Redha Dengan Ujian Pada Anak-Anak yang Telah Tuhan Takdirkan

Anak Autisme, ADHD, Dyslexia, Speech Delay, Sensory Processing Disorder, Developmental Delay dan macam-macam lagi diagnosisnya.

Kita sebagai ibu ayah yang melahirkan dan besarkan anak-anak special ini….. cuba terima ujian pada anak dengan hati yang redha.

Tiada satu pun manusia yang lahir atas dunia ni yang tak mahu kesempurnaan. Tiada manusia yang hidup atas dunia ini inginkan kekurangan.

Tapi hakikat kehidupan. Setiap dari kita tetap ada bahagian dan ujian masing-masing. Yang perlu kita lalui dan hadapi. Yang perlu kita tabahkan hati untuk tempuhi.

Anak special, dia sendiri tak minta untuk dilahirkan seperti itu. Dia sendiri ingin gembirakan hati ibu ayahnya tatkala kali pertama keluar dari rahim ibunya.

Tapi apakan daya, rupanya dia salah seorang yang dah ditakdirkan dengan ujian sejak dari baby lagi. Yang buatkan hati ibu ayah gusar dan bersedih. Kadang ada yang tak dapat terima keadaan anaknya.

Jangan begitu ibu ayah. Setiap dari ujian didatangkan dengan hikmah. Setiap kesabaran kita lalui cabaran itu sudah dijanjikan dengan darjat dan pangkat disisi Tuhan. Setiap hati yang Redha dengan takdir Tuhan itulah yang buatkan pahala syurga menanti kita di sana.

Kita tumpukan pada solusi bukan pada depresi. Kita bantu bangunkan nilai kehidupan pada anak-anak yang special ni. Kita usahakan agar dia mampu jadi seperti anak normal yang lain walau kekurangannya sangat banyak.

Its okay. Tenang sahaja ibu ayah. Tuhan Maha Mengetahui dan Maha Melihat tentang setiap apa yang diuji.

Kita percaya pada kuasa Tuhan. Kita percaya pada kuasa tawakal dan kita percaya pada setiap usaha yang kita buat untuk anak-anak.

Nikmati kehidupan yang sementara ini bersama anak-anak kita yang sangat istimewa. Istimewa sebab takde pada budak lain. Hanya ada pada dia yang satu.

Mungkin dia atau kita yang akan pergi dulu suatu hari nanti.

Sebelum itu, tunjukkan pada dia bahawa dia insan paling istimewa yang bertakhta dalam hati kita. Dia rezeki paling besar yang pernah hadir dalam hidup kita.

Dia insan yang takkan putus mendoakan kebahagiaan kita ibu ayahnya di dunia mahupun akhirat.

Teknik Simplify Bantu Ibu Ayah Lalui Kehidupan Harian dengan Lebih Tenang

Sejauh mana otak kita mampu dalami satu-satu masalah yang kita tengah hadapi? Jeng jeng jeng. Betul kan, bila kita tengah diuji dengan masalah, kita lebih suka fikir dan fikir masalah tu sampai rasa down. Menangis berhari-hari dan finally kita rasa “aishhh, give up lah aku macam ni”.

Ok, teknik paling efektif zaty nak share dengan ibu ayah. Zaty namakan teknik ni sebagai “SIMPLIFY” atau translate dia MUDAHKAN. Bila kita sebut mudahkan, automatik otak kita akan set sesuatu yang mudah-mudah je.

Mulai dari sekarang, kita kena latih otak kita untuk pandang remeh, pandang ringan pada masalah yang temeh. Zaty bagi contoh : Mak-mak selalu sakit kepala fikir hari-hari nak masak apa.

So, dalam tempoh 10 minit, mak-mak kena tengok lauk apa yang ada dalam peti ais dan terus decide nak masak apa waktu tu jugak. Jangan ambik masa lama sangat fikir dari bangkit subuh sampai pukul 10 pagi pun masih dok confius nak masak apa.

