Kejayaan Fayyadh Atasi Speech Delay

Finally, lepas berbulan-bulan zaty dan husband cuba try and adjust macam-macam cara untuk bantu fayyadh bercakap. Hari ni zaty nampak fayyadh dah mula tunjukkan improvement. Huuu, mengalir air mata. Terharu, gembira, bersyukur.

Fayyadh dah boleh sebut adik, kek, air, lampu, biskut dengan jelas.
Fayyadh dah berminat nak cuba ikut setiap perkataan yang zaty ajar pada dia.
Fayyadh main mainan sambil mulut riuh berbunyi (kalau tak sebelum ni memang senyap seribu bahasa).
Fayyadh tunjuk setiap objek yang dia nampak dan minta zaty untuk bagitahu apa bendanya tu berulang-ulang kali.

Memang takde cara shortcut untuk buatkan fayyadh ringan mulut boleh bercakap. Tiga benda je yang zaty buat kat fayyadh :

1) selesaikan semua isu sensori fayyadh.

Fayadh geli pijak pasir, kitorang buka kasut fayyadh setiap kali dia main kat taman permainan.

telinga fayyadh oversensitive dengan bunyi-bunyian, kitorang simpan tv kat dalam stor

fayyadh gayat dengan rocking horse dan buaian, zaty bawa rocking horse pergi rumah adik. Lepastu suruh anak sedara naik dan main depan fayyadh.

Bila fayyadh tengok, dia jadi teringin nak naik juga. Hari-hari dia buat latihan sendiri, beranikan diri naik rocking horse tu sampai dia berjaya atasi rasa gayat.

fayyadh ada masalah dengan body awareness, kitorang beli exercise ball untuk dia hempaskan badan dia atas bola tu. zaty amalkan urut badan fayyadh 2 kali sehari.

Sekarang yang belum setel ialah isu masuk, jilat dan gigit objek dalam mulut. zaty tengah struggle nak selesaikan masalah sensori yang ni.

2) sembang dan sembang dan sembang dengan fayyadh.

zaty sembang dan apapun perkara dengan fayyadh. Kalau mandi, sembang pasal berus gigi, sabun, rambut, dan segala anggota badan.

bila makan, zaty sembang dan tanya fayyadh tentang apa yang dia makan. Bagitahu dia ini ayam, itu ikan, sayur, telur, senduk, pinggan, cawan.

bila fayyadh tengah main, zaty akan take part at least 3-5 minit. Sambil fayyadh main, sambil zaty perhati dan buat cerita berdasarkan apa yang dia tengah main.

Contoh : Kereta fayyadh warna kuning. Kereta jalan laju sangat. Kereta langgar dinding. Kereta turun bukit. Sambil-sambil buat sound effect nak bagi jalan cerita tu jadi menarik.

3) Selalu bagi arahan dan buat aktiviti sama-sama dengan fayyadh.

suruh fayyadh ambil tuala, ambil kereta, letak baju dalam bakul. Everything yang mudah. Selagi fayyadh mampu buat, zaty akan suruh dia buat. Mula-mula satu arahan je.

Sekarang dah boleh bagi 2 arahan dalam satu masa. Contoh : Fayyadh, buka baju lepastu letak baju dalam bakul.

Buat aktiviti sama-sama. Sidai baju sama-sama, makan sama-sama, main educational toys sama-sama. Kalau banyak masa free, zaty buat aktiviti sampai habis dengan dia. Kalau tak sempat sangat, zaty ambil 3-5 minit join aktiviti yang dia buat.

*************************************************************************************

zaty tak pernah letak apa-apa target kat fayyadh. Sebab zaty tak tahu sejauh mana keupayaan fayyadh nak atasi speech delay dia. Yang zaty tahu, hari-hari zaty kena usaha buat something untuk bantu fayyadh selesaikan masalah sensori dia.

In the same time zaty kena tambah dan tambah sebanyak yang boleh kosa kata (vocab) install masuk dalam otak fayyadh. Sebab tu sekarang mulut zaty lebih riuh-rendah kat rumah kalau nak banding dengan dulu.

Always bercerita dan bertanya dengan fayyadh.

Kalau kalian ada anak yang senasib dengan fayyadh, pesan zaty satu je. Jangan sesekali kita putus asa. Kita buat training hari-hari dengan dia, walau nampak macam takde hasil, itu sebenarnya ilusi kita semata.

Teruskan latihan. Jangan berhenti. Kalau taknak stress, jangan letak apa-apa target pada anak. Just go with the flow. Sooner or later, dia akan tetap tunjukkan improvement yang bakal buatkan kita rasa sangattt kagum, bangga dan bersyukur yang teramat sangat.

Yang penting ada PROGRESS dan IMPROVEMENT dari anak kita.

