DIY Aktiviti Penyepit Baju Untuk Kuatkan Otot Jari Anak

Nak latih anak pegang pensel dengan betul?

Latih dulu kemahiran motor halus dia. Bagi otot-otot kecil pada jari-jemari anak tu kuat. Buat banyak aktiviti yang libatkan kemahiran motor halus.

Kalau boleh, buatlah hari-hari okay. Dapat 10-15 minit sehari pun dah elok sangat.

Pagi ni zaty share dengan ibu ayah D.I.Y sepit baju. Kalau ikutkan bagi je anak main sepit baju macam tu je. Tapi, yang zaty share ni dia dah jadi multipurpose activity untuk anak.

Kita nak pelbagaikan aktiviti untuk anak supaya dia tak bosan. Dan anak pun dapat banyak manfaat daripada aktiviti ni.

1) Tingkatkan kemahiran motor halus
2) Tingkatkan kemahiran kognitif : sepit baju ikut warna yang sama pada kertas keras
3) Tingkatkan daya fokus anak
4) Galakkan koordinasi mata-tangan
5) Galakkan penggunaan kedua-dua belah tangan dalam satu-satu masa.

Cara nak buat kad keras ni zaty cerita pada setiap gambar ya :

1
Bahan yang diperlukan :
1) kertas warna : mesti match dengan warna sepit baju
2) gunting
3) pembaris
4) double sided tape5) pensel
6) kertas keras (cari kat popular)
7) sepit baju
2
Gunting kertas keras ikut saiz yang kita nak. Lepastu buat garisan untuk tampal kertas warna nanti. Kalau boleh biar balance jarak garisan tu ya
3
Garis cantik-cantik kertas warna ni. Make sure sama je saiznya
4
Okay..gunting lawa-lawa. Make sure pakai gunting. Jangan pakai gigi okay
5
Tampal double sided tape ni keliling kertas keras. Beli double sided tape yang jenis besar tau. Sebab nak ada lebih untuk sambung tampal di bahagian belakang kertas keras tu
6
Okay..sekarang susun cantik-cantik kertas berwarna ni. Make sure susun secara random atau selang-seli antara warna-warna yang ada.
Lebih kertas warna tu kita lipatkan ke belakang lekat kat double sided tape bahagian belakang.
7
Okay.siap! Yeayy!!
Nampak kan. Tadi bahagian permukaan hitam, sekarang bahagian permukaan putih. Dua-dua dah melekat kertas warnanya. Buat kemas-kemas tau

 

8
Finally. Tengok si kecik ni. Bukan main fokus lagi dia pasang sepit baju kat kertas keras tu. zaty dapat buat 3 round aktiviti ni dengan fayyadh.
Kat hujung meja yang bercahaya tu ialah Ronella diffuser. Memang zaty pasang setiap kali buat aktiviti dan terapi dengan fayyadh.
Zaty titiskan Ronella Blend Oil Genius. Dia boleh bantu untuk tingkatkan fokus anak, bantu buat anak relax bila buat aktiviti yang duduk macam ni.
Sangat bagus dan highly recommended untuk kalian yang ada anak-anak kecil. Yang selalu buat latihan intensif macam ni untuk perkembangan otak dia.
Sebotol Ronella Baby Blend Oil Genius tu RM 49 SAHAJA. Kalau kalian minat nak try, terus tekan link whatsapp zaty ni ya : http://ezzatysuffian.wasap.my/

 

6 Tahap Bermain yang Perlu Ada Pada Anak Usia 1 Hingga 6 Tahun

Sepanjang anak membesar dari lahir hingga usia 6 ke 7 tahun, sebenarnya apa yang paling penting kita kena monitor tengok?

Pandai ABC? 123? Lancar membaca?

Semua dah ke arah akademik kan. Abaikan dulu 3 elemen ni kalau anak masih belum boleh tingkatkan :

1) kemahiran bersosial
2) kemahiran emosi

2 kemahiran penting ini anak hanya boleh kuasainya dengan cara BERMAIN. 2 kemahiran ni takde diajar dalam mana-mana kelas. Tak boleh nak tunjuk guna buku.

Anak perlu lalui proses bermain. Daripada bermain inilah dia akan dapat pengalaman sebanyak yang mungkin untuk diri dia sendiri kuasai 2 kemahiran tadi.

Cerita tentang bermain dalam hidup anak-anak. Sebenarnya kan, ada 6 TAHAP BERMAIN yang perlu ada pada anak-anak kecil kita.

Kalau anak tak mampu nak kuasai salah satu daripada 6 TAHAP atau CARA BERMAIN ni, kemungkinan besar akan berlaku masalah atau konflik dalaman bila dia dah mula masuk alam sekolah nanti.

6 TAHAP BERMAIN yang mesti anak kuasai :

1) Unoccupied Play

Cara bermain untuk anak usia hari pertama lahir hinggalah capai 2 tahun. Lebih kepada exploratory play. Maksudnya cara main anak-anak yang cenderung dengan pergerakan tubuh badan sendiri.

Anak-anak cuba nak discover tubuh badan dia dengan pergerakan tangan, kaki, kepala. Pada waktu ni, dia baru nak develop kemahiran motor kasar dan motor halus.

2) Solitary Play

Solitary play maksudnya anak akan mula bermain sorang-sorang. Dia dalam dunia dia sendiri. Belum berminat nak orang join dia atau dia join orang lain main.

Tahap solitary play ni adalah untuk anak usia 18 bulan hingga 3 tahun. Maksudnya bila anak dah mula pandai main atau manipulasi toys dan objek yang ada kat sekeliling dia.

Waktu ni anak lebih cenderung nak explore segala apa yang dia pegang. Dia nak tahu apa cause and effect objek/toys tu. Dia baru nak belajar dan bereksperimen dengan dunia sekeliling dia.

3) Onlooker Play

Okay. Waktu ni anak dah mula tunjukkan minat pada budak-budak lain yang bermain. Tak kiralah budak tu sama sebaya, lebih muda atau lebih tua dari dia.

Tapi, dia baru tunjuk minat je. Dia belum ada keinginan lagi untuk “JOIN SEKAKI” main dengan diorang. Anak cuma perhati kawan tu main dari jauh je.

Dia just tepuk tangan, tolong gelakkan, tunjuk rasa excited tengok budak lain main atau kadang-kadang duduk diam je tengok.

Usia anak yang ada corak Onlooker Play ni ialah 2.5 tahun hingga 3.5 tahun.

4) Parallel Play

Yang ni pun khas untuk anak yang masuk usia 2.5 tahun hingga 3.5 tahun.

Cara Parallel Play ni ialah bila anak mampu tiru cara budak lain main. Tadi yang Onlooker Play dia tengok je kan. So, yang kali ni dia boleh meniru atau imitate cara kawan tu main.

Sama ada dia tiru waktu tu juga (semasa budak lain tengah sibuk main) atau balik rumah nanti dia ingat semula memori tu dan dia mainkan semula dengan cara yang sama.

Parallel Play pada anak ni pun kita boleh lihat bila dia boleh main kat sebelah budak lain, main mainan yang sama macam kawan sebelah dia main, tiru aksi kawan tu main.

Tapi, still dia belum lagi “join sekaki” main sama-sama atau berinteraksi antara satu sama lain. Masih bermain dalam dunia dia sendiri walaupun tengah duduk sebelah kawan.

