Teknik Kawal Stress Paling Mudah Untuk Surirumah

Hari-hari kita sibuk. Tapi kita tak tahu apa yang kita sibukkan.

Hari-hari kita penat. Tapi kita tak tahu apa yang kita penatkan.

Hari-hari kerja banyak. Tapi kita tak tahu apa yang kita kerjakan.

End up, kita rasa stress. Kita kecewa, kita rasa nasib kita tak sama macam orang lain. Tak indah, tak gembira.

Sedangkan waktu seharian yang kita guna itu, jika disenaraikan dalam satu kertas, sebenarnya baru kita akan nampak SESUATU.

Wowwww, rupanya banyak MANFAAT yang dah aku buat hari ni!

Ini apa yang zaty buat setiap hari. Lepas bangun subuh, zaty akan duduk kat meja sekejap. Ambil kertas dan pen. Then tulis TO DO LIST.

31398270_1790065427703112_1618060259930755286_n

Apa yang aku nak buat hari ni. Apa perkara yang aku kena setel hari ni. Dari siapkan breakfast, mandi anak, basuh baju hinggalah masak untuk lunch. Anything yang kita nak buat hari tu, kita tulis.

Then, lepas siap tulis kita terus buat gerak kerja. Setiap satu tugas yang dah siap, kita WAJIB potong tugasan yang kita tulis kat kertas tu.

Tahu apa perasaannya?

1) zaty rasa sangat gembira, seronok gila bila dapat siapkan satu task.

2) zaty rasa tak sabar nak siapkan task yang seterusnya. Rasa tak sabar nak potong task yang dah disiapkan dalam kertas kita tulis tu.

3) zaty rasa ada semangat dan energi luar biasa nak terus setelkan task demi task tiap-tiap hari.

4) zaty jumpa mana SLOT ME TIME yang zaty boleh selit untuk zaty habiskan masa. Bukan 15 minit. Kadang boleh dapat sampai 2 jam.

5) Rupa-rupanya dengan buat senarai macam ni, tugasan harian lebih cepat siap. Lepastu ada lebihan masa yang zaty boleh guna untuk baca buku, scroll fb, buat artikel.

6) Kita takde masa nak STRESS atau fikir benda bukan-bukan yang boleh buatkan kita down. Sebab otak kita dah tertumpu nak siapkan segala task yang kita tulis.

Walaupun kita tahu task yang kita buat hari-hari tu sama sebijik. Tapi zaty tetap tulis setiap pagi.

Ini namanya SELF MOTIVATION. Dia akan rasa satu kemenangan yang sangat BESAR bila kita berjaya potong dan terus potong task-task rumah yang dah selesai tu.

Perasaan kat hati ni? Tak tahu nak gambarkan betapa kita bangga dengan diri kita sendiri. Bila siap 2-3 task, zaty ambik masa untuk take 5. zaty raikan kemenangan sebab berjaya siapkan 2-3 task tadi.

Cara nak raikan kemenangan tu ikutlah. Kadang makan ais-krim, buat air milo, bergurau dengan fayyadh, scroll fb, baca artikel orang tulis. Anything dalam tempoh 5-10 minit tu kita raikan kejayaan kita.

Kita takde pilihan. Setiap hari kita tetap kena hadap benda yang sama. Cuma cara kita hadap tu yang membezakan diri kita dengan orang lain. Kalau kita lalui dengan positif, maka hidup kita penuh dengan senyuman.

Kalau kita lalui dengan cara negatif, sampai bila-bila pun mata hati kita akan dibutakan daripada boleh nampak cahaya kehidupan.

P/s : to do list zaty ada 3 kertas. Kerja rumah harian, kerja bisnes dengan 1 week to do list. Mana yang urgent, zaty akan buat kotak merah kat tulisan tu. So yang urgent zaty akan setelkan dulu.

Ezzaty Suffian
Hari-hari nak jemput positive vibes dalam diri-sendiri.

