Ibu Bekerja VS Ibu Suri Rumah

Selamat pagi sabtu ibu ohsem. Sedikit motivasi dari zaty untuk pagi ni :

Sayang….benda yang paling penting seorang ibu kena buat ialah mainkan peranan yang betul sebagai seorang ibu kepada anaknya.

Tak kisah kita kerja atau kita suri rumah. No point kita ada gelaran ibu kalau anak-anak kita biarkan tanpa perhatian. Tanpa didikan yang betul, tanpa beri pemakanan yang sihat, tanpa penuhi keperluan emosi anak.

Banyak lagi kalau nak cerita peranan ibu pada anak ni. Tak cukup kalau kita senarai dalam satu kertas A4.

Serius tak cukup.

Dan lagi kesian bila kita serahkan bulat-bulat, 100 peratus soal penjagaan anak, asuhan anak ni pada babysitter, cikgu taska, kindergarten, cikgu sekolah. Langsung tak nak ambil tahu soal perkembangan anak.

Yang kita tahu, balik kerja anak kena behave. Kalau anak buat masalah, cepat je nak blame cikgu.Itu kalau ibu yang kerja. Lepas tangan sungguh.

Yang suri rumah pun, takda maknanya anak depan mata kalau ibu sibuk dengan gadget 24 jam. Rumah tak berkemas, baju tak berbasuh, anak ikut pandai cari makan sendiri kat dapur. Mandi tak mandi si anak, ikut suka dia lah.

Kalau dah macam tu pemalasnya si ibu, mana mungkin dia mampu didik anak-anak dengan agama Allah. Betul kan?

Nampak kan bila ibu tak mainkan peranan dan tanggungjawab sebenar? Sebab tu pagi semalam zaty cerita, juri tu cakap nak tengok perangai anak, tengok pada akhlak ibunya.

Yang lagi 1 point tu, bahaya bila kita serahkan sepenuhnya anak pada orang untuk diasuh dan dididik. Kita sibuk cari duit nak bagi pendidikan tinggi untuk dia. Orang lain yang memiliki hati anak tu. Bukan kita, ibunya.

Kita izinkan orang luar ambil tugas dan peranan kita sebagai ibu.

Terus terang zaty cakap, kawan-kawan sekolah zaty ramai jadi orang hebat. Sahsiah dan akhlak cukup cantik dan sebenarnya ibunya dulu seorang yang bekerjaya.

Yang ibunya suri rumah pun sama. Anak-anak sampai ada 12 orang , semuanya berjaya. Takde seorang pun yang gagal habis belajar kat universiti. Kerjaya masing-masing power.

Sebab apa tu? Sebab masing-masing faham peranan dan tanggungjawab hakiki seorang ibu adalah untuk jaga, didik dan asuh akhlak anak-anak sejak dari hari pertama dia dilahirkan.

Dia didik ikut pada aim, target, impian seorang ibu terhadap anaknya sendiri.

Apa yang penting kita faham amanah yang Tuhan dah bagi pada kita. Apa yang utama, kita berikan masa yang paling berkualiti bersama dengan anak-anak.

Cuma, kalau kita mampu jadi suri rumah sepenuh masa, itu yang terbaik. Terutama bila anak masih dalam fasa 0 hari ke 7 tahun. Inilah masa yang paling kritikal untuk kita tanam dalam hati dia untuk mengenali dan mencintai Allah.

Kalau tak mampu, maka kita sendiri kena adjust jadual hidup kita demi masa depan anak-anak. Kita tak boleh ada alasan untuk tidak besarkan dan didik anak-anak dengan tangan kita sendiri.

Orang lain cuma tolong tengokkan anak kita sekejap. Selebihnya guna masa yang berbaki yang ada pada kita hanya untuk lihat anak-anak membesar depan mata.

Ibu jangan down, ibu jangan sedih. Janji ibu tahu ibu dah cuba buat yang terbaik, dah usaha sedaya-upaya demi anak-anak. Tuhan melihat pada usaha dan penat lelah kita, ibu.