Contoh masalah lain lagi : Jiran sebelah rumah suka betul datang menyendeng kat pintu rumah kita gosip itu ini. Tup tup 2 hari lepas tu, sampai kat telinga kita kata rumah kita macam tempat kucing beranak.

Ehhhh panas hati jugak kan kita. Hari-hari muka manis datang rumah rupanya ada niat nak burukkan kita pada orang lain. So, kita cuba elak dari nak marah lama-lama atau nak bersedih berbulan hanya disebabkan mulut orang.

Latih diri kita, dalam tempoh sehari ke 3 hari untuk selesaikan masalah tu dengan segera. Kalau boleh selesai, setelkan cepat-cepat. Kalau tak boleh, biar jelah. Submit doa banyak-banyak kat Allah.

Jangan kita peram lama-lama masalah tu tanpa ada jalan penyelesaian. Dahlah kepam lepastu dok fikir siang malam tak sudah-sudah. Rugi sangat-sangat. Masalah yang tak diselesaikan dengan cepat hanya buatkan diri kita diselubungi dengan aura negatif.

Tu yang kesannya asyik nak murung, update status kat facebook pun hari-hari kerja nak salahkan orang, nak marah tak tentu pasal. Percayalah, jadi orang negatif ni penat sangat tau. Pahala pun payah nak lekat. Rezeki lagi lah, kerjanya nak lari jauh je dari kita.

Simpan energi, perhatian dan fokus kita untuk benda yang lebih penting instead of fikir masalah yang tak sudah-sudah. Contohnya macam mana nak corakkan anak jadi Al-Hafiz, macam mana nak jadi suri rumah berjaya di samping buat bisnes tambah pendapatan keluarga.

So nanti, andai ditakdirkan kita diuji dengan ujian yang lebih berat pun, kita takkan rasa terkejut sangat sebab kita dah sediakan diri daripada awal. Akhirnya nanti, masalah yang kecil-kecil tu kita akan let go macam tu je. Dah tak perlu nak fikir selagi dia tak kacau kehidupan harian kita.

So sekarang kalian senyum dan amalkan selalu teknik SIMPLIFY ni ok?

Hidup Kita Semuanya Tentang Masa

Hidup atas dunia ni semua tentang MASA. Kita jadi tua sebab masa. Kita berjaya atau gagal pun dengan masa, nanti kita mati hanya melalui masa juga. Itulah namanya dunia yang SEMENTARA.

Tapi kat syurga nanti MASA tu dah takde. Dia akan jadi sampai BILA-BILA. takde awal, takde akhir. sebab tu kita akan jadi muda belia selamanya. Kita akan gembira, bergelak ketawa. Kita nak pergi mana, makan apa semua lintas dalam hati je terus dapat. Tak wujud dah impian 3 tahun, impian 10 tahun akan datang macam atas dunia ni.

So, yang seksa yang penat yang sedih cuma atas dunia ni sahaja. Kalau tak dapat nak selesaikan masalah, biarkan dia berlalu dengan masa. Tu orang sebut biar masa yang MENENTUKAN. yang bergerak seiringan dengan masa adalah sabar dan istiqamah. Sebab tu dalam Al-Quran dah sebut Allah S.W.T akan bersama ngan orang yang sabar dan bertawakal.

Jadinya kita jangan down jangan sedih terlalu lama sampai makan masa berbulan. Teruskan hidup macam biasa walau dugaan datang bertimpa-timpa. Mana boleh setel, kita setelkan. Mana yang tak boleh, mohon Allah kuatkan hati untuk laluinya. Sebab semua itulah tiket sebenar nak ke syurga yang ABADI

Bertabahlah Ibu Ayah! Pembelaan Allah Itu Sangat Manis

Tiap anak yang kita lahirkan dengan penuh kesusahan, kita besarkan dengan sengkang mata dan titik peluh kudrat tulang empat kerat, kita beri didikan yang sedaya-upaya biar sempurna….. dan akhirnya, kita ibu bapa harapkan satu perkara : Mudah-mudahan anak ini akan menjadi SAHAM buat kita di dunia apatah lagi di negeri akhirat sana.

