terkejut melihat perkembangan tempat yang ditinggalkannya itu : Daripada padang pasir yang tandus berubah menjadi bumi yang sangat subur dan ramai penduduknya, dinamakan sebagai Kota Mekah.

Asbab dari pengorbanan Siti Hajar yang berlari-lari dari Safa ke Marwah berulang-ulang kali untuk mencari air. Akhirnya, dengan izin Allah muncullah mata air dari hujung kaki Nabi Ismail AS.

Air zam-zam yang membawa maksud air yang berkumpul, banyak, melimpah-ruah hingga membentuk sebuah telaga yang dapat dimanfaatkan oleh kita semua sehingga ke hari ini. MasyaAllah. Betapa hebatnya kuasa Allah yang mengaturkan segalanya.

Benar kan kawan. Pengorbanan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim dan Siti Sarah tadi kita dapat lihat dan nikmati hasilnya sehingga sekarang. Dan akhirnya kawan, jangan kita sangka setiap pengorbanan yang kita buat dan lalui sekarang tidak dihitung oleh Tuhan, tidak dicatatkan pahalanya oleh malaikat.

Asalkan pengorbanan kita diniatkan kerana Allah S.W.T dan hasil pengorbanan kita ini nanti mampu beri manfaat kepada banyaknya orang, InShaaAllah pasti ada sinar kejayaan dan kebahagiaan buat kita semua.

Ada kawan. Akan tetap ada bahagian untuk kita. Yakinlah. Jika tidak disini, nanti di alam sana nanti. Sungguh Allah S.W.T tidak pernah lupa dan melupakan.

Seka air mata, kentalkan semangat dan terus berjuang kawan💪

Cara zaty Bahagi Masa Setiap Hari Sebagai Suri Rumah dan juga Online Seller

2 minggu lepas zaty ada cerita yang setiap hari waktu zaty bangun tidur untuk mulakan hari baru adalah pada pukul 2.30-3.00 pagi. Rupanya daripada stori zaty tu, ada yang berminat nak tahu macam mana zaty susun jadual dan boleh bangun tidur awal-awal pagi.

PicsArt_07-05-08.29.00

Ini cara zaty susun jadual harian :

Pukul 2.30 pagi zaty bangun dan buat qiamulail sikit. Pukul 3 pagi zaty akan mulakan aktiviti harian.

1) Sama ada selesaikan kerja-kerja bisnes yang perlukan zaty duduk diam perah otak susun strategi.

2) ataupun masuk kitchen bantu husband siapkan order brownies.

3) ataupun baca buku, layan youtube untuk inject new knowledge.

Pukul 6 : subuh

Pukul 6.30-8.30 : layan anak-anak

8.30-10.30 : setelkan kerja-kerja rumah

Lepastu buat kerja bisnes dan lunch dengan suami dan anak-anak.

Pukul 1-2 : tidur (wajib) dan solat zohor

Pukul 2-6 : buat kerja-kerja bisnes (packing parcel, training and coaching team, reply whatsapp customer)

Pukul 7-9 : dinner, maghrib, Isyak

9.00/9.30/10 malam : tidur

Simple je zaty punya jadual. zaty terpaksa bangun awal pagi macam tu sebab tugas harian yang nak kena buat boleh tahan banyak. Tak sempat nak siapkan dengan baik kalau pukul 6 pagi baru bangkit tidur.

Sebab kita suri rumah, isteri, ibu, usahawan dan leader pada team. Punya banyak kita punya self image dan tanggungjawab yang kita pegang pada satu-satu masa. Semuanya perlukan perhatian dan tuntutan masa kita dibahagi-bahagikan untuk mereka.

In the same time, kita sendiri perlukan our own time untuk kita guna pada diri-sendiri juga. That’s why zaty pilih untuk bangkit awal supaya zaty boleh spend my own time duduk sorang-sorang dalam keadaan sunyi-sepi untuk buat apa yang zaty suka.

For me, treat our time like currency is a must. Wajib manage dengan sebaik-baiknya.

Dan antara sebab kenapa zaty termotivasi nak bangun seawal pagi yang boleh ialah bila zaty baca kisah-kisah orang yang berjaya (highly successful people). Diorang semua ini mulakan kehidupan setiap hari dengan bangun awal pagi.