Dengan 1 syarat mudah. Jangan “rasa-rasa” pasal perkembangan/masalah anak. Bila dah RED FLAG je, terus bawa anak jumpa pakar/therapist untuk screening dan diagnose apa masalah anak.

Diikuti pula dengan latihan berterusan (dengan panduan therapist) sama ada di pusat terapi atau di rumah. Last but not least, jangan lupa doa dan tawakal kita perlu sentiasa dihantar kepada Tuhan Raja sekalian alam.

Ezzaty Suffian
Setiap anak yang dilahirkan, bentuknya sama serupa macam kita. Ada kekurangan, ada kelebihannya tersendiri.

Underlying Cause yang Sebabkan Fayyadh Mengalami Speech Delay

Minggu lepas zaty ada janji nak share dengan ibu ayah semua “underlying cause” yang menyumbang kepada lambatnya fayyadh boleh bercakap (speech delay).

Cuma, zaty nak pesan awal-awal tau. Setiap anak yang speech delay ada “underlying cause” yang berbeza ya. Tak semestinya apa yang zaty cerita tentang fayyadh hari ni, akan sama atau “ala-ala” dengan apa yang jadi pada anak kalian.

Never do your own assumption okay. Ini sekadar sharing. Dan please ibu ayah yang ada anak speech delay, yang belum buat screening dengan pakar atau therapist, tolong ambil tindakan yang ini dulu.

Biar pakar yang kenal pasti apa “underlying cause” yang sebabkan anak kita speech delay.

Untuk fayyadh, therapist dapat detect ada 3 sebab yang kita tak perasan kenapa dia boleh jadi speech delay.

1) kaki fayyadh yang flat foot
2) telinga fayyadh yang hypersensitif pada bunyi
3) fayyadh kurang dapat rasa tubuh badan sendiri

*underlying cause ni maksudnya bukanlah punca utama pada kelewatan bercakap. Tapi dia menyumbang sedikit-sebanyak pada masalah ni.

3 underlying cause yang memang zaty dan suami tak pernah terfikir pun. Sebabnya, kita tak ada ilmu dan tak belajar benda ni semua. Tapi, bila therapist tengok je cara fayyadh bawa diri bila bermain, terus dia dapat detect apa puncanya fayyadh speech delay.

Okay, zaty terangkan satu-satu secara ringkas ya.

1) kaki fayyadh yang flat foot.

Serius tak perasan langsung yang ni. Even bawa fayyadh pergi checkup tiap-tiap bulan kat klinik pun, doktor tak pernah perasan atau bagitahu tentang ni.

Kaki orang normal, dia ada arch atau lekuk kat tengah-tengah kaki tu tau. Tapi kaki fayyadh dia punya arch tak develop well. Bila dia menapak, kita akan nampak kaki dia rata je. Tak berlekuk langsung.

Orang tua-tua sebut tapak kaki besar. Bila kaki bentuk flat macam ni, automatik fayyadh akan jadi susah nak seimbangkan diri bila berjalan.

Dan ini yang menjawab persoalan kami selama ni.

Kenapa tiba-tiba bila fayyadh dah mula boleh berjalan dulu, mulut dia seolah-olah bisu. Langsung takde perkataan satu pun yang keluar melainkan pandai menangis jelah.

Rupa-rupanya, dia perlukan DAYA FOKUS yang tinggi untuk seimbangkan badan dia bila berjalan. Sampaikan dia tak boleh nak fokus pada aktiviti yang lain termasuk bercakap atau install perkataan dalam memori dia.

So, faham ya. Flat foot tu sebenarnya bukan punca pada kelewatan fayyadh bercakap. Tapi disebabkan dia terpaksa bagi tumpuan yang penuh pada aktiviti berjalan dan seimbangkan badan, buatkan dia terpaksa ignore dengan aktiviti perkembangan yang lain terutamanya bercakap.

2) telinga fayyadh yang hypersensitif pada bunyi.

Hypersensitif pada bunyi ni maksudnya sistem auditory/telinga dia mampu tangkap bunyi yang sangat perlahan atau halus. Cukup sensitif pada apa-apa bunyi.

Contohnya, kita berjalan punyalah perlahan sebab taknak bagi dia terjaga dari tidur. Tapi sebab telinga dia yang super sensitif tu, dia boleh detect bunyi tapak kaki kita lepastu terjaga.

Jadinya, telinga budak yang hypersensitif ni, dia boleh tangkap atau dengar segala benda yang berbunyi kat sekeliling dia dalam satu-satu masa. Bunyi kipas, bunyi kereta lalu kat luar rumah, bunyi budak hujung taman menangis.

Dan bila datang bunyi yang agak kuat atau bising macam blender, kita marah terjerit-jerit pada dia, mainan yang ada bunyi yang kuat, ni semua boleh menyakitkan sistem pendengaran dia.

Telinga yang hypersensitif pada bunyi TAK SEBABKAN speech delay. Tapiiiii, punca utamanya ialah bila zaty bagi pendedahan TV pada fayyadh lebih daripada 8 jam sehari sejak dari usia 8 bulan.