Kita BAIK atau TERLAMPAU BAIK dengan Anak-Anak?

Setiap kali zaty baca komen pada post-post zaty yang pernah viral tentang parenting style, zaty dapat detect satu benda ni: Kesungguhan ibu ayah yang cuba nak improve teknik mengasuh dan didik anak-anak.

Boleh kata banyak juga ibu-ibu yang marahkan suami sebab katanya ikutkan sangat cakap anak, manjakan anak sangat. Okey, takpe. Releks semua.

Kita semua tengah belajar. Kalau ada mana yang tersilap atau terkurang dalam teknik didikan kita atau pasangan, kita bawa berbincang. Cuba dapatkan kata sepakat. Taknak gaduh, masam muka tau.

Okay, jom kita revise balik. Kita ni sebenarnya baik dengan anak atau TERLALU BAIK dengan diorang?

Baik dengan anak maksudnya kita hormatkan diri kita sendiri dan pastinya kita hormatkan anak-anak. Baik dengan anak bukan tiket untuk kita AKUR dengan segala kehendak anak. Bukan ya.

Jadi baik tapi dalam masa yang sama mesti jadi TEGAS. Ada benda yang anak boleh buat, kita bagi galakkan. Tapi benda bukan-bukan yang anak buat, yang anak minta, kita mesti berani say NO.

Ada perkara yang kita boleh negotiate dengan anak. Anak minta makan ais-krim. Seminggu sekali kita bagi lah dia makan. Tapi bila hari-hari anak nak makan ais-krim, sampai dua tiga kali sehari makannya. Sampai taknak langsung sentuh nasi, apa kita nak buat?

Takkan nak negotiate lagi. Of course jawapannya adalah TAK BOLEH. Benda tu jelas-jelas boleh mudaratkan kesihatan anak. Anak tak dapat khasiat nutrisi yang sepatutnya, makan benda yang confirm tinggi kandungan gulanya. Finally gigi rongak habis.

Jangan jadi terlalu baik sampaikan kita dah dalam kategori :

1) manjakan anak (semua anak minta confirm dapat)

2) overprotecting anak (ayah tegur salah anak, yang ibu marahkan ayahnya semula)

3) micromanaging (uruskan semua benda, sekecil-kecil perkara sampai sebesar-besar perkara hinggakan anak langsung tak payah buat apa)

4) bagi terlalu banyak pilihan pada anak (pujuk anak berlebih-lebihan sangat)

5) rasa semua permintaan atau tindakan anak adalah betul dan perlu diikut/akur

6) taknak anak rasa susah langsung (anak perlu didedahkan dengan rasa susah sikit, tapi make sure dengan support/sokongan daripada kita)

Tapi, saya nak anak saya gembira, anak saya bahagia.

BetulπŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†. Takde salahnya. Gembirakanlah anak, baik dengan anak dengan cara :

πŸ“ŒΒ kita bagi perhatian pada dia
πŸ“Œkita bagi galakkan pada apa yang dia buat (selagi betul dan bermanfaat)
πŸ“Œkita pujuk dia bila dia rasa sedih.
πŸ“Œkita spend masa buat aktiviti sama-sama (quality time).

Bantu anak kita untuk jadi manusia. Bantu anak kita untuk faham dunia. Bantu anak kita untuk bina sahsiah dalam diri dia : rasa empati yang tinggi, ada keyakinan diri, kuat semangat, tahu untuk hormati orang lain.

Ezzaty Suffian
Baik dengan tegas perlu jalan seiring

Nak Marah atau Pukul Anak Usia 7 Tahun ke Bawah? Ini Cara yang Terbaik

zaty memang tak pukul anak?

zaty pukul. Tapi ada teknik pukulnya khas untuk fayyadh yang usia dia sekarang 2 tahun 6 bulan.

