Tips Murah Rezeki : Gembirakan Hati Anak-Anak

zaty selalu dengar tazkirah dan ceramah yang bercerita tentang murahnya rezeki suami bila layan isterinya elok-elok. Bagi layanan yang terbaik, bila ada duit lebih belikan sesuatu yang isteri suka atau belanja isteri.

Suami, bahagiakan hati isteri. Dan bagi zaty, suami isteri atau ibu dan ayah sangat perlu bergandingan bahu untuk bahagiakan hati anak-anak. Terutamanya anak kecil yang fitrah hatinya masih suci murni, kekal bersih.

Tuhan selalu pesan dan pesan pada kita supaya buat baik sesama makhluk. Bagi manfaat pada orang lain. Perbuatan baik hatta campak tulang ikan pada kucing pun dah dikira sebagai pahala sedekah.

Kadang tak perlu tunggu sampai ke negeri akhirat. Tuhan dah balas kebaikan hati kita campak tulang ikan kat kucing tadi dengan rezeki yang lebih melimpah-ruah kat atas dunia ni lagi.

Bila kita rasa duit selalu tak cukup, short sana-sini. Bila kita rasa duit selalu tak lekat sebab banyak sangat “emergency case” berlaku : tayar kereta pecah, kereta rosak, kena bayar saman tiba-tiba.

Selain kita nak kata ini adalah ujian, apa kata kita check semula macam mana layanan kita pada anak-anak setiap hari. Adakah kita banyak buat hati mereka gembira atau selalunya menangis duka?

Di saat mereka menarik tangan kita untuk raih pandangan mata kita terhadap mereka, adakah kita layan dengan penuh sabar. Atau kita lepaskan rasa marah dan serabut kita?

Anak yang belum mumaiyiz, belum panjang akalnya, belum capai akil balighnya. Apabila dia buat kita rasa marah, dan tiba-tiba dia pergi dijemput Ilahi. Tempat dia adalah tetap di syurga. Subhanallah.

Marah dan rajuk seorang anak kecil pada ibu ayahnya tak dikira dosa. Mereka kasar pada kita, melawan cakap, hatta naik tangan kaki pada kita sekalipun tak dikira dosa. Tetap tempat dia di syurga.

Betapa hebatnya aura anak syurga. Bila seekor kucing pandai mendoakan tuannya dan didengari oleh Tuhannya. Apatah lagi seorang anak kecil yang setiap hari gembira hidupnya.

Walaupun dia belum pandai berkata-kata. Tapi hatinya pasti menghantar doa buat ibu ayah yang dia sayang kepada Tuhan yang menciptanya.

Dia nak bagitahu Tuhan bahawa betapa dia bahagia hidup bersama ibu dan ayahnya. Doa orang yang selalu bertaubat pada Tuhan InshaaAllah mudah dimakbulkan.

Bayangkan pula doa orang yang tak pernah berbuat dosa seperti anak kecil kita? Allahu Allah. Tak terbayang betapa tak sabar Allah nak memakbulkannya.

Sayangi anak sedalam-dalam lubuk hati kita. Ajari dia apa yang betul dan apa yang salah. Pimpin tangan anak-anak kita dan tunjukkan bagaimana jalan menuju Jannah.

Walau kita mewah harta atau kurang harta sekalipun, usah kita sogokkan anak dengan kekayaan dan kemewahan. Kerana itu punca permulaan berlaku rosaknya akhlak.

Yang utama ialah perhatian kita, kasih sayang kita, didikan yang berhikmah dari kita. Itu yang buatkan mereka gembira tanpa sudah.

Realiti Betapa Susahnya Nak Pegang Amanah Allah untuk Jaga dan Besarkan Anak

Kita biasakan dengar tentang satu hadis Rasulullah S.A.W tentang seorang penzina yang berikan seekor anjing minum air.

Betapa wanita ni sangat dahaga bila berjalan kat tengah padang pasir yang sangat panas. Bila dia nampak ada telaga, dia turun cedok air tu dengan kasut dia.

Baru je dia nak minum air tu, tiba-tiba datang seekor anjing yang terjelir lidahnya sebab haus. Sebab rasa kasihan, wanita ni bagi lah anjing tu minum air dari kasut dia.

