Isteri yang Berkat

Banyak riwayat hadis yang cerita tentang tanda isteri/perempuan yang berkat :

1. Bila dia cepat nikah(kahwin).
2. Bila dia punya banyak anak.
3. Bila mas kahwinnya rendah(murah)
4. Bila dia seorang yang baik maruahnya(akhlak).

Part hadis ni zaty tak boleh nak bincang sebab zaty bukan pakar. Cuma, pada pendapat zaty, 3 ciri pertama wanita/isteri yang berkat tu adalah anugerah Allah buat insan terpilih, wanita solehah. Tapi ciri ke-4 wajib ada kat semua isteri atas dunia ni. Kita sebagai isteri mesti punyai akhlak yang baik. InshaaAllah.

Tapikan, zaty pernah jumpa ramai isteri yang baik, yang solehah anaknya cuma 2-3 orang. Ada jugak isteri yang mas kahwinnya dulu cecah 3 ribu, tapi dia bila zaty tengok, MasyaAllah sangat lemah-lembut bila bercakap dengan suaminya, dengan senyuman manisnya dengan perhatiannya pada sang suami.

So sebenarnya ukuran BERKAT pada seorang isteri tu macam mana ya?

Zaty suka pegang pada hadis Rasulullah yang ni :

“Wanita dinikahi kerana empat hal; hartanya, nasabnya, kecantikannya dan agamanya, Maka pilihlah kerana faktor agama nescaya engkau beruntung” (HR. Al Bukhari)

Berkatnya seorang isteri pada kuatnya dia berpegang pada agama. Betul tak? Jadi seorang isteri ni bukan satu benda yang mudah. Sebab dia berperang dengan keinginan hatinya dalam masa yang sama kena taat pada suami. Dia teringin nak bersosial, bekerja. Kalau suami kata tak boleh, makanya dia duduk kat rumah mengasuh anak-anak. Dia lupakan impian duniawi dia.

So, sangat beruntung suami yang punya isteri mendengar kata, tak melawan apatah lagi nak tinggi suara, membentak-bentak – ni salah satu ciri isteri yang berkat kan? Bila suami balik rumah, tengok muka isteri hati rasa sejuk, damai. Rasa ada ketenangan dalam rumah, terhindar dari rasa gelisah, resah, sifat mazmumah.

Ciri isteri yang berkat lagi apabila dia bersama-sama dengan suami berjuang untuk selamatkan seluruh ahli keluarga daripada api neraka. Saling ingat-mengingatkan tentang solat, Al-Quran dan tanggungjawab, saling memberi semangat serta galakan tak kira waktu senang apatah lagi masa susah, saling memberi idea dan buah fikiran.

Kesimpulannya kannn, untuk suami yang dambakan isteri yang berkat sebenarnya bukan sekadar berdoa berjujuran air mata. Isteri yang berkat bukan kurniaan Allah semata. Tapi kena ada usaha bersama-sama ngan isteri untuk jadikan dia seorang isteri yang berkat. Jangan dibiarkan isteri tercari-cari jalan menuju syurga seorang diri. Alih-alih bila isteri tak seperti yang suami nak, suami merungut kata isteri tak baik, tak solehah.

P/s: ciri-ciri untuk jadi isteri yang berkat ada pada semua ciri-ciri wanita solehah. InshaaAllah

Review Buku Teman Di Barzakh oleh Ustaz Ahmad Dusuki

Honestly, bila zaty baca buku ni, zaty rasa semangat sangat nak terus lalui kehidupan dunia yang MEMENATKAN. Buku Teman Di Barzakh bukan bercerita tentang roh semata, tapi dia sebenarnya satu MOTIVASI besar untuk kita impikan kehidupan yang sangat indah lepas mati nanti.

Motivasi besar juga buat ibu yang KEGUGURAN atau KEHILANGAN anaknya akibat kematian, dan sesiapa je yang sedang hadapi kehilangan orang yang tersayang, bagi zaty sangat bagus kalau dapat baca buku ni. InshaaAllah dia boleh rawat SEDIH hati kita dan dia jadikan kita rasa semangat sangat nak buat benda baik banyak-banyak.