Usia ni usia anak belum faham apa-apa. Dia baru nak kenal orang sekeliling. Baru nak kenal tentang hidup. Baru nak faham pasal dunia dia sendiri. Baru nak tahu dan ingat perkataan-perkataan baru. Baru nak cuba bina ayat yang dia faham.

So, macam mana kita orang dewasa ni boleh expect anak kita tahu semua benda seperti mana kita orang dewasa ni tahu? Kita cakap sekali, tegur sekali, marah sekali, kita nak anak terus dengar dan ikut.

Itu yang akhirnya kita geram dan sakit hati, kita tuduh anak tu tak nak dengar kata. Kita naik tangan. Pap! Kuat kita pukul badan dia. Tak cukup sekali, kita tambah lagi.

Yang lagi sadis bila kita tegar tampar muka dia. Tunjal kepala dia, pulas telinga, cubit peha sampai menjerit budak tu menangis. Pada usia anak tu 2,3,4,5,6,7 tahun. Sakit tubuh badan dia, tercedera emosi dia.

Allahu Rabbi.

Serius ibu ayah. Diorang tak tahu dan tak mengerti apa pun. Hidup pada usia diorang adalah hidup yang perlukan explanation. Penerangan yang terang dan jelas dari kita. Hidup diorang lebih banyak melihat segala tingkah-laku dan percakapan kita untuk diikuti dan ditiru.

Islam dah bagi garis panduan palingggg mudah dalam disiplinkan anak-anak. Macam mana cara nak suruh anak solat?

Umur 7 tahun, kita ajar, ingatkan, ingatkan dan ingatkan lagi tentang solat. Berkali-kali kita sebut, kita cakap dan kita cerita tentang solat.

Umur 10 tahun baru kita dibolehkan untuk pukul anak kalau dia degil tak nak solat. Itupun pukul dengan niat nak mengajar. Pukul dengan tegas. Bukan pukul dengan amarah. Pukul pun mesti pada bahagian lutut ke bawah. Terutama di bahagian tapak kaki.

Itu cerita tentang solat tu. Benda yang paling berat dan paling utama yang kita kena tekankan pada anak. Islam tak ajar kita paksa anak solat seawal usia 2 tahun.

Apatah lagi pukul dia sebab tak solat waktu usia tu. Sebab apa? Sebab dia bukan faham pun apa maksud solat dengan kehidupan sebenar.

Sama macam tingkah laku yang dia suka buat, tapi kita tak suka tengok. Baling barang, pukul adik, sepahkan mainan, menjerit bila nak something, tendang barang-barang kat rumah bila mengamuk.

Dia tak tahu, tak faham pun benda yang dia buat tu salah. Yang dia tahu cuma nak ekspresikan perasaan tak puas hati, marah, sedih dan kecewa pada kita.

Sebab tu jadi tugas kita untuk memahamkan dia, bagi tahu dia benda tu salah.

Fayyadh pernah tiba-tiba datang perangai pukul zaty setiap kali kita tegur salah dia. Tak kira zaty yang tegur atau abah dia tegur. Mesti dia datang kat zaty, pastu lepuk muka kita, badan kita tanda dia tak puas hati. Kuat juga tau. Sampai tertanggal spek mata.

Mula-mula zaty tegur dia dalam nada tegas yang dia tak boleh buat macam tu. Tapi makin rancak lagi dia lepuk kita.

Akhirnya, zaty pegang tangan yang dia guna untuk pukul kita tadi dan zaty tepuk kuat. Tak menyakitkan tapi cukup untuk buat hati dia tersentap.

Yes, fayyadh menangis. Tapi bukan sebab sakit, cuma sebab terasa hati kita marah dia. Bila dia dah menangis tu, kita pujuk dan cakap lah elok-elok pada dia.

Kita terangkan pada dia, “its ok kalau fayyadh rasa marah pada ummi. Ummi faham mungkin ummi buat salah pada fayyadh. Tapi, kalau kita marah orang, kita tak boleh pukul-pukul macam ni. Kita kena bagitahu kenapa kita marah. Cerita dengan ummi kenapa fayyadh marah pada ummi ok.”