Dia tangguh dulu keperluan dia demi selamatkan nyawa seekor anjing.

Daripada perbuatan wanita ni, Allah mengampunkan dosa-dosanya.

(Hadis Riwayat Muslim)

Betapa Tuhan sukakan orang-orang yang ikhlas, yang berbuat baik sesama makhluk, dan tidak berlaku zalim.

Setiap dari manusia itu memang berbuat dosa, tapi tak bermakna kita nak putus asa tanpa buat satu pun kebaikan sepanjang kita hidup. Dan tak bermakna juga kita takde langsung peluang untuk berubah jadi lebih baik.

Bayangkan hanya dengan berbuat baik terhadap haiwan, Tuhan akan bagi ganjaran pahala yang melimpah-ruah pada kita.

Apatah lagi bila kita berbuat baik sesama manusia? Terutama terhadap keluarga sendiri? Paling utama terhadap anak-anak sendiri?

Allahu Allah. Tak terbayang betapa pahala yang Allah nak bagi pada kita ni confirm berlambak-lambak, memancut-mancut banyaknya macam keluarnya air zamzam dari dalam tanah.

Allah lebih tahu tentang susahnya nak jaga anak. Susahnya nak besar dan asuh anak. Susah nak kawal anak-anak. Sebab tu Allah kata anak tu AMANAH.

Cuba sebut amanah yang ada kat dunia ni. Ada ke senang yang nak dijaga?

Berapa ramai yang songlap duit syarikat sampai beratus ribu sebab tak jaga amanah?

Berapa ramai “seller online” yang lari diamkan diri dengan duit yang dia ambil tapi barang tak pos sebab tak jaga amanah?

Berapa ramai yang kerja hakikinya di ofis 8 jam, tapi banyak bersantai buka youtube, facebook dan gerak kerjanya sekadar cuit-cuit sikit je buat syarat sebab tak jaga amanah?

Dan akhirnya…

Berapa ramai ibu ayah yang abaikan anak-anak demi tuntutan dunia hingga anak seolah-olah sebatang kara, penuh masalah akhlak dan jiwa, hingga entah kemana larinya agama sebab orang tuanya yang tak jaga amanah?

Genggam amanah memang macam genggam bara api yang merah menyala sampai hasilnya menjadi abu.

Kalau fikir logik akal, sanggup ke kita nak berdarah tangan genggam bara api yang panasnya meluap-luap tu.

Sama lah juga dengan jaga anak-anak sebagai amanah. Dia punya level sukar dan payah tu lagi tinggi daripada proses nak melahirkan dia.

Semua orang bersalin, keluar baby tak kira ikut tingkap mana pun. Ada yang tiap-tiap tahun baby baru keluar. Tapi, tak semua orang betul-betul mampu nak tanggung amanah besarkan anak ikut macam apa yang Tuhan suruh.

Dan sebab itulah Allah nak bagi sebesar-besar ganjaran pahala pada ibu ayah yang sanggup dan bersungguh nak besarkan anak-anak dia. Allah nak bagi ganjaran pada ibu ayah yang betul-betul pegang amanah.

Berimpian untuk anak kenal agama, punya akhlak yang tinggi, kesabaran dan kekuatan dalaman yang hebat, boleh kawal emosi dan sifat amarah, amanah, jujur dan selalu bagi manfaat pada orang lain.

Semuanya bermula dari diri ibu dan ayah dulu. Nak anak hebat, kita mesti hebat. Nak anak berubah, kita mesti berubah dulu. Nak anak dengar kata, kita jangan engkar pada apa yang Tuhan dah suruh atau larang.

Dan semuanya bermula dengan lebih awal iaitu merancang masa depan dari anak dalam alam rahim lagi. Bagi nama yang baik maknanya, kita cari ilmu sebagai persediaan untuk besarkannya, kita latih diri HARI-HARI untuk sentiasa bersabar dan jadi rasional bukan emosional.

Cakap pada diri. Kita kuat. Kita ibu ayah yang hebat. Kita nak anak jadi lebih hebat dari kita. Kata-kata itu confirm doa💪

Kenal Pasti Setiap Tindakan Anak Sama Ada Ianya Satu Perkembangan atau Masalah Behaviour

Bila ibu ayah buka mata hati tengok dan follow perkembangan anak-anak setiap hari dan setiap masa, ibu ayah akan cepat recognize atau nampak satu perkara ni.