5) Associative Play

Sekarang dah tiba masanya anak mula berminat untuk bermain dan berinteraksi dengan budak lain. Dia dah tak kisah pada mainan yang dia pegang.

Anak cenderung untuk berkawan dan mencari kawan. Dia nak main toys sama-sama, nak imagine sama-sama, nak gelak sama-sama dengan budak lain. Waktu ni diorang akan main ikut suka je. Belum pandai nak susun lagi tema bermain.

Associative Play ni adalah permulaan pada anak untuk bina kemahiran sosial dengan budak-budak lain yang bermain bersamanya. Usia yang sepatutnya anak mula ada pada tahap bermain yang ini ialah dari 3 tahun ke 4 tahun.

6) Cooperative Play

Tahap bermain yang ini adalah tahap kemuncak pada cara anak-anak bermain. Mereka dah mula pandai untuk susun tema bermain dan bermain sama-sama ikut tema yang ditetapkan.

Anak yang berusia 4 hingga 6 tahun ke atas sepatutnya dah menguasai bentuk bermain Cooperative ni.

Anak pada usia ini akan belajar cara untuk bertolak-ansur, berkongsi mainan dan bermain sama-sama. Diorang juga akan belajar bagaimana untuk mengawal emosi ketika bermain bersama kawan.

************************************************
So ibu ayah, nampak macam simple je kan bila tengok anak-anak bermain ni. Tapi, 6 tahap bermain yang zaty share ni memang akan diteliti oleh pakar atau therapist untuk tengok sama ada perkembangan anak kita normal atau tak.

Memang something wrong kalau anak usia 5 tahun masih main sendiri-sendiri dan tak berminat untuk join sekaki dengan kawan yang lain.

Kalau mana yang hantar anak ke taska/tadika/playschool, InshaaAllah perkara ni akan dilihat oleh cikgu kat sana. Atau kita boleh tanya mengenai perkembangan bermain anak.

Macam fayyadh dia 24 jam duduk dengan zaty. So cara zaty monitor tahap bermain dia adalah bermain bersama-sama dengan dia setiap hari.

Setiap hujung minggu pulak wajib bawa fayyadh pergi playground yang ramai budak. Kat situ boleh nampak fayyadh main ikut perkembangan usia dia ke tak.

Ezzaty Suffian
Hidup anak kecil memang fitrahnya cuma bermain

Usah Takut Untuk Berkata TIDAK Pada Anak-Anak

“Fayyadh, bila ummi cakap NO, i mean NO okay!”

Lembut macam mana pun personaliti kita sebagai ibu ayah, bila datang bab disiplin dan peraturan kita mesti tunjukkan AUTHORITI atau KUASA kita pada anak-anak.

Ada masa memang kita perlu raikan anak, ceriakan anak seperti kawan. Tapi most of the time, kita tetap pegang jawatan orang dewasa, ibu dan ayah.

Yang bertanggungjawab bentuk akhlak, peribadi dan sahsiah anak-anak sejak dari usia seawal 2 tahun. Jangan tunggu usia anak 4 tahun baru berani nak cakap NO.

Apatah lagi usia anak menjangkau 7 tahun baru nak disiplinkan anak. Dah agak terlambat sebenarnya waktu tu. Cuba sedaya-upaya untuk jadi ibu ayah yang berprinsip dan pegang kuat pada apa yang agama ajar.

Aplikasikan apa yang kita pegang, yang kita percaya dalam rumahtangga kita. Supaya anak lihat contohnya dah ada dalam diri kita dan pasangan. Anak cenderung untuk tiru PERBUATAN kita dulu sebelum tiru apa yang kita cakap.

Sebab tu, anak yang tengok ibu ayahnya solat hari-hari akan tiru perbuatan solat ni seawal usia dia 18 bulan. Anak yang tengok ibu ayahnya baca buku tiap-tiap malam akan terikut selak buku juga.

Anak yang tengok ibunya atau ayahnya hempas-hempas barang ketika marah pun akan mengikut sikap orang tuanya tanpa dia tahu benda tu salah.

Sedaya-upaya dan setiap hari kita cuba perbaiki diri-sendiri. Jadi contoh tauladan yang baik buat anak-anak. Kemudian, bila nak ajarkan anak tentang adab, tentang apa yang boleh dan tak boleh pun senang InshaaAllah.

Sebab anak takkan pertikaikan apa yang kita ajar. Dah memang contohnya kita dah pun buat setiap hari.

Maghrib hari tutup TV
Malam hari mesti ada dalam rumah, takde main-main dengan kawan kat luar
Malam pukul 10 mesti dah tidur
No junk food, ice-cream setiap kali keluar shopping barang dapur
Kat rumah orang jangan panjat sana-sini, usik barang orang sesuka hati
Ketuk pintu, minta izin setiap kali nak masuk bilik ibu ayah atau adik-beradik lain
Tak boleh berebut atau rampas mainan. Main sama-sama dengan adik-beradik.

Banyak lagi nak cerita tentang adab, habit, tingkah-laku yang perlu kita asuh dan terap dalam diri anak-anak.

Yang pasti, kita tak perlu takut untuk cakap TIDAK pada anak-anak bila benda tu akan langgar prinsip dan disiplin yang kita dah gariskan. Walaupun anak tu akan menangis atau tantrum bila kehendak dia tak kita tepati.

Kalau kita mengalah dengan tantrumnya, makna kata lepas ni dia tahu dia akan dapat apa pun yang dia nak hanya dengan TANTRUM je. Anak kecil paling hebat part nak manipulasi ibu ayahnya tau.

So, be FIX AND FIRM. When i say NO, I mean it son!

Dia menangis atau tantrum biarkan. Menangis lah, bergulinglah atas lantai. NO NEGOTIATION between us!

Lama-lama dia penat. Lama-lama dia akan faham orang tuanya sangat tegas dengan pendirian. Lama-lama dia tahu memang tak mudah nak manipulasi kedua ibu ayahnya. Lama-lama dia mengalah.

Akhirnya akan tahulah dia bahawa senjata tantrum hanya buatkan dia letih je tak dapat apa.

Ezzaty Suffian
Tegas dengan pendirian dan prinsip

Cool Parenting : Bantu untuk Anak Lebih Mendengar Kata

Sebagai ibu ayah, kita lebih suka keadaan yang mana satu?

1) marah 3 kali sehari, tapi anak buat dan buat dan buat lagi perkara yang kita tak suka ATAU marah sekali je seminggu, anak terus behave tak buat benda yang kita tak suka tu.

2) lagi kita marah anak, lagi nampak dia tunjukkan rasa tak puas hati dengan contoh tindakan baling barang ATAU bila kita marah, dia akur dan admit salah dia

3) setiap kali keluar, anak mesti tantrum bila benda yang dia nak tak dapat ATAU anak okay dan cool je bila kita kata no pada barang yang dia minta kita beli

Ibu ayah biasa dengar kan : orang yang tenang sentiasa menang

Tenang atau COOL PARENTING bagi zaty adalah SENJATA paling tajam dan paling BERKESAN untuk kita ibu ayah guna demi nak kawal anak-anak.

Waktu zaty kecil dulu, ayah zaty memang jenis relax dan cool je. Jarang sangat dia marah walaupun kadang kitorang ni buat perangai nakal.

