Cuba Teknik Ini Bila Jiwa Resah dan Emosi Rapuh

Orang perempuan bila dia rasa happy, dia akan rasa macam satu dunia ini milik dia yang punya. Dia dah tak kisah tentang apa yang berlaku di sekeliling dia. Yang dia tahu hati sedang berbunga bahagia, muka sentiasa tersenyum gembira.

Tapi jaga-jaga. Bila sekali dia bersedih dan rasa down, perasaan dan emosi negatif ini akan dibawa-bawa dari mula bangkit dari tidur sampailah nak tidur malam semula sampaiiilahhh berlanjutan berminggu malah berbulan-bulan lamanya. Ini yang bahaya.

Sebab bahaya : emosi negatif sangat boleh arahkan diri kita untuk sentiasa jadi tak keruan dan nak marah sentiasa, boleh jadi stress teruk hingga akhirnya bawa diri kita menjadi seorang yang depress.

Ya kawan. Emosi perempuan memang cepat benar tersentuh dan terlalu rapuh. Lagi-lagi bila dia tak shut down media sosial untuk sementara waktu. Lepastu bila dia scroll up and down the medsos, dia mula nampak nikmat-nikmat yang orang lain peroleh yang belum ada lagi untuk diri dia.

Syaitan lah paling galak sekali nak cucuk-cucuk kita time ni. Nak bagi emosi negatif kita jadi lagi meluap untuk pertikaikan takdir Tuhan untuk kita. Lagi dia nak sesatkan kita. Bersungguh-sungguh dia berusaha supaya kita jadi lebih keras kepala dan keras hati.

Huhu. zaty ni nampak je kuat. Nampak je menulis bagi motivasi kat kalian semua. Tapi, bila saat zaty down, semangat takde nak terus berjuang, menangis teresak-esak mengalahkan faqeeha….zaty pun rasa macam dah taknak bangkit lagi.

FB_IMG_1566179376744.jpg

Cuma apa yang zaty perasan, setiap kali zaty buat satu teknik ni, emosi zaty yang tengah rapuh, down, stress semuanya boleh hilang dengan sangat cepat. Tak berlama-lama macam dulu lagi. Takat 2-3 hari atau paling lama seminggu je, emosi zaty boleh kembali kuat dan ceria semula.

Teknik yang zaty buat adalah zaty membaca, melihat dan mendengar ilmu. Di saat zaty down sangat-sangat sampai tak mampu nak angkat badan sendiri, zaty akan lepak kat google ataupun youtube.

zaty cari terjemahan ayat dan surah-surah dalam Al-Quran. zaty fahamkan setiap mesej yang Allah sampaikan tentang ujian, rahmat, balasan, janji, kasih sayang, kemurkaan Allah. Bila kita baca apa yang Allah sebut dalam Al-Quran ni, kita akan terasa macam Dia sedang berbicara dengan kita. Terasa sungguh dekat rahmat Dia pada kita.

zaty selalu juga buka youtube. zaty ambik masa 10 ke 30 minit dengar ceramah ustaz dan ustazah. Yelah, tengah takde semangat kan. Badan pun rasa lemah gila. So, kita memang spend masa lepak depan phone cari input macam ni. Punya nak cari kekuatan sendiri untuk bangkit kembali.

Lepak kat youtube pun sangat best. Lepas satu ceramah, kita dengar ceramah yang lain pulak. Ada satu ceramah yang kita dengar berulang-ulang sampai 3-4 kali. Hati rasa tenang dan sangat terhibur. Lain macam perubahan positif yang kita rasa.

Kawan, sebenarnya kan…kita rasa life kita, ujian kita macam teruk sangat. Macam takde jalan untuk keluar. Tapi rupanya bukan macam tu. Bila emosi kita tengah down, kita actually sedang terperangkap dalam dunia fikiran dan emosi kita sendiri. Gelap-gelita.

Itu yang kita macam tak tahu macam mana cara nak bangkit balik. Rupa-rupanya kan, bila kita baca, lihat dan dengar ilmu…dia semacam sedang suluh jalan kita untuk keluar dari masalah yang sedang kita lalui. Terang-benderang jadinya. Dia seolah-olah bantu untuk lapangkan hati, jiwa dan fikiran kita.

Dia bantu untuk positifkan semula emosi serta mindset kita. Benar kawan, ILMU sangat-sangattt membantu menjadikan hidup kita lebih baik dan tenang. Ilmu berikan kita idea untuk macam mana nak cari cara selesaikan masalah. Ilmu adalah cahaya yang menerangi alam diri yang sedang bergelap.

Semoga post zaty yang ini dapat bagi idea dan suntik semangat kalian untuk kembali bangkit dan ceria seperti biasa. Kalau kita ada sahabat yang sudi dengar luahan hati kita, maka bersyukurlah.

Tapi sekiranya tiada, usah kita bersedih dan menyalahkan mereka. Kita tetap ada seribu satu cara lain yang boleh kita buat untuk bangkit dan terus berjuang💪

Author: EzzatySuffian

A 29-year-old living in Ipoh. Wife and mom of cute baby, Amirul Fayyadh. Writer and Storyteller on Parenting and Child Development Authorised Seller at Ronella Essential Oils Contact: ezzatysuffian@gmail.com

Leave a comment