Anak kita sebenarnya tengah buat eksperimen atau tengah tunjukkan masalah behaviour?

Sebab tu ada 2 post berbeza yang zaty dah tulis sebelum ni. First, hari jumaat lepas zaty cerita tentang macam mana zaty handle atau tegur fayyadh dengan teknik pukul (tepuk) tangan dia bila dia baling barang.

Sebab zaty tahu, dia tengah tunjuk perasaan tengah tak puas hati dengan kita. Cuma caranya yang tak kena. So, kita kena cepat ambil tindakan untuk fahamkan perasaan dia, dalam masa yang sama kita kena disiplinkan dia. Cuba buang habit buruk tu daripada dia.

Kedua, post pagi tadi tentang macam mana nak handle anak bila dia tengah buat eksperimen. Lebih banyak pada monitoring, pesan suruh hati-hati dan elakkan dari marah atau hukum dia.

Anak buat eksperimen menandakan sel-sel otak tengah berhubung. Otak dia tengah hantar signal suruh dia buat aktiviti yang bolehkan dia berfikir dan nak develop segala motor skill pada dia.

So, memang kadang-kadang fayyadh akan baling barang bila dia tengah ralit main. Lagi-lagi benda yang dia main tu dia baru tengok. Kira benda baru lah pada dia. So, memang dia baling, lepastu dia gelak. Tak tahulah apa imaginasi dia.

Even sekarang yang zaty tengah sibuk taip ni, dia baru lepas baling bekas mainan baru dia. Saja je kan nak test kita lah tu.

Tentang baling barang ni pulak, sepatutnya umur 2.5 tahun ke 3 tahun macam tu, habit ni patutnya dah hilang. So kalau dia nak baling untuk eksperimen pun patutnya bukan hari-hari dia buat. Kadang-kadang je.

Kalau dia still buat hari-hari sampai umur 4 tahun tanpa ada apa-apa sebab, kita tetap kena tegur dan explain baik-baik pada dia. Sebab ni akan jadi macam habit pulak. Lama-lama still boleh develop behaviour yang tak elok pada dia.

So, sebenarnya lagi senang kita nak ambil tindakan pada anak dengan lebih rasional bila kita dapat identify atau kenal pasti apa yang anak cuba nak buat waktu tu, apa emosi dia waktu tu. Dia tengah buat eksperimen ke atau tengah ada rasa tak puas hati pada kita.

Sebab tu setiap kali pandang anak, pandanglah dengan mata hati kita, dengan penuh rasa kasih dan sayang. InshaaAllah lebih mudah urusan kita untuk menguruskan budak-budak comel ni.

Segera Dapatkan Bantuan Jika Kita Ada Masalah Depress atau Meroyan

Semalaman mata terkebil-kebil tak boleh tidur. Kisahnya sebab zaty terbaca berita kat Harian Metro cerita pasal mak tampar dan heret anak umur 3 tahun.

Berlaku di Kuantan. Puncanya, si anak nak ikut mak naik kereta. Maknya jadi “naik hantu” katanya.

Lepastu tangan ni gatal pulak klik bahagian komen. Kenapa lah rajin sangat tangan scroll satu-satu zaty ooii. Kan dah terjumpa satu komen seorang ibu ni.

Katanya anak dia umur 2.5 tahun pun dia dah start pukul dengan hanger kalau tak dengar cakap atau buat nakal.

Menangis hati ni. Terus teringatkan anak sendiri, si fayyadh.

zaty dapat juga 2-3 private messages yang mengadu kata selama mereka besarkan anak-anak, mereka lebih banyak berkasar dan marah serta pukul anak. Nak anak straightly ikut cakap mereka. Kalau degil, memang nahas!

Dan mereka tanya, sekarang anak yang dah umur 5 tahun, ada yang 10 tahun, adakah dah terlambat untuk betulkan kesilapan lalu?

Macam ni ibu ayah.

