Ajar dan Didik Anak Kita Supaya Tidak Membuli

Honestly kisah arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain, penuntut UPNM yang meninggal dunia akibat didera dan dibuli rakan sebilik….sangat-sangat ganggu emosi zaty.

Kes tahun 2017 yang kali ini diimbas semula kronologi kisahnya dengan lebih detail. Allahu Allah. Kita dah mula terbayang dan fikir macam-macam. Betapa kasihannya arwah bila diperlakukan sebegitu rupa.

Betapa luluhnya hati ibu ayah arwah sebab terpaksa hadap kes ini di mahkamah bertahun-tahun lamanya. Bagaimana mahu melupakan kalau segalanya masih terngiang-ngiang di telinga juga di depan mata.

Zulfarhan_Zulkarnain_cropped

Rata-rata komen tentang kerisauan nak hantar anak-anak sekolah dan masuk asrama. Risau anak sendiri nanti dibuli. Ya, zaty sendiri pun ada berfikir macam tu. Ibu mana yang tak sayang anak. Kita nak cubit anak pun tak sampai hati. Apatah lagi nak mendera dengan penuh emosi.

Cuma, ada satu lagi perkara yang zaty nak ajak semua parents ikut sama berfikir.

Bagaimana kita nak asuh dan didik anak-anak supaya tak jadi PEMANGSA? Supaya hatinya penuh dengan rasa kasih sesama makhluk? Supaya jiwanya sentiasa merasakan Allah S.W.T sentiasa ada melihat setiap perbuatan yang mereka lakukan?

Kita banyak risau kalau anak menjadi mangsa. Tapi kebanyakan masa, kita lupa bahawa anak-anak kita jika tak dipesan, dididik, diberi contoh yang baik…mereka boleh jadi pembuli.

Kita tak minta perkara tak baik berlaku pada anak-anak kan. Tapi of course kita mahukan anak-anak beroleh peribadi yang mulia dan akhlak yang cantik seindah akhlak nabi kita S.A.W.

Inilah tanggungjawab kita. Akhlak anak-anak memang bermula dari rumah. Jati diri anak-anak memang bermula dari apa yang kita install dalam hati, jiwa dan fikiran dia. Siapa kita sekarang akan jadi potensi yang sangat besar untuk bentuk peribadi anak-anak 10-20 tahun akan datang.

Ini point-point penting yang zaty mahu install dalam diri anak-anak zaty dari masa sekarang hinggalah dia besar nanti :

1) Ajarkan anak mengenal Allah dan sifat-sifatnya.

2) Beritahu anak untuk apa syurga dan neraka itu dijadikan. Bagaimana rupa sebenar syurga dan neraka dan bagaimana bentuk pembalasan di sana bagi setiap perbuatan kita atas dunia.

3) Fahamkan anak tentang ujian dan nikmat Allah. Bagaimana caranya untuk kita lalui ujian dengan penuh rasa sabar dan bagaimana kita mahu gunakan nikmat Allah dengan penuh rasa syukur.

4) Beritahu juga anak tentang berbuat ihsan sesama makhluk. Tentang nyawa manusia yang tak boleh ditukar ganti. Tentang cara yang terbaik untuk deal dengan orang yang sedang berbuat salah terhadap kita. Tentang kita tak boleh sewenang-wenangnya pukul dan buat jahat pada orang lain walau apa alasan sekalipun.

5) Pesan pada anak untuk pandai dan bijak pilih kawan. Jauhi kawan yang boleh bawa kemudaratan dan kemusnahan pada diri (melainkan kalau ada niat nak berdakwah). Mesti pandai jaga diri dan batas-batas pergaulan tak kiralah sesama gender ataupun berlainan jantina.

6) Terapkan pada hati anak-anak untuk rasa seronok dengan kelebihan (nikmat) yang kita ada, rasa happy dengan kelebihan yang kawan-kawan lain ada. Jangan ada rasa dengki dan iri hati terhadap nikmat yang ada pada orang lain kerana itulah yang jadi titik punca kepada bermulanya kejadian buli.

Ezzatyy Suffian
Pernah dibuli semasa sekolah rendah dulu