Tapi bila ada something yang memang over sangat kitorang buat, ayah tinggi suara sikit je kitorang dah menikus. Senyap-sunyi rumah, tak buat nakal dah. Hahaha.

Ada sekali tu, zaty main masak-masak kat hutan semak belakang rumah. Entah macam mana, api zaty bakar ayam tu tiba-tiba merebak. Sampai terbakar semak tu.

Bomba datang padamkan api takut gerai makan orang kat hujung semak terbakar sekali.

zaty nak masuk rumah dah takut dah time tu. Ayah pulak bersimen kaki sebab baru lepas accident. Tapi yang amazingnya, ayah zaty cakap,

“lepas ni pergi bakar lagi semak tu. Sampai dah takde benda lain nak main”. Itu je yang ayah cakap. Suara dia memang keras lah.

Hahaha. Lawak kalau ingat balik. Tapi taubat dahlah. Terus tak main api dah lepastu.

Cool parenting ialah bila kita “simpan” SENJATA MARAH kita pada waktu-waktu kritikal dan guna bila betul-betul PERLU sahaja.

zaty dah buat kaedah ni kat fayyadh sejak dari bulan 8 dan Alhamdulillah. Result dia sangat best. 70% sangat berkesan pada fayyadh.

Salah satu buku yang zaty baca, dia cakap kalau nak disiplinkan anak, nak ajar anak tentang behaviour ialah pada SETIAP HARI. Kita panggil “NURTURE” atau terapkan didikan tentang good habit pada anak.

Benda ni mesti berlaku setiap hari, setiap masa.

Bukan bila anak buat perangai, anak mengamuk baru kita nak cakap dan nak nasihat. Sebab akhirnya nanti bukan setakat tak berkesan, malah kemarahan kita lagi memuncak dan kita akan cenderung nak naik tangan atau bagi hukuman pada anak.

Macam mana cara kita nak nurture sikap anak-anak?

Dengan cara, CAKAP dan peringatkan anak-anak setiap hari, setiap masa. Anak-anak nakal tu kan normal. Hari-hari dia buat nakal, buat perangai. Cuma akan ada hari yang dia OVER nakal.

So, takkan hari-hari, setiap masa kerja kita nak marah je. Nak tinggi suara, nak jerkah dan tengking anak. Aishh, lama-lama kita penat. Kita jadi makin stress, kita rasa anak dah tak makan saman.

Logik akal. Hari-hari kita buat macam tu kat anak. Dia pun akan immune. Telinga dia dah lali dengar suara tengkingan kita. Dia jadi tak kisah malah akan develop masalah degil dan tak dengar cakap.

Silap haribulan melawan lagi cakap kita dengan jeritan dia.

Garang dan tegas bukan bermakna kita marah setiap masa. Garang dan tegas tulah kita gunakan SENJATA MARAH tepat pada waktu dan ketikanya. Bila keadaan betul-betul jadi tak terkawal baru kita bertindak dengan serius.

So automatik anak akan faham. Ohh, suara ibu keras. Suara ibu tinggi. Ni mesti apa aku buat ni salah. Percayalah, terus diam dia. Nak tantrum pun tak berani. Sebab dia dah buat ibu marah.

Kebanyakan hari, bila fayyadh buat benda yang zaty tak berkenan, memang zaty cakap elok-elok pada dia. Cuba nak terang dan bagi dia faham benda yang dia buat tu tak okay. Kita dalam keadaan tenang, nak menerangkan kat dia pun lebih mudah untuk dia faham.

zaty pun nak amalkan cara cakap elok-elok ni pun bukan senang. Hari-hari buat latihan. Hari-hari cuba pastikan rasional tu lagi tinggi dari emosional. Fuhh, nak ubah sikap sendiri paling payah. Tapi kalau tak ubah, sampai bila kita nak terus dengan cara yang negatif kan.

So, bila kadang fayyadh over buat perangai, tambah dengan kita pun letih seharian dengan kerja rumah, tinggi lah suara zaty jadinya. Setakat ni rasanya berjaya tinggikan suara dalam 2-3 kali seminggu. Tak macam dulu hari-hari. Hahaha.

Kadang sebut nama penuh je dia dah faham kita marah. Kira ok lah kan. Tak perlu sampai nak naik tangan, nak meleret-meleret marahnya. Akhirnya yang menang tu kita. Yess!

Mainan yang Sesuai untuk Baby Berusia 12-18 Bulan

Cerita tentang pemilihan permainan anak-anak. zaty dapat banyak sangat soalan dari ibu ayah APA MAINAN YANG SESUAI UNTUK BABY BERUSIA 12 BULAN HINGGA 18 BULAN.

zaty jawab kat sini ya. Sebelum tu, nak bagitahu kalian. Anak usia :

1) setahun sebulan maksudnya 13 bulan
2) setahun dua bulan maksudnya 14 bulan
3) dan seterusnya.

So, jangan confius lagi.

Sebelum klik satu-satu gambar mainan, zaty minta kalian baca dulu maklumat ni sampai habis okay.

************************************************

4) 12 bulan hingga 18 bulan

Pada usia 12 hingga 18 bulan, baby dah mula pandai berjalan atau menapak tanpa bantuan (tetapi masih dalam fasa jatuh dan bangun).

Bila dia dah mula “dapat kaki”, maknanya dia makin nampak dunia dia semakin luas. Dia dah start minat nak explore macam-macam yang ada di sekeliling dia.

Waktu ni baby akan cuba untuk pelbagaikan kemahiran motor kasar dan motor halus dia. Antara contoh aktiviti yang dia akan mula buat ialah mencapai objek yang lebih tinggi, memanjat, menari ikut rentak muzik, pusingkan badan, gelongsorkan badan.

Pada usia ni juga, baby lagi aktif buat aktiviti atau main permainan yang libatkan “cause and effect relationship”. Maksudnya, kalau dia baling mainan, dia nak tengok apa jadi pada mainan tu. Macam mana bunyinya bila dibaling dan macam-macam lagi.

Dan baby pada usia ni juga suka sangat tiru gaya atau aksi orang dewasa walaupun tiada objek pada tangan dia. Contoh : cakap telefon (tangan jadi simbolik pada telefon), minum air (tangan jadi simbolik pada cawan).

Untuk usia baby 12 hingga 18 bulan ni baby masih dalam fasa EXPLORATORY OR PRACTICE PLAY dan tambah lagi satu fasa iaitu PHYSICAL PLAY

*Physical play yang zaty sebut tadi : baby gunakan anggota badan dia buat aktiviti untuk develop kemahiran motor kasar.

Pada usia baby 18 bulan, dia dah mula pandai menconteng. So, ibu ayah get ready dengan dinding, lantai even kereta untuk jadi tempat anak-anak keluarkan segala kreativiti menconteng.

Pada tempoh usia ni baby masih masukkan objek atau mainan ke dalam mulut.