Setiap dari kita mesti ada sisi gelap diri. Mesti ada kesilapan dan kesalahan lampau yang kita pernah buat pada anak. Bukan kalian je yang pernah terlanjur berkasar dengan anak.

zaty sendiri pernah cerita kan macam mana zaty layan fayyadh satu masa dulu. Marah, tengking, lari jauhkan diri dari fayyadh. Nasib baik tangan ni tak ringan je nak pukul-pukul dia.

Walaupun hati ni memang meronta-ronta suruh naik tangan. Tapi masih berjaya dikawal dengan akal yang rasional. zaty bersyukur sangat. Kalau tak mesti hati dan emosi fayyadh akan lebih tercedera.

Benda pertama yang paling perlu kita sebagai ibu ayah buat ialah cuba sedaya-upaya untuk sedarkan diri. Kenapa sikap aku pada anak boleh jadi macam ni?

Aku ada masalah ke? Aku murung atau stress atau depress atau meroyan? Atau memang ada sangkut-paut dengan tekanan jiwa? (bukan gila ya)

Waktu kita berkasar dengan anak. Adakah waktu tu kita seolah-olah lupa diri? Rasa seronok dan puas hati buat anak menangis meraung-raung? Tapi bila kita tersedar dengan perbuatan kita, kita menyesal dan menangis.

Tapi esoknya, kita ulang lagi perkara sama pada anak.

Kalau jawapannya ya, nasihat zaty cuma satu. Cepat-cepatlah kita dapatkan bantuan dan rawatan. Kalau jenis stress yang biasa-biasa yang kita sendiri mampu kawal, maka kembali lah kita kepada Tuhan.

Mengadu lah kita kepadaNya tentang keluh-kesah hati kita. Buatlah solat sunat taubat mohon ampun di atas segala dosa yang pernah kita lakukan.

Mintalah padaNya dengan bersungguh-sungguh hati yang tenang dan jalan keluar untuk selesaikan masalah yang melanda.

Seandainya keadaan kita lebih teruk dari stress, hari-hari rasa nak mengamuk baling barang. Rasa nak menangis berkurung dalam bilik. Rasa nak hantuk kepala anak kat dinding.

Atau apa pun yang rasanya lebih teruk dari itu, bersegeralah kita buat appointment untuk berjumpa dengan pakar psikitrik. Kita memang betul-betul perlukan bantuan.

Cerita pada suami apa masalah dan situasi yang kita sedang lalui. Minta sokongan daripada dia dan ahli keluarga yang lain.

Ramai ibu yang tak sedar masalah depress dan murung ada tertanam dalam diri. Bila tak dirawat dan dibiarkan, akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak-anak kecil yang tak berdosa.

Anak usia setahun, 2 atau 3 tahun. Apa yang kita boleh expect? Harapkan dia faham kita, dengar dan patuh pada kita? Jangan buat perangai macam-macam yang boleh buatkan darah kita naik?

Sedangkan hakikatnya, dia sendiri masih belum kenal dan faham diri-sendiri. Masih belum ada akal. Masih belum kenal mana salah, mana betul. Masih pelik dengan kehidupan atas dunia ni.

Kalau dia panjat tingkap rumah apartment tingkat 16 sekalipun, dia selamba je boleh terjun ke bawah. Sebab akal dia tak boleh proses bentuk bahaya. Sebab dia tak tahu istilah sakit apatah lagi mati.

Dan kita, berterusan nak berkasar dengan dia. Kita layankan kecelaruan emosi yang kita hadapi. Kita lepaskan segala rasa geram dan marah yang meluap-luap pada dia.

Betapa bersyukurnya dan gembiranya syaitan yang ada di keliling kita pada waktu tu. Nauzubillahminzalik.

Dan anak kita, masih terus cuba dapatkan diri kita. Menagih simpati dan belaian dari kita. Dalam dunia dia, tidak kenal yang lain melainkan ibu dan ayahnya.

Tidak simpan walau sekelumit dendam pun pada kita. Sebab hatinya masih tulus suci, bersih dari sifat buruk dan mazmumah.

Tiada istilah terlambat wahai ibu ayah. Sekali kita tersedar dan nampak kekurangan kita pada didikan terhadap anak, cepat-cepat kita ambil peluang untuk betulkan keadaan.

Ada orang, hidayahnya dapat cepat. Ada yang agak lambat. Its ok. Itu tandanya Tuhan masih nak kita berubah jadi ibu ayah yang lebih baik dan ikhlas untuk anak-anak.

