Usah Takut Untuk Berkata TIDAK Pada Anak-Anak

“Fayyadh, bila ummi cakap NO, i mean NO okay!”

Lembut macam mana pun personaliti kita sebagai ibu ayah, bila datang bab disiplin dan peraturan kita mesti tunjukkan AUTHORITI atau KUASA kita pada anak-anak.

Ada masa memang kita perlu raikan anak, ceriakan anak seperti kawan. Tapi most of the time, kita tetap pegang jawatan orang dewasa, ibu dan ayah.

Yang bertanggungjawab bentuk akhlak, peribadi dan sahsiah anak-anak sejak dari usia seawal 2 tahun. Jangan tunggu usia anak 4 tahun baru berani nak cakap NO.

Apatah lagi usia anak menjangkau 7 tahun baru nak disiplinkan anak. Dah agak terlambat sebenarnya waktu tu. Cuba sedaya-upaya untuk jadi ibu ayah yang berprinsip dan pegang kuat pada apa yang agama ajar.

Aplikasikan apa yang kita pegang, yang kita percaya dalam rumahtangga kita. Supaya anak lihat contohnya dah ada dalam diri kita dan pasangan. Anak cenderung untuk tiru PERBUATAN kita dulu sebelum tiru apa yang kita cakap.

Sebab tu, anak yang tengok ibu ayahnya solat hari-hari akan tiru perbuatan solat ni seawal usia dia 18 bulan. Anak yang tengok ibu ayahnya baca buku tiap-tiap malam akan terikut selak buku juga.

Anak yang tengok ibunya atau ayahnya hempas-hempas barang ketika marah pun akan mengikut sikap orang tuanya tanpa dia tahu benda tu salah.

Sedaya-upaya dan setiap hari kita cuba perbaiki diri-sendiri. Jadi contoh tauladan yang baik buat anak-anak. Kemudian, bila nak ajarkan anak tentang adab, tentang apa yang boleh dan tak boleh pun senang InshaaAllah.

Sebab anak takkan pertikaikan apa yang kita ajar. Dah memang contohnya kita dah pun buat setiap hari.

Maghrib hari tutup TV
Malam hari mesti ada dalam rumah, takde main-main dengan kawan kat luar
Malam pukul 10 mesti dah tidur
No junk food, ice-cream setiap kali keluar shopping barang dapur
Kat rumah orang jangan panjat sana-sini, usik barang orang sesuka hati
Ketuk pintu, minta izin setiap kali nak masuk bilik ibu ayah atau adik-beradik lain
Tak boleh berebut atau rampas mainan. Main sama-sama dengan adik-beradik.

Banyak lagi nak cerita tentang adab, habit, tingkah-laku yang perlu kita asuh dan terap dalam diri anak-anak.

Yang pasti, kita tak perlu takut untuk cakap TIDAK pada anak-anak bila benda tu akan langgar prinsip dan disiplin yang kita dah gariskan. Walaupun anak tu akan menangis atau tantrum bila kehendak dia tak kita tepati.

Kalau kita mengalah dengan tantrumnya, makna kata lepas ni dia tahu dia akan dapat apa pun yang dia nak hanya dengan TANTRUM je. Anak kecil paling hebat part nak manipulasi ibu ayahnya tau.

So, be FIX AND FIRM. When i say NO, I mean it son!

Dia menangis atau tantrum biarkan. Menangis lah, bergulinglah atas lantai. NO NEGOTIATION between us!

Lama-lama dia penat. Lama-lama dia akan faham orang tuanya sangat tegas dengan pendirian. Lama-lama dia tahu memang tak mudah nak manipulasi kedua ibu ayahnya. Lama-lama dia mengalah.

Akhirnya akan tahulah dia bahawa senjata tantrum hanya buatkan dia letih je tak dapat apa.

Ezzaty Suffian
Tegas dengan pendirian dan prinsip

Cool Parenting : Bantu untuk Anak Lebih Mendengar Kata

Sebagai ibu ayah, kita lebih suka keadaan yang mana satu?

1) marah 3 kali sehari, tapi anak buat dan buat dan buat lagi perkara yang kita tak suka ATAU marah sekali je seminggu, anak terus behave tak buat benda yang kita tak suka tu.

2) lagi kita marah anak, lagi nampak dia tunjukkan rasa tak puas hati dengan contoh tindakan baling barang ATAU bila kita marah, dia akur dan admit salah dia

3) setiap kali keluar, anak mesti tantrum bila benda yang dia nak tak dapat ATAU anak okay dan cool je bila kita kata no pada barang yang dia minta kita beli

Ibu ayah biasa dengar kan : orang yang tenang sentiasa menang

Tenang atau COOL PARENTING bagi zaty adalah SENJATA paling tajam dan paling BERKESAN untuk kita ibu ayah guna demi nak kawal anak-anak.

Waktu zaty kecil dulu, ayah zaty memang jenis relax dan cool je. Jarang sangat dia marah walaupun kadang kitorang ni buat perangai nakal.

Tapi bila ada something yang memang over sangat kitorang buat, ayah tinggi suara sikit je kitorang dah menikus. Senyap-sunyi rumah, tak buat nakal dah. Hahaha.

Ada sekali tu, zaty main masak-masak kat hutan semak belakang rumah. Entah macam mana, api zaty bakar ayam tu tiba-tiba merebak. Sampai terbakar semak tu.

Bomba datang padamkan api takut gerai makan orang kat hujung semak terbakar sekali.

zaty nak masuk rumah dah takut dah time tu. Ayah pulak bersimen kaki sebab baru lepas accident. Tapi yang amazingnya, ayah zaty cakap,

“lepas ni pergi bakar lagi semak tu. Sampai dah takde benda lain nak main”. Itu je yang ayah cakap. Suara dia memang keras lah.

Hahaha. Lawak kalau ingat balik. Tapi taubat dahlah. Terus tak main api dah lepastu.

Cool parenting ialah bila kita “simpan” SENJATA MARAH kita pada waktu-waktu kritikal dan guna bila betul-betul PERLU sahaja.

zaty dah buat kaedah ni kat fayyadh sejak dari bulan 8 dan Alhamdulillah. Result dia sangat best. 70% sangat berkesan pada fayyadh.

Salah satu buku yang zaty baca, dia cakap kalau nak disiplinkan anak, nak ajar anak tentang behaviour ialah pada SETIAP HARI. Kita panggil “NURTURE” atau terapkan didikan tentang good habit pada anak.

Benda ni mesti berlaku setiap hari, setiap masa.

Bukan bila anak buat perangai, anak mengamuk baru kita nak cakap dan nak nasihat. Sebab akhirnya nanti bukan setakat tak berkesan, malah kemarahan kita lagi memuncak dan kita akan cenderung nak naik tangan atau bagi hukuman pada anak.

Macam mana cara kita nak nurture sikap anak-anak?

Dengan cara, CAKAP dan peringatkan anak-anak setiap hari, setiap masa. Anak-anak nakal tu kan normal. Hari-hari dia buat nakal, buat perangai. Cuma akan ada hari yang dia OVER nakal.

So, takkan hari-hari, setiap masa kerja kita nak marah je. Nak tinggi suara, nak jerkah dan tengking anak. Aishh, lama-lama kita penat. Kita jadi makin stress, kita rasa anak dah tak makan saman.