Telinga budak yang hypersensitif ni dia akan menangkap semua bunyi yang masuk ke dalam telinga dia. Dan bunyi tu akan diproses sebagai satu maklumat di dalam otak dia.

So, bila fayyadh terlalu didedahkan dengan TV dulu, ini buatkan telinga fayyadh tangkap macam-macam bunyi dari TV ke dalam telinga dia.

Bila semua bunyi ni dimasukkan ke dalam otak, otak dia tak mampu nak bezakan atau filter bunyi yang penting dan yang tak penting.

Otak proses semua bunyi yang diterima. Kat sini akan berlakunya kecelaruan maklumat. Semua maklumat dirasakan penting dan perlu disimpan sebagai memori.

Sudahnya, bila kita cuba nak ajar anak bercakap atau nak perkenalkan perkataan-perkataan baru, maklumat yang penting ni akan disimpan sebagai short term memory je.

Tambah pulak cara kita ajar tu tak menarik macam dia dengar dalam TV, so awal-awal lagi dia akan filter apa pun yang kita ajar pada dia. Maklumat dari bunyi dalam TV tu bagi dia lagi best dan sesuai untuk disimpan.

Nampak kan betapa bahayanya TV pada perkembangan baby?

3) fayyadh kurang dapat rasa tubuh badan sendiri

Salah satu cara nak detect budak yang kurang rasa tubuh badan dia ialah bila dia suka sangat duduk kat tempat yang sempit. Duduk dalam almari, kat celah-celah atau bawah kerusi, menyelit belakang almari.

Antara punca kenapa budak ada habit macam ni sebab dia nak rasa tubuh badan dia sendiri. Sendi pada seluruh badan dia kurang dapat rangsangan.

So, secara automatik dia akan “seeking” atau mencari rangsangan dengan duduk kat tempat yang sempit.

Kurang rangsangan pada sendi ni pun antara sebab kenapa budak susah sangat nak duduk diam kat satu-satu tempat dalam tempoh masa yang agak lama.

Memang zaty nampak fayyadh takkan duduk diam. Dia bergerak dan bergerak. Lari sana, panjat sini. Masuk bilik depan, kejap nanti masuk bilik belakang. Kita tengok pun rasa penat. Tapi dia relax je buat macam tu sampai berjam-jam lamanya.

Bila budak tak boleh nak duduk diam macam ni, janganlah nak ajak buat aktiviti dengan dia. Memang tak jalan pun. Dia tak boleh nak bagi tumpuan langsung pada kita.

Apatah lagi nak ajar bercakap. Confirm takde respons, suara kita macam dibawa angin lalu menderu. Sudahnya kita yang frust.

So, untuk atasi masalah ni, therapist ada ajar teknik urutan pada fayyadh. Urutan ni kita kena buat secara kerap untuk bagi dia rasa atau aware dengan sendi-sendi badan dia.

Alhamdulillah, urutan yang zaty amalkan inilah yang bantu sangat fayyadh untuk lebih fokus pada aktiviti yang dia buat. Fayyadh masih aktif lagi, tak duduk diam. Tapi dah tak macam dulu.

Kalau dulu 3 jam dia boleh bergerak tak duduk diam langsung, sekarang dah berkurang setakat sejam setengah ke 2 jam macam tu je. Lepastu yang paling obvious bila dia dah tak lepak kat dalam almari, celah-celah almari.

************************************************

Walaupun ada hidden cause/underlying cause yang jadi punca kelewatan fayyadh bercakap, still faktor palinggg utama punca fayyadh speech delay : pendedahan pada TV seawal usia 8 bulan dan kurang komunikasi/interaksi antara zaty dan fayyadh dulu.

Sekarang bila dapat tahu ada underlying cause pada fayyadh, zaty kena setelkan dulu semua part ni sebab selagi penyebab yang tak nampak ni tak diselesaikan, selagi itulah speech therapy fayyadh susah nak dibuat.

Ezzaty Suffian
Usaha dengan konsisten demi masa depan fayyadh

Anak Lambat Pick Up atau Anak Susah Fokus Sebenarnya?

Hari-hari ajar anak bercakap, nampak macam takde perubahan.
Tiap kali ajar anak membaca, nampak anak macam susah nak ikut.
Bila nak tolong anak siapkan kerja sekolah, banyak pula main dia. Tak nak serius.

Lama-lama ibu ayah mula lah rasa frust. Hangin je kat hati bila anak susah nak bagi kerjasama.

Okay, sebelum kita rasa nak marah atau naik angin kat anak, cuba kita check dulu satu benda yang paling penting sangat ni.

Macam mana dengan tahap FOKUS anak kita sebenarnya?

Berapa lama dia boleh duduk dengan kita buat aktiviti sama-sama? 5 minit? 10 minit? Atau sebenarnya setakat 60 saat je tu?