Selagi anak masih bergantung hidup pada kita, selagi itulah kita masih punya peluang yang besar untuk kembalikan saat-saat gembira bersama anak yang pernah hilang suatu ketika dulu.

Kekasaran pada anak kecil bukanlah satu idea yang baik dan betul untuk bentuk akhlak mereka menjadi indah seumpama akhlak Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

Anak sekecil ini sangat perlukan kasih sayang dan dimanja. Mereka perlukan tunjuk ajar dan penerangan tentang salah dan betul. Perlukan penegasan dan bukannya kemarahan tak berakal dari kita orang tuanya.

Betul kan ibu ayah? Kita lebih kenal dan faham siapa diri kita. Hanya kita yang mampu bertindak untuk ubah keadaan. Jangan harapkan orang lain untuk faham kita.

Bertindaklah sekarang sebelum segala-galanya jadi benar-benar terlambat.

Sayang Anak Lebih Dari Nyawa Sendiri

Dulu, bila sebut pasal mak ayah, cepat sungguh hati ni rasa sebak. Teringat segala kasih sayang dan pengorbanan besar yang diorang dah buat untuk kita.

Sekarang, bila sebut pasal anak-anak, cepat pula air mata ni mengalir tak semena-mena. Terasa dalam sungguh rasa kasih dan sayang kita pada diorang lebih dari nyawa kita sendiri.

Sungguh bertuah bila kita masih punya mak ayah yang selalu ambil tahu pasal kita. Walau kita ni dah besar panjang, dah ada kehidupan sendiri. Masih ditanya tentang kita sama ada okay ke tak.

Sungguh beruntung kita masih memiliki anak-anak yang jadi penyeri hidup hari-hari kita. Yang buatkan kita lebih belajar tentang realiti kehidupan.

Yang secara tak sedar, dalam tiap asuhan dan didikan kita pada anak, turut terselit didikan terhadap akhlak dan peribadi sendiri.

Hidup kita yang tak tahu sampai bila. Suatu hari nanti tetap ada penghujungnya. Sama ada mereka atau kita yang pergi dulu.

Entah. Semua rahsia Tuhan.

Yang tak jadi rahsia bila kita terus hidup berkasih sayang, hargai setiap saat yang ada bersama mereka yang kita cinta. Serahkan segala usaha dan tenaga yang kita ada untuk lihat mereka tersenyum, ketawa gembira.

Sekurang-kurangnya, bila kita dipanggil Ilahi nanti, tiada ralat dan kekesalan dalam hati kerana kita dah lakukan semuanya demi mereka.

Ezzaty Suffian,
Sayang mereka semuanya kerana Tuhan

 

22886207_1599262453450078_1717399025257926245_n

Ibu Bekerja VS Ibu Suri Rumah

Selamat pagi sabtu ibu ohsem. Sedikit motivasi dari zaty untuk pagi ni :

Sayang….benda yang paling penting seorang ibu kena buat ialah mainkan peranan yang betul sebagai seorang ibu kepada anaknya.

Tak kisah kita kerja atau kita suri rumah. No point kita ada gelaran ibu kalau anak-anak kita biarkan tanpa perhatian. Tanpa didikan yang betul, tanpa beri pemakanan yang sihat, tanpa penuhi keperluan emosi anak.

Banyak lagi kalau nak cerita peranan ibu pada anak ni. Tak cukup kalau kita senarai dalam satu kertas A4.

Serius tak cukup.

Dan lagi kesian bila kita serahkan bulat-bulat, 100 peratus soal penjagaan anak, asuhan anak ni pada babysitter, cikgu taska, kindergarten, cikgu sekolah. Langsung tak nak ambil tahu soal perkembangan anak.

Yang kita tahu, balik kerja anak kena behave. Kalau anak buat masalah, cepat je nak blame cikgu.Itu kalau ibu yang kerja. Lepas tangan sungguh.

Yang suri rumah pun, takda maknanya anak depan mata kalau ibu sibuk dengan gadget 24 jam. Rumah tak berkemas, baju tak berbasuh, anak ikut pandai cari makan sendiri kat dapur. Mandi tak mandi si anak, ikut suka dia lah.