Logik akal. Hari-hari kita buat macam tu kat anak. Dia pun akan immune. Telinga dia dah lali dengar suara tengkingan kita. Dia jadi tak kisah malah akan develop masalah degil dan tak dengar cakap.

Silap haribulan melawan lagi cakap kita dengan jeritan dia.

Garang dan tegas bukan bermakna kita marah setiap masa. Garang dan tegas tulah kita gunakan SENJATA MARAH tepat pada waktu dan ketikanya. Bila keadaan betul-betul jadi tak terkawal baru kita bertindak dengan serius.

So automatik anak akan faham. Ohh, suara ibu keras. Suara ibu tinggi. Ni mesti apa aku buat ni salah. Percayalah, terus diam dia. Nak tantrum pun tak berani. Sebab dia dah buat ibu marah.

Kebanyakan hari, bila fayyadh buat benda yang zaty tak berkenan, memang zaty cakap elok-elok pada dia. Cuba nak terang dan bagi dia faham benda yang dia buat tu tak okay. Kita dalam keadaan tenang, nak menerangkan kat dia pun lebih mudah untuk dia faham.

zaty pun nak amalkan cara cakap elok-elok ni pun bukan senang. Hari-hari buat latihan. Hari-hari cuba pastikan rasional tu lagi tinggi dari emosional. Fuhh, nak ubah sikap sendiri paling payah. Tapi kalau tak ubah, sampai bila kita nak terus dengan cara yang negatif kan.

So, bila kadang fayyadh over buat perangai, tambah dengan kita pun letih seharian dengan kerja rumah, tinggi lah suara zaty jadinya. Setakat ni rasanya berjaya tinggikan suara dalam 2-3 kali seminggu. Tak macam dulu hari-hari. Hahaha.

Kadang sebut nama penuh je dia dah faham kita marah. Kira ok lah kan. Tak perlu sampai nak naik tangan, nak meleret-meleret marahnya. Akhirnya yang menang tu kita. Yess!

Mainan yang Sesuai untuk Baby Berusia 12-18 Bulan

Cerita tentang pemilihan permainan anak-anak. zaty dapat banyak sangat soalan dari ibu ayah APA MAINAN YANG SESUAI UNTUK BABY BERUSIA 12 BULAN HINGGA 18 BULAN.

zaty jawab kat sini ya. Sebelum tu, nak bagitahu kalian. Anak usia :

1) setahun sebulan maksudnya 13 bulan
2) setahun dua bulan maksudnya 14 bulan
3) dan seterusnya.

So, jangan confius lagi.

Sebelum klik satu-satu gambar mainan, zaty minta kalian baca dulu maklumat ni sampai habis okay.

************************************************

4) 12 bulan hingga 18 bulan

Pada usia 12 hingga 18 bulan, baby dah mula pandai berjalan atau menapak tanpa bantuan (tetapi masih dalam fasa jatuh dan bangun).

Bila dia dah mula “dapat kaki”, maknanya dia makin nampak dunia dia semakin luas. Dia dah start minat nak explore macam-macam yang ada di sekeliling dia.

Waktu ni baby akan cuba untuk pelbagaikan kemahiran motor kasar dan motor halus dia. Antara contoh aktiviti yang dia akan mula buat ialah mencapai objek yang lebih tinggi, memanjat, menari ikut rentak muzik, pusingkan badan, gelongsorkan badan.

Pada usia ni juga, baby lagi aktif buat aktiviti atau main permainan yang libatkan “cause and effect relationship”. Maksudnya, kalau dia baling mainan, dia nak tengok apa jadi pada mainan tu. Macam mana bunyinya bila dibaling dan macam-macam lagi.

Dan baby pada usia ni juga suka sangat tiru gaya atau aksi orang dewasa walaupun tiada objek pada tangan dia. Contoh : cakap telefon (tangan jadi simbolik pada telefon), minum air (tangan jadi simbolik pada cawan).

Untuk usia baby 12 hingga 18 bulan ni baby masih dalam fasa EXPLORATORY OR PRACTICE PLAY dan tambah lagi satu fasa iaitu PHYSICAL PLAY

*Physical play yang zaty sebut tadi : baby gunakan anggota badan dia buat aktiviti untuk develop kemahiran motor kasar.

Pada usia baby 18 bulan, dia dah mula pandai menconteng. So, ibu ayah get ready dengan dinding, lantai even kereta untuk jadi tempat anak-anak keluarkan segala kreativiti menconteng.

Pada tempoh usia ni baby masih masukkan objek atau mainan ke dalam mulut.

Ciri-ciri mainan yang mesti ada sama macam kategori baby sebelum ni juga :
1) warna yang vibrant and bright
2) ada bunyi seperti muzik, lagu atau loceng
3) saiz yang besar dari genggaman tangan baby
4) bebas dari toksik dan boleh dibasuh

Contoh mainan yang sesuai untuk baby usia 12 hingga 18 bulan (rujuk google image untuk dapatkan contoh gambar mainan) :

1] semua seperti dalam kategori mainan 1 hingga 11 bulan (kecuali activity gym dan hanging toys)
2] pop up toy
3] inflatable toy
4] sand and water toy
5] rocking toy
6] tunnel
7] push toy with handle
8] problem solving block

P/S 1 : gambar kedua dan seterusnya tu adalah jenis mainan educational yang sesuai untuk anak usia 12 ke 18 bulan

P/S 2 : zaty jual semua mainan educational dari gambar nombor 2 dan seterusnya tu. Untuk pertanyaan atau order boleh terus klik link whatsapp nihttp://ezzatysuffian.wasap.my