Kuatkan semangat ibu sebab hidup atas dunia ni sememangnya banyak sangat ujian. Kalau perlu menangis, menangislah. Esok bangun, terus bangkit macam biasa jadi ibu yang lebih baik.

Peranan Ibu Dalam Kehidupan Anak-Anak

Genap 4 tahun dah zaty jadi suri rumah sepenuh masa. Kadang-kadang terasa rindu nak masuk alam pekerjaan semula.

Ada hari, termenung juga zaty kat rumah ni. Kadang rasa down sebab takde kawan macam dulu. Kadang rasa stress bila hari-hari kita buat benda yang sama dalam rumah.

Sampailah 3 bulan lepas, zaty ada tertengok satu video dari Indonesia ni. Video program realiti Hafizh Quran yang stesen tv Indonesia buat. Ala-ala program Qari Junior kat TV3 tu.

Cuma program Hafizh Quran ni dia libatkan pertandingan hafazan ayat Quran untuk budak-budak bawah 6 tahun kalau tak silap zaty.

Ada seorang budak perempuan ni usia lebih kurang 3 ke 4 tahun, Kaisa namanya. Bila juri baca ayat pertama dalam satu surah, dia sambung dengan ayat yang kedua.

Macam tulah bergilir-gilir sampai Kaisa dapat habiskan surah tu dan peroleh 100 markah (full mark). MasyaAllah, kalau ibu ayah tengok mesti rasa kagum. Hebat sangat budak ni.

Habis sesi hafazan tu, datanglah pengacara dan dia bertanya pada juri.

“Aku perhatikan yang semua peserta dalam Hafizh Quran ini berada sangat dekat dengan ibunya. Yang aku tanya pada mereka, kebanyakan yang ajar mengaji dan menghafal itu buat pertama kali adalah ibunya.

Yang sebenarnya, seberapa besar peranan ibu terhadap anaknya?”

Dan ini jawapan juri tersebut yang jadi motivasi pada zaty sebagai seorang ibu dan suri rumah untuk terus berjuang dan kuatkan semangat demi besarkan anak-anak dengan tangan sendiri.

Jawapannya agak panjang kalau nak tulis. zaty just bagi rumusan kat sini ya :

Ada hadis yang menyebut, “sebuah negara itu akan baik jika wanita-wanita dalam sebuah keluarga itu juga baik. Tapi jika ibunya bermasalah, maka kita lihatlah seperti apa anak-anaknya nanti.”

Begitu penting seorang ibu dalam kehidupan anak-anaknya. Kerana setiap hari yang akan ada di rumah, yang perhatikan gerak-geri anaknya, apa yang terjadi pada anaknya, perubahan apa yang terjadi pada anaknya adalah dari peranan seorang ibu.

Sambung pulak seorang juri lelaki bagi nasihat dan pandangan :

Anak itu Allah titipkan (berikan atau amanahkan) buat kita. Jangan kita titipkan lagi dia pada orang lain. Kerana yang akan ditanya oleh Allah S.W.T adalah kita orang tuanya. Bukan orang lain.

Kebanyakan kita banyak serahkan anak kepada orang lain. Yang paling berbahaya bila kita besarkan badannya, tetapi hatinya di ambil oleh orang lain. Kita tinggikan pendidikan dia, tapi kita serahkan otak dan fikiran dia (asuhan) kepada orang lain.

Padahal kita sebagai orang tua diukur keberhasilan mendidik anak oleh Allah dengan 3 perkara :

1) Sudahkah anak kamu mentauhidkan Allah S.W.T?

2) Adakah anakmu berbuat syirik terhadap Allah S.W.T?

3) Adakah pendidikanmu dan sekolah-sekolah anakmu itu membuatkan anakmu taat kepada Allah S.W.T dan RasulNya?

Kalau ketiga-tiga soalan ini gagal dijawab oleh kita sebagai ibu dan ayah, maka Nauzubillaminzalik. Terseksa lah kita sebagai orang tua.

*Link video full disini ya :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=736973219740364&id=726257017478651&hc_location=ufi

Ibu ayah nak tahu, setiap anak yang kita lahirkan ke dunia ni, dia cuma ada satu fasa je. Iaitu fasa pembesaran SEHALA.