Mostly anak kita bukan tak pandai, bukan lambat pick up, bukan lemah dalam perkembangan.

Tapi sebenarnya mungkin dia ada masalah susah nak fokus.

Budak kalau susah fokus, otak dia ada macam-macam agenda, perhatian dia mudah distract. Ini yang jadi punca kenapa anak tak dapat-dapat apa yang kita ajar.

zaty dapat info ni waktu pergi bengkel Puan Aishah Kassim dulu. Dalam page dia pun, kalau rajin scroll, memang dia ada cerita tentang masalah fokus anak ni.

Ada 3 cara macam mana kita nak detect kata anak ada masalah susah fokus ke tak.

Pertama : Sitting Attention

Berapa lama anak boleh duduk dan bagi tumpuan pada apa yang kita ajar atau buat aktiviti bersama dengan kita.

Kalau perasan, anak yang duduk depan tv atau gadget boleh duduk diam lama sangat kan. Itu pun namanya sitting attention juga.

Tapi tak boleh dikira sebagai attention yang kita nak. Sebabnya attention jenis ini adalah yang tak berkualiti dan tak bermanfaat untuk anak kerana tiada komunikasi 2 hala.

Sitting attention yang kita nak ialah bila anak boleh duduk lama bersama dengan kita dan wujud interaksi antara kita dengan dia. Dia boleh fokus apa yang kita cakap, apa yang kita ajar, bermain bersama dengan kita dan boleh siapkan tugas yang kita bagi sepanjang waktu yang dah tetapkan.

Setiap umur anak ada tempoh sitting attention dia sendiri. Cara pengiraannya:

Umur anak x 3 minit hingga 5 minit.

Contohnya fayyadh :

umur 2.5 tahun × 3 minit = 7.5 minit (minimum)

Hingga

Umur 2.5 tahun x 5 minit = 12.5 minit (maksimum)

Untuk permulaan kita nak terap fokus anak, kita kena cuba buatkan anak fokus dengan kita sekurang-kurangnya selama 7.5 minit tu.

Kena ada latihan setiap hari yang akan bantu anak untuk fokus secara perlahan-lahan. Pada permulaan mungkin 1 minit sahaja. Lama-lama akan dapat 7.5 minit tu.

Dengan syarat, latihan dan aktiviti yang perlukan fokus anak perlu dibuat setiap hari.

Kedua : Join Attention

Join attention maknanya boleh tak anak-anak KONGSI tumpuan yang sama dengan kita.

Contoh :

1) bila kita jalan kat luar dengan anak. Kita tunjuk ayam pada dia. Adakah dia boleh toleh dan tengok pada apa yang kita tunjuk tu.

2) Bila baca buku bersama anak dan kita tunjuk gambar dalam buku tu. Adakah dia pun akan tengok sama pada apa yang kita tunjukkan?

Penting join attention ni pada anak sebab bila kita nak ajar something, kita perlukan perhatian dia untuk tengok apa yang kita tunjuk atau arahkan.

No point kita berpeluh-peluh ajar itu ini pada dia, tapi ke lain mata dia tengok. So info yang kita bagi tu tak boleh sampai ke otak dia.

Ketiga : Channel Attention

Yang ni pula adalah satu skill yang buatkan anak dapat tangkap atau respons pada sesuatu rangsangan lain walaupun mata dia tak pandang pun pada rangsangan tersebut.

Contoh :

1) Anak tengah main lego dan kita panggil nama dia. So, dia boleh bagi respons dengan menyahut panggilan kita walau mata tu tak tengok pada kita.

2) Anak tengah tengok buku lepastu kita minta dia ambilkan tuala. Tanpa melihat kita, dia boleh bangun dan ambilkan tuala tu bagi pada kita.

Join attention ni penting untuk anak sedar dan aware tentang keadaan atau rangsangan di sekeliling dia, apa yang berlaku di sekeliling dia.

Jadinya bila anak sibuk mewarna contohnya. Dan kita nak ajar tentang perkataan baru pada dia waktu yang sama tu juga, dia boleh ikut sekali atau fokus dengan rangsangan yang kita bagi.

Walau tangan sibuk mewarna, mulut pun boleh ikut sebut dan faham pada apa yang kita ajar.

So, zaty harap dengan perkongsian pagi ni, dapat bantu ibu ayah untuk atasi masalah anak yang kurang atau susah fokus.

First thing first, untuk latih anak jadi lebih fokus, ibu ayah perlu cuba jauhkan anak dari tv dan gadget selama mana yang boleh. Sebab thing in the box macam ni pun sebenarnya jadi punca utama kenapa anak ada masalah fokus.

Latih Anak Bercakap : Teknik Storytelling dan Conversation

Bila nak tolong anak banyakkan kosa kata (perkataan) dalam otak dia, kita ibu ayah yang perlu banyak bagi dan bagi perkataan pada diorang dengan cara bersembang dan bercerita.

