Redha Dengan Ujian Pada Anak-Anak yang Telah Tuhan Takdirkan

Anak Autisme, ADHD, Dyslexia, Speech Delay, Sensory Processing Disorder, Developmental Delay dan macam-macam lagi diagnosisnya.

Kita sebagai ibu ayah yang melahirkan dan besarkan anak-anak special ini….. cuba terima ujian pada anak dengan hati yang redha.

Tiada satu pun manusia yang lahir atas dunia ni yang tak mahu kesempurnaan. Tiada manusia yang hidup atas dunia ini inginkan kekurangan.

Tapi hakikat kehidupan. Setiap dari kita tetap ada bahagian dan ujian masing-masing. Yang perlu kita lalui dan hadapi. Yang perlu kita tabahkan hati untuk tempuhi.

Anak special, dia sendiri tak minta untuk dilahirkan seperti itu. Dia sendiri ingin gembirakan hati ibu ayahnya tatkala kali pertama keluar dari rahim ibunya.

Tapi apakan daya, rupanya dia salah seorang yang dah ditakdirkan dengan ujian sejak dari baby lagi. Yang buatkan hati ibu ayah gusar dan bersedih. Kadang ada yang tak dapat terima keadaan anaknya.

Jangan begitu ibu ayah. Setiap dari ujian didatangkan dengan hikmah. Setiap kesabaran kita lalui cabaran itu sudah dijanjikan dengan darjat dan pangkat disisi Tuhan. Setiap hati yang Redha dengan takdir Tuhan itulah yang buatkan pahala syurga menanti kita di sana.

Kita tumpukan pada solusi bukan pada depresi. Kita bantu bangunkan nilai kehidupan pada anak-anak yang special ni. Kita usahakan agar dia mampu jadi seperti anak normal yang lain walau kekurangannya sangat banyak.

Its okay. Tenang sahaja ibu ayah. Tuhan Maha Mengetahui dan Maha Melihat tentang setiap apa yang diuji.

Kita percaya pada kuasa Tuhan. Kita percaya pada kuasa tawakal dan kita percaya pada setiap usaha yang kita buat untuk anak-anak.

Nikmati kehidupan yang sementara ini bersama anak-anak kita yang sangat istimewa. Istimewa sebab takde pada budak lain. Hanya ada pada dia yang satu.

Mungkin dia atau kita yang akan pergi dulu suatu hari nanti.

Sebelum itu, tunjukkan pada dia bahawa dia insan paling istimewa yang bertakhta dalam hati kita. Dia rezeki paling besar yang pernah hadir dalam hidup kita.

Dia insan yang takkan putus mendoakan kebahagiaan kita ibu ayahnya di dunia mahupun akhirat.

Author: EzzatySuffian

A 29-year-old living in Ipoh. Wife and mom of cute baby, Amirul Fayyadh. Writer and Storyteller on Parenting and Child Development Authorised Seller at Ronella Essential Oils Contact: ezzatysuffian@gmail.com

Leave a comment