Dengan kajian-kajian yang dibuat terhadap habit pattern orang-orang hebat, bangun pagi adalah salah satu PUNCA kenapa mereka sekarang menjadi sangat-sangat berjaya dan punya kekayaan hingga cecah ratusan juta malah billion dollar.

Dulu zaty terfikir kita semua diberi masa yang sama which is 24 hours per day. Tapi kenapa ada orang dia boleh buat semua tugas dengan baik dalam tempoh tu. Dan ada orang dia terpaksa tunda dan tunda tugas serta tanggungjawab dia ke next 24 hours.

Rupanya rahsianya ada kat sini. It is about how we manage our time properly and effectively. Even dalam agama kita sendiri pun, berapa banyak ingatan dari Tuhan serta Nabi Muhammad S.A.W tentang masa dan kejayaan.

1) Bangun 1/3 malam untuk solat sunat. Lepas bangun dan tahajud takkan kita nak tidur balik kan. Pasti kita akan buat something untuk tunggu Subuh masuk.

2) Wujudnya surah khas yang bercerita tentang masa : Surah Al-Asr (demi masa). Tuhan cerita tentang banyaknya manusia yang berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.

3) Dan beberapa surah lain juga yang Tuhan beri ingatan tentang pentingnya masa : surah ad-Dhuha ayat 1-2, surah al-Lail ayat 1-2, Surah al-Fajr juga ayat satu 1-2.

4 ) solat di awal waktu (baca masa) dan berusaha untuk dapat khusyuk (khusyuk=kejayaan)

5) dari Ibnu Abbas Rasulullah S.A.W bersabda : “rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.”

(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

So inilah reason yang zaty rasa dah cukup kukuh untuk kita try juga usaha manage masa dengan sebaiknya. We have nothing to lose if we try harder to change ourselves to be better person right. We will try our best.

InShaaAllah💪

Resepi Brownies Kami dah di UPGRADE! Rasa yang lebih umphhh gitu

Hai semua. zaty nak bagitahu yang DUA LAGI PILIHAN brownies kami yang terkini dah pun ditingkatkan kualiti resepinya (IMPROVED RECEPI). Yeayy happy betul😍

MIXED NUTS CALLEBAUT PREMIUM BROWNIES

PicsArt_07-22-09.55.59

1) Dulu ada 100 gram kekacang, sekarang kita tambah lagi 100 gram = 200 gram kekacang dalam sebiji brownies bersaiz 10×10 inci

2) Dulu kita guna 6 jenis kacang : walnut, almond, hazel, pecan, macadamia dan cashew.

Sekarang kita decide untuk pilih dan guna 4 jenis kacang PREMIUM SAHAJA : pecan, macadamia, hazel dan cashew (total berat 4 jenis kacang ini adalah 200 gram)

3) Kekacang dipanggang di atas api bersama pure butter serta renjisan unbleached and unprocessed sea salt untuk naikkan aroma serta rasanya.

4) kami TAMBAH lagi kuantiti coklat jadi lebih banyak untuk buatkan brownies rasa lebih STRONG dan PADU dengan coklat MEWAH. Dulu guna brand callebaut dan sekarang masih lagi setia dengan callebaut.

saiz 5×5 inci RM 48
saiz 7×7 inci RM 69
saiz 10×10 inci RM 110

EXTRA SAVING BROWNIES

PicsArt_07-23-09.12.44

1) dulu 100% guna gula putih. Sekarang kita ubah guna 100% gula perang sama macam brownies yang lain-lain juga.

2) dulu hanya ada satu saiz 7×7 inci RM 29. Sekarang ada saiz besar 10×10 inci dengan harga cuma RM 39 SAHAJA (tambah RM 10 dapat saiz besar terus)

3) dulu ada taburan kepingan badam kat atas sebagai topping. Sekarang kita ubah dengan taburan milk dan white chocolate sebagai topping.

Kesimpulannya yang MIXED NUTS CALLEBAUT BROWNIES sangat sesuai untuk kalian yang sukakan rasa coklat PADU dan ORIGINAL dengan kurang rasa manis gula.