Salah satu cerita best dalam buku ni tentang anak-anak kecil belum baligh yang tak sempat teruskan hidup atas dunia. Di manakah Allah tempatkan diorang sekarang? Allah tempatkan roh-roh anak kecil dalam perut BURUNG HIJAU yang terbang bebas di atas sungai mengalir dalam SYURGA. Mereka diasuh direct oleh Nabi Ibrahim a.s.

Dalam syurga itu jugak ada pohon Thuba, pohon penghasil susu yang menyusui anak-anak penghuni syurga. Bahkan anak-anak yang lahir dalam keadaan keguguran dari rahim ibunya pun akan berenang-renang di salah satu sungai kat syurga sampailah tibanya hari kiamat nanti.

Oleh itu wahai ibu yang keguguran atau kehilangan anak tersayang, kuatkan semangatmu dan yakinlah bahawa anak-anakmu hidupnya tersangat bahagia dan gembira bermain dalam syurga Allah. Apa yang lebih gembirakan kita hati ibu bila tahu anak kita dah confirm dalam syurga dulu kan.

Buku ni ada cerita jugak tentang roh orang beriman yang mana selepas jenazah dikuburkan, arwah akan didatangi malaikat munkar nankir yang tanya soalan-Siapa tuhan kita, siapa nabi kita, apa agama kita, siapakah imam kita dan siapakah saudara kita. Roh orang beriman akan berjaya jawab soalan malaikat ni dan dia dilepaskan dari azab seksaan kubur.

Kuburnya dilapangkan seluas 6000 tahun perjalanan. Rohnya pula dikatakan bebas bergerak, bersiar-siar kemana-mana sahaja antara langit dengan bumi hatta balik ke rumahnya di dunia semula. Dan Allah tempatkan roh orang beriman dalam perut burung hijau yang berterbangan dalam syurga lalu hinggap pada pelita di bawah arasy Allah sehinggalah tiba hari kiamat nanti.

Allahu Allah. Terlalu banyak kisah motivasi yang Ustaz Ahmad Dusuki cerita dalam buku ni. Pada zaty sangat elok kita simpan satu kat rumah. Bila kita rasa down, penat ngan mainan dunia, usaha kita buat tak berhasil, boleh bukak buku ni dan bacalah mana-mana part yang kita suka. InshaaAllah hati kita boleh jadi lega, kita akan semangat semula nak teruskan perjuangan kehidupan atas dunia sementara ni. InshaaAllah.

 

17202893_1355291457847180_8534224304786929496_n

Istikharah untuk Lebih Yakin dengan Keputusan Sepanjang Kehidupan

Honestly JIWA zaty sebenarnya 200% pada bisnes kain pasang, songket dan semua yang berkaitan dengan fesyen. Sebab tu zaty boleh bertahan jual songket dari tahun 2010-2016.

Zaty start dari bawah, educate orang jangan takut pakai songket even nak pegi ofis. Dari untung sebulan RM 50 sampai tahun 2015 boleh generate income 20 ribu sebulan. Waktu ni memang dah plan nak upgrade company ke sendirian berhad.

Tapi matahari tak selalunya terang sampai ke petang kan. Tahun 2016, tahun JATUH zaty. Silap langkah sikit je. Duit modal, untung semua hangus terbakar tak tinggal sisa. Meratap, menangis tak payah cakap. Memang berbulan lamanya.

Start awal tahun ni, zaty bangkit balik. Nampak puan Nora Azmin nak rekruit agen untuk minyak pati Ronella. Since produk masih baru, niche still rare lagi kat Malaysia, tak ramai orang buat.

So zaty sign up as dropship. Jenis zaty ni memang suka jadi trendsetter bukan follower atau at least jadi antara orang paling awal yang promote. I love to educate people seriously.

Hati kita ni selalu berbelah bagi kan. Bila 6 tahun dapat income besar tetiba kena downgrade dengan untung minimum rm5/seunit. Apa perasaan? Of coz kita rasa ragu, rasa sedih, rasa nak kembali pada bisnes asal.