Sehala maksudnya kalau sekarang umurnya 2 tahun, 20 tahun akan datang umurnya akan jadi 22 tahun. Takkan berpatah balik pada usia 2 tahun macam sekarang.

Kalau usianya cuma sampai 5 tahun, maka kita ada masa dengan dia cuma lagi 3 tahun sahaja. Sebab anak bukan milik kita yang mutlak. Dia adalah milik Allah sepenuhnya. Hanya kita yang menjadi peminjam.

Kalau sekarang kita rasa penat, lelah, tak larat, tertekan dengan perangai dan karenah anak yang nak membesar, percaya satu perkara ni. Anak hanya bergantung sepenuhnya, 100 peratus pada perhatian dan tenaga kita daripada dia lahir sampai masuk darjah 1.

Bila dia makin membesar dan berkawan, sifat pergantungan dia pada kita tu makin hilang. Dia makin pandai nak berdikari bawa diri. Dia cuma perlukan bantuan kita hanya bila diperlukan sahaja.

Buktinya, kalau sekarang dia kerja nak berpelukan dengan kita, makan nak bersuap. Esok umur 12 tahun, dia hanya akan peluk bila dia rasa perlu dan tak rasa malu. Makan pun dah tak nak bersuap. Nak makan sendiri je.

Bila sekarang dia minta kita buatkan susu, esok umur dah 10 tahun dia akan picit air panas sendiri dan buat susu sendiri untuk dia minum. Jarang sangat dah dia minta kita buatkan.

7 tahun pertama untuk anak bukan masa yang panjang pun untuk kita nikmati telatah, keriuhan dan tangisan manja dia. 7 tahun yang pertama untuk anak hanya ajar kita untuk hargai erti rindu pada wajah comotnya, bau masamnya pada 20 tahun akan datang.

Memori indah hanya datang dengan seberapa banyak kenangan manis yang kita dapat sekarang dengan dia. Cara kita bagi perhatian, didikan, kasih sayang yang tak berbelah bahagi dengan tangan kita sendiri pada dia sekarang akan bentuk siapa diri dia 20 tahun akan datang.

Wanita..Diri Kita untuk Dirai, Bukan Ditangisi

 

Selalu kita rasa terkesan bila pandangan orang sekeliling pada kita agak sinis, bila kata-kata yang dilemparkan pada kita agak pedih. Dikatanya kita tak cantik, kita tak menarik, kita tak pandai.. Banyak sungguh perkataan “tak” nya tu.

Dalam sedar taknak sedar, apa yang orang keliling kata dan pandang itu sebenarnya lahir dalam diri kita sendiri. Cuma pada kita, ianya hanya sebuah monolog dalam hati. Tapi pada mereka, dilontarkan dengan sebuah pandangan yang menyakitkan. Sakit sungguh kan?

Wahai wanita kesayangan Rasulullah S.A.W, jangan kita minta orang menghargai kita, menyayangi kita SELAGI kita tak mampu nak hargai dan sayangi diri-sendiri. SELAGI kita tak mampu nak mensyukuri segala kebaikan yang Allah beri pada kita : wajah yang sempurna, anggota badan yang sempurna, kesihatan yang sempurna.

Kita hanya akan rasa rendah diri bila kita sendiri rasa kita tak cantik-sedangkan wajah yang Allah dah tetapkan untuk kita cukup indah dari apa yang kita sangkakan. Cantik itu terlalu subjektif nak digambarkan. TETAPI penampilan kita boleh ukur dengan mata kasar.

Bayangkan nora danish yang sangat cantik tu, kita nampak sememeh. Tak jaga penampilan, rambut menggerbang pakai pulak baju kelawar. Muka bertepek bedak sejuk memanjang. Jadi, cantik itu sebenarnya datang dari wajah atau penampilan yang sesuai? Memang betul ramai wanita miliki wajah yang sangat cantik. Cantik itu satu BONUS. Tapi kita, masih punya wajah yang sedap mata memandang. Cuma perlu jaga dan upgrade penampilan sesuai dengan personaliti diri kita dan hasilnya of cozzz tetap akan jadi cantik jugak.

