Sayang Anak Lebih Dari Nyawa Sendiri

Dulu, bila sebut pasal mak ayah, cepat sungguh hati ni rasa sebak. Teringat segala kasih sayang dan pengorbanan besar yang diorang dah buat untuk kita.

Sekarang, bila sebut pasal anak-anak, cepat pula air mata ni mengalir tak semena-mena. Terasa dalam sungguh rasa kasih dan sayang kita pada diorang lebih dari nyawa kita sendiri.

Sungguh bertuah bila kita masih punya mak ayah yang selalu ambil tahu pasal kita. Walau kita ni dah besar panjang, dah ada kehidupan sendiri. Masih ditanya tentang kita sama ada okay ke tak.

Sungguh beruntung kita masih memiliki anak-anak yang jadi penyeri hidup hari-hari kita. Yang buatkan kita lebih belajar tentang realiti kehidupan.

Yang secara tak sedar, dalam tiap asuhan dan didikan kita pada anak, turut terselit didikan terhadap akhlak dan peribadi sendiri.

Hidup kita yang tak tahu sampai bila. Suatu hari nanti tetap ada penghujungnya. Sama ada mereka atau kita yang pergi dulu.

Entah. Semua rahsia Tuhan.

Yang tak jadi rahsia bila kita terus hidup berkasih sayang, hargai setiap saat yang ada bersama mereka yang kita cinta. Serahkan segala usaha dan tenaga yang kita ada untuk lihat mereka tersenyum, ketawa gembira.

Sekurang-kurangnya, bila kita dipanggil Ilahi nanti, tiada ralat dan kekesalan dalam hati kerana kita dah lakukan semuanya demi mereka.

Ezzaty Suffian,
Sayang mereka semuanya kerana Tuhan

 

22886207_1599262453450078_1717399025257926245_n

Ibu Bekerja VS Ibu Suri Rumah

Selamat pagi sabtu ibu ohsem. Sedikit motivasi dari zaty untuk pagi ni :

Sayang….benda yang paling penting seorang ibu kena buat ialah mainkan peranan yang betul sebagai seorang ibu kepada anaknya.

Tak kisah kita kerja atau kita suri rumah. No point kita ada gelaran ibu kalau anak-anak kita biarkan tanpa perhatian. Tanpa didikan yang betul, tanpa beri pemakanan yang sihat, tanpa penuhi keperluan emosi anak.

Banyak lagi kalau nak cerita peranan ibu pada anak ni. Tak cukup kalau kita senarai dalam satu kertas A4.

Serius tak cukup.

Dan lagi kesian bila kita serahkan bulat-bulat, 100 peratus soal penjagaan anak, asuhan anak ni pada babysitter, cikgu taska, kindergarten, cikgu sekolah. Langsung tak nak ambil tahu soal perkembangan anak.

Yang kita tahu, balik kerja anak kena behave. Kalau anak buat masalah, cepat je nak blame cikgu.Itu kalau ibu yang kerja. Lepas tangan sungguh.

Yang suri rumah pun, takda maknanya anak depan mata kalau ibu sibuk dengan gadget 24 jam. Rumah tak berkemas, baju tak berbasuh, anak ikut pandai cari makan sendiri kat dapur. Mandi tak mandi si anak, ikut suka dia lah.

Kalau dah macam tu pemalasnya si ibu, mana mungkin dia mampu didik anak-anak dengan agama Allah. Betul kan?

Nampak kan bila ibu tak mainkan peranan dan tanggungjawab sebenar? Sebab tu pagi semalam zaty cerita, juri tu cakap nak tengok perangai anak, tengok pada akhlak ibunya.

Yang lagi 1 point tu, bahaya bila kita serahkan sepenuhnya anak pada orang untuk diasuh dan dididik. Kita sibuk cari duit nak bagi pendidikan tinggi untuk dia. Orang lain yang memiliki hati anak tu. Bukan kita, ibunya.

Kita izinkan orang luar ambil tugas dan peranan kita sebagai ibu.

Terus terang zaty cakap, kawan-kawan sekolah zaty ramai jadi orang hebat. Sahsiah dan akhlak cukup cantik dan sebenarnya ibunya dulu seorang yang bekerjaya.

Yang ibunya suri rumah pun sama. Anak-anak sampai ada 12 orang , semuanya berjaya. Takde seorang pun yang gagal habis belajar kat universiti. Kerjaya masing-masing power.

Sebab apa tu? Sebab masing-masing faham peranan dan tanggungjawab hakiki seorang ibu adalah untuk jaga, didik dan asuh akhlak anak-anak sejak dari hari pertama dia dilahirkan.

Dia didik ikut pada aim, target, impian seorang ibu terhadap anaknya sendiri.