Zaty hilang punca time ni. Ikut hati memang nak buat balik songket. Tapi hujung hati, perasaan trauma tu masih ada. Masih takut sebenarnya. Lepastu hati zaty terdetik. “Ehhh, kenapa tak buat Istikharah ye? Tanya direct kat Allah”.

Haa, start dari detikan hati nilah zaty gugel info pasal Istikharah. Rupanya istikharah boleh dibuat BILA-BILA masa je. Waktu yang LEBIH AFDAL ialah pada 2/3 malam. Saat orang semua tengah tido, alam sunyi-sepi. Waktu tu yang ada cuma kita dan Allah S.W.T

Rupanya buat Istikharah sebelum tido tu MITOS semata-mata. Istikharah ni kita buat bila hati kita ragu-ragu. Dalam kes zaty, zaty konfius nak teruskan buat Ronella atau nak balik pada jual songket.

So, zaty dalam mode yang sangatttt sedih, zaty buat Istikharah waktu dhuha. Tak tahan sangat daahhh hati ni. Zaty siap cakap, Ya Allah kau bagilah jawapan kat aku SONGKET bukan RONELLA.

Waktu Dhuha ni pun satu waktu yang kita rasa alam tu sangat damai, hati yang gundah jadi tenang. Best sesangat bila buat waktu ni. Niat solat Istikharah :

اُصَلِّى سُنَّةَ اْلاِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Dalam solat Istikharah bebas nak baca surah apa pun dan time sujud terakhir rakaat kedua baca :

سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Baca 1, 7 atau 11 kali ayat ni waktu sujud terakhir pastu niat dalam hati apa petunjuk yang kita harapkan daripada Allah.

Amazingly, seprais sesangat bila zaty selesai je baca ayat ni siap dengan niat, tetiba zaapppppp! Berdesup datang satu lintasan kat hati. Uolls tahu, zaty tak nampak langsung songket. Yang zaty nampak Ronella. Hati ni kuat cakap BUAT RONELLA!

Tak sempat nak bagi salam, tetiba kat kepala ni datang berdesup-desup ayat marketing Ronella, macam-macam idea Allah bagi waktu tu jugak! Allahu Allah. Kali ni zaty menangis berjuraian air mata. Tak boleh nak describe betapa terasa benar kasih sayang Allah pada kita. Dia jawab time tu jugak doa kita. Tak bertangguh langsung!

Hilang terus ingatan dan pandangan zaty pada songket yang menghuntungkan. Takde, yilekkkk terus uolls. Dann kalau uolls nak tahu kan, yang orang kata Allah bagi petunjuk melalui MIMPI tu pun sebenarnya MITOS jugak.

Mimpi orang yang imannya bukan taraf wali dan para ulama’ maksudnya iman naik turun, iman kusss semangat macam kita ni sebenarnya mimpi boleh dipengaruhi oleh iblis, jin even minda separa sedar ngan nafsu kita.

Jawapan sebenar pada Istikharah adalah pada lintasan hati yang Allah bagi ataupun macam zaty cerita tadi. Dia bagi sebanyak-banyak idea tentang pilihan yang paling baik untuk kita. Atau macam-macam cara yang lain. Hanya kita sendiri akan rasa memang itulah petunjuk Allah.

Habis solat istikharah, kita baca doa Istikharah untuk lebih confirmkan lagi petunjuk Allah atau selagi tak dapat petunjuk. Kalau kita dah yakin itu adalah jawapan dari Allah, cukup baca sekali je doa Istikharah. Tapi kalau tak yakin, baca doa ni sebanyak 3 kali berturut-turut. Doa ni zaty share kat bahagian komen. Sebab agak panjang.

Doa sungguh-sungguh uolls. Kalau memang pilihan tu penting sangat, antara hidup dan mati, biarlah nangis teresak-esak pun kat Allah. Janji permintaan kita lepas keluar dari hati ni.

Seandainya permintaan atau pertanyaan kita belum ada jawapan atau kita masih konfius lagi sama ada itu KATA hati atau KEHENDAK hati, kita boleh teruskan selama 3 hari atau 7 hari berturut-turut.

Untuk zaty sendiri, tiap kali rasa down macam nak putus asa, cepat-cepat zaty buat Istikharah ni mintak Allah TETAPKAN HATI sekiranya apa yang kita buat ni betul dan baik untuk kita. Kalau dia tak baik, maka jauhkanlah daripada hidup kita.