Harapan kita bila dia dah besar dan punya kerjaya hebat, boleh lah kita TUMPANG senang. Takdelah kita terkapai, hidup merempat di hari tua. Kat akhirat nanti pun, yang tarik dan selamatkan kita biarlah dia anak yang SOLEH.

Tapiiii, macam mana kalau yang berlaku tu sebaliknya? Anak yang berjaya tu tak kenang jasa kita. Apakah kita akan berendam air mata, marahkan anak sampai taknak halalkan makan minum, susu yang diberikan? Redha Allah letaknya pada Redha ibu bapa. Biar dia susah, duplicate lah engkau sama macam nasib si TANGGANG nanti.

Ohhhhh, Itu silap kita ibu bapa. Berapa banyak ikhlas sebenarnya kita bila besarkan dan didik anak-anak? Of cozzz ramai yang jawab ikhlas. Tapi ada ibu bapa yang jauh lagi ikhlas hatinya nak banding ngan ikhlas seposen dua kita.

Ikhlas sehingga ke lautan hati paling dalam tulah maknanya taknak langsung harapkan apa-apa balasan dunia mahupun akhirat, kita didik anak-anak hanya semata-mata Lillahi Taa’la, Kerana Allah : Dorongan awalnya kerana Allah dan harapan akhirnya cuma keredhaan Allah semata.

Ibu bapa yang ikhlas tak akan harapkan balasan apa pun dalam tugas besarkan dan didik anak-anak. Sama ada depa nak kenang atau tak jasa kita, itu SOAL KEDUA. Cerita PERTAMANYA ialah macam mana kita genggam dan laksanakan tugas keibubapaan atas dasar AMANAH ALLAH.

Hukum alam kata semakin kita memberi, semakin banyak kita menerima. Selagi kita tak mengungkit, tak harap apa-apa balasan SEBENARNYA semakin banyak kita akan dibalas dengan kebaikan. Allah tak akan kecewakan ibu bapa yang ikhlas! Anak-anak pasti akan kenang jasa ibu ayah tanpa sekali pun kita menyebut-nyebut, meminta-minta.

Kita cuba belajar nak jadi betul-betul IKHLAS. orang yang ikhlas akan dicintai Allah dan untuk nak dapat cinta AGUNG ni salah satu caranya ialah bila kita buat satu-satu tugas, kita sedaya-upaya untuk memperelokkannya, buat dengan usaha maksimum sampai dapat hasil yang optimum. Orang putih cakap ALL OUT💪

Ikhlas ni lebih tinggi dari PAHALA. Sebab ikhlas ni tujuannya hanya untuk MEMBERI, bukan menerima. Dan ikhlas tu bila kita terima hanya untuk memberi semula. Susah sangat nak dapat taraf ikhlas lagu ni. Tapi kita cuba jugak sebab itu tugas kita sebagai HAMBA. Maha suci Allah yang sentiasa pelihara kita dari keburukan dunia dan akhirat.

Marah dan Tengking Anak Kecil Hanya akan Buatkan Emosinya Terganggu

Teringat kisah waktu fayyadh umur setahun setengah dulu.

Dia nak minum air, then zaty tuangkan bagi pada dia. Entah macam mana, cawan tu jatuh sampai tumpah lah semua air. Banjir kilat sekejap lantai rumah.

Kebetulan masa tu mood zaty memang tengah tak elok. Memang marah lah kita ni kat dia. Dan, dia refleks terus. Dia menangis kaw-kaw macam takut sangat. Menjerit-jerit suara.

Sejak daripada tu, setiap kali fayyadh pegang cawan, dia akan handle dengan penuh hati-hati. Jalan perlahan penuh konsentrasi. Punya tak nak bagi air tu tertumpah lagi sekali. Bagus kan?

TAPIIIIIIIIII…..

Kalau tiba-tiba air tu tertumpah walau setitik-dua, dia akan terus menangis menjerit-jerit. Nampak muka dia takut, dia lari jauh dari zaty ataupun abah dia. Bukan sekali dua, tapi setiap kali air tumpah dia terus jadi macam tu.