Apa yang penting kita faham amanah yang Tuhan dah bagi pada kita. Apa yang utama, kita berikan masa yang paling berkualiti bersama dengan anak-anak.

Cuma, kalau kita mampu jadi suri rumah sepenuh masa, itu yang terbaik. Terutama bila anak masih dalam fasa 0 hari ke 7 tahun. Inilah masa yang paling kritikal untuk kita tanam dalam hati dia untuk mengenali dan mencintai Allah.

Kalau tak mampu, maka kita sendiri kena adjust jadual hidup kita demi masa depan anak-anak. Kita tak boleh ada alasan untuk tidak besarkan dan didik anak-anak dengan tangan kita sendiri.

Orang lain cuma tolong tengokkan anak kita sekejap. Selebihnya guna masa yang berbaki yang ada pada kita hanya untuk lihat anak-anak membesar depan mata.

Ibu jangan down, ibu jangan sedih. Janji ibu tahu ibu dah cuba buat yang terbaik, dah usaha sedaya-upaya demi anak-anak. Tuhan melihat pada usaha dan penat lelah kita, ibu.

Kuatkan semangat ibu sebab hidup atas dunia ni sememangnya banyak sangat ujian. Kalau perlu menangis, menangislah. Esok bangun, terus bangkit macam biasa jadi ibu yang lebih baik.

Peranan Ibu Dalam Kehidupan Anak-Anak

Genap 4 tahun dah zaty jadi suri rumah sepenuh masa. Kadang-kadang terasa rindu nak masuk alam pekerjaan semula.

Ada hari, termenung juga zaty kat rumah ni. Kadang rasa down sebab takde kawan macam dulu. Kadang rasa stress bila hari-hari kita buat benda yang sama dalam rumah.

Sampailah 3 bulan lepas, zaty ada tertengok satu video dari Indonesia ni. Video program realiti Hafizh Quran yang stesen tv Indonesia buat. Ala-ala program Qari Junior kat TV3 tu.

Cuma program Hafizh Quran ni dia libatkan pertandingan hafazan ayat Quran untuk budak-budak bawah 6 tahun kalau tak silap zaty.

Ada seorang budak perempuan ni usia lebih kurang 3 ke 4 tahun, Kaisa namanya. Bila juri baca ayat pertama dalam satu surah, dia sambung dengan ayat yang kedua.

Macam tulah bergilir-gilir sampai Kaisa dapat habiskan surah tu dan peroleh 100 markah (full mark). MasyaAllah, kalau ibu ayah tengok mesti rasa kagum. Hebat sangat budak ni.

Habis sesi hafazan tu, datanglah pengacara dan dia bertanya pada juri.

“Aku perhatikan yang semua peserta dalam Hafizh Quran ini berada sangat dekat dengan ibunya. Yang aku tanya pada mereka, kebanyakan yang ajar mengaji dan menghafal itu buat pertama kali adalah ibunya.

Yang sebenarnya, seberapa besar peranan ibu terhadap anaknya?”

Dan ini jawapan juri tersebut yang jadi motivasi pada zaty sebagai seorang ibu dan suri rumah untuk terus berjuang dan kuatkan semangat demi besarkan anak-anak dengan tangan sendiri.

Jawapannya agak panjang kalau nak tulis. zaty just bagi rumusan kat sini ya :

Ada hadis yang menyebut, “sebuah negara itu akan baik jika wanita-wanita dalam sebuah keluarga itu juga baik. Tapi jika ibunya bermasalah, maka kita lihatlah seperti apa anak-anaknya nanti.”

Begitu penting seorang ibu dalam kehidupan anak-anaknya. Kerana setiap hari yang akan ada di rumah, yang perhatikan gerak-geri anaknya, apa yang terjadi pada anaknya, perubahan apa yang terjadi pada anaknya adalah dari peranan seorang ibu.

Sambung pulak seorang juri lelaki bagi nasihat dan pandangan :

Anak itu Allah titipkan (berikan atau amanahkan) buat kita. Jangan kita titipkan lagi dia pada orang lain. Kerana yang akan ditanya oleh Allah S.W.T adalah kita orang tuanya. Bukan orang lain.

Kebanyakan kita banyak serahkan anak kepada orang lain. Yang paling berbahaya bila kita besarkan badannya, tetapi hatinya di ambil oleh orang lain. Kita tinggikan pendidikan dia, tapi kita serahkan otak dan fikiran dia (asuhan) kepada orang lain.

Padahal kita sebagai orang tua diukur keberhasilan mendidik anak oleh Allah dengan 3 perkara :

1) Sudahkah anak kamu mentauhidkan Allah S.W.T?

2) Adakah anakmu berbuat syirik terhadap Allah S.W.T?

3) Adakah pendidikanmu dan sekolah-sekolah anakmu itu membuatkan anakmu taat kepada Allah S.W.T dan RasulNya?