Hasilnya, bila itu adalah keputusan dan takdir Allah untuk kita, pasti Dia pegang hati kita kuat-kuat. Normal kan hati kita ni mudah nak berbolak-balik? Daripada Allah dia datang dan kepada Allah jua dia kembali

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Cara Terbaik Hadapi Orang yang Suka Menghukum (Judgemental People)

Part kena kata, kena kecam, kena perli ni semua tak payah tunggu jadi artis baru nak kena kan. Tau-tau je dah kena marah. Lagi pula dalam media sosial ni. PANTANG salah cakap sikit, terUP gambar yang timbulkan rasa tak senang hati orang….dah dapat PM MAGIK suruh berhnti post, kena kecam. Padahal kan, gambar keropok lekor je pun yang kita up. Hahaha.

Kalian cool, relax ok? Zaty nak share 7 tips penting bila terkena dengan judgemental people ni.

1) Sebenarnya bila dia kata macam-macam, dia tengah bagitahu pasal diri dia. BUKAN tentang kita pun. Apa yang dia kata tu sedang gambarkan siapa diri dia sebenar. Ibarat macam cakap kat cermin, terpantul balik kat diri-sendiri.

2) SANGAT TAK PENTING pun apa yang dia fikir tentang kita. Apa yang penting diri kita sendiri ni berfikiran macam mana. Maksudnya, kita faham diri kita, kita tahu apa yang kita nak dan kita selalu positif. Biaq p lah depa nak pikiaq lagu mana pun, nak tenggelam ka timbul ka dengan labu kuning depa. Kita tak payah nak teropong jauh ke dasar otak depa. Gitew

3) Jangan sesekali terangkan perkara sebenar atau pengaruh dia dengan kata-kata kita. Percayalah, takkan berhasil pun. Sebab cara berfikir dia dan kita adalah BERBEZA. Ilmu kita dan ilmu dia BERBEZA. Pegangan hidup kita dan pegangan hidup dia BERBEZA

4) Kita tak perlukan dia untuk tahu tentang KEBENARAN. Cukup diri kita sendiri tahu cerita sebenar. Hatta kisah buruk pasal kita pun dah terviral satu opis, abaikan dan kuatkan semangat. Mesti percaya satu hari nanti kebenaran akan muncul jugak

5) Jangan sesekali kita mintak dia terima kita atau situasi yang kita tengah lalui sekarang. Apa yang utama, diri kita sendiri mesti REDHA dengan ujian, mesti hargai diri-sendiri dan terima situasi badai yang tengah melanda. Kalau dalam fesbuk, BLOCK ajer orang macam ni. Setel

6) Kita TAK BOLEH hentikan dia daripada terus menghukum. Fokuskan fikiran kita hanya pada diri sendiri dan jauhkan diri kita daripada dia. Jangan bazir tenaga mahupun air mata berhari-hari fikirkan apa yang dia dah buat pada kita. Move on darling.

7) Berdepan dengan orang yang suka menghukum sebenarnya adalah PART OF LIFE. Selagi mana kita hidup dengan manusia, kita takkan terlepas dari dicerca, dimaki mahupun dihukum. Semuanya sebab fikiran diorang yang negatif, dan selalu rasa diri tu betul. Kita jerlah yang salah kat mata dia.

Seandainya kita boleh elak, maka elakkanlah. Kalau terkena jugak, apply 7 teknik yang zaty dah cerita tadi dan banyakkan berdoa minta pertolongan dan perlindungan Allah.

Semoga sharing zaty ni bermanfaat untuk kalian. Haipppp kuatkan semangat💪💪

17554431_1375841775792148_8222584082769195550_n

Faraid Penting untuk Anak yang Ditinggalkan

3 hari sebelum Raya Puasa baru ni, zaty dan suami sempat pergi ke pejabat KWSP. Baru sempat nak letak penama waris untuk duit simpanan yang tak seberapa dalam tu.