Ciri-ciri mainan yang mesti ada sama macam kategori baby sebelum ni juga :
1) warna yang vibrant and bright
2) ada bunyi seperti muzik, lagu atau loceng
3) saiz yang besar dari genggaman tangan baby
4) bebas dari toksik dan boleh dibasuh

Contoh mainan yang sesuai untuk baby usia 12 hingga 18 bulan (rujuk google image untuk dapatkan contoh gambar mainan) :

1] semua seperti dalam kategori mainan 1 hingga 11 bulan (kecuali activity gym dan hanging toys)
2] pop up toy
3] inflatable toy
4] sand and water toy
5] rocking toy
6] tunnel
7] push toy with handle
8] problem solving block

P/S 1 : gambar kedua dan seterusnya tu adalah jenis mainan educational yang sesuai untuk anak usia 12 ke 18 bulan

P/S 2 : zaty jual semua mainan educational dari gambar nombor 2 dan seterusnya tu. Untuk pertanyaan atau order boleh terus klik link whatsapp nihttp://ezzatysuffian.wasap.my

25299045_1644617868914536_4216436822960293955_n

25353691_1644617932247863_7783708474578169094_n
Enter a 5 in 1 INTELLIGENCE WOODEN CUBE
Satu set kiub kayu yang LENGKAP ni ada 5 aktiviti yang boleh rangsang kemahiran motor halus, kemahiran kognitif, peningkatan daya fokus, koordinasi mata dan tangan.
1) Xylophone untuk rangsang auditory serta cause & effect2) lacing beads untuk motor halus, koordinasi mata dan tangan
3) sorting blocks untuk kenal bentuk (kognitif)
4) roller beads untuk motor halus, fokus, koordinasi mata dan tangan
5) clock untuk kenal nombor (kognitif)
HARGA : RM 69.90
24993322_1644617998914523_724971694861192392_n
WOODEN RAINBOW STACKING TOWER
Bantu merangsang kemahiran motor halus anak, peningkatan daya fokus, koordinasi mata dan tangan dengan cara menyusun dan masukkan wooden ring yang berwarna warni ke dalam paksinya
HARGA : RM 19.90
25353877_1644618045581185_2277927738814358986_n
WOODEN POUNDING BENCH
Sangat sesuai untuk anak seawal usia 6 bulan ke atas yang aktif main EXPLORATORY PLAY dan suka tengok pada cause & effect.
Cause & effect maksudnya anak suka ketuk atau campak objek semata-mata nak dengar macam mana bunyinya, apa jadi pada objek tu. Sama ada melantun, statik atau berderai.Toy ni juga dapat bantu :
1) hasilkan cause & effect yang anak suka tengok
2) kuatkan otot tangan untuk persediaan pegang pensel dan menulis
3) tingkatkan koordinasi mata dan tangan
4) tingkatkan daya tumpuan
HARGA : RM 38.90
25299033_1644618075581182_1950868865219117817_n
WOODEN XYLOPHONE
Sangat sesuai untuk anak seawal usia 6 bulan ke atas yang aktif main EXPLORATORY PLAY dan suka tengok pada cause & effect.
Cause & effect maksudnya anak suka ketuk atau campak objek semata-mata nak dengar macam mana bunyinya, apa jadi pada objek tu. Sama ada melantun, statik atau berderai.Toy ni juga dapat bantu :
1) hasilkan cause & effect yang anak suka tengok (bunyian)
2) tingkatkan koordinasi mata dan tangan
4) tingkatkan daya tumpuan
HARGA : RM 19.90
25353725_1644618122247844_4463108736427163943_n
PULLING BEADS
Boleh bantu anak-anak untuk tingkatkan koordinasi mata dan tangan, pincer grasp (pegang dengan 2 atau 3 jari), tingkatkan daya tumpuan
*pincer grasp penting untuk persediaan anak pegang pensel dan menulis
HARGA RM 49.90
25151901_1644618155581174_3435288295108977197_n
MY FIRST STACKING UP CUPS
Mainan ni sangat bantu anak-anak seawal usia 6 bulan dan ke atas untuk belajar menyusun, membina, meruntuhkan objek.
Cara main ni penting untuk perkembangan otak anak sebab dia dalam fasa exploratory play
HARGA : RM 13.50
24993662_1644869028889420_1422457309030191234_n
PLAY HAMSTER POUNDING TOY
Sangat sesuai untuk anak seawal usia 6 bulan ke atas yang aktif main EXPLORATORY PLAY dan suka tengok pada cause & effect.
Cause & effect maksudnya anak suka ketuk atau campak objek semata-mata nak dengar macam mana bunyinya, apa jadi pada objek tu. Sama ada melantun, statik atau berderai.Toy ni juga dapat bantu :
1) hasilkan cause & effect yang anak suka tengok
2) kuatkan otot tangan untuk persediaan pegang pensel dan menulis
3) tingkatkan koordinasi mata dan tangan
4) tingkatkan daya tumpuan
HARGA : RM 48.90
25152246_1644869058889417_844507958990130334_n
2 in 1 TIGER XYLOPHONE & POUNDING TOYS
Sangat sesuai untuk anak seawal usia 6 bulan ke atas yang aktif main EXPLORATORY PLAY dan suka tengok pada cause & effect.
Cause & effect maksudnya anak suka ketuk atau campak objek semata-mata nak dengar macam mana bunyinya, apa jadi pada objek tu. Sama ada melantun, statik atau berderai.Toy ni juga dapat bantu :
1) hasilkan cause & effect yang anak suka tengok
2) kuatkan otot tangan untuk persediaan pegang pensel dan menulis
3) tingkatkan koordinasi mata dan tangan
4) tingkatkan daya tumpuan
HARGA : RM 39.90
25151839_1644869088889414_5689259724541472540_n
WOODEN ELEPHANT XYLOPHONE PULL TOY
Sangat sesuai untuk anak seawal usia 6 bulan ke atas yang aktif main EXPLORATORY PLAY dan suka tengok pada cause & effect.
Cause & effect maksudnya anak suka ketuk atau campak objek semata-mata nak dengar macam mana bunyinya, apa jadi pada objek tu. Sama ada melantun, statik atau berderai.Toy ni juga dapat bantu :
1) hasilkan cause & effect yang anak suka tengok (bunyian)
2) tingkatkan koordinasi mata dan tangan
3) tingkatkan daya tumpuan
4) tingkatkan kekuatan tangan untuk menarik mainan dengan pegang pada tali
HARGA : RM 35.90

20 Fakta Mengejut Tentang Sel-Sel Otak Berhubung!

24899744_1641822642527392_5533374783374060301_n

Bila zaty google cari journal dan artikel tentang hubungan sel-sel otak anak, punya banyaklah iklan susu yang keluar.

Promote produk masing-masing yang katanya membantu hubungkan sel-sel otak anak.

Serius? Betul ke minum susu je anak terus jadi bijak pandai, hubungan sel otak jadi aktif setiap hari?

Zaty share dengan ibu ayah semua apa sebenarnya cerita hubungan sel-sel otak anak daripada pembacaan zaty selama 2 hari. Zaty teruja betul dengan apa yang zaty dapat ni.

1] Otak anak dibina daripada sel-sel neuron (sel otak) sejak dari dalam perut ibu lagi.

2] Sel neuron pula akan bina hubungan dengan neuron yang lain bila anak dilahirkan. Hubungan sel neuron ni dikenali sebagai synapse (hubungan sel-sel otak).

3] Setiap otak baby yang lahir bawa “blueprint” atau genetik daripada ibu ayah.