Kalau ketiga-tiga soalan ini gagal dijawab oleh kita sebagai ibu dan ayah, maka Nauzubillaminzalik. Terseksa lah kita sebagai orang tua.

*Link video full disini ya :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=736973219740364&id=726257017478651&hc_location=ufi

Ibu ayah nak tahu, setiap anak yang kita lahirkan ke dunia ni, dia cuma ada satu fasa je. Iaitu fasa pembesaran SEHALA.

Sehala maksudnya kalau sekarang umurnya 2 tahun, 20 tahun akan datang umurnya akan jadi 22 tahun. Takkan berpatah balik pada usia 2 tahun macam sekarang.

Kalau usianya cuma sampai 5 tahun, maka kita ada masa dengan dia cuma lagi 3 tahun sahaja. Sebab anak bukan milik kita yang mutlak. Dia adalah milik Allah sepenuhnya. Hanya kita yang menjadi peminjam.

Kalau sekarang kita rasa penat, lelah, tak larat, tertekan dengan perangai dan karenah anak yang nak membesar, percaya satu perkara ni. Anak hanya bergantung sepenuhnya, 100 peratus pada perhatian dan tenaga kita daripada dia lahir sampai masuk darjah 1.

Bila dia makin membesar dan berkawan, sifat pergantungan dia pada kita tu makin hilang. Dia makin pandai nak berdikari bawa diri. Dia cuma perlukan bantuan kita hanya bila diperlukan sahaja.

Buktinya, kalau sekarang dia kerja nak berpelukan dengan kita, makan nak bersuap. Esok umur 12 tahun, dia hanya akan peluk bila dia rasa perlu dan tak rasa malu. Makan pun dah tak nak bersuap. Nak makan sendiri je.

Bila sekarang dia minta kita buatkan susu, esok umur dah 10 tahun dia akan picit air panas sendiri dan buat susu sendiri untuk dia minum. Jarang sangat dah dia minta kita buatkan.

7 tahun pertama untuk anak bukan masa yang panjang pun untuk kita nikmati telatah, keriuhan dan tangisan manja dia. 7 tahun yang pertama untuk anak hanya ajar kita untuk hargai erti rindu pada wajah comotnya, bau masamnya pada 20 tahun akan datang.

Memori indah hanya datang dengan seberapa banyak kenangan manis yang kita dapat sekarang dengan dia. Cara kita bagi perhatian, didikan, kasih sayang yang tak berbelah bahagi dengan tangan kita sendiri pada dia sekarang akan bentuk siapa diri dia 20 tahun akan datang.

Bertabahlah Ibu Ayah! Pembelaan Allah Itu Sangat Manis

Tiap anak yang kita lahirkan dengan penuh kesusahan, kita besarkan dengan sengkang mata dan titik peluh kudrat tulang empat kerat, kita beri didikan yang sedaya-upaya biar sempurna….. dan akhirnya, kita ibu bapa harapkan satu perkara : Mudah-mudahan anak ini akan menjadi SAHAM buat kita di dunia apatah lagi di negeri akhirat sana.

Harapan kita bila dia dah besar dan punya kerjaya hebat, boleh lah kita TUMPANG senang. Takdelah kita terkapai, hidup merempat di hari tua. Kat akhirat nanti pun, yang tarik dan selamatkan kita biarlah dia anak yang SOLEH.

Tapiiii, macam mana kalau yang berlaku tu sebaliknya? Anak yang berjaya tu tak kenang jasa kita. Apakah kita akan berendam air mata, marahkan anak sampai taknak halalkan makan minum, susu yang diberikan? Redha Allah letaknya pada Redha ibu bapa. Biar dia susah, duplicate lah engkau sama macam nasib si TANGGANG nanti.

Ohhhhh, Itu silap kita ibu bapa. Berapa banyak ikhlas sebenarnya kita bila besarkan dan didik anak-anak? Of cozzz ramai yang jawab ikhlas. Tapi ada ibu bapa yang jauh lagi ikhlas hatinya nak banding ngan ikhlas seposen dua kita.

Ikhlas sehingga ke lautan hati paling dalam tulah maknanya taknak langsung harapkan apa-apa balasan dunia mahupun akhirat, kita didik anak-anak hanya semata-mata Lillahi Taa’la, Kerana Allah : Dorongan awalnya kerana Allah dan harapan akhirnya cuma keredhaan Allah semata.

Ibu bapa yang ikhlas tak akan harapkan balasan apa pun dalam tugas besarkan dan didik anak-anak. Sama ada depa nak kenang atau tak jasa kita, itu SOAL KEDUA. Cerita PERTAMANYA ialah macam mana kita genggam dan laksanakan tugas keibubapaan atas dasar AMANAH ALLAH.

