Jom Teka Apa Kepandaian dan Kelebihan Anak-Anak

PicsArt_08-20-10.25.17

Jom kita main teka-teki nak? Antara 8 jenis intelligence (teori Prof. Howard Gardner), mana satu yang jadi intelligence utama (core intelligence) pada anak-anak kita?

Kalian go through soalan-soalan di bawah. Dan cuba ingat-ingat balik sikap serta behaviour anak-anak cenderung kat bahagian mana ya.

1) Spatial Intelligence (picture smart)

✔Anak boleh manipulasi objek seperti lego untuk buat sesuatu seperti apa yang dia lihat in real life (bangunan, kenderaan, haiwan)?

✔Boleh faham peta atau chart dengan sangat mudah?

✔Suka conteng, doodle atau lukis di atas apa-apa permukaan seperti di atas lantai atau dinding?

2) Naturalist Intelligence (nature smart)

✔sangat happy bila ada kat pantai, air terjun atau taman bunga?

✔selalu cerita atau minta untuk bela haiwan peliharaan macam kucing, burung, ikan?

✔suka kutip batu, bunga, daun, kulit siput untuk ditunjukkan pada kita?

3) Musical Intelligence (sound smart)

✔sangat mudah mengingat dan menyanyikan semula satu-satu melodi atau lagu?

✔suka main alat muzik?

✔selalu bercakap atau bergerak dalam rhythm (badan bergoyang, cakap dalam nada seolah berlagu)?

4) Bodily-kinesthetic Intelligence (body smart)

✔sangat enjoy berlari, melompat atau aktiviti fizikal yang lain?

✔Enjoy pisahkan/ceraikan sesuatu objek dan cantumkannya kembali dengan sempurna?

✔suka tunjukkan kemahiran motor halus yang bagus seperti buat origami, kapal terbang kertas, bina sesuatu model dari clay atau blocks, finger painting?

5) Interpersonal Intelligence (people smart)

✔selalu jadi ketua atau suka lead kawan-kawan yang lain bila buat sesuatu aktiviti/bermain?

✔sangat enjoy dan happy bersosial bila berada dalam group kawan-kawan sebaya?

✔mudah memahami emosi dan perasaan orang lain?

6) Intrapersonal Intelligence (self smart)

✔suka buat sesuatu dengan sendiri (berdikari) dan seorang yang strong will?

✔Boleh ekspresikan dan beritahu perasaan sendiri seperti sedih, marah, takut dengan tepat?

✔sangat bagus bermain/buat aktiviti bila ditinggalkan bersendirian?

7) Linguistic Intelligence (word smart)

✔pandai menulis dengan baik berbanding dengan kanak-kanak yang sama usia dengannya?

✔sangat enjoy apabila bercerita atau sangat enjoy mendengar cerita?

✔ada ingatan yang bagus dalam mengingat nama orang, tempat, tarikh dan sebagainya?

8) Logical-mathematical Intelligence (number/reasoning smart)

✔sangat suka dengan nombor?

✔mudah asingkan objek ikut kategori seperti bentuk, warna dan kegunaan?

✔sangat curious dengan sesuatu dan suka buat eksperimen untuk tahu apa effect nya?

Actually kan, untuk tahu apa intelligence anak-anak kita dengan lebih detail, ada lebih kurang 10 soalan kena jawab bagi setiap satu intelligence yang ada. Cuma zaty je yang tak larat nak translate dan taip kat sini. Huhu.

Nanti kalian boleh google je guna keyword “how to identify children’s intelligence according howard gardner theory”. Cuma apa yang zaty share ni boleh lah bagi idea untuk kita kenal pasti secara kasar anak kita punya intelligence cenderung kat nombor berapa kan.

Jom beritahu pasangan masing-masing untuk teka intelligence anak-anak bersama-sama. Selamat jadi detektif anak-anak ya semua😁

Author: EzzatySuffian

A 29-year-old living in Ipoh. Wife and mom of cute baby, Amirul Fayyadh. Writer and Storyteller on Parenting and Child Development Authorised Seller at Ronella Essential Oils Contact: ezzatysuffian@gmail.com

Leave a comment