Opss, zaty tergamam. Rasa kesian sangat kat dia.

Start dari situ zaty dapat tangkap something.

Oh Tuhan! Ada sesuatu yang silap pada zaty.

Sepatutnya fayyadh tak perlu jadi paranoid sampai macam tu sekali. Takkan sebab air tumpah, dia punya takut kena marah sampaikan dia yang menangis dulu sebelum kita sempat nak react apa-apa dengan dia.

I know i’m doing wrong with him.

Cara zaty marah dia yang buat dia takut dan trauma.

For long term, zaty sedar yang benda ni memang tak elok untuk dia. Zaty dah buatkan dia takut nak cuba dan explore sesuatu.

Sedangkan pada umur dia sekarang, dia patut expose dengan dunia sebenar, try and error macam-macam aktiviti apa pun yang dia buat.

Tapi, bila zaty marah pada silap kecil yang dia buat, yang actually dia tak tahu pun benda tu silap, automatik zaty akan matikan keinginan dia untuk cuba sesuatu yang baru dan explore lagi dan lagi.

Emosi dia boleh jatuh. Dia tak ada keyakinan diri, dia tak berani nak melangkah ke depan, dia tak berani nak buat keputusan sendiri. Eh, semuanya takut lah. Sebab sikap zaty yang straight tak kena tempat.

Yes, i admit i was wrong.

Dah pandai buat salah, kena lah pandai cari jalan nak atasi kan.

Sejak dari sedar diri tu, zaty belajar untuk control marah sendiri. Cuba buat rasional tu lebih tinggi dari emosional.

Setiap kali fayyadh tumpahkan air, zaty yang akan bertindak dulu. Cepat-cepat pergi pada dia, ambil cawan tu dari dia. Dan zaty peluk fayyadh, usap kepala dia.

“Its okay fayyadh. Fayyadh tak sengaja kan? Ummi tak marah. Lepas ni hati-hati okay.”

First time pujuk, tak jadi sangat. Dia still menangis. Tapi zaty buat dan buat jelah cara tu sampai last sekali, Alhamdulillah berjaya.

Sekarang, bila air tumpah dia akan panggil zaty. Tunjuk air yang tumpah tu. Zaty ambil kain, bagi pada dia suruh lap. Setel.

Fayyadh bagi tumpah so fayyadh lah lap. Hahahaha.

Dan kesan daripada tak marah tu jugaklah semalam dia dah jumpa teknik baru. Dia tuangkan semua air susu atas lantai, pastu berenang kuak lentang mengalahkan Pandalela Rinong.

Huh. Mau tak hangit hati kita ni. Tapi tak boleh marah, zaty. Tepuk dahi, urut dada dulu.

Mula-mula zaty tepuk tangan. Yeayy fayyadh pandai. Lepastu, dengan suara yang agak tegas,

“fayyadh jangan buat macam ni. Habis rumah kita bau susu. Nanti semut datang gigit fayyadh. Fayyadh yang sakit tau. So, sekarang tolong ummi lap balik air susu ni.”

Dia tak nangis, dia tak marah. Dia tolong lapkan lantai. Fuhh, lega.

Hopefully lepas ni tak jadi lagi lah lautan susu.

Ezzaty Suffian
Nak sabar tu yang paling susah

Setiap Anak Ada Ujian Buat Ibu Ayah

Teringat satu kisah waktu zaty kerja di farmasi sebuah private hospital dulu. Ada seorang ayah berbangsa cina tiap-tiap minggu datang farmasi untuk beli ubat sawan anaknya.

Sawan anaknya dah dalam kategori severe epilepsy (sawan yang agak teruk). Untuk kes macam ni, pesakit memang kena makan ubat ikut masa yang ditetapkan.

Tak boleh ter “miss” langsung. Kalau tidak, memang akan dapat serangan sawan tu. Bila dah selalu ayah anak ni ambil ubat dengan zaty, ada satu hari tu dia mengadu.