4] Tapi yang membina dan mengukuhkan otak anak-anak dari kecil hingga dewasa adalah melalui persekitaran dan pengalaman yang mereka lalui setiap hari.

5] Setiap pengalaman baru yang dilalui anak = terbentuk hubungan sel-sel otak yang baru. Maksudnya lagi banyak pengalaman baru = lagi banyak hubungan sel-sel otak baru yang terbentuk.

6] Setiap pengalaman yang berulang (pengalaman yang sama) akan mengaktifkan dan menguatkan lagi hubungan sel-sel otak yang dah terbina tadi (no.5)

7] Waktu KRITIKAL hubungan sel-sel otak berlaku adalah dari hari pertama anak dilahirkan hingga usianya 6 tahun.

-Hubungan sel-sel otak anak berlaku dengan sangaatttt CEPAT dan sangat BANYAK (lebih daripada yang diperlukan oleh seorang budak) pada tempoh usia ni.

-Ini antara sebab kenapa anak usia 6 tahun ke bawah belajar dan faham sesuatu dengan lebih CEPAT berbanding kita orang dewasa.

8] Waktu KEMUNCAK hubungan sel-sel otak berlaku adalah pada usia anak 3 tahun. 2 kali ganda lebih banyak dari hubungan sel-sel otak orang dewasa.

9] Waktu anak mula dilahirkan, saiz otak anak berkembang sebanyak 25% daripada saiz otak orang dewasa.

10] Pada usia 3 tahun, saiz otak anak dah capai 80% daripada saiz otak orang dewasa.

11] Pada usia 5-6 tahun, saiz otak anak akan capai 90% daripada saiz otak orang dewasa.

12] Lagi 10% perkembangan otak ambil masa yang sangat panjang untuk terbentuk iaitu akan berlaku dari usia 7 hingga 23 tahun. (Umur 23 tahun baru complete perkembangan otak kepada 100%)

13] dari point 10,11 dan 12 ni tunjukkan, ibu ayah perlu tumpukan pada 90% perkembangan otak anak yang hanya berlaku pada usia 6 tahun ke bawah.

-Bila 90% otak dapat dibentuk dengan baik, dia mampu pengaruh atau sokong perkembangan otak yang berbaki lagi 10% tu.

-90% otak anak yang terbentuk ni lah akan menentukan siapa anak kita pada usia 7 tahun dan ke atas. Bagaimana gaya pemikiran dia, bagaimana sikap dan akhlak dia, bagaimana dia hadapi sesi pembelajaran di sekolah nanti.

14] 10% baki perkembangan otak akan bertumpu pada kognitif anak. Maksudnya mereka akan mula bersedia untuk masuk ke pembelajaran yang lebih serius (sepatutnya).

15] Aktiviti hubungan sel-sel otak akan berkurangan bila anak dah lepasi usia 6 tahun. (Semakin bertambah umur, makin berkurang hubungan sel-sel otak)

16] Hubungan sel-sel otak yang terbina tapi TAK AKTIF akan menghilang atau dibuang melalui proses pencantasan (pruning process)

17] Tak aktif maksudnya pengalaman yang dilalui seorang anak dalam satu-satu skill tu tak berulang. Bila tak berulang, hubungan sel otak jadi lemah dan dia akan dihilangkan dari otak.

-contoh : anak yang pernah memanjat sekali sepanjang usianya mungkin tak boleh memanjat atau tiada skill memanjat pada usianya 20 tahun. (Dah tak ingat skill memanjat tu).

18] Nak kuatkan dan kekalkan hubungan sel-sel otak, anak kena sentiasa buat pengulangan aktiviti atau skill yang dia pernah buat.

-Contoh : kenapa anak boleh berjalan sepanjang hayatnya? Sebab bila sekali dia dah pandai berjalan, dia akan ulang dan ulang skill berjalan tu.

-Pengulangan skill ni yang menguatkan hubungan sel otak yang dah terbina tadi. Pengalaman tu dah tersimpan kuat dalam memori otak anak.

19] Lebih banyak pengalaman yang unik dialami anak, lebih banyak aktiviti yang dibuat anak, akan hasilkan lebih banyak hubungan sel-sel otak untuk menyimpan pengalaman tu.

20] Walau hanya dengan melihat kita tepuk tangan di depan anak, boleh bagi pengalaman baru pada dia = bina hubungan sel otak yang baru.

-bila pengulangan dibuat (tepuk tangan) setiap hari, hubungan sel otak yang dibina akan jadi lebih kuat. Dan tak lama lepas tu, anak akan boleh tepuk tangan sama macam kita buat. (Anak dapat skill tu).

************************************************

Okay, daripada fakta hubungan sel-sel otak anak ni, apa tugas sebenar kita sebagai ibu ayah untuk galakkan lagi atau banyakkan lagi hubungan sel-sel otak mereka pada usia 6 tahun ke bawah?

1) Usah halang anak bermain. Galakkan 3E dalam aktiviti mereka

3E : Experiment, Exploration, Experience

Bermain pada usia anak 6 tahun ke bawah ialah JIWA anak-anak. Kita nampak anak memanjat, berlari, berguling, sepahkan mainan, menconteng dan macam-macam lagi.

Itu semua sebenarnya maksud BERMAIN untuk anak-anak. Dengan bermain dapat hubungkan sel-sel otak anak dengan lebih banyak.

Mereka belajar dan nampak sesuatu yang baru, mereka berimaginasi, mereka cuba selesaikan masalah dan banyak lagi yang mereka dapat hanya dengan bermain.

Bermain=Belajar untuk anak usia 6 tahun ke bawah.
Anak = Bermain
Ibu Ayah = Monitor dan tunjukkan saluran atau cara/tempat yang betul dan sesuai untuk bermain

2) Bagi perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya dalam hidup anak-anak

Fitrah manusia suka dibelai, disayangi, dicium, dipeluk dan dikongsi perasaannya.

Itu yang anak-anak perlukan. Dia tak kenal orang lain selain dari ibu ayahnya. Dia tak perlukan mainan dan pakaian yang mahal-mahal.

Dia hanya perlukan PERHATIAN.

Perkembangan otak anak-anak yang diberi cukup kasih sayang adalah lebih sempurna berbanding anak-anak yang tak dihiraukan dan dibiarkan begitu sahaja.

Jauhkan atau lindungi anak dari TOXIC STRESS. Toxic Stress ni akan bantutkan perkembangan otak anak.

Ada kajian tunjuk otak anak yang didedahkan dengan toxic stress memang tak berkembang seperti sepatutnya. Orang nampak macam otak tu mengecut.

Contoh toxic stress : anak diabaikan, anak dijerkah dan ditengking, anak yang dipukul, anak yang melalui episod gangguan seksual.

Contoh lain toxic stress bila kita paksa anak buat benda yang pada tahap umur dia tu dia belum bersedia nak buat.

Contohnya, umur permulaan untuk kita perkenalkan anak untuk membaca ialah 4 tahun. Tapi usia 2 tahun kita dah paksa anak lancar membaca.

3) Berikan anak nutrisi makanan yang sihat.

Perut yang sihat = hasilkan otak yang sihat.

Makanan yang sihat = pembentukan sel otak yang lebih sihat.

Susu antara salah satu sumber makanan yang sihat. Tapi tak bermakna kita perlu hidangkan susu 5 kali sehari sampai anak tak makan sumber makanan yang lain.