Kalau dah macam tu pemalasnya si ibu, mana mungkin dia mampu didik anak-anak dengan agama Allah. Betul kan?

Nampak kan bila ibu tak mainkan peranan dan tanggungjawab sebenar? Sebab tu pagi semalam zaty cerita, juri tu cakap nak tengok perangai anak, tengok pada akhlak ibunya.

Yang lagi 1 point tu, bahaya bila kita serahkan sepenuhnya anak pada orang untuk diasuh dan dididik. Kita sibuk cari duit nak bagi pendidikan tinggi untuk dia. Orang lain yang memiliki hati anak tu. Bukan kita, ibunya.

Kita izinkan orang luar ambil tugas dan peranan kita sebagai ibu.

Terus terang zaty cakap, kawan-kawan sekolah zaty ramai jadi orang hebat. Sahsiah dan akhlak cukup cantik dan sebenarnya ibunya dulu seorang yang bekerjaya.

Yang ibunya suri rumah pun sama. Anak-anak sampai ada 12 orang , semuanya berjaya. Takde seorang pun yang gagal habis belajar kat universiti. Kerjaya masing-masing power.

Sebab apa tu? Sebab masing-masing faham peranan dan tanggungjawab hakiki seorang ibu adalah untuk jaga, didik dan asuh akhlak anak-anak sejak dari hari pertama dia dilahirkan.

Dia didik ikut pada aim, target, impian seorang ibu terhadap anaknya sendiri.

Apa yang penting kita faham amanah yang Tuhan dah bagi pada kita. Apa yang utama, kita berikan masa yang paling berkualiti bersama dengan anak-anak.

Cuma, kalau kita mampu jadi suri rumah sepenuh masa, itu yang terbaik. Terutama bila anak masih dalam fasa 0 hari ke 7 tahun. Inilah masa yang paling kritikal untuk kita tanam dalam hati dia untuk mengenali dan mencintai Allah.

Kalau tak mampu, maka kita sendiri kena adjust jadual hidup kita demi masa depan anak-anak. Kita tak boleh ada alasan untuk tidak besarkan dan didik anak-anak dengan tangan kita sendiri.

Orang lain cuma tolong tengokkan anak kita sekejap. Selebihnya guna masa yang berbaki yang ada pada kita hanya untuk lihat anak-anak membesar depan mata.

Ibu jangan down, ibu jangan sedih. Janji ibu tahu ibu dah cuba buat yang terbaik, dah usaha sedaya-upaya demi anak-anak. Tuhan melihat pada usaha dan penat lelah kita, ibu.

Kuatkan semangat ibu sebab hidup atas dunia ni sememangnya banyak sangat ujian. Kalau perlu menangis, menangislah. Esok bangun, terus bangkit macam biasa jadi ibu yang lebih baik.

Peranan Ibu Dalam Kehidupan Anak-Anak

Genap 4 tahun dah zaty jadi suri rumah sepenuh masa. Kadang-kadang terasa rindu nak masuk alam pekerjaan semula.

Ada hari, termenung juga zaty kat rumah ni. Kadang rasa down sebab takde kawan macam dulu. Kadang rasa stress bila hari-hari kita buat benda yang sama dalam rumah.

Sampailah 3 bulan lepas, zaty ada tertengok satu video dari Indonesia ni. Video program realiti Hafizh Quran yang stesen tv Indonesia buat. Ala-ala program Qari Junior kat TV3 tu.

Cuma program Hafizh Quran ni dia libatkan pertandingan hafazan ayat Quran untuk budak-budak bawah 6 tahun kalau tak silap zaty.

Ada seorang budak perempuan ni usia lebih kurang 3 ke 4 tahun, Kaisa namanya. Bila juri baca ayat pertama dalam satu surah, dia sambung dengan ayat yang kedua.

Macam tulah bergilir-gilir sampai Kaisa dapat habiskan surah tu dan peroleh 100 markah (full mark). MasyaAllah, kalau ibu ayah tengok mesti rasa kagum. Hebat sangat budak ni.

Habis sesi hafazan tu, datanglah pengacara dan dia bertanya pada juri.

“Aku perhatikan yang semua peserta dalam Hafizh Quran ini berada sangat dekat dengan ibunya. Yang aku tanya pada mereka, kebanyakan yang ajar mengaji dan menghafal itu buat pertama kali adalah ibunya.