25299045_1644617868914536_4216436822960293955_n

25353691_1644617932247863_7783708474578169094_n
Enter a 5 in 1 INTELLIGENCE WOODEN CUBE
Satu set kiub kayu yang LENGKAP ni ada 5 aktiviti yang boleh rangsang kemahiran motor halus, kemahiran kognitif, peningkatan daya fokus, koordinasi mata dan tangan.
1) Xylophone untuk rangsang auditory serta cause & effect2) lacing beads untuk motor halus, koordinasi mata dan tangan
3) sorting blocks untuk kenal bentuk (kognitif)
4) roller beads untuk motor halus, fokus, koordinasi mata dan tangan
5) clock untuk kenal nombor (kognitif)
HARGA : RM 69.90
24993322_1644617998914523_724971694861192392_n
WOODEN RAINBOW STACKING TOWER
Bantu merangsang kemahiran motor halus anak, peningkatan daya fokus, koordinasi mata dan tangan dengan cara menyusun dan masukkan wooden ring yang berwarna warni ke dalam paksinya
HARGA : RM 19.90
25353877_1644618045581185_2277927738814358986_n
WOODEN POUNDING BENCH
Sangat sesuai untuk anak seawal usia 6 bulan ke atas yang aktif main EXPLORATORY PLAY dan suka tengok pada cause & effect.
Cause & effect maksudnya anak suka ketuk atau campak objek semata-mata nak dengar macam mana bunyinya, apa jadi pada objek tu. Sama ada melantun, statik atau berderai.Toy ni juga dapat bantu :
1) hasilkan cause & effect yang anak suka tengok
2) kuatkan otot tangan untuk persediaan pegang pensel dan menulis
3) tingkatkan koordinasi mata dan tangan
4) tingkatkan daya tumpuan
HARGA : RM 38.90
25299033_1644618075581182_1950868865219117817_n
WOODEN XYLOPHONE
Sangat sesuai untuk anak seawal usia 6 bulan ke atas yang aktif main EXPLORATORY PLAY dan suka tengok pada cause & effect.
Cause & effect maksudnya anak suka ketuk atau campak objek semata-mata nak dengar macam mana bunyinya, apa jadi pada objek tu. Sama ada melantun, statik atau berderai.Toy ni juga dapat bantu :
1) hasilkan cause & effect yang anak suka tengok (bunyian)
2) tingkatkan koordinasi mata dan tangan
4) tingkatkan daya tumpuan
HARGA : RM 19.90
25353725_1644618122247844_4463108736427163943_n
PULLING BEADS
Boleh bantu anak-anak untuk tingkatkan koordinasi mata dan tangan, pincer grasp (pegang dengan 2 atau 3 jari), tingkatkan daya tumpuan
*pincer grasp penting untuk persediaan anak pegang pensel dan menulis
HARGA RM 49.90
25151901_1644618155581174_3435288295108977197_n
MY FIRST STACKING UP CUPS
Mainan ni sangat bantu anak-anak seawal usia 6 bulan dan ke atas untuk belajar menyusun, membina, meruntuhkan objek.
Cara main ni penting untuk perkembangan otak anak sebab dia dalam fasa exploratory play
HARGA : RM 13.50
24993662_1644869028889420_1422457309030191234_n
PLAY HAMSTER POUNDING TOY
Sangat sesuai untuk anak seawal usia 6 bulan ke atas yang aktif main EXPLORATORY PLAY dan suka tengok pada cause & effect.
Cause & effect maksudnya anak suka ketuk atau campak objek semata-mata nak dengar macam mana bunyinya, apa jadi pada objek tu. Sama ada melantun, statik atau berderai.Toy ni juga dapat bantu :
1) hasilkan cause & effect yang anak suka tengok
2) kuatkan otot tangan untuk persediaan pegang pensel dan menulis
3) tingkatkan koordinasi mata dan tangan
4) tingkatkan daya tumpuan
HARGA : RM 48.90
25152246_1644869058889417_844507958990130334_n
2 in 1 TIGER XYLOPHONE & POUNDING TOYS
Sangat sesuai untuk anak seawal usia 6 bulan ke atas yang aktif main EXPLORATORY PLAY dan suka tengok pada cause & effect.
Cause & effect maksudnya anak suka ketuk atau campak objek semata-mata nak dengar macam mana bunyinya, apa jadi pada objek tu. Sama ada melantun, statik atau berderai.Toy ni juga dapat bantu :
1) hasilkan cause & effect yang anak suka tengok
2) kuatkan otot tangan untuk persediaan pegang pensel dan menulis
3) tingkatkan koordinasi mata dan tangan
4) tingkatkan daya tumpuan
HARGA : RM 39.90
25151839_1644869088889414_5689259724541472540_n
WOODEN ELEPHANT XYLOPHONE PULL TOY
Sangat sesuai untuk anak seawal usia 6 bulan ke atas yang aktif main EXPLORATORY PLAY dan suka tengok pada cause & effect.
Cause & effect maksudnya anak suka ketuk atau campak objek semata-mata nak dengar macam mana bunyinya, apa jadi pada objek tu. Sama ada melantun, statik atau berderai.Toy ni juga dapat bantu :
1) hasilkan cause & effect yang anak suka tengok (bunyian)
2) tingkatkan koordinasi mata dan tangan
3) tingkatkan daya tumpuan
4) tingkatkan kekuatan tangan untuk menarik mainan dengan pegang pada tali
HARGA : RM 35.90

20 Fakta Mengejut Tentang Sel-Sel Otak Berhubung!

24899744_1641822642527392_5533374783374060301_n

Bila zaty google cari journal dan artikel tentang hubungan sel-sel otak anak, punya banyaklah iklan susu yang keluar.

Promote produk masing-masing yang katanya membantu hubungkan sel-sel otak anak.

Serius? Betul ke minum susu je anak terus jadi bijak pandai, hubungan sel otak jadi aktif setiap hari?

Zaty share dengan ibu ayah semua apa sebenarnya cerita hubungan sel-sel otak anak daripada pembacaan zaty selama 2 hari. Zaty teruja betul dengan apa yang zaty dapat ni.

1] Otak anak dibina daripada sel-sel neuron (sel otak) sejak dari dalam perut ibu lagi.

2] Sel neuron pula akan bina hubungan dengan neuron yang lain bila anak dilahirkan. Hubungan sel neuron ni dikenali sebagai synapse (hubungan sel-sel otak).

3] Setiap otak baby yang lahir bawa “blueprint” atau genetik daripada ibu ayah.

4] Tapi yang membina dan mengukuhkan otak anak-anak dari kecil hingga dewasa adalah melalui persekitaran dan pengalaman yang mereka lalui setiap hari.

5] Setiap pengalaman baru yang dilalui anak = terbentuk hubungan sel-sel otak yang baru. Maksudnya lagi banyak pengalaman baru = lagi banyak hubungan sel-sel otak baru yang terbentuk.

6] Setiap pengalaman yang berulang (pengalaman yang sama) akan mengaktifkan dan menguatkan lagi hubungan sel-sel otak yang dah terbina tadi (no.5)

7] Waktu KRITIKAL hubungan sel-sel otak berlaku adalah dari hari pertama anak dilahirkan hingga usianya 6 tahun.

-Hubungan sel-sel otak anak berlaku dengan sangaatttt CEPAT dan sangat BANYAK (lebih daripada yang diperlukan oleh seorang budak) pada tempoh usia ni.

-Ini antara sebab kenapa anak usia 6 tahun ke bawah belajar dan faham sesuatu dengan lebih CEPAT berbanding kita orang dewasa.

8] Waktu KEMUNCAK hubungan sel-sel otak berlaku adalah pada usia anak 3 tahun. 2 kali ganda lebih banyak dari hubungan sel-sel otak orang dewasa.

9] Waktu anak mula dilahirkan, saiz otak anak berkembang sebanyak 25% daripada saiz otak orang dewasa.

10] Pada usia 3 tahun, saiz otak anak dah capai 80% daripada saiz otak orang dewasa.

11] Pada usia 5-6 tahun, saiz otak anak akan capai 90% daripada saiz otak orang dewasa.

12] Lagi 10% perkembangan otak ambil masa yang sangat panjang untuk terbentuk iaitu akan berlaku dari usia 7 hingga 23 tahun. (Umur 23 tahun baru complete perkembangan otak kepada 100%)

13] dari point 10,11 dan 12 ni tunjukkan, ibu ayah perlu tumpukan pada 90% perkembangan otak anak yang hanya berlaku pada usia 6 tahun ke bawah.

-Bila 90% otak dapat dibentuk dengan baik, dia mampu pengaruh atau sokong perkembangan otak yang berbaki lagi 10% tu.

-90% otak anak yang terbentuk ni lah akan menentukan siapa anak kita pada usia 7 tahun dan ke atas. Bagaimana gaya pemikiran dia, bagaimana sikap dan akhlak dia, bagaimana dia hadapi sesi pembelajaran di sekolah nanti.