Manakala EXTRA SAVING BROWNIES adalah untuk kalian yang suka makan brownies pada HARGA MURAH dan BERBALOI-BALOI sangat.

Kalian boleh buat tempahan terus dengan tekan link di bawah ya :

shopee.com.my/zaty_lacocina

#BrowniesBolehPosSeluruhMalaysia
#BrowniesEzzatyySuffian

Teknik Bangun Awal Pagi dengan Semangat Tanpa Mengantuk di Siang Hari

Bangun awal pagi memang best sebab kita ada EKSTRA MASA sebelum masa sepatutnya kita mula buat aktiviti/rutin harian. Biasa bangun pukul 6, kita ubah bangun pukul 5.45. So, kita dah ada 15 minit ekstra kat situ.

Kat sini zaty kongsikan 5 Cara yang zaty buat sejak tahun 2017 untuk mula manage waktu tidur dan bangun awal pagi.

1) Elakkan dari ubah waktu bangun tidur secara drastik dan mengejut.

Contoh : Kalau selama ni bangun pukul 6 pagi, tiba-tiba berubah bangun pukul 4 terus. Okay, tak boleh macam ni. Nanti sistem badan kita terkejut dan tak ready terima perubahan mengejut. Siang hari kita akan jadi cepat penat dan mengantuk.

Ikut bahasa orang putih, gradually. Maknanya bangun tidur awal secara berperingkat. Kita ajar body system kita untuk bersedia terima perubahan baru secara berperingkat.

Dah biasa bangun pukul 6 pagi, lepas ni try seminggu awalkan bangun pukul 5.45. Lepastu ubah jadi pukul 5.30. Pastu awalkan lagi pukul 5. Sampailah kita dapat achieve target jam yang kita nak bangun tu.

2) konsisten tidur awal seawal yang kita boleh.

Awal tu maknanya dalam lingkungan pukul 9, 10 atau 11 malam. Hanya dengan tidur awal = bangun awal. Kalau pukul 1 pagi baru nak tidur, agak mustahil kita nak capai target bangun pukul 4 pagi dalam keadaan fresh dan bersemangat.

3) Tidur adalah tentang berapa banyak kualiti tidur yang kita dapat. Bukan tentang berapa banyak jam yang kita dah tidur.

Kualiti tidur ialah deep sleep. Tidur yang sangat lena sampaikan kita memang dah tak sedar langsung apa jadi kat sekeliling kita. Deep sleep biasa jadi sejurus lepas kita tidur hingga kita tersedar.

Sebab tu, kalau kita dapat deep sleep dari pukul 9 malam dan tersedar pukul 3 pagi, kita akan dapati badan kita rasa sangat fresh dan mata pun terbuka luas. Petanda kita dapat tidur yang berkualiti lah tu.

So, kena terus bangkit. Kalau kita sambung tidur, tidur malam kita akan jadi the second cycle. Biasanya bila bangkit after second cycle sleep, badan dah tak fresh macam first cycle sleep tadi.

Kalau perasan, sometimes kita tidur malam 5-6 jam je, tapi bila bangkit kita rasa sangat-sangat fresh. Tapi ada juga saat yang kita tidur sampai 8-9 jam, badan still rasa letih dan lesu bila bangkit tidur.

4) Bangun tidur naturally. Tak perlu guna alarm/jam loceng.

Ini juga adalah teknik yang Oprah Winfrey guna. Dan ini adalah teknik yang sangat betul. Actually badan dan otak kita perlukan certain waktu untuk betul-betul berehat dan recharge new energy.

Ada hari yang kita lalui sangat-sangat penat atau mental sangat stress. So that, badan dan otak perlukan masa lebih untuk rehat dan recharge semasa kita tidur.

Sebab itu kalau perasan, waktu tidur kita sama. Tapi waktu bangun tidur kita berbeza bila tak guna alarm. Kadang bangun pukul 3, kadang terlajak juga pukul 6.

Even kita set alarm pun, kalau badan dan mental letih sangat kita takkan sedar alarm tu berbunyi.

So, boleh nak set alarm macam biasa kalau takut tak terjaga tidur. Cuma better set alarm paling lewat untuk kita sepatutnya dah kena bangun.