Kita hanya akan rasa kita tak pandai-sedangkan Allah aturkan kepandaian itu luas ikut pada bakat yang kita punya. Kita mungkin tak pandai belajar sehingga PHD, tapi kita cukup hebat bila mencipta resepi paling sedap di dapur mengalahkan MasterChef Australia. Kita fail bab2 menjahit, tapi kita paling pandai untuk handle hati dan emosi suami serta anak-anak dengan kelebihan kasih sayang yang kita miliki sehinggakan mereka tak pernah terluka hati dengan kita.

Cari, kenali apa bakat anugerah Ilahi pada kita. Jangan dibutakan mata hati, jangan terlalu berasa rendah diri sebab itu semua hanya akan menjauhkan nikmat tuhan pada kita. Jangan macam tu saiyanggg. KITA SEBENARNYA SEDANG MENDUSTAKAN NIKMAT TUHAN PADA KITA. Nau’zubillah mohon dijauhkan.

So, wanita….kita sebenarnya sangat hebat daripada apa yang kita sangkakan. Kita sangat cantik daripada apa yang kita fikirkan. Mula hargai diri kita, sayangi diri kita, RAIKAN diri kita sepenuhnya dan percayalah, kita akan lihat orang sekeliling akan mula menghargai dan menyayangi diri kita seadanya. Segalanya bermula daripada kita, seorang wanita!

Percaya Pada Instict Sendiri

Kalian pernah tak bila rasa down sangat-sangat, rasa upset, rasa lemah sebab tengok usaha macam tak berhasil TAPI jauhhhhhhh kat hujung hati tu kalian macam ada satu INSTINCT kata akan berjaya suatu hari nanti.

Zaty bagi contoh. Kalian ada buat bisnes. Kalian dah buat macam-macam, usaha macam nak gila, pasang strategi serampang bermata-mata banyaknya, berkorban masa, tenaga, duit, even waktu tidur yang entah kemana, sampai satu masa nak kutip hasil, result dia tak GEMPAK macam yang kalian harapkan.

Konon-konon target jualan bulan ni RM5000, tapi kalian cuma dapat kutip RM 700 je. Serius FRUST sangat kan? Murung dengan muka muncung sehasta toak payah cakaplah, belum campur nangis air mata berhujanan kat tepi pasu bunga mak lagi.

Sedihhhhh wooo. Hati ni rasa macam direntap, dihentak. Pastu kepala mula la berpusing fikir kenapa lahhh rezeki ni tak sama macam yang aku plan. Down sesangat wehhh rasa macam nak putus kawan dengan bisnes kita buat time tu jugak.

Tapi kan, dalam pada tengah nangis meratap tu, kita macam tak terasa nak nangis lebih-lebih sangat. Tetiba hujung hati ni macam rasa tenang, macam dipujuk kata “ada rezeki kau tu zaty, cuba sabar dan teruskan je usaha. Nanti mesti kau dapat punya”.

Dia punya instinct tu halus jer berbisik kat kita.

Instinct tu bukan direka-reka tau. Dia memang wujud kat hujung hati yang tak pernah disinggahi titik-titik hitam dosa. Dia memang REAL, dia memang telus, dia memang tak menipu.

Tak semua orang boleh dapat instinct macam ni. Hanya orang yang betul-betul ikhlas berjuang atau orang kata ALL OUT, benar-benar nakkan kejayaan itulah yang boleh rasa instinct special ni.

Kalian kenal Azizulhasni Awang? Alaaa yang tengah famous sangat 2,3 hari ni sebab berjaya dapat gelaran juara dunia dalam acara trek lumba basikal tu. Kalian tahu dia pulun usaha nak dapatkan gelaran juara dunia tu selama 10 tahun (2007-2017).

Semalam zaty tengok berita, tv interview Azizul dan antara yang zaty dapat tangkap apa dia cakap, selama 10 tahun ni dia cuba banyak kali untuk jadi juara dunia tapi dia gagal. Dia cuma dapat bawa balik silver dengan gangsa je.

