Jaga Kualiti Makanan Kalau Nak Kedai Ramai Orang Datang

zaty perhati je dua gerai ni. GERAI A dengan GERAI B kat cafe hospital tempat zaty kerja dulu. Cerita tahun 2013. zaty bukan perhati sehari dua. Tapi rasanya 3-4 bulan zaty dok tengok dan buat analisis sikit.

zaty pelik. Kenapa lah GERAI A pelanggan dia kurang. Pekerja siap boleh sembang, main handphone. Yang GERAI B ni pulak, pelanggan beratur punyalah panjanggg sampai ke luar cafe. Pekerja dia nak angkat kepala pun tak sempat. Berkejaran bungkus order orang.

Yang bestnya zaty memang pelanggan tetap GERAI B. Belum pukul 12 tengah hari lagi, zaty mintak izin kat boss nak keluar kejap tapau lunch kat tempat dia. Sebab takut lauk favourite zaty habis. Lagi satu tak larat nak buang masa beratur panjang-panjang.

GERAI A? Setakat yang zaty ingat, pernah dua kali je zaty beli kat dia. Kalian nak tahu kenapa GERAI B jadi huru-hara macam tu? Kenapa orang sanggup beratur panjang semata-mata nak beli lunch GERAI B instead of “jalan lalu” je kat GERAI A lepastu terus boleh makan?

Jawapannya satu je. GERAI B berjaya deliver EMOSI pada setiap nasi dan lauk yang dia masak. Emosi yang macam mana? Emosi yang bila kita makan je, terus kita rasa seperti makan kat rumah. Seolah-olah kita tengah makan air tangan mak atau isteri/suami tersayang.

Ini strategi GERAI B.

1) Setiap lauk yang dihidangkan semuanya panas-panas macam baru 5 minit tadi dimasak

2) Setiap lauk yang dimasak mesti dalam kuantiti yang sikit. Cukup sekadar 10-15 orang makan.

3) Habis lauk nombor 2 tadi tu, akan datang staff dia yang lain hantar bertray-tray hidangan lauk jenis lain pulak. Pun dalam kuantiti setakat 10-20 orang makan. Pun mesti panas-panas.

4) kalau dicampurkan point nombor 2 dan 3, total lauk yang dihidangkan/dijual untuk tengah hari tu mungkin capai hingga 20-30 jenis lauk yang berbeza, dihidangkan secara berperingkat.

5) lauk yang dia masak pulak bukan yang jenis simple sempoi. Ada terung berlado, ayam masak kurma, telur puyuh masak sambal, peria goreng telur dan macam-macam lagi. Sekali tengok, rasa nak makan semuanya.

Kalian nampak di mana EMOSI yang kita dapat bila makan masakan GERAI B ni?

Jawapannya ada 3 je :

1) semua masakan dia adalah FRESHLY COOKED. Habis satu lauk, kira habis. Dia ganti dengan lauk lain yang mesti panas.

Takde dia nak buat satu lauk tu sekali banyak. Lepastu orang yang ke 20 nak makan dah dapat lauk sejuk.

Dah takde emosinya kat situ kan?

2) Lauk dia masak sangat PELBAGAI. Rambang mata, confirm semua sedap. Sampaikan zaty siap tapau untuk makan malam sekali kalau kena buat kerja over time hari tu.

3) Setiap lauk yang dimasak guna bahan segar lagi berkualiti. Makan ikan masak asam, takde rasa isi ikan keras, ikan lama. Lauk sayur campur, semua sayur dia terasa lagi segar dan manis.

*************************************************************************************
Sebenarnya kan, bab makan ni MUDAH sangat nak dapat ramai customer. As long as kita jaga kualiti makanan. Kalau perlu panas, mesti panas. Kalau perlu sejuk, make sure sejuk.

Lepastu kita guna bahan-bahan yang segar dan berkualiti. Dan last sekali kita jaga rasa makanan tu.

Waktu ni, kalau jual mahal sikit dari kedai sebelah pun pelanggan tak kisah. Janji apa yang pelanggan makan tu mampu sentuh emosi dia. Mulut rasa sedap, perut kenyang, hati puas, jiwa pun rasa gembira.

Ezzaty Suffian
Mampu buat review makanan yang berpengaruh kalau rasa dia betul-betul sentuh emosi kita.

P/S : 3 item yang confirm boleh bantu pengaruh emosi kalian bila makan : magic potion by oven bella, magic mix by oven bella dan sambal hitam pahang by resepi sang dewi.

Untuk buat tempahan, tekan link ni http://ezzatysuffian.wasap.my

ATAU

TAIP DAN SAVE NOMBOR Ezzaty Suffian +60189532991

Author: EzzatySuffian

A 29-year-old living in Ipoh. Wife and mom of cute baby, Amirul Fayyadh. Writer and Storyteller on Parenting and Child Development Authorised Seller at Ronella Essential Oils Contact: ezzatysuffian@gmail.com

Leave a comment