Dulu zaty ingatkan bila nak ajar fayyadh satu perkataan, kita kena ulang,ulang,ulang banyak kali at one time.

Zaty buat macam ni dulu, contoh nak bagi biskut :

Fayyadh nak biskut?
Biskut
Bisssskuttt
Bisss_______kuttttt
Ikut ummi fayyadh, bisss_______kuttttt

Dok lah ulang perkataan biskut tu sampai sepuluh kali, kadang berbelas kali jugak.

Fayyadh macam biasa lah, pandang ummi dia macam takde perasaan. Paling-paling pun dah nak mengamuk sebab tak dapat biskut dia. Lambat sangat ummi ni. Huh!

Rupanya kan, cara yang betul nak kenalkan dan tambahkan perkataan dalam kamus otak anak macam ni :

Contoh, kita nak kenalkan perkataan biskut.
So kita kena make conversation atau bercerita pasal biskut tu pada dia.

Fayyadh nak makan BISKUT?
Fayyadh nak BISKUT marie ke BISKUT lemak?
Waahhhhh, fayyadh tengok BISKUT ni bulat
BISKUT fayyadh makan sedap kan.
Ummi nak BISKUT fayyadh sikit boleh tak?

Contoh lain, kita nak kenalkan perkataan tangan. Waktu tu nak pakaikan baju pada anak. Sambil kita pakaikan, sambil kita bercerita.

Fayyadh bagi ummi TANGAN kanan.
Ok TANGAN kanan masuk dalam baju.
Eh tengok TANGAN fayyadh ada 5 jari.
Bagi ummi TANGAN kiri pulak.
Yeayyy TANGAN kiri masuk dalam baju.
Wahhh TANGAN kiri fayyadh ada 5 jari jugak

Setel dah.

So, dengan 2 contoh yang zaty tunjuk ni, kita dah ulang perkataan :

BISKUT = 6 kali
TANGAN = 6 kali

Buatlah cerita atau perbualan pasal biskut dengan tangan ni selalu sampai cukup 2000 kali pengulangan.

Selalu tu ikut pada kekerapan kita buat aktiviti tulah. Kalau tiap-tiap hari bagi biskut, tiap-tiap kali nak bagi tulah kita cerita pasal biskut kat anak. Dengan syarat, biskut tu mesti dia nampak.

Kalau cerita je pasal biskut, tapi biskutnya kita tak pegang, nanti anak pun blurr tak boleh nak bayang rupa biskut tu macam mana. Nak cerita dengan budak-budak, mesti ada objek yang dipegang dan mesti ada benda yang dia boleh nampak.

Mula-mula zaty buat teknik ni memang rasa janggal. Eh, dah macam storyteller kat tadika pulak. Semua benda yang kita pegang, yang kita buat nak kena susun ayat jadi cerita.

Kalau dulu fayyadh datang tunjuk tangan sakit, kita just ambik tangan dia, pastu tiupkan. Ayat paling panjang pernah buat pun, “kesian tangan fayyadh, sakit ye”. Lepastu sambung buat kerja kita semula.

Tapi sekarang dah lain dah. Terus jadi conversation.

Kenapa tangan fayyadh SAKIT?
Fayyadh pegang apa yang SAKIT ni?
SAKIT lagi tak tangan fayyadh?
Tunjuk kat ummi tangan yang SAKIT tu.
Ummi tiup ye tangan fayyadh yang SAKIT ni.

Janji cerita kita tu related dengan situasi yang berlaku dan ada teknik PENGULANGAN perkataan yang sama.

Tapi ibu-ibu jangan pelik kalau anak cuma tengok kita macam takde perasaan je. Kita ni punya lah excited yang amat jadi storyteller kat dia. Teruskan je teknik ni.

Walaupun anak tak bagi respons, tapi sebenarnya otak dia menyerap segala apa yang kita tengah cerita. Sebab otak budak ni macam span. Memang terer bab nak serap-serap perkataan ni.

Nanti dah cukup kuota perkataan yang dia faham tu, meletuplah kat mulut dok keluar segala perkataan mengalahkan M16, kau. Haa mau tak tercengang kita nanti. Hahaha. InshaaAllah.

Latih Anak Bercakap : Banyakkan Kosa Kata (Vocabulary)

Budak-budak akan mula boleh bercakap pada umur 18-24 bulan. Ini perkembangan normal untuk anak-anak. Waktu ni dia cuma akan sebut sepatah-sepatah je.

Contohnya nasi, air, mandi, makan, meow, nak.

Bila umur dah meningkat 2 tahun ke atas, dia dah mula pandai buat ayat. Tapi ayat pendek je. Biasanya libatkan 2 perkataan.

Contohnya nak makan, pergi jalan, nak susu.