Hukum alam kata semakin kita memberi, semakin banyak kita menerima. Selagi kita tak mengungkit, tak harap apa-apa balasan SEBENARNYA semakin banyak kita akan dibalas dengan kebaikan. Allah tak akan kecewakan ibu bapa yang ikhlas! Anak-anak pasti akan kenang jasa ibu ayah tanpa sekali pun kita menyebut-nyebut, meminta-minta.

Kita cuba belajar nak jadi betul-betul IKHLAS. orang yang ikhlas akan dicintai Allah dan untuk nak dapat cinta AGUNG ni salah satu caranya ialah bila kita buat satu-satu tugas, kita sedaya-upaya untuk memperelokkannya, buat dengan usaha maksimum sampai dapat hasil yang optimum. Orang putih cakap ALL OUT💪

Ikhlas ni lebih tinggi dari PAHALA. Sebab ikhlas ni tujuannya hanya untuk MEMBERI, bukan menerima. Dan ikhlas tu bila kita terima hanya untuk memberi semula. Susah sangat nak dapat taraf ikhlas lagu ni. Tapi kita cuba jugak sebab itu tugas kita sebagai HAMBA. Maha suci Allah yang sentiasa pelihara kita dari keburukan dunia dan akhirat.

Marah dan Tengking Anak Kecil Hanya akan Buatkan Emosinya Terganggu

Teringat kisah waktu fayyadh umur setahun setengah dulu.

Dia nak minum air, then zaty tuangkan bagi pada dia. Entah macam mana, cawan tu jatuh sampai tumpah lah semua air. Banjir kilat sekejap lantai rumah.

Kebetulan masa tu mood zaty memang tengah tak elok. Memang marah lah kita ni kat dia. Dan, dia refleks terus. Dia menangis kaw-kaw macam takut sangat. Menjerit-jerit suara.

Sejak daripada tu, setiap kali fayyadh pegang cawan, dia akan handle dengan penuh hati-hati. Jalan perlahan penuh konsentrasi. Punya tak nak bagi air tu tertumpah lagi sekali. Bagus kan?

TAPIIIIIIIIII…..

Kalau tiba-tiba air tu tertumpah walau setitik-dua, dia akan terus menangis menjerit-jerit. Nampak muka dia takut, dia lari jauh dari zaty ataupun abah dia. Bukan sekali dua, tapi setiap kali air tumpah dia terus jadi macam tu.

Opss, zaty tergamam. Rasa kesian sangat kat dia.

Start dari situ zaty dapat tangkap something.

Oh Tuhan! Ada sesuatu yang silap pada zaty.

Sepatutnya fayyadh tak perlu jadi paranoid sampai macam tu sekali. Takkan sebab air tumpah, dia punya takut kena marah sampaikan dia yang menangis dulu sebelum kita sempat nak react apa-apa dengan dia.

I know i’m doing wrong with him.

Cara zaty marah dia yang buat dia takut dan trauma.

For long term, zaty sedar yang benda ni memang tak elok untuk dia. Zaty dah buatkan dia takut nak cuba dan explore sesuatu.

Sedangkan pada umur dia sekarang, dia patut expose dengan dunia sebenar, try and error macam-macam aktiviti apa pun yang dia buat.

Tapi, bila zaty marah pada silap kecil yang dia buat, yang actually dia tak tahu pun benda tu silap, automatik zaty akan matikan keinginan dia untuk cuba sesuatu yang baru dan explore lagi dan lagi.

Emosi dia boleh jatuh. Dia tak ada keyakinan diri, dia tak berani nak melangkah ke depan, dia tak berani nak buat keputusan sendiri. Eh, semuanya takut lah. Sebab sikap zaty yang straight tak kena tempat.

Yes, i admit i was wrong.

Dah pandai buat salah, kena lah pandai cari jalan nak atasi kan.

Sejak dari sedar diri tu, zaty belajar untuk control marah sendiri. Cuba buat rasional tu lebih tinggi dari emosional.

Setiap kali fayyadh tumpahkan air, zaty yang akan bertindak dulu. Cepat-cepat pergi pada dia, ambil cawan tu dari dia. Dan zaty peluk fayyadh, usap kepala dia.

“Its okay fayyadh. Fayyadh tak sengaja kan? Ummi tak marah. Lepas ni hati-hati okay.”

First time pujuk, tak jadi sangat. Dia still menangis. Tapi zaty buat dan buat jelah cara tu sampai last sekali, Alhamdulillah berjaya.

Sekarang, bila air tumpah dia akan panggil zaty. Tunjuk air yang tumpah tu. Zaty ambil kain, bagi pada dia suruh lap. Setel.

Fayyadh bagi tumpah so fayyadh lah lap. Hahahaha.

Dan kesan daripada tak marah tu jugaklah semalam dia dah jumpa teknik baru. Dia tuangkan semua air susu atas lantai, pastu berenang kuak lentang mengalahkan Pandalela Rinong.