Ada satu World Championship yang dia join, beza antara basikal dia dengan competitor dia cuma beberapa MILIMETER je lagi sampai ke garisan penamat. Tapi rezeki tak sebelahi Azizul. Competitor dia dapat gold dan Azizul dapat silver.

Cuba kita letak diri kat tempat Azizul waktu tu. Apa rasanya ye? Mesti kemurungan habis, rasa nak give up, nak campak basikal jauh-jauh, rasa macam takde harapan, rasa macam okkk, i’m quit. Nak dok kampung tak nak bertanding dah. Ini kalau zaty lah yang kena macam ni. Tapi Azizul cakap :

“Saya terus mencuba. Saya tak pernah mengalah, kerana saya tahu, jika saya terus mencuba, satu hari nanti giliran saya (untuk menjadi juara) akan tiba. Dan akhirnya, hari ini adalah giliran saya. Saya JUARA DUNIA!”

“Kerana saya tahu” itulah instinctnya. 10 tahun beb melawan perasaan sambil usaha habis-habisan berjuang nak dapat kejayaan yang diimpikan. Memang kental sangatlah semangat dia.

Kalian tengok video dia lumba basikal kelmarin. Dia pergi tinggalkan semua competitor dia jauh ke belakang. Tak silap zaty katanya 5 meter beza jarak. Fuhhhhh, ambik haa. Takdenya menang “SIPI-SIPI” ok. Dia bagi sedebuk terus.

So kita? Dah berapa lama tu usahanya? Kalau belum sampai setahun lagi, agak-agak nak simpan impian dalam tabung ayam je ke atau nak terus bangkit usaha sampai berjaya?

Haa, one day kalau Allah kata dah sampai masa nak bagi rezeki kat kita, Dia tak bagi setakat seratus-dua hinggit. Dia bagi terus dengan banglo+mercedes sebijik. Tak percaya? Tanya instinct sendiri okay.

Trust to your instinct, trust to your power💪
Ezzaty Suffian

Mindset Positif Bawa Diri Kita Lebih Ke Depan

Kata-kata itu adalah doa. Cliche sangat kan ayat dia. Yelah bila ayat ni asyik ulang dengar kat telinga, lama-lama kita pun dah immune daa. Sekali dengar rasa macam takde apa pun yang effect dalam life kita. Betul kan?

Zaty twist sikit ayat ni : Kata-kata tu sebenarnya datang dari hati kecil kita. Hati kecil yang terdetik tu pula datangnya dari mindset yang ada dalam kepala kita.

Jadinya, apa pun yang terlintas dalam kepala, yang kita dok fikir, yang kita dok brainstorm sakan sangat tu yang create siapa diri kita sebenarnya, apa perkataan yang akan keluar dari mulut kita.

Apa yang kita fikir, itu akan jadi. Apa yang kita percaya, itu akan direalitikan. Apa yang kita yakin, itu yang akan buahkan hasil. Tak kesah sama ada yang kita fikir tu negatif atau positif. Dua-dua akan bagi kesan besar dalam kehidupan seharian kita.

Sebenarnya zaty nak cerita, tak payah tunggu kata-kata hikmat pun yang keluar dari mulut kita. Cukuplah dengan mindset yang kita dok pikul hari-hari ditambah dengan detikan hati tak berhenti itulah doa harian kita. Allah itu Maha Mendengar sesuatu yang nyata apatah lagi yang TERSEMBUNYI.

Jadinya, kalau kita teringin sangat hidup bahagia, senang, bebas hutang dengan duit bertaburan merata, so kita fikir yang baik-baik, yakin dengan kebolehan diri kita, usaha dengan kudrat sendiri sampai menjadi hasilnya.

Tapi kan kalau kita dok latih kepala ni kata kita lemah, kita tak mampu, rezeki takat tu sahaja, kita tak boleh nak pergi jauh, Tuhan tak sayang kita….

sudahnya p mai, p main tang tu jugaklah kita dok berteleku. Bila kita dah set akal lagu tu, kita nak push diri kita untuk move forward pun akan jadi NAN HADO.