Seandainya anak belum boleh keluarkan walau satu perkataan bila umurnya dah sampai ke 2 hingga 3 tahun, ini mungkin disebabkan oleh 2 masalah.

Pertama, anak mungkin dalam kategori “late talker” (lambat bercakap) atau yang kedua anak ada masalah “speech delay” (pertuturan bahasa).

Dua-dua masalah ni kalau dibiarkan tanpa rawatan atau latihan, memang akan timbul masalah bila anak makin besar nanti. Sebab itu, ibu kena peka dan tahu tentang perkembangan anak.

Masalah anak late talker ni tak seberat dengan anak yang ada masalah speech delay. Anak yang late talker biasanya membesar secara normal, perkembangan pun normal. Cuma mungkin perkembangannya agak lewat nak banding dengan budak lain.

Membesar dan berkembang secara normal tu maksudnya dia faham apa yang kita cakap dan boleh ikut arahan yang kita bagi. Contoh, “adik, bagi mama baju tu”. So dia respons dengan ambil baju tu bagi ada kita.

Macam tu juga dengan perkembangan motor skills dia. Cara dia melompat, berlari, kutip benda-benda atas lantai, dan semua aktiviti yang libatkan motor skills tu normal, maksudnya memang anak kita adalah normal.

Cuma perkembangannya kita nampak lambat bila dia baru boleh berjalan dan boleh tiru bunyi waktu usia 1 tahun setengah. Baby normal boleh berjalan seawal 9 bulan dan pandai tiru bunyi paling cepat waktu usia setahun.

Atau macam tadi, bila kita bagi arahan, anak hanya boleh faham dan ikut bila usianya dah mencecah 2 tahun setengah. Sepatutnya umur yang normal untuk respons macam ni adalah pada usia lebih dari setahun setengah.

Antara sebab kenapa anak lambat bercakap ialah dia sebenarnya KEKURANGAN perkataan (kosa kata) yang diserap masuk ke dalam otak dia.

Zaty paling suka dengan fakta ni :

Untuk anak kita keluarkan satu perkataan dari mulut dia, anak kena dapatkan 50 perkataan berbeza (single words) yang dia faham dalam otak dia.

Maksudnya kalau kita nak dia sebut perkataan “makan”, so dalam otak dia dah kena ada 50 perkataan berbeza yang dia faham.

Kalau kita nak dia sebut 10 perkataan yang berlainan, maksudnya dalam otak anak kita kena ada 50×10= 500 perkataan yang berbeza. Tak kisah lah apa pun perkataannya. Janji dia faham dan dia simpan perkataan tu dalam otak dia.

Lagi satu fakta yang menarik macam mana kita nak anak kita mula sebut perkataan yang pertama ialah, satu perkataan yang keluar dari mulut anak perlu ada 2000 kali ulangan daripada kita. Baru dia ingat, dia faham dan dia boleh sebut.

So nak tak nak, kita kena sebut dan bagi dia faham sesuatu perkataan tu sebanyak 2000 kali dengan cara gunakan satu perkataan tu berulang kali. Contohnya perkataan makan. Makan ni kan kita suka sebut banyak kali dan tiap-tiap hari.

Jadi sebut jelah sampai suatu hari nanti dia boleh ingat dan sebut semula perkataan makan tu.

Jadi kesimpulannya, kalau kita nak anak mula bercakap, kita kena mulakan nya dengan kenalkan pada anak perkataan-perkataan baru setiap hari, yang diulang-ulang setiap hari seawal usia yang boleh.

Elakkan dari tunggu anak umur 3 tahun baru nak mula. Dah lambat sangat tu. Zaty sendiri pun rasa ralat sebab baru nak start sekarang, umur fayyadh dah 2 tahun setengah. Harapnya tak terlambat nak betulkan keadaan.

Caranya adalah dengan bersembang dan bercerita dengan anak, kita soal anak dan kita jawab soalan tu semula, kita spend sekurang-kurangnya 1-10 minit untuk main dan ajar anak perkataan baru sewaktu tengah main tu.

Ibu-ibu boleh juga ambil langkah untuk berjumpa dengan patologis terapi pertuturan untuk dapatkan terapi percakapan anak secara intensif. Biasanya umur anak 2 tahun ke atas dah sesuai untuk dapatkan rawatan ni.

Cuma, lagi sekali. Sebaik-baik terapi dan latihan adalah bersama dengan kita. Walaupun dah dapat latihan daripada patologis, kita tetap kena sambungnya di rumah.

Sebabnya, kalau jumpa patologis seminggu atau sebulan sekali, takkan kita nak tunggu next appointment untuk buat latihan lagi kan. Confirm anak boleh lupa.

So, ibu jangan terlalu risau dengan kelewatan anak bercakap. Mulakan terapi dan latihan seawal yang boleh, yakin anak akan boleh bercakap dengan lancar juga suatu hari nanti dan jangan sesekali kita merendahkan kebolehan anak.