14] 10% baki perkembangan otak akan bertumpu pada kognitif anak. Maksudnya mereka akan mula bersedia untuk masuk ke pembelajaran yang lebih serius (sepatutnya).

15] Aktiviti hubungan sel-sel otak akan berkurangan bila anak dah lepasi usia 6 tahun. (Semakin bertambah umur, makin berkurang hubungan sel-sel otak)

16] Hubungan sel-sel otak yang terbina tapi TAK AKTIF akan menghilang atau dibuang melalui proses pencantasan (pruning process)

17] Tak aktif maksudnya pengalaman yang dilalui seorang anak dalam satu-satu skill tu tak berulang. Bila tak berulang, hubungan sel otak jadi lemah dan dia akan dihilangkan dari otak.

-contoh : anak yang pernah memanjat sekali sepanjang usianya mungkin tak boleh memanjat atau tiada skill memanjat pada usianya 20 tahun. (Dah tak ingat skill memanjat tu).

18] Nak kuatkan dan kekalkan hubungan sel-sel otak, anak kena sentiasa buat pengulangan aktiviti atau skill yang dia pernah buat.

-Contoh : kenapa anak boleh berjalan sepanjang hayatnya? Sebab bila sekali dia dah pandai berjalan, dia akan ulang dan ulang skill berjalan tu.

-Pengulangan skill ni yang menguatkan hubungan sel otak yang dah terbina tadi. Pengalaman tu dah tersimpan kuat dalam memori otak anak.

19] Lebih banyak pengalaman yang unik dialami anak, lebih banyak aktiviti yang dibuat anak, akan hasilkan lebih banyak hubungan sel-sel otak untuk menyimpan pengalaman tu.

20] Walau hanya dengan melihat kita tepuk tangan di depan anak, boleh bagi pengalaman baru pada dia = bina hubungan sel otak yang baru.

-bila pengulangan dibuat (tepuk tangan) setiap hari, hubungan sel otak yang dibina akan jadi lebih kuat. Dan tak lama lepas tu, anak akan boleh tepuk tangan sama macam kita buat. (Anak dapat skill tu).

************************************************

Okay, daripada fakta hubungan sel-sel otak anak ni, apa tugas sebenar kita sebagai ibu ayah untuk galakkan lagi atau banyakkan lagi hubungan sel-sel otak mereka pada usia 6 tahun ke bawah?

1) Usah halang anak bermain. Galakkan 3E dalam aktiviti mereka

3E : Experiment, Exploration, Experience

Bermain pada usia anak 6 tahun ke bawah ialah JIWA anak-anak. Kita nampak anak memanjat, berlari, berguling, sepahkan mainan, menconteng dan macam-macam lagi.

Itu semua sebenarnya maksud BERMAIN untuk anak-anak. Dengan bermain dapat hubungkan sel-sel otak anak dengan lebih banyak.

Mereka belajar dan nampak sesuatu yang baru, mereka berimaginasi, mereka cuba selesaikan masalah dan banyak lagi yang mereka dapat hanya dengan bermain.

Bermain=Belajar untuk anak usia 6 tahun ke bawah.
Anak = Bermain
Ibu Ayah = Monitor dan tunjukkan saluran atau cara/tempat yang betul dan sesuai untuk bermain

2) Bagi perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya dalam hidup anak-anak

Fitrah manusia suka dibelai, disayangi, dicium, dipeluk dan dikongsi perasaannya.

Itu yang anak-anak perlukan. Dia tak kenal orang lain selain dari ibu ayahnya. Dia tak perlukan mainan dan pakaian yang mahal-mahal.

Dia hanya perlukan PERHATIAN.

Perkembangan otak anak-anak yang diberi cukup kasih sayang adalah lebih sempurna berbanding anak-anak yang tak dihiraukan dan dibiarkan begitu sahaja.

Jauhkan atau lindungi anak dari TOXIC STRESS. Toxic Stress ni akan bantutkan perkembangan otak anak.

Ada kajian tunjuk otak anak yang didedahkan dengan toxic stress memang tak berkembang seperti sepatutnya. Orang nampak macam otak tu mengecut.

Contoh toxic stress : anak diabaikan, anak dijerkah dan ditengking, anak yang dipukul, anak yang melalui episod gangguan seksual.

Contoh lain toxic stress bila kita paksa anak buat benda yang pada tahap umur dia tu dia belum bersedia nak buat.

Contohnya, umur permulaan untuk kita perkenalkan anak untuk membaca ialah 4 tahun. Tapi usia 2 tahun kita dah paksa anak lancar membaca.

3) Berikan anak nutrisi makanan yang sihat.

Perut yang sihat = hasilkan otak yang sihat.

Makanan yang sihat = pembentukan sel otak yang lebih sihat.

Susu antara salah satu sumber makanan yang sihat. Tapi tak bermakna kita perlu hidangkan susu 5 kali sehari sampai anak tak makan sumber makanan yang lain.

Keperluan susu anak pada usia 2 tahun ke atas cuma 2 gelas sehari sahaja. Selain daripada tu, anak-anak perlu diberi sumber makanan yang sihat macam ikan, ayam, sayuran hijau, buah-buahan.

Semua sumber makanan natural ni dah ada vitamin dan mineral semulajadi yang diperlukam oleh perkembangan otak anak : ada zat besi, vitamin C, DHA, Omega 3 dan 6 dan macam-macam lagi.

*************************************************************************************

1) Bermain ada 2 jenis. Structure & Unstructured Play. Dua-dua boleh bantu hubungkan sel-sel otak anak. Nak tahu lebih detail? Jemput join private group ni :

https://www.facebook.com/groups/zatybabyandkidsproductreviews

2) Perkembangan otak berkait rapat dengan usia optimum anak-anak belajar tentang social skill, emotional control, numbers, language. Nak tahu lebih detail? Jemput join group ni :

https://www.facebook.com/groups/mamaohsembabahkool

Tips Mudah Pemilihan Permainan yang Sesuai untuk Baby Baru Lahir Hingga 11 Bulan

24068024_1626882380688085_3012175259581447749_n

1) Hari pertama lahir hingga 3 bulan

Tempoh 3 bulan adalah tempoh segala organ deria anak masih belum matang. Dia hanya boleh melihat sejauh 8 INCI SAHAJA dari pandangan mata dia.

Waktu ini, baby lebih banyak belajar tentang rangsangan daripada tindakan refleks atau spontan daripada diri dia sendiri. Contohnya macam genggam jari kita, hisap susu, menendang dan gerakkan tangan dia (menggapai-gapai).

Dia banyak explore sekeliling hanya gunakan mata dan telinga sahaja. Sebab tu suara pertama yang dia kenal adalah suara ibunya.

Dan untuk usia 3 bulan pertama ni, cara baby bermain lebih melibatkan pemerhatian mata dan explore tubuh badan sendiri terutamanya bahagian tangan.

Cara bermain yang melibatkan deria dan anggota badan ini dinamakan sebagai EXPLORATORY ATAU PRACTICE PLAY.

Pada usia baby 3 bulan, dia dah start pandai meniarap dan terlentang, pandai senyum pada ibu dia, pandai capai dan genggam objek yang ada depan mata dia, palingkan kepala pada sumber bunyi atau cari mana datangnya bunyi tu.

So, daripada perkembangan baby pada 3 bulan yang pertama, ada ciri mainan yang kita perlu cari sebab dengan 4 ciri ni lah baby tunjukkan cara dia bermain dan explore.