Keluarlah air mata duyung sekalipun, takda apa yang mampu ubah nasib kita. Tuhan nak bagi lebih pun naik segan sebab kita sendiri tak nak pikir yang baik-baik pasal Dia.

Tapi zaty yakin sangat, kita-kita ni semua kan nak jadi cemerlang dunia akhirat. Jadinya kita biarkanlah duyung dan dugong je yang selalu ada mindset negatif tu. Janji kita selalu positip okay💪

Hidupkan Cerita Baru Setiap Hari

Make a new chapter everyday. Zaty baca buku Steve Chandler. Dia cakap hari ni hari inilah. Semalam tu tak boleh jadi hari ni. Setiap hari ada sejarah dia sendiri. Sama macam kita baca buku. Muka surat enam belas takkan sama kontennya dengan muka surat satu.

Semalam perangai kita maybe buruk sikit. Tapi bila hari ni kita azam nak improve diri, automatik cerita semalam dah jadi kenangan. Hidup kita bila kita tuliskan dalam buku, lama-lama dia jadi diari. Atau hidup kita bila kita snap gambar, lama-lama dia boleh jadi album.

Kita boleh selak dan baca ataupun tengok. Tapi kita tak boleh nak create cerita yang sama macam tu pada hari ni. So, benda yang lepas? Biarkan dia berlalu. Moment yang manis, kita simpan untuk kita senyum sorang-sorang. Moment yang pahit piaw tu pulak, kita simpan untuk jadi sempadan dan pengajaran.

Macam-macam mana pun, hari ni kita mesti ingat ia adalah hari baru buat kita. Untuk kita create cerita yang baru tak kira pahit atau manis, untuk kita belajar something new, untuk kita develop jadi orang yang lebih baik.

In the end of the day, pastikan kita dapat tutup hari ni dengan sesuatu yang bermanfaat walaupun keciknya tu sebesar mata cacing je pun

Teknik Simplify Bantu Ibu Ayah Lalui Kehidupan Harian dengan Lebih Tenang

Sejauh mana otak kita mampu dalami satu-satu masalah yang kita tengah hadapi? Jeng jeng jeng. Betul kan, bila kita tengah diuji dengan masalah, kita lebih suka fikir dan fikir masalah tu sampai rasa down. Menangis berhari-hari dan finally kita rasa “aishhh, give up lah aku macam ni”.

Ok, teknik paling efektif zaty nak share dengan ibu ayah. Zaty namakan teknik ni sebagai “SIMPLIFY” atau translate dia MUDAHKAN. Bila kita sebut mudahkan, automatik otak kita akan set sesuatu yang mudah-mudah je.

Mulai dari sekarang, kita kena latih otak kita untuk pandang remeh, pandang ringan pada masalah yang temeh. Zaty bagi contoh : Mak-mak selalu sakit kepala fikir hari-hari nak masak apa.

So, dalam tempoh 10 minit, mak-mak kena tengok lauk apa yang ada dalam peti ais dan terus decide nak masak apa waktu tu jugak. Jangan ambik masa lama sangat fikir dari bangkit subuh sampai pukul 10 pagi pun masih dok confius nak masak apa.

Contoh masalah lain lagi : Jiran sebelah rumah suka betul datang menyendeng kat pintu rumah kita gosip itu ini. Tup tup 2 hari lepas tu, sampai kat telinga kita kata rumah kita macam tempat kucing beranak.

Ehhhh panas hati jugak kan kita. Hari-hari muka manis datang rumah rupanya ada niat nak burukkan kita pada orang lain. So, kita cuba elak dari nak marah lama-lama atau nak bersedih berbulan hanya disebabkan mulut orang.

Latih diri kita, dalam tempoh sehari ke 3 hari untuk selesaikan masalah tu dengan segera. Kalau boleh selesai, setelkan cepat-cepat. Kalau tak boleh, biar jelah. Submit doa banyak-banyak kat Allah.

Jangan kita peram lama-lama masalah tu tanpa ada jalan penyelesaian. Dahlah kepam lepastu dok fikir siang malam tak sudah-sudah. Rugi sangat-sangat. Masalah yang tak diselesaikan dengan cepat hanya buatkan diri kita diselubungi dengan aura negatif.