Keperluan susu anak pada usia 2 tahun ke atas cuma 2 gelas sehari sahaja. Selain daripada tu, anak-anak perlu diberi sumber makanan yang sihat macam ikan, ayam, sayuran hijau, buah-buahan.

Semua sumber makanan natural ni dah ada vitamin dan mineral semulajadi yang diperlukam oleh perkembangan otak anak : ada zat besi, vitamin C, DHA, Omega 3 dan 6 dan macam-macam lagi.

*************************************************************************************

1) Bermain ada 2 jenis. Structure & Unstructured Play. Dua-dua boleh bantu hubungkan sel-sel otak anak. Nak tahu lebih detail? Jemput join private group ni :

https://www.facebook.com/groups/zatybabyandkidsproductreviews

2) Perkembangan otak berkait rapat dengan usia optimum anak-anak belajar tentang social skill, emotional control, numbers, language. Nak tahu lebih detail? Jemput join group ni :

https://www.facebook.com/groups/mamaohsembabahkool

Tips Mudah Pemilihan Permainan yang Sesuai untuk Baby Baru Lahir Hingga 11 Bulan

24068024_1626882380688085_3012175259581447749_n

1) Hari pertama lahir hingga 3 bulan

Tempoh 3 bulan adalah tempoh segala organ deria anak masih belum matang. Dia hanya boleh melihat sejauh 8 INCI SAHAJA dari pandangan mata dia.

Waktu ini, baby lebih banyak belajar tentang rangsangan daripada tindakan refleks atau spontan daripada diri dia sendiri. Contohnya macam genggam jari kita, hisap susu, menendang dan gerakkan tangan dia (menggapai-gapai).

Dia banyak explore sekeliling hanya gunakan mata dan telinga sahaja. Sebab tu suara pertama yang dia kenal adalah suara ibunya.

Dan untuk usia 3 bulan pertama ni, cara baby bermain lebih melibatkan pemerhatian mata dan explore tubuh badan sendiri terutamanya bahagian tangan.

Cara bermain yang melibatkan deria dan anggota badan ini dinamakan sebagai EXPLORATORY ATAU PRACTICE PLAY.

Pada usia baby 3 bulan, dia dah start pandai meniarap dan terlentang, pandai senyum pada ibu dia, pandai capai dan genggam objek yang ada depan mata dia, palingkan kepala pada sumber bunyi atau cari mana datangnya bunyi tu.

So, daripada perkembangan baby pada 3 bulan yang pertama, ada ciri mainan yang kita perlu cari sebab dengan 4 ciri ni lah baby tunjukkan cara dia bermain dan explore.

1) baby melihat mainan : ciri mainan mesti melalui warna yang terang (vibrant and bright color). Make sure bukan warna pastel. Dan seelok-eloknya mainan tu bergerak perlahan (untuk rangsang pergerakan mata baby).

2) baby merasa, menggenggam dan manipulasi mainan (sentuhan tangan) : ciri mainan mesti mudah dipegang, lembut dan bertekstur (macam ada biji-biji pada permukaan mainan).

3) baby mendengar mainan : ciri mainan mesti ada unsur bunyi seperti musik lembut atau loceng.

4) baby masukkan mainan dalam mulut : mainan mestilah lebih besar daripada mulut baby (supaya tak tertelan), bebas daripada toksik dan boleh dibasuh.

So daripada 4 ciri yang zaty sebut ni, antara contoh mainan yang sesuai sangat kita belikan untuk baby ialah (boleh rujuk google image untuk tengok bentuk mainan) :

1) rattles
2) activity gym
3) cloth and plush toys
4) teething toys
5) multi textured infant toys
6) multi sensory infant toys
7) hanging toys

 

24177148_1626882434021413_2954602329143708317_n

 

2) 4 bulan hingga 7 bulan

Pada usia ni, penglihatan baby dah makin matang. Dia dah boleh nampak dan jejak objek yang bergerak dengan penglihatan yang lebih tajam.

Waktu ni baby dah aware dengan suasana persekitaran. Masuk ke usia 5 bulan, baby dah mula angkat badan dan cuba support guna lutut dan tangan (percubaan nak merangkak).

Mainan macam activity gym dah tak sesuai pada usia 5 bulan dan keatas sebab baby dah mula aktif bergerak sama ada dengan menyusur dengan badan atau merangkak.

Pada usia 6 ke 7 bulan, baby dah pandai duduk sendiri tanpa sokongan.

Apabila baby dapat mainan (start dari 5 bulan), baby akan bertindak untuk :

1) pegang mainan tu dengan kedua belah tangan
2) pindahkan mainan dari tangan kiri ke kanan atau sebaliknya
3) menggoncang mainan
4) boleh manipulasi mainan tu dengan tangan. Maksudnya sebelah tangan pegang mainan, sebelah tangan lagi tepuk, cucuk, picit, tekan, tolak atau sebagainya pada mainan yang dipegang
5) masih masukkan mainan dalam mulut

Pada lingkungan usia 4 ke 7 bulan ni, baby still dalam fasa EXPLORATORY ATAU PRACTICE PLAY lagi.

Ciri-ciri mainan yang mesti ada sama macam kategori lahir hingga 3 bulan tadi :
1) warna yang vibrant and bright
2) ada bunyi seperti muzik lembut atau loceng
3) saiz yang besar dari genggaman tangan baby
4) bebas dari toksik dan boleh dibasuh

Contoh mainan yang sesuai untuk baby usia 4 hingga 7 bulan (rujuk google image untuk dapatkan contoh gambar mainan) :

1) semua seperti kategori lahir hingga 3 bulan KECUALI activity gym dan hanging toys.
2) Squeeze and squeak toy
3) plastic disc on a ring
4) soft and washable books (gambar besar dan warna terang, tulisan sepatah-dua sahaja)
5) simple and small push toys (start dari usia 6 bulan)

 

23844943_1626882514021405_6635487382381827539_n

 

3) 8 bulan hingga 11 bulan

Bila baby dah masuk 8 bulan, dia akan start fokus pada perkembangan motor kasar.

Motor kasar ni dia libatkan otot besar macam otot kaki, lengan dan kesuluruhan badan budak-budak. Motor kasar ni nanti sangat mempengaruhi kesempurnaan pergerakan baby bila dia dah besar nanti. 

Umur 9 bulan, sepatutnya baby dah boleh merangakak dan dah nak cuba-cuba untuk berdiri. Ada yang lebih cepat, dah mula bertatih sepanjang almari, sofa atau dinding (dengan cara sambil bertatih, sambil pegang sofa sebagai support).

Pada range usia ni juga, baby dah mula develop pincer grasp.

Pincer grasp maksudnya kebolehan anak mengutip benda kecil atau halus dengan gunakan ibu jari dan jari telunjuk

Bila dapat objek atau mainan, baby pada usia ni akan mula explore dengan cara yang lebih advanced. Dia akan jatuhkan atau campakkan mainan, ketuk-ketuk mainan, pindahkan mainan tu dari sebelah tangan ke sebelah tangan yang lain.

Bila baby pegang dua mainan pada kedua-dua belah tangan, dia boleh ketuk mainan tu antara satu sama lain. Waktu ni juga baby dah mula sibuk nak ambil tahu macam mana satu-satu mainan tu berfungsi. Contohnya kalau ada butang, dia akan mula tekan-tekan.