Latih Anak Bercakap : Teknik Arahan

Setiap kali ibu ayah bersama dengan anak, tak kira lah di dalam atau di luar rumah, ibu ayah biasa tak beri arahan pada anak-anak?

Terutamanya anak yang berusia 5 tahun ke bawah.

Arahan yang macam mana tu zaty?

Arahan yang mudah-mudah je. Contohnya macam minta anak ambilkan barang, minta anak tutupkan pintu, minta anak kemaskan mainan sendiri.

Kalau ibu ayah nak tahu, kebolehan anak mendengar dan mematuhi arahan adalah seawal usia 1 tahun tau. Dan, benda ni sebenarnya adalah salah satu elemen penting dalam perkembangan anak-anak.

Kalau anak tak boleh mendengar dan ikut arahan kita, kemungkinan besar ada masalah dalam perkembangan normal anak-anak. Terutamanya bila anak dah berusia 3 tahun ke atas.

Apa signifikan atau keperluan anak mendengar arahan?

1) Petanda anak faham tentang apa yang kita sebutkan atau arahkan. Bila anak faham, maksudnya otak dia dah install perkataan yang kita sebut. Ini penting untuk buat anak bercakap.

2) Sebagai latihan awal untuk kenalkan dan ajar anak-anak dengan tugasan rumah yang mudah-mudah.

So, bila dah umur 7 tahun ke atas nanti, anak mudah bagi kerjasama untuk bantu kita bila kita minta. Sebab dia dah terbiasa dengan mendengar dan patuh pada arahan kita daripada baby lagi.

Macam fayyadh, zaty perasan yang waktu dia dapat betul-betul alert dengan arahan, ikut arahan bila umurnya 2 tahun 3 bulan macam tu.

So, memang nampak perkembangannya agak lambat.

Sekarang fayyadh dah umur 2 tahun 6 bulan, baru zaty nampak dia betul-betul cekap untuk buat apa yang kita suruh.

Macam mana zaty buat dia cekap ikut apa yang kita arahkan?

1) untuk permulaan, kita akan suruh dia buat something, dan kita buat sama-sama dengan dia. Kita kena bantu dia.

Contoh : “fayyadh, ambil bola tu”

Fayyadh akan blurr sebab dia tak kenal bola yang mana. (Ni petanda kosa kata anak masih kurang)

So, zaty bawa dia pergi pada bola tu dan ambil.

Zaty ulang arahan ni setiap hari. Hari ni mungkin ambil bola, esok ambil kasut, lusa tutup pintu. Nanti pulak ambil bola lagi.

2) Lepas seminggu dua macam tu, zaty akan bagi arahan yang sama juga. Tapi zaty tak bawa dia pergi ambil bola tu dah.

Caranya kita suruh dia ambil bola, kita tunjuk dengan jari kita je.

Kadang fayyadh macam ignore apa arahan kita, sibuk dengan benda lain. Zaty pegang muka dia, palingkan pada bola dan tunjuk bola tu.

“Tu fayyadh, ambil bola”

So fayyadh dah tahu memang tu bola, dia akan pergi pada bola tu dan ambil.

Latihan tunjuk-tunjuk dengan jari ni pun zaty ulang untuk beberapa hari. Nak bagi dia cekap dan faham objek dan arahan yang kita sebut.

Ingat tau, anak-anak perlukan 2000 pengulangan perkataan yang sama untuk dia ingat dan boleh sebut semula.

Jadi, ini yang tengah kita buat sekarang. Teknik pengulangan.

3) Sekarang setiap kali zaty sebut “fayyadh, ambil bola”, zaty pandang muka dia.

So dia akan cari bola dan ambil. Yess, fayyadh dah tahu dan faham bola tu yang mana satu.

Setiap kali bagi arahan, zaty akan pastikan mata dia tengok kita dan tak sibuk pada benda lain. Dia kena fokus dengan apa yang kita cakap untuk dia ikut.

Kalau dia sibuk dengan kerja dia, bagi lah arahan 10 kali pun, memang takdenya dia nak ikut. Buat donno gitu je. Hahaha.

4) Bila anak dah faham apa itu bola, kita tambahkan lah ayat dalam arahan tu.

Contoh : “fayyadh, ambil bola tu bagi pada ummi”

Atau

“Fayyadh, ambil bola tu masuk dalam bakul”

Dalam satu ayat, ada 2 arahan. Dia mungkin faham arahan pertama. Dan arahan kedua kalau dia blurr, kita ulang semula langkah 1 tadi.

Macam tulah ceritanya.

Nanti bila anak dah cekap dengar arahan, dah banyak yang dia faham, kita kena konsisten lah bagi arahan selalu pada anak. Sebab kita nak latih dia untuk jadi anak yang lebih rajin dan ringan tulang.