Tu yang kesannya asyik nak murung, update status kat facebook pun hari-hari kerja nak salahkan orang, nak marah tak tentu pasal. Percayalah, jadi orang negatif ni penat sangat tau. Pahala pun payah nak lekat. Rezeki lagi lah, kerjanya nak lari jauh je dari kita.

Simpan energi, perhatian dan fokus kita untuk benda yang lebih penting instead of fikir masalah yang tak sudah-sudah. Contohnya macam mana nak corakkan anak jadi Al-Hafiz, macam mana nak jadi suri rumah berjaya di samping buat bisnes tambah pendapatan keluarga.

So nanti, andai ditakdirkan kita diuji dengan ujian yang lebih berat pun, kita takkan rasa terkejut sangat sebab kita dah sediakan diri daripada awal. Akhirnya nanti, masalah yang kecil-kecil tu kita akan let go macam tu je. Dah tak perlu nak fikir selagi dia tak kacau kehidupan harian kita.

So sekarang kalian senyum dan amalkan selalu teknik SIMPLIFY ni ok?

Jalan Terus! Walau Besar Mana Pun Masalah yang Sedang Melanda Diri

Apa pun dugaan yang kita sedang lalui sekarang, berhentilah dari nak menangis lama-lama, nak meratap macam hari esok tiada lagi buat kita.

Serius, life is too short untuk kita hadap kesedihan sampai makan masa berbulan. Rugi sayang, rugiiii sangat. Seandainya masa kita hidup hanya tinggal lagi 5 bulan, takkan kita nak end up kisah hidup kita hanya dengan tangisan kecewa semata?

Apa pun ujian : bisnes jatuh berguling, kawan tikam belakang, tunang kena sailang, anak tarik muka masam 24 jam. Berhenti merungut dan salah-menyalahkan.

Belajar untuk REDHA dengan ujian Allah dan tekan otak kita, FOKUS untuk CARI jalan penyelesaian, tamatkan segala sengketa yang melanda dalam hati sendiri.

Sedaya-upaya, SIMPLIFY KAN masalah tu. Jangan dikorek lagi dalam sebab nanti lukanya lagi besar. Sebab tu kalau gaduh laki bini bila kejanya nak menyalahkan, finally kes tak flush jamban pun jadi isu sampai masuk court.

Sejenis nak cari gali salah orang sampai ke kerak bumi. Kalau jadi macam ni, bila agaknya ummat Nabi Muhammad S.A.W nak jadi cemerlang dunia akhirat?

Benar sayang. Mati itu pasti. Kita sebut je kat mulut, tapi hakikatnya hati masih was-was lagi sebab nyawa belum sampai takat hidung. Sementara masih bernyawa, hidup dengan harmoni.

Redhakan hati dan banyak memaafkan salah orang pada kita. Masalah yang boleh kita selesaikan, kita buat bagi setel. Mana yang tak boleh, serah banyak-banyak pada Allah dengan doa dan tawakkal.

Sakit kena uji tu memang sakittttt sangat. Rasa hati ni macam ditoreh, dihiris. Tapi itu jelah mahar untuk kita naik ke syurga Allah. Betul kan?

Janji kita move on dan buat lagi baik untuk kualiti iman dan hidup kita sendiri. Nak nangis boleh, tapi cukupkan seminggu je. Next week bangkit dan berjuang balik.

Senyum, kesat air mata dan move on

Ezzaty Suffian

Wahai Tuhan, Panjangkanlah Umur yang Bermanfaat untuk Kami

Kenapa kita minta Allah panjangkan umur kita? To be honest, selama ni zaty berdoa mintak Allah panjangkan umur. Langsung tak terfikir kenapa sebenarnya zaty mintak umur untuk hidup atas dunia ni dilanjutkan.

Bila difikir balik, tak cukup ke hidup selama 20 tahun? atau tahun depan genap 30 tahun pun masih tak cukup lagi ke untuk kita hidup kat muka bumi Allah ni? Serius baru terfikir, eh kenapa ye mintak Allah panjangkan umur?