1) baby melihat mainan : ciri mainan mesti melalui warna yang terang (vibrant and bright color). Make sure bukan warna pastel. Dan seelok-eloknya mainan tu bergerak perlahan (untuk rangsang pergerakan mata baby).

2) baby merasa, menggenggam dan manipulasi mainan (sentuhan tangan) : ciri mainan mesti mudah dipegang, lembut dan bertekstur (macam ada biji-biji pada permukaan mainan).

3) baby mendengar mainan : ciri mainan mesti ada unsur bunyi seperti musik lembut atau loceng.

4) baby masukkan mainan dalam mulut : mainan mestilah lebih besar daripada mulut baby (supaya tak tertelan), bebas daripada toksik dan boleh dibasuh.

So daripada 4 ciri yang zaty sebut ni, antara contoh mainan yang sesuai sangat kita belikan untuk baby ialah (boleh rujuk google image untuk tengok bentuk mainan) :

1) rattles
2) activity gym
3) cloth and plush toys
4) teething toys
5) multi textured infant toys
6) multi sensory infant toys
7) hanging toys

 

24177148_1626882434021413_2954602329143708317_n

 

2) 4 bulan hingga 7 bulan

Pada usia ni, penglihatan baby dah makin matang. Dia dah boleh nampak dan jejak objek yang bergerak dengan penglihatan yang lebih tajam.

Waktu ni baby dah aware dengan suasana persekitaran. Masuk ke usia 5 bulan, baby dah mula angkat badan dan cuba support guna lutut dan tangan (percubaan nak merangkak).

Mainan macam activity gym dah tak sesuai pada usia 5 bulan dan keatas sebab baby dah mula aktif bergerak sama ada dengan menyusur dengan badan atau merangkak.

Pada usia 6 ke 7 bulan, baby dah pandai duduk sendiri tanpa sokongan.

Apabila baby dapat mainan (start dari 5 bulan), baby akan bertindak untuk :

1) pegang mainan tu dengan kedua belah tangan
2) pindahkan mainan dari tangan kiri ke kanan atau sebaliknya
3) menggoncang mainan
4) boleh manipulasi mainan tu dengan tangan. Maksudnya sebelah tangan pegang mainan, sebelah tangan lagi tepuk, cucuk, picit, tekan, tolak atau sebagainya pada mainan yang dipegang
5) masih masukkan mainan dalam mulut

Pada lingkungan usia 4 ke 7 bulan ni, baby still dalam fasa EXPLORATORY ATAU PRACTICE PLAY lagi.

Ciri-ciri mainan yang mesti ada sama macam kategori lahir hingga 3 bulan tadi :
1) warna yang vibrant and bright
2) ada bunyi seperti muzik lembut atau loceng
3) saiz yang besar dari genggaman tangan baby
4) bebas dari toksik dan boleh dibasuh

Contoh mainan yang sesuai untuk baby usia 4 hingga 7 bulan (rujuk google image untuk dapatkan contoh gambar mainan) :

1) semua seperti kategori lahir hingga 3 bulan KECUALI activity gym dan hanging toys.
2) Squeeze and squeak toy
3) plastic disc on a ring
4) soft and washable books (gambar besar dan warna terang, tulisan sepatah-dua sahaja)
5) simple and small push toys (start dari usia 6 bulan)

 

23844943_1626882514021405_6635487382381827539_n

 

3) 8 bulan hingga 11 bulan

Bila baby dah masuk 8 bulan, dia akan start fokus pada perkembangan motor kasar.

Motor kasar ni dia libatkan otot besar macam otot kaki, lengan dan kesuluruhan badan budak-budak. Motor kasar ni nanti sangat mempengaruhi kesempurnaan pergerakan baby bila dia dah besar nanti. 

Umur 9 bulan, sepatutnya baby dah boleh merangakak dan dah nak cuba-cuba untuk berdiri. Ada yang lebih cepat, dah mula bertatih sepanjang almari, sofa atau dinding (dengan cara sambil bertatih, sambil pegang sofa sebagai support).

Pada range usia ni juga, baby dah mula develop pincer grasp.

Pincer grasp maksudnya kebolehan anak mengutip benda kecil atau halus dengan gunakan ibu jari dan jari telunjuk

Bila dapat objek atau mainan, baby pada usia ni akan mula explore dengan cara yang lebih advanced. Dia akan jatuhkan atau campakkan mainan, ketuk-ketuk mainan, pindahkan mainan tu dari sebelah tangan ke sebelah tangan yang lain.

Bila baby pegang dua mainan pada kedua-dua belah tangan, dia boleh ketuk mainan tu antara satu sama lain. Waktu ni juga baby dah mula sibuk nak ambil tahu macam mana satu-satu mainan tu berfungsi. Contohnya kalau ada butang, dia akan mula tekan-tekan.

Ini menunjukkan baby dah start faham apa itu cause and effect relationship pada permainan yang dimain.

Ibu ayah jangan pelik bila tengok anak dah mula buat aktiviti keluarkan objek atau mainan dari dalam bakul atau bekas. Kemudian dia masukkan balik mainan tu ke dalam bakul. Dan dia akan buat aktiviti ni secara berulang-ulang sampai dia bosan.

Sebab ini pun salah satu cara baby bermain pada usia 8 bulan dan ke atas.

Semua cara bermain ni masih dalam kategori EXPLORATORY OR PRACTICAL PLAY.

Bila usia baby dah masuk 11 bulan, dia dah mula nak tiru tingkah dan perlakuan kita terutama bila kita tengah gunakan satu-satu benda. Contohnya, bila kita telefon atau gunakan periuk dan senduk untuk memasak. Anak akan ada minat nak tiru gaya kita bila dapat objek ni pada tangan diorang.

Pada usia ni juga, baby masih masukkan objek atau mainan dalam mulut.

Ciri-ciri mainan yang mesti ada sama macam kategori lahir hingga 7 bulan tadi :
1) warna yang vibrant and bright
2) ada bunyi seperti muzik, lagu atau loceng
3) saiz yang besar dari genggaman tangan baby
4) bebas dari toksik dan boleh dibasuh

Contoh mainan yang sesuai untuk baby usia 8 hingga 11 bulan (rujuk google image untuk dapatkan contoh gambar mainan) :

1) semua seperti dalam kategori mainan 1 hingga 7 bulan (kecuali activity gym dan hanging toys)
2) nesting, sorting and stacking toys
3) roly poly toy
4) large beads on ring
5) plastic key on ring

 

23905331_1627196757323314_148469601442687281_n24068179_1627196820656641_930253381373526068_n23905186_1627196857323304_1881501394777080415_n23915658_1627196897323300_3930821917995265273_n23915705_1627197167323273_1327805912986391133_n23905713_1627197053989951_8598401167773064099_n23905675_1627196993989957_2090606172446399153_n23905608_1627197083989948_5164142067696271667_n23905417_1627196933989963_9068652844593536746_n23844700_1627197130656610_7427243595180041945_n23844586_1627197323989924_8728883493446058074_n24059236_1627197290656594_6502470846346360409_n24067952_1627197420656581_8502927848557496958_n24131190_1627197450656578_4186191066986240550_n23844848_1627197497323240_1194636416952210235_n23843427_1627197367323253_3174956408783306469_n

Cabaran Anak Kecil Sekarang Berbanding Kita Waktu Kecil Dulu

Ibu ayah pernah tak duduk kejap, lepastu renung dan bandingkan apa cabaran anak-anak kita sekarang untuk membesar?