Senang kita nanti nak minta tolong dia bantu buat kerja rumah. Semuanya bermula daripada awal. Didikan daripada awal, latihan daripada awal.

Kalau tanya seawal umur berapa boleh mula? Jawapan zaty, mulakan je seawal umur yang boleh. Kita lagi faham anak kita. Kita yang nampak perkembangan dia.

Mula perlahan-lahan, jangan memaksa anak. Nanti dia trauma. Sampai satu tahap dah capai umur perkembangan dia, kesediaan dia, finally dia akan ikut.

Tapi kalau sampai umur 3 tahun pun masih tak boleh ikut, ada something wrong lah kat situ. Better bawa anak jumpa pakar.

Cuma jangan kita ajar hari ni, expect esok anak dah faham. Kejam sangat dah tu haa.

Latih Anak Bercakap : Teknik Gesture

zaty suka dengan salah satu teknik untuk kenalkan perkataan baru pada anak. Nama teknik ni ialah teknik ‘gesture’ atau pergerakan tangan atau kepala.

Cuma, bila kita buat teknik gesture ni, kita akan ambik alih watak cikgu tadika. Yess, memang part nak ajar anak bercakap ni, we have to make it fun.

Happy-happy, gelak-gelak macam tu. Tapi maksud yang kita nak bagi kat anak tu boleh sampai ke otak dia.

Bukan jegilkan mata kita, sebut satu perkataan kuat-kuat. Pastu suruh dia ikut. Itu dah macam nak ajar budak jawab SPM dah tu. Garang sangat haa.

Confirm anak kunci mulut rapat-rapat. Air mata je yang berjujuran keluar. Mission failed okay.

Teknik gesture ni kita guna untuk gambarkan tentang satu perkataan tu.

Zaty bagi contoh ye : BESAR

“Fayyadh, tengok pokok tu BESARRRRR”
Sambil sebut BESAR, sambil kita buat isyarat tangan besar.

Ibu ayah boleh bayang tak isyarat tangan nak tunjuk besar tu macam mana?

Yess. Angkat tangan kita, buatlah gaya besar. Jangan lupa dengan mimik muka sekali. Dengan mulut yang luas, mata bulat.

“BESARRRRR fayyadh”

Contoh lain, perkataan SEJUK

“Fayyadh, air ni……SEJUKKKKK”

so, gesture untuk sejuk ialah dengan rapatkan tangan ke badan kita dan tunjuk badan yang menggigil.

Lepastu ulang sebut jelah perkataan SEJUK tu macam kita sembang dengan orang.

“Uihhhhh SEJUK fayyadh air ni, SEJUKKKKKK”

Lagi satu contoh : SAKIT

“Aduhhhh fayyadh, tangan ummi SAKITTTT”

“Tolong ummi fayyadh, SAKITTTT tangan ummi”

Dannn kita kebas-kebas lah tangan tu tunjuk macam sakit sangat. Tiup-tiup tangan yang sakit tu.

Nak tambah lagi kefahaman anak, sebutlah :

“Aduhhhhh, aw, aw , aw….SAKITTTTT”

Macam tu lah teknik gesture nya. Ibu ayah terpaksa kena pandai berlakon sikit. Janji anak faham apa perkataan yang kita cuba sampaikan.

Cuma ingat tau, sambil-sambil kita buat gesture tu, jangan lupa tekankan atau kuatkan suara kita bila sebut perkataan yang kita nak ajar tu.

So anak akan dapat 2 input. Perkataan BESAR yang kita sebut dan gesture BESAR yang kita tunjukkan.

Bila anak masih bagi tumpuan pada apa yang kita tengah cakap tu, kita sambung terus dengan teknik storytelling atau conversation.

“Fayyadh, tangan ummi SAKITTTTT” (gesture)
Aduhhh, aduhhhh…SAKITTTTTnya”
“Tangan ummi SAKIT tercucuk jarum”
“Fayyadh tolong tiup tangan ummi yang SAKIT ni” (kita yang tiup, dia tengok dan bagi dia ikut)
“Fayyadh taknak main jarum tau, nanti tangan SAKIT macam ummi”

Go ibu, go ayah! Nak ajar anak bercakap memang kena mulakan seawal yang boleh.

Macam zaty ni kategori terlambat dah. Sebab fayyadh umur dah masuk 2 tahun setengah. Tapiiiii, takpe. Biar terlambat daripada tak buat langsung kan.

Umur anak kita berapa pun sekarang, kalau masih belum boleh keluarkan perkataan atau bercakap dengan lancar, kita terus mula je.

Konsisten dengan latihan. Walau anak nampak macam takde bagi respons, as long as telinga dia boleh mendengar apa kita cakap dan dia faham, InshaaAllah one fine day dia akan boleh bercakap lancar juga.

Biar masa yang menentukan. Janji usaha dari kita tak pernah putus.

Selamat memulakan minggu baru💪!