4 Tips Selesaikan Masalah Besar Atau Kecil

Malam tadi sambil-sambil nak tidurkan faqeeha, sempat juga zaty buka youtube layan ceramah Ustaz Kazim Elias. Ustaz cerita tentang 4 teknik untuk selesaikan masalah.

Masalah tu sama ada ujian, cabaran, musibah, hidup yang getir, kesusahan even kesedihan. Ustaz cakap buat je 4 perkara ini secara berulang-ulang dan konsisten.

1) Sabar
2) Solat
3) Sedekah
4) Balas perbuatan jahat orang dengan perkara kebaikan

4 perkara ini selalu disebut dan dinyatakan dalam Al-Quran (dalam surah-surah dan ayat yang berasingan).

Dan daripada 4 point yang Ustaz bagi, ustaz tekankan pada kita bab sedekah.

“Jangan tunggu kaya baru nak sedekah, tapi sedekahlah hingga kita menjadi kaya”

Sedekah bukan masa hati tengah gembira sahaja : anak dapat masuk universiti, suami naik pangkat, kita masuk rumah baru.

Tapi kita buat juga sedekah bila hati dilanda kedukaan dan hidup berada di tahap terbawah (jatuh) : bisnes lingkup, ahli keluarga sakit/meninggal, suami isteri bertelagah tak nampak penghujung.

Dalam Surah Al-Imran ayat 133-134 Allah berfirman :

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa ;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa SENANG DAN SUSAH, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.

Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik”

Daripada ayat Allah S.W.T jelas diberitahu tentang sifat orang yang suka bersedekah adalah sifat orang yang bertaqwa.

MasyaAllah Tabarakallah. Terubat hati bila kita dengar nasihat dan peringatan orang-orang hebat ni. Betul Ustaz Kazim kata, dalam dunia ni takde orang hidup yang tak dilanda dengan masalah serta ujian.

Semua orang ada. Masalah besar ataupun masalah kecil. Dan setiap ujian ini hadir dengan izin Tuhan untuk uji kesabaran dan iman kita.

Di saat kita dah rasa lost dan menghampiri kepada perasaan berputus asa, kita cuba buat apa yang Allah pesan iaitu bersedekah. Mudah-mudahan jalan dan rezeki kita terus dilapangkan dan hati kita kembali tenang sepertimana yang kita mahukan.