Yang sebenarnya, seberapa besar peranan ibu terhadap anaknya?”

Dan ini jawapan juri tersebut yang jadi motivasi pada zaty sebagai seorang ibu dan suri rumah untuk terus berjuang dan kuatkan semangat demi besarkan anak-anak dengan tangan sendiri.

Jawapannya agak panjang kalau nak tulis. zaty just bagi rumusan kat sini ya :

Ada hadis yang menyebut, “sebuah negara itu akan baik jika wanita-wanita dalam sebuah keluarga itu juga baik. Tapi jika ibunya bermasalah, maka kita lihatlah seperti apa anak-anaknya nanti.”

Begitu penting seorang ibu dalam kehidupan anak-anaknya. Kerana setiap hari yang akan ada di rumah, yang perhatikan gerak-geri anaknya, apa yang terjadi pada anaknya, perubahan apa yang terjadi pada anaknya adalah dari peranan seorang ibu.

Sambung pulak seorang juri lelaki bagi nasihat dan pandangan :

Anak itu Allah titipkan (berikan atau amanahkan) buat kita. Jangan kita titipkan lagi dia pada orang lain. Kerana yang akan ditanya oleh Allah S.W.T adalah kita orang tuanya. Bukan orang lain.

Kebanyakan kita banyak serahkan anak kepada orang lain. Yang paling berbahaya bila kita besarkan badannya, tetapi hatinya di ambil oleh orang lain. Kita tinggikan pendidikan dia, tapi kita serahkan otak dan fikiran dia (asuhan) kepada orang lain.

Padahal kita sebagai orang tua diukur keberhasilan mendidik anak oleh Allah dengan 3 perkara :

1) Sudahkah anak kamu mentauhidkan Allah S.W.T?

2) Adakah anakmu berbuat syirik terhadap Allah S.W.T?

3) Adakah pendidikanmu dan sekolah-sekolah anakmu itu membuatkan anakmu taat kepada Allah S.W.T dan RasulNya?

Kalau ketiga-tiga soalan ini gagal dijawab oleh kita sebagai ibu dan ayah, maka Nauzubillaminzalik. Terseksa lah kita sebagai orang tua.

*Link video full disini ya :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=736973219740364&id=726257017478651&hc_location=ufi

Ibu ayah nak tahu, setiap anak yang kita lahirkan ke dunia ni, dia cuma ada satu fasa je. Iaitu fasa pembesaran SEHALA.

Sehala maksudnya kalau sekarang umurnya 2 tahun, 20 tahun akan datang umurnya akan jadi 22 tahun. Takkan berpatah balik pada usia 2 tahun macam sekarang.

Kalau usianya cuma sampai 5 tahun, maka kita ada masa dengan dia cuma lagi 3 tahun sahaja. Sebab anak bukan milik kita yang mutlak. Dia adalah milik Allah sepenuhnya. Hanya kita yang menjadi peminjam.

Kalau sekarang kita rasa penat, lelah, tak larat, tertekan dengan perangai dan karenah anak yang nak membesar, percaya satu perkara ni. Anak hanya bergantung sepenuhnya, 100 peratus pada perhatian dan tenaga kita daripada dia lahir sampai masuk darjah 1.

Bila dia makin membesar dan berkawan, sifat pergantungan dia pada kita tu makin hilang. Dia makin pandai nak berdikari bawa diri. Dia cuma perlukan bantuan kita hanya bila diperlukan sahaja.

Buktinya, kalau sekarang dia kerja nak berpelukan dengan kita, makan nak bersuap. Esok umur 12 tahun, dia hanya akan peluk bila dia rasa perlu dan tak rasa malu. Makan pun dah tak nak bersuap. Nak makan sendiri je.

Bila sekarang dia minta kita buatkan susu, esok umur dah 10 tahun dia akan picit air panas sendiri dan buat susu sendiri untuk dia minum. Jarang sangat dah dia minta kita buatkan.

7 tahun pertama untuk anak bukan masa yang panjang pun untuk kita nikmati telatah, keriuhan dan tangisan manja dia. 7 tahun yang pertama untuk anak hanya ajar kita untuk hargai erti rindu pada wajah comotnya, bau masamnya pada 20 tahun akan datang.