Kebetulan waktu sampai, ramai pula yang tengah tunggu nombor giliran dipanggil. Takpelah. Dah alang-alang sampai, kami duduk di kerusi paling hujung, sebelah Pakcik Rahim dengan isteri dia Makcik Ani.

“Pakcik ni datang sini nak selesaikan urusan duit simpanan anak sulung pakcik. Dia baru meninggal dunia bulan 5 hari tu. Awal Allah jemput dia. Baru umur 33 tahun dah pergi tinggalkan pakcik dengan makcik kamu ni.” Pakcik Rahim mulakan bicara.

“Oh yeke pakcik. InnaLillahiwainnailayhiraji’un. Takziah ye pakcik.”

“Pakcik tak tahu kata arwah letak penama duit simpanan dia ni dengan nama pakcik. Pakcik tahu pun lepas menantu yang bagitahu. Kamu suami isteri dua-dua kerja ke?”

“Saya dah berhenti kerja pakcik. Ikut suami duduk sini. Adalah buat bisnes sikit-sikit. Ni datang KWSP pun sebab baru nak letak penama pada duit simpanan yang dari dulu punya. Baru sempat nak buat.”

“Baguslah kalau macam tu. Kamu letaklah penama waris yang layak, yang amanah boleh jagakan harta untuk anak kamu kalau kamu dah tiada nanti.”

“Dulu lepas anak pakcik pergi (meninggal dunia), menantu dengan cucu dua beradik tinggal dengan pakcik. Tapi, lepas menantu dapat duit sagu hati daripada syarikat tempat anak pakcik kerja, terus berubah perangainya. Dia pindah keluar dari rumah pakcik”

“Oh macam tu ke. Menantu pakcik kerja apa?”

“Dia tak kerja. Setakat buat bisnes kecil-kecil dari rumah. Jual barang orang. Dia suruh pakcik selesaikan cepat-cepat tuntutan duit KWSP ni, lepastu bagi semua pada dia. Dia kata bahagian dia 50 peratus. 50 peratus lagi untuk bahagian dua anak dia masing-masing 25 peratus.”

“Pakcik bantah lah. Pakcik sebagai orang yang dinamakan, pakcik nak duit ni dibahagi secara faraid. Pakcik fikirkan cucu-cucu pakcik yang dua orang tu. Masing-masing kecil lagi, baru umur 6 dan 7 tahun.”

“Bila pakcik tengok cara mak diorang berbelanja dengan duit sagu hati syarikat yang dia dapat tu, pakcik jadi risau. Nampak dia betul-betul bermewah. Kereta dia “make up” bagi cantik, handset pun dah bertukar yang baru. Pakcik risaukan nasib cucu pakcik. Jauh lagi perjalanan diorang.”

Zaty tanya jugalah pada Pakcik Rahim apa kata menantu dia bila pakcik nak bahagikan duit simpanan KWSP tu secara faraid.

Pakcik Rahim jawab, “Menantu marah sangat pada pakcik. Dia cakap pakcik nak makan duit anak yatim. Dia cakap silap anak (arwah) pakcik sebab letak nama pakcik sebagai penama duit KWSP tu.”

Makcik Ani kat sebelah dah mengalir air mata. Ya Allah, sayu hati Zaty tengok. Sudahlah mereka kehilangan anak, sekarang timbul konflik pula disebabkan harta yang ditinggalkan.

“Sekarang ni, menantu dah bawa lari cucu pakcik. Dia taknak kami ada hubungan lagi. Kamu tahu, kalau nak bandingkan duit dengan nyawa anak pakcik, pakcik rela anak pakcik dipulangkan semula pada kami.”

“Kesian makcik kamu ni, hari-hari ajak pergi kubur tengok anak dia. Sekarang tambah lagi beban kami yang rindukan cucu-cucu.”

Benar rupanya kawan-kawan. Isu harta yang ditinggalkan oleh si mati pada yang masih hidup bukan isu kecil rupanya. Berapa banyak kisah yang kita dengar dan lihat melibatkan perebutan harta, berakhir dengan pergaduhan hingga putus hubungan silaturahim.