Huh. Mau tak hangit hati kita ni. Tapi tak boleh marah, zaty. Tepuk dahi, urut dada dulu.

Mula-mula zaty tepuk tangan. Yeayy fayyadh pandai. Lepastu, dengan suara yang agak tegas,

“fayyadh jangan buat macam ni. Habis rumah kita bau susu. Nanti semut datang gigit fayyadh. Fayyadh yang sakit tau. So, sekarang tolong ummi lap balik air susu ni.”

Dia tak nangis, dia tak marah. Dia tolong lapkan lantai. Fuhh, lega.

Hopefully lepas ni tak jadi lagi lah lautan susu.

Ezzaty Suffian
Nak sabar tu yang paling susah

Kisah Vivy Yusof dan Anak Perempuan Comelnya

Kalau kat instagram tu, zaty suka betul “stalk” Vivy Yusof, owner FashionValet dan jenama Duckscarves.

Secara jujurnya memang zaty suka tengok personaliti dan karakter diri yang dia bawa. Seorang yang positif, penuh motivasi, pandai dalam manage famili dan syarikat sendiri.

Pendek kata, dia memang seorang wanita yang layak untuk dicontohi dan diikuti. Semangat juang dia buatkan Zaty rasa sangat kagum. Kadang-kadang terasa juga nak jadi macam dia.

Mampu kah? Kahkahkah. Perasan kejap.

Zaty ada layan tv show dia kat youtube tau. Nama rancangan tu “Love, Vivy”. Tv show ni memang tunjuk cerita kehidupan realiti Vivy yang dia lalui hari-hari.

Ada satu episod tu, Vivy nak tolong mak dan mak mertua dia buat laksa. So, dia pergi pasar dengan kedua-dua maknya untuk beli bahan yang diperlukan.

Bila sampai rumah, Vivy tengok anak dia Mariam Iman Shah tengah tidur. Lepastu, dia kacau lah si Mariam ni tidur dengan niat nak ajak main.

Sekali, bila Mariam bangun je terus dia nangis-nangis. Normal lah kan budak. Kadang-kadang bila bangun tidur, mood tak baik.

Part yang paling-palinggg sedih sekali bila Mariam taknak Vivy, mak dia sendiri. Sambil Mariam nangis tu, dia panggil dan panggil Kak Siti, Kak Siti, Kak Siti. Kak Siti ni pembantu rumah Vivy.

Vivy pujuk Mariam cakap,

“Mommy is here, Mariam”

“Ni mommy ni. Jangan menangis”

Tapi Mariam tak berhenti pun menangis sampailah Kak Siti datang dan ambil Mariam.

Dan….Vivy pun menangis waktu tu juga.

Yes, scene ni paling buat hati zaty rasa sedih sangat-sangat. Tiba-tiba kita pun ternangis sama.

I feel you, vivy.

Sebagai seorang mak yang lahirkan anak kita sendiri, memang sangat wajar kalau kita menangis bila anak taknak kat kita, tapi nak kat orang lain.

Memang sangat wajar kita rasa cemburu bila anak rapat dengan orang lain terutamanya orang luar, tapi dia taknak rapat dengan kita.

Sedangkan kita sayang pada dia lebih dari nyawa kita sendiri. Apa pun yang kita buat, semuanya demi anak-anak. Apa pun pengorbanan yang kita lakukan, semuanya untuk masa depan dia.

Tiada satu saat pun yang kita lalui tanpa teringatkan anak-anak. Cuma, memang benar. Ini antara dilema yang selalu berlaku di kalangan ibu-ibu yang bekerja kan.

Tidak bekerja, ada komitmen yang perlu diuruskan setiap bulan. Bila bekerja pula, ibu terpaksa korbankan masa anak dengan hantar pada pengasuh, pembantu rumah ataupun pihak taska untuk dijaga sementara.

Paling kurang 6 jam, paling lama 12 jam anak-anak tak nampak kita, tak berpelukan dengan kita, tak bergurau-senda dengan kita. Kadang-kadang makan masa berhari atau berminggu tak bertemu muka kalau ibu terpaksa keluar kawasan.

Semuanya demi tuntutan tugas kerja yang dah dipertanggungjawabkan. Kita tiada pilihan melainkan berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa.

Tapi hakikatnya, tak semua ibu boleh buat keputusan drastik macam tu.

Cuma, setiap masalah yang berlaku kita tetap boleh cari jalan solusi. Tidak boleh kata tidak, waktu keberadaan kita di rumah adalah waktu yang kita gunakan sepenuhnya bersama anak-anak.

Waktu tu walaupun masa kita, bukan lagi jadi masa kita. Sebab dia dah jadi masa untuk anak-anak kita. Yang perlu dibelai, diberi perhatian, didengari setiap luahan kata-kata.