Ini menunjukkan baby dah start faham apa itu cause and effect relationship pada permainan yang dimain.

Ibu ayah jangan pelik bila tengok anak dah mula buat aktiviti keluarkan objek atau mainan dari dalam bakul atau bekas. Kemudian dia masukkan balik mainan tu ke dalam bakul. Dan dia akan buat aktiviti ni secara berulang-ulang sampai dia bosan.

Sebab ini pun salah satu cara baby bermain pada usia 8 bulan dan ke atas.

Semua cara bermain ni masih dalam kategori EXPLORATORY OR PRACTICAL PLAY.

Bila usia baby dah masuk 11 bulan, dia dah mula nak tiru tingkah dan perlakuan kita terutama bila kita tengah gunakan satu-satu benda. Contohnya, bila kita telefon atau gunakan periuk dan senduk untuk memasak. Anak akan ada minat nak tiru gaya kita bila dapat objek ni pada tangan diorang.

Pada usia ni juga, baby masih masukkan objek atau mainan dalam mulut.

Ciri-ciri mainan yang mesti ada sama macam kategori lahir hingga 7 bulan tadi :
1) warna yang vibrant and bright
2) ada bunyi seperti muzik, lagu atau loceng
3) saiz yang besar dari genggaman tangan baby
4) bebas dari toksik dan boleh dibasuh

Contoh mainan yang sesuai untuk baby usia 8 hingga 11 bulan (rujuk google image untuk dapatkan contoh gambar mainan) :

1) semua seperti dalam kategori mainan 1 hingga 7 bulan (kecuali activity gym dan hanging toys)
2) nesting, sorting and stacking toys
3) roly poly toy
4) large beads on ring
5) plastic key on ring

 

23905331_1627196757323314_148469601442687281_n24068179_1627196820656641_930253381373526068_n23905186_1627196857323304_1881501394777080415_n23915658_1627196897323300_3930821917995265273_n23915705_1627197167323273_1327805912986391133_n23905713_1627197053989951_8598401167773064099_n23905675_1627196993989957_2090606172446399153_n23905608_1627197083989948_5164142067696271667_n23905417_1627196933989963_9068652844593536746_n23844700_1627197130656610_7427243595180041945_n23844586_1627197323989924_8728883493446058074_n24059236_1627197290656594_6502470846346360409_n24067952_1627197420656581_8502927848557496958_n24131190_1627197450656578_4186191066986240550_n23844848_1627197497323240_1194636416952210235_n23843427_1627197367323253_3174956408783306469_n

Please ibu ayah! Pantau anak, pantau anak dan pantau anak.

“Iya, panjat grill pintu tinggi-tinggi, pastu jatuh. patah tangan. bengkak kepala, pendarahan dalaman. koma. akhirnya ibubapa juga yang menangis patah hati”

Okay. Ini salah satu komen yang zaty dapat daripada post zaty topik “punggah baju dan panjat grill. Biarkan anak buat 3E :eksperimen, explore dan experience”

It is okay. Setiap daripada kita ibu ayah ada pendapat masing-masing. Ada pendirian masing-masing dalam nak didik dan besarkan anak-anak.

Cuma ada beberapa pendapat balas daripada beberapa ibu yang ohsem mengenai topik ni yang buatkan zaty tersangat impress dengan diorang. Semuanya zaty screenshot dan tunjukkan pada kalian semua.

Yes, dalam pada kita nak galakkan anak buat eksperimen, nak elakkan daripada banyak berJANGAN dengan anak, salah satu cara yang paling efektif adalah biarkan anak buat aktiviti yang dia suka dengan PANTAUAN daripada kita.

Berapa banyak kes kat Malaysia ni yang melibatkan kemalangan anak kat rumah tanpa pantauan ibu ayah? Terlalu banyak sangat kan.

Contoh : anak kena simbah minyak panas atau air panas, anak tarik periuk nasi yang tengah mendidih, anak panjat sofa dan terjatuh berjahit kepala, anak panjat tingkap rumah dan terjatuh ke bawah dari tingkat 16, anak keluar kereta terus meluru tengah jalan, anak tersepit ekskalator.

Huh, terlalu banyak kalau nak sebut. Semuanya melibatkan kecelakaan pada anak-anak. Pada kes-kes macam ni, selain nak cakap malang tak berbau, apa yang paling jelas kita nampak?

Pastinya kecuaian dan tiada pantauan orang dewasa terutama ibu ayah kan?

Jadi, bila kita izinkan anak untuk aktif bergerak, eksperimen sini-sana, bermain dengan riang gembira. Satu je tanggungjawab yang kita perlu ambil iaitu mesti memantau anak-anak dengan mata kepala kita sendiri.

Dan inilah pengalaman ibu-ibu ohsem (yang zaty screenshot) buat. Mereka faham tahap perkembangan anak, mereka tahu anak masing-masing tengah explore dunia dan mereka pantau, pantau dan pantau.

Kadang join sekaki dengan apa yang anak buat. Barulah kita dapat create komunikasi yang efektif dan dapat create bonding dengan anak-anak.

Nak protect anak boleh. Cuma cuba elak dari overprotective. Benda-benda bahaya macam air panas, minyak panas, periuk nasi, pisau dan sebagainya kita jauhkan daripada capaian anak-anak.

Dan kita kena cuba juga untuk bezakan mana satu aktiviti anak itu adalah eksperimen dan mana satu sikap anak itu adalah masalah behaviour. Konsep anak dalam eksperimen biasanya takkan lama. 3-4 bulan bila dia dah puas, dia akan tinggal.

Tapi masalah behaviour, dia akan kekal dengan perangai tu dalam tempoh masa yang sangat lama. Mungkin setahun, 2 tahun. Yang ni ibu ayah perlu ambil tindakan awal dengan cuba ubah behaviour anak dengan memperbetulkannya.

PicsArt_11-18-09.13.43.jpgPicsArt_11-18-09.14.04.jpgPicsArt_11-18-09.14.24.jpg

PicsArt_11-18-09.13.25.jpg

PicsArt_11-18-09.13.04

Cabaran Anak Kecil Sekarang Berbanding Kita Waktu Kecil Dulu

Ibu ayah pernah tak duduk kejap, lepastu renung dan bandingkan apa cabaran anak-anak kita sekarang untuk membesar?

Apa beza zaman kita waktu kecil dulu dengan waktu sekarang yang anak tengah lalui “fasa kecil” jugak?

Apa aktiviti harian kita waktu budak-budak dulu?

Banyak sangat kan. Zaman kita dulu dah ada tv. Tapi Alhamdulillah, kita punya development atau perkembangan still normal macam budak-budak lain.

Kalau tak, takdelah diri kita macam sekarang ni kan.

Zaman sekarang pun ada tv. Siap boleh pilih nak inci besar mana. Tapi kesannya kita boleh tengok bila banyak sangat anak yang delay dalam perkembangan. Termasuk anak zaty sendiri, fayyadh (ini nanti next time zaty cerita ya).

zaman kita dulu, kita kenal kawan kat rumah depan, belakang, tepi, atas dan bawah (zaty zaman kecil dulu pernah duduk rumah flat, taman perumahan dan selalu balik kampung nenek).