Apa beza zaman kita waktu kecil dulu dengan waktu sekarang yang anak tengah lalui “fasa kecil” jugak?

Apa aktiviti harian kita waktu budak-budak dulu?

Banyak sangat kan. Zaman kita dulu dah ada tv. Tapi Alhamdulillah, kita punya development atau perkembangan still normal macam budak-budak lain.

Kalau tak, takdelah diri kita macam sekarang ni kan.

Zaman sekarang pun ada tv. Siap boleh pilih nak inci besar mana. Tapi kesannya kita boleh tengok bila banyak sangat anak yang delay dalam perkembangan. Termasuk anak zaty sendiri, fayyadh (ini nanti next time zaty cerita ya).

zaman kita dulu, kita kenal kawan kat rumah depan, belakang, tepi, atas dan bawah (zaty zaman kecil dulu pernah duduk rumah flat, taman perumahan dan selalu balik kampung nenek).

Boleh kata separuh daripada taman perumahan atau kampung tu kita kenal kawan-kawan.

Siap dengan mak ayah dia pun kita kenal.

Bila kita keluar rumah, jarang mak ayah nak monitor sebab dia tahu kat mana kita main dan dengan siapa kita main. Yang penting sebelum Maghrib mesti balik rumah.

So, hidup kita memang dengan main. Kalau kat kampung, kita pergi memancing, kita terhumban dalam sawah padi, kita gali tanah kutip cacing, kejar anak ayam, panjat pokok.

Kalau kat taman perumahan, kita main masak-masak, kita rajin tangkap berudu dalam longkang, kita main teng-teng bagai.

Macam-macam benda kita eksperimen, explore dan kita main. Kita cukup dekat dengan alam semulajadi. Daripada sini kita cepat belajar dan mengenal apa itu dunia.

Zaman sekarang?

Majoriti mak ayah bekerja. Keluar pagi dan baliknya petang. Ambil anak dari rumah pengasuh terus masuk rumah siapkan makanan semua. Nak bagi anak main kat luar? A big no kalau kita takde.

Sebab apa? Jenayah sekarang tak tunggu masa. Anytime kalau tak beware, anak kita boleh kena ngap. Serius, zaty memang ibu yang paranoid. Fayyadh takkan keluar kalau kita tak ikut sekali, tak pantau dia kat luar.

Bila hal macam ni jadi, secara automatik anak kurang dapat buat aktiviti luar, main kotor, berinteraksi dengan kawan. Kurang eksperimen, explore dan experience.

Anak tak dapat rangsangan yang sepatutnya dia mesti dapat. Penting sangat anak guna kesemua deria yang dia ada untuk perkembangan sel-sel otak dia.

Dan deria yang dia ada ni pula kebanyakannya boleh guna bila dia buat aktiviti luar. Main pasir, main tanah, petik bunga, kutip ulat gonggok, panjat tangga, meniti tepi longkang, main buaian. Macam-macam lagi.

Kat situ dah kesian kat anak. Tambah pulak, bila anak duduk dalam rumah dengan kita, banyak sungguh benda yang tak boleh. Banyak sangat benda yang jangan.

Anak baru angkat kaki nak panjat tangga, kita dah menjerit. Anak kemas almari dapur, dikeluarkan segala periuk belanga, kita marah. Anak lompat-lompat atas katil, kita pulak yang tantrum.

Bertambahlah lagi satu kesian kat anak tu. Lagi lah anak tak dapat rangsangan yang sepatutnya. Padahal dia cenderung nak buat aktiviti tu sebab sistem badan dia yang dikawal oleh otak yang tengah “mencari” rangsangan tu untuk perkembangan diri dia sendiri.

Apa cara yang dapat kita buat untuk atasi masalah ni? Salah satunya ialah dengan galakkan anak untuk bermain. Tutup tv, sorokkan gadget. Buat aktiviti dengan anak.

Kalau ada tanah, kita rajin tanam sayur, ajak anak join sekaki. Memang kena bagi anak main kotor untuk develop sensori dia. Pada kita tanam sayur, tapi pada dia itulah maksud bermain.

Anak banyak sangat energi. Aktif tak nak duduk diam. So, ajak anak naik turun tangga. Buat lah berulang kali asalkan dia suka dan enjoy. Kita buang energi dia yang berlebihan tu.

Atau tiap-tiap petang bawak anak kat taman. Bagi dia berlari, turun naik papan gelongsor. Dia nak menjerit? Biarkan. Kita biar dia lepaskan energi dan emosi negatif.

InshaaAllah, balik rumah nanti behave lah anak kita tu.

Yang penting, izinkan anak bermain dengan apa yang dia suka. Dengan syarat kita mesti rajin pantau. Jangan merungut kat anak, “kau ni asyik nak main je, tak reti duduk diam”.

Memang fitrah anak hanya bermain. Dengan main dia belajar. Belajar nak kawal emosi, belajar nak pandai pegang pensel nanti, belajar nak jadi lebih matang.

Nanti dah sampai masa dia puas main, tahulah dia nak duduk diam tanpa disuruh, dipaksa pun.

Bukti dah ada depan mata kan. Tengok diri kita sendiri. Kalau kita seorang yang behave, yang pandai kawal emosi, yang matang buat keputusan, itu maksudnya kita pernah lalui zaman kanak-kanak yang sangat awesome dulu.

Kan kan. Betul tak?

Kenapa Anak Suka punggah Baju, Baling Barang dan Kuat Memanjat?

Semalam dalam seminar yang zaty pergi tu, salah seorang panel Dr. Mastura Badzis (pensyarah pendidikan awal kanak-kanak UIA) ada tanya kat kami semua.

“You all kalau lipat kain depan anak, apa yang anak tu buat?”

Kami ni dah tergelak-gelak dah. Yelah, terus teringat balik memori lipat kain. Lipat satu, si kecil pun punggah satu. Lipat lagi satu, dia ambil kain yang berlipat tu campak jauh. Yang peliknya, kain yang tak berlipat tu takdelah dia hairankan pun.

Mostly ibu ayah memang bagi jawapan yang sama. Memang anak akan punggah semula semua baju yang kita dah lipat.

Dr Mastura pun cakap. Ibu ayah semua patut bersyukur. Sebab itu tandanya anak kita normal, anak kita sihat. Dan berhati-hatilah kalau anak kecil kita (terutamanya 3 tahun ke bawah) takde apa-apa reaksi, duduk senyap, dan tak punggah pun kain baju yang kita lipat tu.

Sebabnya itu adalah salah satu tanda-tanda atau ciri-ciri autisme.

Ceritanya sama juga bila anak baling-baling barang, tuang air atas lantai, panjat sana-sini, nak suap makan sendiri sampai berterabur nasi satu rumah.

Ni semua tanda kata anak kita memang normal. Dan semua benda yang dia buat ni adalah salah satu cara untuk dia develop perkembangan otak dan skill yang patut dia ada.

Yang tak normal bila anak terlalu pasif, terlalu duduk diam, takde respons bila dapat barang kat tangan. Ibarat macam anak kita demam. Main tak nak, makan tak nak. Melepek terbaring muram. zaty pasti ibu ayah tak nak tengok anak kita macam ni kan?