5) Tidur dalam keadaan yang kita betul-betul bersedia untuk masuk tidur.

Maksudnya jangan terus masuk tidur macam tu je dalam keadaan badan yang sangat letih, tak makan, tak tukar baju, tak tutup lampu dan tv masih terbuka.

Nak tidur sama macam aktiviti-aktiviti lain jugak. Kena setkan dalam otak kita yang kita nak masuk tidur, nak berehat dan nak recharge energy.

Penat macam mana pun, pastikan badan kita dah bersih. Baju yang kita pakai pun selesa, solat semua dah selesai buat dan berbaring dalam keadaan yang kita betul-betul ready nak tutup mata tidur.

Kesimpulannya, ada orang happy dapat bangun awal. Ada orang happy dapat tidur banyak. Its okay. Pilih mana yang kita selesa. Cuma zaty pilih untuk dapatkan EXTRA TIME sebanyak yang boleh untuk buat sebanyak perkara yang zaty suka sementara masih muda lagi❤

“All we have to decide is what to do with the time that is given us” (Gandalf, The Lord Of The Rings)

Kenapa Brownies Tak Berkedut? Salah Cara Buat Ke Tu?

PicsArt_07-23-09.10.55

zaty…..kenapa brownies zaty tak berkedut ya?

Jawapannya cuma satu sayang. Brownies zaty masih dalam range usia 20an. Masih muda remaja gitu. Hahaha. (Ada jugak zaty kena sekeh kepala nanti).

Awal-awal dulu waktu kita mula buat brownies, kita pun mati-mati ingat bila buat brownies wajib berkedut. Kedut tu maknanya sedap yang amat. Pemahaman zaty macam tu dulu tau.

zaty pergi pulun buat eksperimen hampir 20 biji brownies hanya untuk dapatkan lapisan kedut. Aduhaiilah padan muka kami. Girls, kedut bukan elemen utama untuk buatkan brownies kita rasa sedap gila okay.

Brownies actually tak diukur dengan kedut semata-mata. Tapi dia diukur dengan tekstur dan rasa. Kedut tu macam presentation. Nak nampak brownies kita cantik menarik.

Cuma daripada result R&D kami, nak jadikan brownies kita kedut ada 3 cara yang kami jumpa. Salah satunya ialah gunakan gula sama banyak atau lebih kurang banyak dengan dark chocolate. Dan untuk dapat kedut dengan mudah, kita gunakan gula castor (gula putih).

Dalam pilihan brownies yang kami sediakan, brownies kedut cuma ada pada TRIPLE CHOCOLATE BROWNIES sahaja. Ini pun kami gunakan cara kedua dan ketiga (sorry tau. zaty tak ready lagi nak bagitahu apa dia caranya)

Maksudnya kita langsung tak guna cara pertama tadi iaitu gunakan gula yang sama banyak dengan dark chocolate. Kami juga langsung tak gunakan gula putih. Sebab, aim kami untuk pasarkan brownies adalah TIADA GULA PUTIH dan TAK MANIS DENGAN RASA GULA.

PicsArt_07-23-09.12.44

So, kenapa yang lain-lain (selain triple chocolate brownies) zaty taknak buat kedut?

Sebabnya cuma satu. Kedut ini adalah satu lapisan nipis di atas permukaan brownies. So dia sangattttt lah senang nak peel off. Dan kalian bayangkan bila dia sensitif gitu pastu nak kena packing dan pos pulak ke customer.

Ya Tuhan, buruk yang amat. Serius! Terkupil-kupil kedut keluar. Tinggal lah nampak base blondies yang tak cantik. So, i’m not happy with that result. Kita nak bagi ke customer, of course kita nak bagi the best.

After this, kalian akan faham kenapa appearance dan presentation brownies zaty biashe-biashe aje. Tapi bila digigit dan dijamah, makkk aiii zatyyyyy! Apasal sedap sangat rasa brownies ni? Sedap namatey wehhh!

over je kan si zaty ni.

Begitulah yang zaty nak cerita. Soalan survey zaty, kalian lebih prefer brownies yang kedut atau brownies yang sedap ya?