Awal tahun dulu pun pernah jadi viral tentang kisah seorang isteri dianiayai bapa mertua. Bapa mertuanya tuntut semua harta yang ditinggalkan oleh anak lelakinya termasuk sebuah rumah. Rumah tersebut dijual dan merempatlah si isteri dan anak-beranak kerana tiada tempat tinggal.

Isu perebutan harta ini tidak menjadi terlalu serius sekiranya yang meninggal itu adalah si isteri. Ini kerana memang tanggungjawab hakiki suami mencari nafkah. Sama ada isteri masih hidup atau meninggal dunia, suami tetap bekerja untuk besarkan anak-anak.

Cuma, bila kematian yang melibatkan suami lagi-lagi pada usia yang masih muda serta meninggalkan anak-anak kecil pula, ianya menjadi rumit sekiranya pemegang amanah kepada harta si mati tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan jujur. Yang menjadi mangsa sudah tentu anak-anak arwah yang tidak mengerti apa-apa.

Suami perlu benar-benar jelas tentang hal ini. Walaupun kita rasakan harta kita tiadalah banyak mana, dan kita fikir usia kita pun masih muda seolah-olah macam lambat lagi ajal menjemput. Ini bukan alasan untuk kita memandang ringan soal meletakkan penama atau pemegang amanah pada harta yang kita ada.

Lagi-lagi jika kita mempunyai zuriat keturunan kita. Lindungi hak mereka selagi kita masih hidup. Suami sebenarnya lebih faham sama ada antara isteri, ibu bapa atau adik-beradik yang mana satu boleh dipercayai serta betul-betul amanah yang boleh dinamakan sebagai pemegang amanah.

Perlu lihat dan jelas yang mana satu benar-benar faham dan pegang ajaran agama seperti mereka genggam bara api yang membara. Sekiranya dirasakan susah hendak buat keputusan, eloklah kita lakukan solat Istikharah terlebih dahulu untuk minta petunjuk dari Tuhan sebelum letakkan penama atau pemegang amanah bagi harta yang kita ada.

Semuanya demi anak-anak yang bakal kita tinggalkan.

Harta yang kita ada juga boleh diagihkan dalam bentuk hibah (hadiah) , wasiat atau menamakan pewaris atau pemegang amanah untuk dibahagi secara faraid nanti. Berikanlah harta secara hibah buat isteri, anak-anak atau ibu dan bapa sekiranya kita rasa mereka layak dan berhak untuk menerimanya.

Hibah boleh dibuat semasa kita masih hidup lagi. Antara harta yang boleh dihibahkan adalah seperti rumah, tanah, emas dan sebagainya. Buat surat atau penyata secara bertulis untuk menjelaskan tentang hibah yang telah kita niatkan supaya ianya tidak menjadi pertikaian di kemudian hari.

Bagi pewaris harta atau pemegang amanah pula, kita perlu faham bahawa 100 peratus harta yang dinamakan ke atas kita, bukan hak milik kita sepenuhnya. Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum harta tersebut dibahagi secara adil iaitu secara faraid.

Gunakan harta yang ditinggalkan oleh si mati untuk selesaikan terlebih dahulu semua hutang arwah yang ada sama ada sesama manusia atau dengan Allah. Contohnya hutang-piutang, kos pengurusan dan pengebumian jenazah, bayaran fidyah sekiranya ada puasa yang belum diganti, buat badal haji dan sebagainya.

Kemudian, kita perlu selesaikan pula harta sepencarian suami isteri. Iaitu melibatkan hasil usaha serta sumbangan bersama si isteri atau suami (mana yang meninggal) semasa tempoh perkahwinan dan juga nilai harta yang diperolehi isteri atau suami sebelum mereka berkahwin.

Pengagihan harta sepencarian untuk pasangan yang bercerai mati adalah sama seperti mereka yang bercerai hidup. Harta sepencarian ini perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta secara faraid dilakukan.

Penama atau pemegang amanah bukan bermakna kita yang menguasai segala harta yang ditinggalkan. Tanggungjawab besar hadir bersama dengan perlantikan yang dibuat. Maka kita berusahalah sedaya-upaya untuk selesaikannya secara adil dan berikan hak kepada orang yang berhak.

Ezzaty Suffian,
Takut dengan harta yang tidak dimanfaatkan dengan baik