Anak-anak 6 tahun ke bawah belajar melalui experiment, exploration and experience. Kalau 3E ni takde dalam hidup budak-budak terutamanya yang usia 3 tahun ke bawah, makna kata perkembangan anak-anak mungkin jadi sangat lambat. Delay habis.

Salah satu sebab jadi delay adalah kerana sikap kita ibu ayah ni sendiri. Terlalu banyak berJANGAN dengan anak-anak. Ini tak boleh, itu jangan buat. Kita terlalu banyak nak marah anak bila dia tak reti duduk diam.

Hakikatnya hidup anak 6 tahun ke bawah memang TAK RETI duduk diam. Sebab dia nak kena capai 3E tadi untuk keperluan otak dan skill dia. Sama macam kita kalau lapar, mesti cari makanan.

So, otot budak kalau nak kuat, secara semulajadinya dia akan memanjat. Ini namanya natural, sesuatu yang memang Allah dah create pada anak-anak kecil.

Dengan memanjat buatkan sel-sel otak dia (neuron otak) berhubung. Dia jadi cepat berfikir, dia belajar. Kalau jatuh, dia rasa sakit. Nanti next time dia akan lebih berhati-hati lagi.

So nampak kan. Memanjat tu experiment dan exploration. Experience dia dapat bila dia berjaya panjat sampai atas (kalau panjat grill pintu rumah) atau experience dia dapat bila jatuh.

So, ibu ayah. Let them be. Itu fitrah kanak-kanak. Biarkan dia explore dunia yang sangat baru pada dia. Tugas kita cuma monitor je. Pesan suruh hati-hati kalau dia memanjat, perhati tengok anak kita instead of “fayyadhhhh, jangan panjat grill tu. Nanti jatuh!”

Dah maknya pun dok kata jatuh, doa jatuh, memang sungguh lah kejap lagi jatuh gedebuk budak tu. Trust me. Anak-anak pandai nak jaga diri dia, control diri dia. Dia tahu kalau dia jatuh tu maksudnya dia tak berhati-hati lah tu. Biarkan dia belajar. Kita urut dada je okay.

 

Anak Lambat Pick Up atau Anak Susah Fokus Sebenarnya?

Hari-hari ajar anak bercakap, nampak macam takde perubahan.
Tiap kali ajar anak membaca, nampak anak macam susah nak ikut.
Bila nak tolong anak siapkan kerja sekolah, banyak pula main dia. Tak nak serius.

Lama-lama ibu ayah mula lah rasa frust. Hangin je kat hati bila anak susah nak bagi kerjasama.

Okay, sebelum kita rasa nak marah atau naik angin kat anak, cuba kita check dulu satu benda yang paling penting sangat ni.

Macam mana dengan tahap FOKUS anak kita sebenarnya?

Berapa lama dia boleh duduk dengan kita buat aktiviti sama-sama? 5 minit? 10 minit? Atau sebenarnya setakat 60 saat je tu?

Mostly anak kita bukan tak pandai, bukan lambat pick up, bukan lemah dalam perkembangan.

Tapi sebenarnya mungkin dia ada masalah susah nak fokus.

Budak kalau susah fokus, otak dia ada macam-macam agenda, perhatian dia mudah distract. Ini yang jadi punca kenapa anak tak dapat-dapat apa yang kita ajar.

zaty dapat info ni waktu pergi bengkel Puan Aishah Kassim dulu. Dalam page dia pun, kalau rajin scroll, memang dia ada cerita tentang masalah fokus anak ni.

Ada 3 cara macam mana kita nak detect kata anak ada masalah susah fokus ke tak.

Pertama : Sitting Attention

Berapa lama anak boleh duduk dan bagi tumpuan pada apa yang kita ajar atau buat aktiviti bersama dengan kita.

Kalau perasan, anak yang duduk depan tv atau gadget boleh duduk diam lama sangat kan. Itu pun namanya sitting attention juga.

Tapi tak boleh dikira sebagai attention yang kita nak. Sebabnya attention jenis ini adalah yang tak berkualiti dan tak bermanfaat untuk anak kerana tiada komunikasi 2 hala.

Sitting attention yang kita nak ialah bila anak boleh duduk lama bersama dengan kita dan wujud interaksi antara kita dengan dia. Dia boleh fokus apa yang kita cakap, apa yang kita ajar, bermain bersama dengan kita dan boleh siapkan tugas yang kita bagi sepanjang waktu yang dah tetapkan.

Setiap umur anak ada tempoh sitting attention dia sendiri. Cara pengiraannya:

Umur anak x 3 minit hingga 5 minit.

Contohnya fayyadh :

umur 2.5 tahun × 3 minit = 7.5 minit (minimum)

Hingga

Umur 2.5 tahun x 5 minit = 12.5 minit (maksimum)

Untuk permulaan kita nak terap fokus anak, kita kena cuba buatkan anak fokus dengan kita sekurang-kurangnya selama 7.5 minit tu.

Kena ada latihan setiap hari yang akan bantu anak untuk fokus secara perlahan-lahan. Pada permulaan mungkin 1 minit sahaja. Lama-lama akan dapat 7.5 minit tu.

Dengan syarat, latihan dan aktiviti yang perlukan fokus anak perlu dibuat setiap hari.

Kedua : Join Attention

Join attention maknanya boleh tak anak-anak KONGSI tumpuan yang sama dengan kita.

Contoh :

1) bila kita jalan kat luar dengan anak. Kita tunjuk ayam pada dia. Adakah dia boleh toleh dan tengok pada apa yang kita tunjuk tu.

2) Bila baca buku bersama anak dan kita tunjuk gambar dalam buku tu. Adakah dia pun akan tengok sama pada apa yang kita tunjukkan?

Penting join attention ni pada anak sebab bila kita nak ajar something, kita perlukan perhatian dia untuk tengok apa yang kita tunjuk atau arahkan.

No point kita berpeluh-peluh ajar itu ini pada dia, tapi ke lain mata dia tengok. So info yang kita bagi tu tak boleh sampai ke otak dia.

Ketiga : Channel Attention

Yang ni pula adalah satu skill yang buatkan anak dapat tangkap atau respons pada sesuatu rangsangan lain walaupun mata dia tak pandang pun pada rangsangan tersebut.

Contoh :

1) Anak tengah main lego dan kita panggil nama dia. So, dia boleh bagi respons dengan menyahut panggilan kita walau mata tu tak tengok pada kita.

2) Anak tengah tengok buku lepastu kita minta dia ambilkan tuala. Tanpa melihat kita, dia boleh bangun dan ambilkan tuala tu bagi pada kita.

Join attention ni penting untuk anak sedar dan aware tentang keadaan atau rangsangan di sekeliling dia, apa yang berlaku di sekeliling dia.

Jadinya bila anak sibuk mewarna contohnya. Dan kita nak ajar tentang perkataan baru pada dia waktu yang sama tu juga, dia boleh ikut sekali atau fokus dengan rangsangan yang kita bagi.

Walau tangan sibuk mewarna, mulut pun boleh ikut sebut dan faham pada apa yang kita ajar.

So, zaty harap dengan perkongsian pagi ni, dapat bantu ibu ayah untuk atasi masalah anak yang kurang atau susah fokus.