Asalkan mereka anak-anak masih kenal siapa ibu mereka. Masih sayang dan rindu dengan pelukan kasih ibu mereka. Masih mencari dan mengutamakan si ibu setiap kali anak nak berkongsi cerita suka dan duka.

Dah cukup buat hati kita tenang dan gembira sebenarnya.

Tiada apa yang lebih berharga melainkan anak mampu terus kasih dan sayangkan kita sampai bila-bila.

Ezzaty Suffian,
Si hati tisu tak rela berpisah dengan anak

Chemistry Ibu dan Anak. Masihkah Ada Cinta?

Dalam sehari, ada tak ibu-ibu tiba-tiba je terasa nak pergi peluk, cium, gomoi anak-anak? Tengah ketung-ketang masak lunch, tiba teringat kat dia. Terus cari, tarik budak tu nak peluk sampai tak bernafas dibuatnya.

Kalau ibu yang bekerja pulak, tengah-tengah layan customer, sibuk taip itu ini kat komputer, tiba-tiba tercium bau pampers anak. Dan dan lah teringat kat pipi tembam anak, kat bau mashammm anak.

Kalau ada, yesssss. Tu maksudnya ibu-ibu pun sebenarnya nak ber ‘cuddle time’ ngan anak jugaklah tu. Kita bantai gelak kat anak kan bila dia datang menyendeng kat kita. Yang kita ni datang menyendeng kat dia tak ngaku pulak. Kahkahkah.

Kalau takde perasaan macam tu? Haaa, jaga-jagalah. Mungkin hubungan kita dengan dia jauhhhhhhhh walau dia ada depan mata.

Kita dengan dia dah takde chemistry. Kita dengan dia mungkin dah kurang komunikasi. Takut kasih sayang antara kita dengan dia makin hilang nanti.

Hati-hati ibu. Jangan berhenti semai cinta dan kasih sayang anak-anak pada kita dalam hati dia. Walau sibuk macam mana pun urusan harian kita. Okay? Jom gerak sama-sama buat.

Bagusnya selalu ada Cuddle Time dengan Anak!

Ibu-ibu perasan tak, dalam sehari tu akan ada 4 hingga 5 kali anak datang pada kita. Tiba-tiba je dia datang menyendeng kat kita. Tarik tangan lah, pegang muka kita suruh pandang dia lah.

Dia peluk kita, cium kita. Kadang kalau tangan tengah pegang mainan, dia bagi pada kita. Padahal tadi dia tengah sibuk main.

Haaa, Inilah namanya ‘cuddle time’.

Saat-saat yang anak nak sangat kita bagi perhatian pada dia. Nak bermanja gedik-gedik dengan kita. Tapi tempoh bermanja ni tak lama pun. Paling lama pun setakat 10 minit je dia duduk lepak dengan kita.

Dah puas dapat apa dia nak, dia lari lah sibuk dengan aktiviti dia semula.

Okay, ‘cuddle time’ anak-anak ni sebenarnya kan waktu yang paling efektif dan tepat untuk kita buat aktiviti yang positif untuk anak-anak. Sebab waktu ni dia tengah datang serah diri pada kita.

Dia nak sentuhan dan rangsangan daripada kita. Otak dia pun dalam keadaan yang relaks dan tenang. Jadinya, ‘cuddle time’ inilah waktu yang terbaik kita nak :

1) ajar anak bercakap
2) tegur salah anak
3) pesan perkara baik-baik atau nasihat pada anak

Otak anak yang tengah relaks ni jadi disebabkan oleh adanya gelombang alpha. Gelombang alpha yang buatkan otak anak clear dari sebarang kekusutan, bantu untuk create creativity anak dan sediakan otak anak untuk terima sesuatu yang positif. Otak anak memang tengah fokus waktu ni.

Jadinya, ibu dan ayah jangan lepaskan peluang ni untuk beritahu atau ajar anak sesuatu yang baik. Tinggalkan sekejap kerja yang kita buat. Jauhkan dulu gadget yang tengah kita sibukkan.

Untuk anak yang masih dalam training bercakap, yang tengah kumpul kosa kata (vocabulary) dalam kamus otak dia, gunakan ‘cuddle time’ ini dengan sebaiknya.

Macam zaty beritahu sebelum ni, kita gunakan teknik conversation atau storytelling. Sambil-sambil peluk dan cium anak tu, sambil kita bersembang dengan dia.

Fayyadh PENAT ke ni?
Fayyadh PENAT buat apa tadi?
Fayyadh PENAT main apa tu?
Cuba cerita kat ummi kenapa Fayyadh PENAT.
Fayyadh rehat kat ummi ye bagi hilang PENAT.