Dia kata dia tak tahan dan tak sanggup nak hadapi penyakit anaknya ni. Dia penat. Dia minta zaty doakan anaknya sembuh dan normal macam anak orang lain.

Selang 2 minggu, dia datang lagi ambil ubat. Dia tanya zaty dah doa ke belum untuk anak dia sembuh?

Zaty jawablah,

“saya sentiasa doakan anak encik sembuh daripada sakit dia.”

Lepastu dia tanya zaty semula.

“Habis tu, kenapa anak saya masih sakit lagi sampai hari ni? Bukan you orang Islam, bila doa dan sembahyang saja Tuhan akan makbulkan apa yang you minta ka?”

Fuhhhh…speechless zaty nak menjawab. Berpeluh.

Macam mana nak terangkan pada dia tentang konsep ujian dalam kehidupan ni. Tentang setiap manusia yang hidup tak kiralah Islam ataupun agama lain, takkan terlepas dari ujian yang berat dan ringan.

Cuma yang bezanya, ujian untuk kita orang Islam adalah sebab nak hapuskan dosa-dosa lalu, nak naikkan darjat di sisi Tuhan dan pastinya nak diberikan ganjaran syurga.

Benarkan ibu ayah. Bila kita punya anak, macam-macam dugaan dan cabaran datang pada kita untuk besarkan diorang. Anak nakal, anak tak nak dengar cakap, anak diuji dengan macam-macam sakit dan sindrom.

Ada yang autisma, sindrom down, ADHD. Mana yang sakit, Allah uji pula dengan asthma, ekzema yang teruk, tak kurang juga dengan penyakit kanser.

Ujian datang dalam bentuk yang macam-macam.

Lain anak, lain ujiannya. Yang tak lain nya cuma kita ibu ayah yang turut sama-sama kena hadapi dan laluinya dengan penuh sabar dan tabah.

Zaty pernah dengar ustaz cakap, ujian yang Allah bagi pada anak-anak sebenarnya ditujukan buat ibu dan ayahnya.

Hari ini, kalau kita rasa anak kita sukar dikawal, tak mahu mendengar kata dan terlalu nakal. Ketahuilah yang itu perkara normal bagi semua anak-anak yang sedang membesar.

Masalah yang libatkan sikap anak sebenarnya adalah refleks pada sikap kita sendiri terhadap dia dan juga terhadap Allah S.W.T. Tiada lain kecuali kita yang perlu banyak muhasabah diri dan banyakkan bertaubat. Betulkan kesilapan yang ada pada diri.

Seberat-berat yang kita rasakan kita dan anak kita diuji, sebenarnya lebih berat lagi ujian yang Tuhan berikan pada orang lain dan anaknya.

Terlalu banyak cerita kesedihan dan keperitan tentang mereka yang diuji, terlalu banyak cerita tentang ibu ayah yang telah kehilangan anak-anak syurga mereka.

Tapi kita Alhamdulillah. Masih punya anak untuk disayangi sepenuh hati. Walau apa pun ujian anak yang diberikan pada kita, kuatkan semangat.

Laksanakan tanggungjawab kita sebagai ibu ayah yang bertanggungjawab dan penyayang buat anak-anak kita semua.

Ujian akan datang dan pergi. Kesedihan takkan bertahan selamanya sama seperti gelap malam yang akan disinari matahari di waktu penghujungnya nanti.

“Wahai Tuhan, kau bantulah kami dalam mengharungi kehidupan yang penuh ranjau. Kau kentalkanlah hati kami, kuatkan hati kami dalam membesarkan dan mendidik anak-anak kami dengan agamaMu. Dengan akhlak yang indah seindah akhlak Rasulullah S.A.W.

Kau kurniakanlah mereka akal yang tajam sepertimana bijaknya Sultan Muhammad Al-Fateh. Kau takdirkan lah hidup mereka sebagai insan yang mampu memberi manfaat kepada orang lain.

Hanya kepada engkau tempat kami bergantung harap. Hanya kepada engkau tempat kami meminta pertolongan.”