Adakah sebab rasa tak puas lagi enjoy hidup atas dunia, rasa sayang nak tinggalkan suami, anak yang masih kecil dan harta yang ada. Ataupun sebenarnya amalan wajib masih lagi banyak rompong apatah yang sunat jarang-jarang buat. Ataupun sedar diri amalan baik yang dibuat baru setakat seberat sebiji kacang. Terus rasa takut nak mati. Dosa banyak, amalan tak cukup.

Saat zaty menulis ni zaty baru betul-betul terfikir. Kita mintak Allah kurniakan umur yang panjang tapi kita sendiri tak halusi, tak fahami niat sebenar permintaan kita ni. Berat sebenarnya apa yang kita mintak ni sebab kita sedang mensia-siakannya. Sia-siakan umur yang berlalu bersama masa yang kita sendiri tak tahu apa benda amalan yang kita dah buat.

Kita mintak umur yang panjang tapi kita tak membalasnya untuk diri kita sendiri dengan amalan kebaikan, amalan soleh. Lagi sayang kalau kita meniti umur yang panjang ni dengan dosa, lalai dan taksub dengan hal dunia. Ya Allah takutnya. Di padang mahsyar nanti yang jelas beratnya pada neraca dosa.

1 tahun hidup×100 dosa=100 dosa
30 tahun hidup×100 dosa=3000 dosa
Kalau hidup 40 tahun? 50 tahun? 60 tahun?

Ni dosa yang kita sedar. 100 dosa/setahun. Andai kata lebih lagi dosanya? Dosa yang kita tak sedar yang dah kita buat? Betul lah kan. Lagi banyak tahun kita hidup, lagi banyak dosa yang kita buat.

Allahu Allah. Betapa Allah tu Maha Pengampun. Mengampuni dosa kita tak kira kecik ke besar bila kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Tak kisahlah berapa tahun pun kita hidup, bila kita sedar kita berdosa, Istighfar dan mohon keampunan Allah. Kita tambah baik amalan seiring dengan meningkatnya usia kita.

Mintalah umur yang panjang dalam keadaan kita sedar dan waras dengan permohonan kita. Jangan sia-siakan pemberian Allah ni walau dengan sehari yang berlalu. Sehari kita hidup adalah peluang besar untuk kita berbuat baik dan bertaubat. Buatlah amal soleh seolah-olah esok kita akan mati dan lakukanlah urusan dunia seolah-olah kita terpaksa hidup lagi 1000 tahun. Sebaik-baik amalan adalah amalan yang boleh bagi lebih manfaat pada orang lain.

Ya Allah ampunkan kami atas kelalaian kami dan peliharalah kami dari api neraka yang membakar😢

Hidup Kita Semuanya Tentang Masa

Hidup atas dunia ni semua tentang MASA. Kita jadi tua sebab masa. Kita berjaya atau gagal pun dengan masa, nanti kita mati hanya melalui masa juga. Itulah namanya dunia yang SEMENTARA.

Tapi kat syurga nanti MASA tu dah takde. Dia akan jadi sampai BILA-BILA. takde awal, takde akhir. sebab tu kita akan jadi muda belia selamanya. Kita akan gembira, bergelak ketawa. Kita nak pergi mana, makan apa semua lintas dalam hati je terus dapat. Tak wujud dah impian 3 tahun, impian 10 tahun akan datang macam atas dunia ni.

So, yang seksa yang penat yang sedih cuma atas dunia ni sahaja. Kalau tak dapat nak selesaikan masalah, biarkan dia berlalu dengan masa. Tu orang sebut biar masa yang MENENTUKAN. yang bergerak seiringan dengan masa adalah sabar dan istiqamah. Sebab tu dalam Al-Quran dah sebut Allah S.W.T akan bersama ngan orang yang sabar dan bertawakal.

Jadinya kita jangan down jangan sedih terlalu lama sampai makan masa berbulan. Teruskan hidup macam biasa walau dugaan datang bertimpa-timpa. Mana boleh setel, kita setelkan. Mana yang tak boleh, mohon Allah kuatkan hati untuk laluinya. Sebab semua itulah tiket sebenar nak ke syurga yang ABADI