First thing first, untuk latih anak jadi lebih fokus, ibu ayah perlu cuba jauhkan anak dari tv dan gadget selama mana yang boleh. Sebab thing in the box macam ni pun sebenarnya jadi punca utama kenapa anak ada masalah fokus.

Teknik Seeding dalam Asuhan Anak-Anak

Dengan anak-anak ni, ibu ayah kena rajin buat TEKNIK SEEDING. Mana zaty dapat nama teknik ni?

Okay, zaty reka sendiri. Nama je zaty bagi. Tapi tekniknya masih ikut cara Rasulullah S.A.W dan suggestion pakar dalam didik anak-anak.

Teknik seeding=lentur buluh biar dari rebungnya

7 tahun pertama kehidupan anak-anak adalah tempoh palinggggg kritikal untuk ibu ayah ambil peduli betul-betul tentang mereka.

Tentang soal perkembangan otak, akhlak, sahsiah, jati diri dan semua yang libatkan pembentukan peribadi anak.

Waktu ni otak, hati dan jiwa anak masih bersih. Masih lembut, masih suci. Sangat mudah terima apa pun bentuk asuhan kita.

7 tahun pertama bukan fasa kita paksa-paksa anak untuk buat ikut apa yang kita suruh tau. Tapi tempoh masa 7 tahun inilah kita kena apply teknik seeding dan sambil tu kena monitorlah tahap perkembangannya.

Teknik seeding maksudnya kita semai benih pokok dan baja dia setiap hari. Sampai satu masa yang matang, akan besarlah pokok tu dan keluarkan hasilnya sama ada buah ataupun bunga.

Sama macam anak. Apa yang kita cuba designkan dalam kehidupan anak? Itu yang kita cuba semai secara perlahan-lahan dari anak tu umur 0 hari lagi.

Kalau ikutkan adalah lebih baik masa anak masih duduk dalam rahim kita lagi.

Kita nak anak kita mampu hafaz Quran. Teknik seedingnya ialah dengan kita baca dan hafaz surah-surah dalam Quran bersama dengan anak seawal usia anak yang boleh.

Mula-mula anak akan ignore. Lari sana, lari sini. Makin hari, makin dia datang dekat. Sibuk tolong selak-selak sekali helaian Al-Quran tu. Kadang sampai terkoyak.

Lama-lama, dia duduk juga menyendeng kat kita dengar dan lihat apa yang kita baca. Once diri dia dah bersedia dan cukup matang nak ikut apa yang kita baca, tanpa kita sedar akan keluar lah ayat-ayat Al-Quran dari mulut dia.

Ingat ya, otak anak-anak macam span. Hari ni mungkin macam tak nampak apa effect pun pada dia. Tapi bila Allah kata dah tiba masanya anak tu matang dan bijak, ibu ayah boleh menangis syukur tengok tahap perkembangan anak tu.

Macam tu juga dengan solat. Kalau ibu ayah betul-betul gunakan segala deria yang ada, tengok anak tu dengan mata hati, ibu ayah akan perasan satu benda ni.

Setahun pertama, anak akan datang dan merangkak berpusing keliling kita waktu kita tengah solat. Esok bila dah pandai jalan, dia sibuk panjat dan berkuda-kuda kat badan kita lagi-lagi bila kita tengah sujud. Uihhhh, seronok sangat dah dia.

Masuk 2 ke 3 tahun, bila akal dah cerdik sikit, pantang kita bentang sejadah. Dia dah solat dulu. Kiblat ke mana, rukun solat ke mana. Janji solat budak belum mumaiyiz. Hahaha.

Dalam pada ibu ayah tak sedar, itulah teknik seeding yang kalian dah buat sejak dari anak dilahirkan pada hari pertama lagi. Esok bila anak dah 7 tahun, rasa-rasanya susah tak nak ajar anak solat?

Jawapannya dah tentu tidak. Untung-untung umur 4 atau 5 tahun dia kuasai semua bacaan dalam solat. Kalau kita terlambat sikit, nanti dia yang ingatkan kita tentang solat.

MasyaAllah sejuk perut kita mengandungkan dia kan ibu-ibu?

So, semuanya tentang teknik seeding. Mula dari umur anak paling awal. Kalau boleh waktu mengandung, kita dah siap buat planning untuk 7 tahun pertama anak dalam buku atau diari.

Daripada situ kita akan tahu macam mana nak mula, dari mana nak mula. Apa bantuan yang kita perlukan, umur anak berapa tahun baru kita nak start buat teknik seeding.

Ini tak. Kita nak anak pandai membaca, kita paksa anak baca buku tiap-tiap hari. Sedangkan kita sibuk dengan gadget. Sebulan satu buku pun kita tak pernah khatam.

Padahalnya sebelum nak suruh anak pandai membaca, kenalah semai perasaan cintakan buku pada diri dia. Bila dah cinta, baru ada motivasi dia nak membaca. Perasaan cinta tulah yang ibu ayah kena semai dari awal dengan cara kita sendiri kena berdamping dengan buku hari-hari.

Ingat ya. Kita ni role model paling besar dan paling dekat dengan mata anak-anak. Nak anak buat itu ini, kita dulu kena jadi contoh, jadi teladan untuk diorang. So, nak tak nak kita lah kena azam hari-hari untuk jadi ibu ayah yang terbaik untuk anak-anak.

1) boleh #SHARE artikel ni, zaty izinkan. But please JANGAN COPY PASTE ya

2) set #SEEFIRST untuk lebih tips, teknik dan info parenting serta perkembangan anak

Sayang Anak Lebih Dari Nyawa Sendiri

Dulu, bila sebut pasal mak ayah, cepat sungguh hati ni rasa sebak. Teringat segala kasih sayang dan pengorbanan besar yang diorang dah buat untuk kita.

Sekarang, bila sebut pasal anak-anak, cepat pula air mata ni mengalir tak semena-mena. Terasa dalam sungguh rasa kasih dan sayang kita pada diorang lebih dari nyawa kita sendiri.

Sungguh bertuah bila kita masih punya mak ayah yang selalu ambil tahu pasal kita. Walau kita ni dah besar panjang, dah ada kehidupan sendiri. Masih ditanya tentang kita sama ada okay ke tak.

Sungguh beruntung kita masih memiliki anak-anak yang jadi penyeri hidup hari-hari kita. Yang buatkan kita lebih belajar tentang realiti kehidupan.

Yang secara tak sedar, dalam tiap asuhan dan didikan kita pada anak, turut terselit didikan terhadap akhlak dan peribadi sendiri.

Hidup kita yang tak tahu sampai bila. Suatu hari nanti tetap ada penghujungnya. Sama ada mereka atau kita yang pergi dulu.

Entah. Semua rahsia Tuhan.

Yang tak jadi rahsia bila kita terus hidup berkasih sayang, hargai setiap saat yang ada bersama mereka yang kita cinta. Serahkan segala usaha dan tenaga yang kita ada untuk lihat mereka tersenyum, ketawa gembira.

Sekurang-kurangnya, bila kita dipanggil Ilahi nanti, tiada ralat dan kekesalan dalam hati kerana kita dah lakukan semuanya demi mereka.

Ezzaty Suffian,
Sayang mereka semuanya kerana Tuhan

 

22886207_1599262453450078_1717399025257926245_n