P/s : gambar ni namanya EXTRA SAVING BROWNIES. Rm 39 jer saiz besar 10×10.

shopee.com.my/zaty_lacocina

#BrowniesBolehPosSeluruhMalaysia
#BrowniesEzzatyySuffian

Intelligence Fayyadh dan Faqeeha yang Berbeza dan Tak Sama

PicsArt_07-11-02.02.55

Sejak zaty mula baca dan kaji sikit-sikit tentang teori Howard Gardener tentang 10 types of intelligence (ada yang kata 12 jenis kepandaian), baru zaty terperasan satu perkara.

Rupa-rupanya bila kita perhatikan betul-betul, anak-anak kita dah pun tunjukkan diorang punya intelligence seawal usia satu tahun ataupun seawal usia anak dah pandai berjalan.

Contoh macam fayyadh. Dia punya intelligence yang zaty dapat detect ialah BODY SMART INTELLIGENCE (bodily kinesthetic). Ciri-ciri budak yang ada this type of intelligence ialah :

1) Ada body awareness yang sangat tinggi. Bila berjalan atau berlari even memanjat, dia sangat berhati-hati dan sangat cekap buat that aktiviti tanpa jatuh.

Panjatlah tinggi macam mana pun, dia boleh sampai ke atas dan turun ke bawah dengan selamat.

2) Kemahiran motor kasar dan motor halus (penggunaan jari-jemari) sangat-sangat cekap. Ini kita akan nampak bila dia main wooden blocks ataupun lego. Within berapa minutes je, siap dia punya rekaan bangunan atau kenderaan tanpa jatuh/rebah rekaan yang dia buat.

3) pergerakan badan yang aktif dan payah nak duduk diam kat satu-satu tempat. Seluruh anggota badan bergerak. Tangan, kaki, kepala. Segalanya lah. Ada je benda dia nak buat. Dari bangun tidur sampai nak tidur semula sangat aktif buat macam-macam aktiviti fizikal.

Macam faqeeha pulak, zaty nampak dia dah ada ciri-ciri NATURALIST INTELLIGENCE ataupun nama lain dia nature smart. Budak yang ada this type of intelligence :

1) Sangat pantang nampak tumbuhan dan haiwan macam pokok, bunga, kucing, anjing, ayam. Dia akan pergi nak bertegur sapa dan sentuh dan peluk (kecuali anjing).

Kita akan nampak dia sangat-sangattt soft dengan hidupan. Pegang daun pun alahaiii, penuh dengan minat dan full with love. Dia punya sayang tu sampai tahap nak tepuk semut pun tak sampai hati (si fayyadh pantang nampak, habis dikelepet je semut tu selamba)

2) Sangat enjoy bila ada kat outdoor dan dapat tengok suasana alam. Suka taman, hutan, pantai. Faqeeha boleh duduk diam dan renung je keliling dia. Santai, layan scenery. Macam heaven je dia rasa agaknya. Ajak balik dia tak nak. Huhu.

3) Sangat peka dengan perubahan cuaca, awan, bulan, bintang. Kita tak perasan hujan, faqeeha dah tegur happy-happy kata hujan turun.

Ini “CORE INTELLIGENCE” yang zaty nampak pada putera puteri buah hati zaty. Ada lagi 2-3 intelligence yang diorang ada which is pada zaty, those intelligence dianugerahkan Tuhan untuk support core intelligence diorang tadi.

zaty bersyukur bila dapat kenal pasti intelligence anak-anak daripada awal. So that senang untuk kita bantu pimpin anak-anak dan bagi sokongan pada diorang pilih haluan pendidikan dan masa depan yang betul.

Macam mana zaty tahu pasal teori intelligence ni?

zaty ada linguistic intelligence. Jenis sangat-sangat gila dengan words. So, zaty suka habiskan masa berjam-jam sehari dengan baca buku, jurnal dan website-website dalam google. I really enjoy every word yang zaty baca.

Actually, apa yang zaty cerita selama ini bukan sebab nak tunjuk pandai ke apa tau. I just want to share ilmu dan idea yang kita dapat kepada semua yang berminat nak tahu.

At least we get to know something sebagai knowledge dan panduan untuk kita sama-sama amalkannya instead of zaty tahu dan gunakannya sorang-sorang. Takpa kan zaty share everything yang zaty baca dan tahu?