Berhenti Cari Jawapan Instant di Facebook atau Google Tentang Masalah Anak

zaty cukup takut bila ibu ayah jadikan facebook atau google ni sebagai tempat atau medan mencari jawapan. Terutamanya jawapan yang berkaitan dengan masalah perkembangan anak-anak.

Facebook dan google hanyalah satu MEDIUM untuk kita dapatkan MAKLUMAT. Bukan jawapan. Lagi pulak sekarang, makin ramai yang sudi cerita dan share maklumat tentang hal-hal yang berkaitan dengan anak.

zaty pun salah seorang daripadanya. Cuma, zaty decide nak masuk facebook dan berkongsi cerita serta maklumat. Sebenarnya hanya untuk refreshkan semula tentang apa yang zaty dah baca atau dengar dari bengkel dan seminar dengan cara zaty menulis.

Memang passion zaty adalah menulis. Bila kita menulis, kita dapat fahamkan diri-sendiri tentang satu-satu topik. Menulis pada zaty adalah salah satu cara terapi untuk diri sendiri.

Dan zaty sangat happy bila dapat share sesuatu ilmu yang kita dapat dengan semua pembaca. At least ibu ayah pun boleh dapatkan info yang sama macam zaty dapat.

Tapiiiiii, ini takkan menjadikan zaty seorang yang pakar dalam bab kanak-kanak. zaty cuma seorang ibu yang pakar terhadap anak sendiri je. Bila ibu ayah tanya zaty tentang masalah anak masing-masing, zaty tak boleh berlagak pandai atau jadi “pakar”.

I have no rights to diagnose apa masalah anak kalian. Bila kalian cerita pasal anak, zaty nampak ada anak yang tunjukkan ciri-ciri menghadapi masalah sensori, ada yang nampak nak ke autisme, ada yang memang ada masalah delay.

Tapiiii, apa yang zaty nampak ni hanya berdasarkan daripada pembacaan dan info yang zaty dapat daripada bengkel. Sebab tu bila kalian bertanya tentang masalah anak, apa yang zaty mampu jawab :

“Mohon puan buat appointment dengan pakar perkembangan awal kanak-kanak atau doktor pakar untuk dapatkan pencerahan dan jawapan tentang masalah anak”

Ramai yang cakap risau dengan perkembangan anak. Anak tak boleh tu, anak tak boleh ni. Anak terlebih tu, anak terlebih ni. Yes, kita memang patut rasa risau bila tengok anak kita “pelik” dari yang lain atau tiba-tiba datang habit baru dan pelik dalam diri dia.

Kalau kita dapat kesan apa masalah anak, sebenarnya dah sangat bagus. Sebab ini menandakan kita memang prihatin pada perkembangan anak. Kita ada naluri yang jelas terhadap anak-anak kita sendiri.

So, apa kata ibu ayah semua salurkan KERISAUAN ini dengan jalan yang betul. Jadi ibu ayah yang BERILMU. Itu WAJIB. Banyakkan lagi sumber pembacaan. Dan dapatkan DIAGNOSE awal tentang masalah anak dengan berjumpa PAKAR.

Masalah anak bukan benda yang boleh ditangguh-tangguh atau dibuat main. Lagi-lagi kalau anak masih belum capai usia 7 tahun. Nampak ada masalah, kena cepat buat tindakan.

Kalau dia dah masuk 7 tahun baru kita terkedek-kedek nak dapatkan diagnose dan buat treatment pada dia. Sangat terlambat. Kesian pada anak kita. Banyak ya kes macam ni sekarang.

zaty sendiri walau hari-hari baca tentang perkembangan anak, pergi bengkel sana-sini, zaty tetap dapatkan pencerahan dan diagnose tentang masalah fayyadh melalui pakar di hospital.

zaty takkan buat assumption tentang masalah anak hanya menerusi ilmu yang tak seberapa, hanya dengan pembacaan di facebook atau google. Segala maklumat yang ada dalam medium ni hanya sebagai GUIDELINE untuk kita sahaja.

Again, anak adalah tanggungjawab kita 1000%. Even kita hantar dia pada pengasuh, mereka hanya ambil alih tugas kita untuk menjaga buat sementara waktu. Masih lagi amanah tu kita yang tanggung. Takkan apa yang berubah kalau kita sekadar berpeluk tubuh di depan anak.

Bergeraklah. Ambil tindakan. Usaha terpaksa dilebihkan. Tidur mungkin tak cukup. Semua demi masa depan anak. Kita nak hidup anak-anak cerah sama macam hidup kita sendiri yang masih terjaga sehingga kini.

Berhentilah cari jawapan INSTANT. Benda ni hanya akan memburukkan keadaan anak-anak kita. Kesian pada mereka. Jangan lepaskan hidup mereka, tangan mereka, pautan mereka selagi mereka belum kenal isi dunia yang sebenar.

PLEASE IBU AYAH SEMUA….

Author: EzzatySuffian

A 29-year-old living in Ipoh. Wife and mom of cute baby, Amirul Fayyadh. Writer and Storyteller on Parenting and Child Development Authorised Seller at Ronella Essential Oils Contact: ezzatysuffian@gmail.com

Leave a comment