Keep explain, explain dan explain pada dia. Budak ni lagi cerdik dari kita. Dia faham apa kita cakap.

Ada 5 kali jugak situasi macam ni berlaku. Dan 5 kali jugak lah zaty dan suami buat perkara yang sama pada dia. Finally, dah takde habit tu pada dia sekarang. Hilang terus.

Jadi bertukar pulak. Setiap kali kita tegur salah dia, cepat je dia datang kat kita tarik kepala dan cium pipi kita. Kita pun dari nak marah, terus tak jadi.

Habit kedua fayyadh yang zaty berjaya ubah bila dia suka sangat baling barang terutama bila dia marah atau tak puas hati pada kita. Umur 2 tahun setengah ke atas, patutnya habit baling barang ni dah makin kurang.

So, setiap kali dia baling barang, setiap kali tulah zaty suruh kutip balik. Mula-mula memang dia tak nak. Nak tunjuk protes pada kita kan.

zaty pegang tangan dia, bawa ke tempat barang yang dah dibaling tu. Lepastu suakan tangan dia ambik barang tu dan bawakan tangan dia sekali sambil pegang barang letakkan semula kat tempat asal.

Menangis-nangis dia mengikut tangan kita. zaty explain cakap tak suka fayyadh baling barang macam tu. Bagi tahu dia perangai yang dia buat tu tak baik. Nanti kena kepala ummi, ummi sakit. Barang tu pun boleh rosak atau pecah. Kalau fayyadh nak apa-apa, cakap baik-baik dengan ummi.

Alhamdulillah. Teknik ni pun berjaya. Cukup 3 kali dia buat, sekarang dah takde perangai baling barang tu lagi bila dia marah. Kalau ada pun, memang zaty suruh dia kutip dengan suara yang memang tegas. Cepat je dia kutip. Lepastu dia datang pada kita, peluk kita.

Cuma, part baling barang ni ibu ayah jangannnn keliru. Budak baling barang ada 2 sebab. Pertama, sebab dia nak tengok effect barang tu jatuh. Bunyinya macam mana, jauh ke tak barang tu boleh pergi lepas kena baling, berderai ke tak barang tu. Macam-macam lagi lah.

Sebab kedua, macam tadi lah. Nak tunjuk rasa tak puas hati.

So, untuk sebab baling barang yang PERTAMA, janganlah ibu ayah buat cara yang zaty cakap tadi. Jangan kita marah atau tepuk tangan dia. Sebab dia bukannya nak tunjuk perasaan tak puas hati pun. Tapi dia tengah buat eksperimen. Mood dia pun tengah baik je waktu tu.

Let them be okay. Cuma, pastikan barang yang dia baling tu bukan kaca. Habit yang macam ni pun takkan lama. Macam fayyadh, tempoh eksperimen baling barang ada dalam 5 bulan macam tu. Bila dah cerdik sikit dah puas hati, habit baling barang ni pun hilang.

So, berbalik pasal marah atau pukul anak. Benda yang sama berlaku pun pada kita, orang dewasa ni sebenarnya. zaty sendiri tak suka suami cakap kasar-kasar, marah, tengking, herdik kita. Apatah lagi pukul-pukul kita. Takde siapa pun kat dunia ni suka diperlakukan macam tu kan.

Kita lagi suka nak dengar dan cepat je ikut bila suami tegur sikap kita dengan hikmah dan lemah-lembut. Dengan penuh rasa kasih sayang. Rasa seronok nak berubah. Emosi dan perasaan pun takde terhiris, tersentap.

Ini pada kita orang yang dah matang, ada akal cukup boleh fikir. Tapi adil ke kita layan anak bawah 7 tahun dengan kemarahan, pukul, herdik bagai? Anak pun jadi konfius. Dia yang tak cukup akal atau kita sebenarnya?