Underlying Cause yang Sebabkan Fayyadh Mengalami Speech Delay

Minggu lepas zaty ada janji nak share dengan ibu ayah semua “underlying cause” yang menyumbang kepada lambatnya fayyadh boleh bercakap (speech delay).

Cuma, zaty nak pesan awal-awal tau. Setiap anak yang speech delay ada “underlying cause” yang berbeza ya. Tak semestinya apa yang zaty cerita tentang fayyadh hari ni, akan sama atau “ala-ala” dengan apa yang jadi pada anak kalian.

Never do your own assumption okay. Ini sekadar sharing. Dan please ibu ayah yang ada anak speech delay, yang belum buat screening dengan pakar atau therapist, tolong ambil tindakan yang ini dulu.

Biar pakar yang kenal pasti apa “underlying cause” yang sebabkan anak kita speech delay.

Untuk fayyadh, therapist dapat detect ada 3 sebab yang kita tak perasan kenapa dia boleh jadi speech delay.

1) kaki fayyadh yang flat foot
2) telinga fayyadh yang hypersensitif pada bunyi
3) fayyadh kurang dapat rasa tubuh badan sendiri

*underlying cause ni maksudnya bukanlah punca utama pada kelewatan bercakap. Tapi dia menyumbang sedikit-sebanyak pada masalah ni.

3 underlying cause yang memang zaty dan suami tak pernah terfikir pun. Sebabnya, kita tak ada ilmu dan tak belajar benda ni semua. Tapi, bila therapist tengok je cara fayyadh bawa diri bila bermain, terus dia dapat detect apa puncanya fayyadh speech delay.

Okay, zaty terangkan satu-satu secara ringkas ya.

1) kaki fayyadh yang flat foot.

Serius tak perasan langsung yang ni. Even bawa fayyadh pergi checkup tiap-tiap bulan kat klinik pun, doktor tak pernah perasan atau bagitahu tentang ni.

Kaki orang normal, dia ada arch atau lekuk kat tengah-tengah kaki tu tau. Tapi kaki fayyadh dia punya arch tak develop well. Bila dia menapak, kita akan nampak kaki dia rata je. Tak berlekuk langsung.

Orang tua-tua sebut tapak kaki besar. Bila kaki bentuk flat macam ni, automatik fayyadh akan jadi susah nak seimbangkan diri bila berjalan.

Dan ini yang menjawab persoalan kami selama ni.

Kenapa tiba-tiba bila fayyadh dah mula boleh berjalan dulu, mulut dia seolah-olah bisu. Langsung takde perkataan satu pun yang keluar melainkan pandai menangis jelah.

Rupa-rupanya, dia perlukan DAYA FOKUS yang tinggi untuk seimbangkan badan dia bila berjalan. Sampaikan dia tak boleh nak fokus pada aktiviti yang lain termasuk bercakap atau install perkataan dalam memori dia.

So, faham ya. Flat foot tu sebenarnya bukan punca pada kelewatan fayyadh bercakap. Tapi disebabkan dia terpaksa bagi tumpuan yang penuh pada aktiviti berjalan dan seimbangkan badan, buatkan dia terpaksa ignore dengan aktiviti perkembangan yang lain terutamanya bercakap.

2) telinga fayyadh yang hypersensitif pada bunyi.

Hypersensitif pada bunyi ni maksudnya sistem auditory/telinga dia mampu tangkap bunyi yang sangat perlahan atau halus. Cukup sensitif pada apa-apa bunyi.

Contohnya, kita berjalan punyalah perlahan sebab taknak bagi dia terjaga dari tidur. Tapi sebab telinga dia yang super sensitif tu, dia boleh detect bunyi tapak kaki kita lepastu terjaga.

Jadinya, telinga budak yang hypersensitif ni, dia boleh tangkap atau dengar segala benda yang berbunyi kat sekeliling dia dalam satu-satu masa. Bunyi kipas, bunyi kereta lalu kat luar rumah, bunyi budak hujung taman menangis.

Dan bila datang bunyi yang agak kuat atau bising macam blender, kita marah terjerit-jerit pada dia, mainan yang ada bunyi yang kuat, ni semua boleh menyakitkan sistem pendengaran dia.

Telinga yang hypersensitif pada bunyi TAK SEBABKAN speech delay. Tapiiiii, punca utamanya ialah bila zaty bagi pendedahan TV pada fayyadh lebih daripada 8 jam sehari sejak dari usia 8 bulan.