Boleh kata separuh daripada taman perumahan atau kampung tu kita kenal kawan-kawan.

Siap dengan mak ayah dia pun kita kenal.

Bila kita keluar rumah, jarang mak ayah nak monitor sebab dia tahu kat mana kita main dan dengan siapa kita main. Yang penting sebelum Maghrib mesti balik rumah.

So, hidup kita memang dengan main. Kalau kat kampung, kita pergi memancing, kita terhumban dalam sawah padi, kita gali tanah kutip cacing, kejar anak ayam, panjat pokok.

Kalau kat taman perumahan, kita main masak-masak, kita rajin tangkap berudu dalam longkang, kita main teng-teng bagai.

Macam-macam benda kita eksperimen, explore dan kita main. Kita cukup dekat dengan alam semulajadi. Daripada sini kita cepat belajar dan mengenal apa itu dunia.

Zaman sekarang?

Majoriti mak ayah bekerja. Keluar pagi dan baliknya petang. Ambil anak dari rumah pengasuh terus masuk rumah siapkan makanan semua. Nak bagi anak main kat luar? A big no kalau kita takde.

Sebab apa? Jenayah sekarang tak tunggu masa. Anytime kalau tak beware, anak kita boleh kena ngap. Serius, zaty memang ibu yang paranoid. Fayyadh takkan keluar kalau kita tak ikut sekali, tak pantau dia kat luar.

Bila hal macam ni jadi, secara automatik anak kurang dapat buat aktiviti luar, main kotor, berinteraksi dengan kawan. Kurang eksperimen, explore dan experience.

Anak tak dapat rangsangan yang sepatutnya dia mesti dapat. Penting sangat anak guna kesemua deria yang dia ada untuk perkembangan sel-sel otak dia.

Dan deria yang dia ada ni pula kebanyakannya boleh guna bila dia buat aktiviti luar. Main pasir, main tanah, petik bunga, kutip ulat gonggok, panjat tangga, meniti tepi longkang, main buaian. Macam-macam lagi.

Kat situ dah kesian kat anak. Tambah pulak, bila anak duduk dalam rumah dengan kita, banyak sungguh benda yang tak boleh. Banyak sangat benda yang jangan.

Anak baru angkat kaki nak panjat tangga, kita dah menjerit. Anak kemas almari dapur, dikeluarkan segala periuk belanga, kita marah. Anak lompat-lompat atas katil, kita pulak yang tantrum.

Bertambahlah lagi satu kesian kat anak tu. Lagi lah anak tak dapat rangsangan yang sepatutnya. Padahal dia cenderung nak buat aktiviti tu sebab sistem badan dia yang dikawal oleh otak yang tengah “mencari” rangsangan tu untuk perkembangan diri dia sendiri.

Apa cara yang dapat kita buat untuk atasi masalah ni? Salah satunya ialah dengan galakkan anak untuk bermain. Tutup tv, sorokkan gadget. Buat aktiviti dengan anak.

Kalau ada tanah, kita rajin tanam sayur, ajak anak join sekaki. Memang kena bagi anak main kotor untuk develop sensori dia. Pada kita tanam sayur, tapi pada dia itulah maksud bermain.

Anak banyak sangat energi. Aktif tak nak duduk diam. So, ajak anak naik turun tangga. Buat lah berulang kali asalkan dia suka dan enjoy. Kita buang energi dia yang berlebihan tu.

Atau tiap-tiap petang bawak anak kat taman. Bagi dia berlari, turun naik papan gelongsor. Dia nak menjerit? Biarkan. Kita biar dia lepaskan energi dan emosi negatif.

InshaaAllah, balik rumah nanti behave lah anak kita tu.

Yang penting, izinkan anak bermain dengan apa yang dia suka. Dengan syarat kita mesti rajin pantau. Jangan merungut kat anak, “kau ni asyik nak main je, tak reti duduk diam”.

Memang fitrah anak hanya bermain. Dengan main dia belajar. Belajar nak kawal emosi, belajar nak pandai pegang pensel nanti, belajar nak jadi lebih matang.

Nanti dah sampai masa dia puas main, tahulah dia nak duduk diam tanpa disuruh, dipaksa pun.

Bukti dah ada depan mata kan. Tengok diri kita sendiri. Kalau kita seorang yang behave, yang pandai kawal emosi, yang matang buat keputusan, itu maksudnya kita pernah lalui zaman kanak-kanak yang sangat awesome dulu.

Kan kan. Betul tak?

Kenal Pasti Setiap Tindakan Anak Sama Ada Ianya Satu Perkembangan atau Masalah Behaviour

Bila ibu ayah buka mata hati tengok dan follow perkembangan anak-anak setiap hari dan setiap masa, ibu ayah akan cepat recognize atau nampak satu perkara ni.

Anak kita sebenarnya tengah buat eksperimen atau tengah tunjukkan masalah behaviour?

Sebab tu ada 2 post berbeza yang zaty dah tulis sebelum ni. First, hari jumaat lepas zaty cerita tentang macam mana zaty handle atau tegur fayyadh dengan teknik pukul (tepuk) tangan dia bila dia baling barang.

Sebab zaty tahu, dia tengah tunjuk perasaan tengah tak puas hati dengan kita. Cuma caranya yang tak kena. So, kita kena cepat ambil tindakan untuk fahamkan perasaan dia, dalam masa yang sama kita kena disiplinkan dia. Cuba buang habit buruk tu daripada dia.

Kedua, post pagi tadi tentang macam mana nak handle anak bila dia tengah buat eksperimen. Lebih banyak pada monitoring, pesan suruh hati-hati dan elakkan dari marah atau hukum dia.

Anak buat eksperimen menandakan sel-sel otak tengah berhubung. Otak dia tengah hantar signal suruh dia buat aktiviti yang bolehkan dia berfikir dan nak develop segala motor skill pada dia.

So, memang kadang-kadang fayyadh akan baling barang bila dia tengah ralit main. Lagi-lagi benda yang dia main tu dia baru tengok. Kira benda baru lah pada dia. So, memang dia baling, lepastu dia gelak. Tak tahulah apa imaginasi dia.

Even sekarang yang zaty tengah sibuk taip ni, dia baru lepas baling bekas mainan baru dia. Saja je kan nak test kita lah tu.

Tentang baling barang ni pulak, sepatutnya umur 2.5 tahun ke 3 tahun macam tu, habit ni patutnya dah hilang. So kalau dia nak baling untuk eksperimen pun patutnya bukan hari-hari dia buat. Kadang-kadang je.

Kalau dia still buat hari-hari sampai umur 4 tahun tanpa ada apa-apa sebab, kita tetap kena tegur dan explain baik-baik pada dia. Sebab ni akan jadi macam habit pulak. Lama-lama still boleh develop behaviour yang tak elok pada dia.

So, sebenarnya lagi senang kita nak ambil tindakan pada anak dengan lebih rasional bila kita dapat identify atau kenal pasti apa yang anak cuba nak buat waktu tu, apa emosi dia waktu tu. Dia tengah buat eksperimen ke atau tengah ada rasa tak puas hati pada kita.

Sebab tu setiap kali pandang anak, pandanglah dengan mata hati kita, dengan penuh rasa kasih dan sayang. InshaaAllah lebih mudah urusan kita untuk menguruskan budak-budak comel ni.