Dan macam biasa, no respons melainkan dok tunjuk muka manja dia. But its ok, otak dia tengah serap apa yang kita bualkan tadi.

Untuk anak-anak yang dah faham keadaan, dah pandai bercakap dan faham apa kita cakap, ‘cuddle time’ inilah masa yang palingggg bagus nak tegur salah anak-anak atau nak pesan perkara yang baik-baik.

Kalau tadi anak ada buat silap, kita buang rasa ‘hangin’ dan marah kita, peluk dia dan tegur secara lembut dan penuh kasih sayang.

“Kenapa tadi abang mengamuk sampai baling mainan abang? Abang tak takut ke kalau mainan tu rosak? Kalau dah rosak nanti tak boleh main dah. Ummi tak beli mainan baru dah tau kat abang.

Kalau abang nak apa-apa, abang cakap elok-elok dengan ummi. Kalau ummi kata tunggu sekejap, abang sabar lah sikit. Tunggu ummi siapkan kerja ummi dulu. Lepastu ummi layanlah abang main. Abang kan anak soleh. Sayang ummi, sayang abi. Abang suka kan dengar cakap ummi.”

Atau nak pesan, nasihat anak kita :

“Abang, ingat tau. Nanti kalau kita pergi mall, ummi tak beli mainan abang. Kita pergi jalan-jalan je. Mainan abang kan dah banyak kat rumah. Yang dekat mall tu mainan orang lain punya. Bukan abang punya.”

Cuma satu yang perlu kita ingat, penerimaan anak-anak pada apa yang kita cakap dan ajar tak semestinya berkesan waktu tu juga. Masih tetap bergantung pada tahap kematangan dan perkembangan otak anak.

Jarang sangat bila sekali cakap anak dah terus boleh ingat atau behave. Biasanya mungkin 10 kali cakap benda yang sama. Ada yang perlukan beratus kali peringatan baru boleh lekat kat otak dia.

Bergantung.

Yang penting kita ibu dan ayah jangan cepat mengalah untuk ajar dan terus didik anak-anak. Berpesan-pesan kita dengan kesabaran pada perkara kebaikan. Lagi-lagi pada anak sendiri.

Alangkan kita pun banyak kali diingatkan supaya solat di awal waktu, yang dituntut sangat-sangat dalam Islam. Pun banyaknya tak buat. Ni kan budak, pesan sekali terus amal. Jawapannya memang tak lah kan?

Sabar dan buat, buat, buat je. Jalan terus, jalan lurus.

21768260_1564217560287901_3123075816411907876_n

Setiap Anak Ada Ujian Buat Ibu Ayah

Teringat satu kisah waktu zaty kerja di farmasi sebuah private hospital dulu. Ada seorang ayah berbangsa cina tiap-tiap minggu datang farmasi untuk beli ubat sawan anaknya.

Sawan anaknya dah dalam kategori severe epilepsy (sawan yang agak teruk). Untuk kes macam ni, pesakit memang kena makan ubat ikut masa yang ditetapkan.

Tak boleh ter “miss” langsung. Kalau tidak, memang akan dapat serangan sawan tu. Bila dah selalu ayah anak ni ambil ubat dengan zaty, ada satu hari tu dia mengadu.

Dia kata dia tak tahan dan tak sanggup nak hadapi penyakit anaknya ni. Dia penat. Dia minta zaty doakan anaknya sembuh dan normal macam anak orang lain.

Selang 2 minggu, dia datang lagi ambil ubat. Dia tanya zaty dah doa ke belum untuk anak dia sembuh?

Zaty jawablah,

“saya sentiasa doakan anak encik sembuh daripada sakit dia.”

Lepastu dia tanya zaty semula.

“Habis tu, kenapa anak saya masih sakit lagi sampai hari ni? Bukan you orang Islam, bila doa dan sembahyang saja Tuhan akan makbulkan apa yang you minta ka?”

Fuhhhh…speechless zaty nak menjawab. Berpeluh.

Macam mana nak terangkan pada dia tentang konsep ujian dalam kehidupan ni. Tentang setiap manusia yang hidup tak kiralah Islam ataupun agama lain, takkan terlepas dari ujian yang berat dan ringan.

Cuma yang bezanya, ujian untuk kita orang Islam adalah sebab nak hapuskan dosa-dosa lalu, nak naikkan darjat di sisi Tuhan dan pastinya nak diberikan ganjaran syurga.

Benarkan ibu ayah. Bila kita punya anak, macam-macam dugaan dan cabaran datang pada kita untuk besarkan diorang. Anak nakal, anak tak nak dengar cakap, anak diuji dengan macam-macam sakit dan sindrom.

Ada yang autisma, sindrom down, ADHD. Mana yang sakit, Allah uji pula dengan asthma, ekzema yang teruk, tak kurang juga dengan penyakit kanser.

Ujian datang dalam bentuk yang macam-macam.