Telinga budak yang hypersensitif ni dia akan menangkap semua bunyi yang masuk ke dalam telinga dia. Dan bunyi tu akan diproses sebagai satu maklumat di dalam otak dia.

So, bila fayyadh terlalu didedahkan dengan TV dulu, ini buatkan telinga fayyadh tangkap macam-macam bunyi dari TV ke dalam telinga dia.

Bila semua bunyi ni dimasukkan ke dalam otak, otak dia tak mampu nak bezakan atau filter bunyi yang penting dan yang tak penting.

Otak proses semua bunyi yang diterima. Kat sini akan berlakunya kecelaruan maklumat. Semua maklumat dirasakan penting dan perlu disimpan sebagai memori.

Sudahnya, bila kita cuba nak ajar anak bercakap atau nak perkenalkan perkataan-perkataan baru, maklumat yang penting ni akan disimpan sebagai short term memory je.

Tambah pulak cara kita ajar tu tak menarik macam dia dengar dalam TV, so awal-awal lagi dia akan filter apa pun yang kita ajar pada dia. Maklumat dari bunyi dalam TV tu bagi dia lagi best dan sesuai untuk disimpan.

Nampak kan betapa bahayanya TV pada perkembangan baby?

3) fayyadh kurang dapat rasa tubuh badan sendiri

Salah satu cara nak detect budak yang kurang rasa tubuh badan dia ialah bila dia suka sangat duduk kat tempat yang sempit. Duduk dalam almari, kat celah-celah atau bawah kerusi, menyelit belakang almari.

Antara punca kenapa budak ada habit macam ni sebab dia nak rasa tubuh badan dia sendiri. Sendi pada seluruh badan dia kurang dapat rangsangan.

So, secara automatik dia akan “seeking” atau mencari rangsangan dengan duduk kat tempat yang sempit.

Kurang rangsangan pada sendi ni pun antara sebab kenapa budak susah sangat nak duduk diam kat satu-satu tempat dalam tempoh masa yang agak lama.

Memang zaty nampak fayyadh takkan duduk diam. Dia bergerak dan bergerak. Lari sana, panjat sini. Masuk bilik depan, kejap nanti masuk bilik belakang. Kita tengok pun rasa penat. Tapi dia relax je buat macam tu sampai berjam-jam lamanya.

Bila budak tak boleh nak duduk diam macam ni, janganlah nak ajak buat aktiviti dengan dia. Memang tak jalan pun. Dia tak boleh nak bagi tumpuan langsung pada kita.

Apatah lagi nak ajar bercakap. Confirm takde respons, suara kita macam dibawa angin lalu menderu. Sudahnya kita yang frust.

So, untuk atasi masalah ni, therapist ada ajar teknik urutan pada fayyadh. Urutan ni kita kena buat secara kerap untuk bagi dia rasa atau aware dengan sendi-sendi badan dia.

Alhamdulillah, urutan yang zaty amalkan inilah yang bantu sangat fayyadh untuk lebih fokus pada aktiviti yang dia buat. Fayyadh masih aktif lagi, tak duduk diam. Tapi dah tak macam dulu.

Kalau dulu 3 jam dia boleh bergerak tak duduk diam langsung, sekarang dah berkurang setakat sejam setengah ke 2 jam macam tu je. Lepastu yang paling obvious bila dia dah tak lepak kat dalam almari, celah-celah almari.

************************************************

Walaupun ada hidden cause/underlying cause yang jadi punca kelewatan fayyadh bercakap, still faktor palinggg utama punca fayyadh speech delay : pendedahan pada TV seawal usia 8 bulan dan kurang komunikasi/interaksi antara zaty dan fayyadh dulu.

Sekarang bila dapat tahu ada underlying cause pada fayyadh, zaty kena setelkan dulu semua part ni sebab selagi penyebab yang tak nampak ni tak diselesaikan, selagi itulah speech therapy fayyadh susah nak dibuat.

Ezzaty Suffian
Usaha dengan konsisten demi masa depan fayyadh

Author: EzzatySuffian

A 29-year-old living in Ipoh. Wife and mom of cute baby, Amirul Fayyadh. Writer and Storyteller on Parenting and Child Development Authorised Seller at Ronella Essential Oils Contact: ezzatysuffian@gmail.com

Leave a comment