Lain anak, lain ujiannya. Yang tak lain nya cuma kita ibu ayah yang turut sama-sama kena hadapi dan laluinya dengan penuh sabar dan tabah.

Zaty pernah dengar ustaz cakap, ujian yang Allah bagi pada anak-anak sebenarnya ditujukan buat ibu dan ayahnya.

Hari ini, kalau kita rasa anak kita sukar dikawal, tak mahu mendengar kata dan terlalu nakal. Ketahuilah yang itu perkara normal bagi semua anak-anak yang sedang membesar.

Masalah yang libatkan sikap anak sebenarnya adalah refleks pada sikap kita sendiri terhadap dia dan juga terhadap Allah S.W.T. Tiada lain kecuali kita yang perlu banyak muhasabah diri dan banyakkan bertaubat. Betulkan kesilapan yang ada pada diri.

Seberat-berat yang kita rasakan kita dan anak kita diuji, sebenarnya lebih berat lagi ujian yang Tuhan berikan pada orang lain dan anaknya.

Terlalu banyak cerita kesedihan dan keperitan tentang mereka yang diuji, terlalu banyak cerita tentang ibu ayah yang telah kehilangan anak-anak syurga mereka.

Tapi kita Alhamdulillah. Masih punya anak untuk disayangi sepenuh hati. Walau apa pun ujian anak yang diberikan pada kita, kuatkan semangat.

Laksanakan tanggungjawab kita sebagai ibu ayah yang bertanggungjawab dan penyayang buat anak-anak kita semua.

Ujian akan datang dan pergi. Kesedihan takkan bertahan selamanya sama seperti gelap malam yang akan disinari matahari di waktu penghujungnya nanti.

“Wahai Tuhan, kau bantulah kami dalam mengharungi kehidupan yang penuh ranjau. Kau kentalkanlah hati kami, kuatkan hati kami dalam membesarkan dan mendidik anak-anak kami dengan agamaMu. Dengan akhlak yang indah seindah akhlak Rasulullah S.A.W.

Kau kurniakanlah mereka akal yang tajam sepertimana bijaknya Sultan Muhammad Al-Fateh. Kau takdirkan lah hidup mereka sebagai insan yang mampu memberi manfaat kepada orang lain.

Hanya kepada engkau tempat kami bergantung harap. Hanya kepada engkau tempat kami meminta pertolongan.”

Aktiviti Sempoi dengan Anak di Hujung Minggu

Finally, kita dah berhujung minggu. Yeayyy!

Waktu yang paling best nak lepak dengan famili.

Waktu yang paling tepat nak create bonding dengan anak-anak.

Sebenarnya kan, kita tak perlu keluarkan ratus-ratus ringgit pun untuk ambil hati anak kita. Nak buatkan dia rasa seronok, gembira.

Cuma….kalau ada budget, apa salahnya kan.

Yang penting KUALITI MASA yang kita spend dengan dia tu.

Anak-anak nilah yang palinggg happy bila kita ada bersama dengan dia, depan mata dia. Itu je.

Yang selebihnya, kita pula yang kena kreatif untuk buat aktiviti sama-sama dengan dia.

Duduk kat ceruk dapur pun boleh buat anak happy sangat kalau dia suka tolong kita masak. Dia potong sayur, dia tumbuk bawang. Seawal 2 tahun pun dah boleh ajak dia join. Tapi kena close monitor ya.

Ibu suka berkebun, tanam bunga, tanam sayur? Ajak je anak sekali main tanah. Suruh dia cabut rumput. Diorang ni bab-bab main kotor cukup suka tau. Macam kita lah bila dapat beli iPHONE 8. Melompat-lompat happy.

Abah-abah hari ni tak payah hantar kereta masuk car wash. Sebab assistant abah si kecil tu kalau dapat tolong abah dia basuh kereta, confirm mood dia baik sepanjang hari ni. Tapi baju memang basah habislah. Sebab separuh air sabun tu dia dah mandi dulu.

Si fayyadh susah nak spend masa dengan abah dia. Sebab abahnya memang sibuk kerja. Tapi kalau sekali abahnya spend masa bawa dia pergi main kat taman, atau basuh kereta…..dia punya ucapan “terima kasih, abah” tu di ‘translate’ dengan cium, cium, cium abah dia sepanjang hari.

Ehhh…ummi pulak jeles. Dah terasa tak disayangi pulak hari tu. Hahaha.

Ibu ayah jangan lupa sepanjang buat aktiviti dengan anak, ajak anak sembang. Gurau-gurau dengan diorang. Perkataan ‘JANGAN’ elakkan sebut. Usah serius sangat dengan diorang okay.

Kecil pada kita, tapi pengalaman ni BESARRRR sangat pada dia.

Create bonding, create bonding, create bonding💪💪