Memori indah hanya datang dengan seberapa banyak kenangan manis yang kita dapat sekarang dengan dia. Cara kita bagi perhatian, didikan, kasih sayang yang tak berbelah bahagi dengan tangan kita sendiri pada dia sekarang akan bentuk siapa diri dia 20 tahun akan datang.

Jaga Pemakanan Anak-Anak Itu Satu Perjuangan Ibu Ayah

zaty pernah terbaca satu artikel dari seorang doktor ni. Pesakit dia mengadu dan bersedih bila dapat tahu dirinya kena kanser perut.

Dia pertikaikan kat doktor tu kenapa dia boleh kena kanser. Sedangkan dia sangat menjaga makan dan minumnya. Dia tak makan all junk foods, dia amalkan diet yang sihat. Buah dan sayur pun banyak dibeli yang organik.

Doktor tu bagi jawapan yang sangat buatkan zaty rasa wow! I’m impressed.

Jawab doktor tu, ” puan patut bersyukur. Disebabkan puan jaga makanlah, puan baru dapat kanser sekarang. Cuba puan bayangkan kalau puan langsung tak jaga makan?

Mungkin puan dah kena kanser awal dulu lagi. Dan mungkin tahap kanser tu jauh lebih teruk dari sekarang.”

I get the point.

Daripada apa yang doktor ni cakaplah, sangat bagi motivasi dan semangat kat diri zaty untuk jaga pemakanan famili. Untuk fayyadh dan suami.

Betul kan. Kita sihat hari ni, bukan satu benchmark yang kita akan kekal sihat untuk 2,3 tahun akan datang. Atau mungkin 10 tahun ke depan.

Kita tak tahu tahap kesihatan kita pada masa depan. Ujian Tuhan nak bagi, kita tak boleh nak agak dan tak boleh nak kawal.

Apa yang kita boleh kawal ialah masa sekarang. Macam mana kita monitor diet dan makanan yang masuk dalam rumah. Macam mana kita nak control setiap inci makanan yang ditelan oleh anak-anak dan suami.

Bersih tak? Ada bahan pengawet tak? Ada pewarna dan perasa tiruan tak?

Kalau suami zaty lagi lah. Dia memang ambil kira orang yang masak tu tutup aurat ke tak, solat ke tak.

Sebab setiap makanan yang kita makan jadi satu sebab yang penting untuk bentuk akhlak dalam ahli keluarga terutama anak-anak.

Dengan makanan yang kita makan tiap-tiap hari yang akan tentukan sama ada jangka hayat kita akan jadi lebih panjang ataupun sebenarnya pendek.

Orang cakap nak tahu kenapa datangnya penyakit pada kita, tengoklah daripada corak pemakanan kita tiap-tiap hari.

Ibu ayah just bayangkan, kalau anak-anak kita yang masih kecil, organ dalaman baru nak matang tapi dah didedahkan dengan processed food , fast food, junk food hari-hari.

Sangat kerap kita izinkan all those foods masuk ke mulut anak.

Lepastu takde pula diet yang seimbang untuk diorang. Tak bagi nutrisi pemakanan yang lengkap. Buah dan sayur jarang sangat disuap. Kesian sangat pada diorang kan.

Sedangkan anak-anak sangat perlukan semua nutrisi sihat ni untuk perkembangan otak dan juga tumbesaran badan yang sihat.

Sebab tu pada pandangan zaty, soal fully breastfeeding, soal homemade food for baby adalah soal perjuangan ibu ayah. Dia berjuang sebab sangat susah nak buat, nak konsisten amal.

Hati nak kena kental dengan orang sekeliling. Diri-sendiri nak kena terlebih rajin dari ibu ayah yang lain, kurang tidur, kurang rehat demi anak kenyang dan terjaga.

Dalam masa yang sama kena sentiasa kuat semangat nak teruskan perjuangan jaga pemakanan anak ni sampailah misi kita tercapai.

Teknik Simplify Bantu Ibu Ayah Lalui Kehidupan Harian dengan Lebih Tenang

Sejauh mana otak kita mampu dalami satu-satu masalah yang kita tengah hadapi? Jeng jeng jeng. Betul kan, bila kita tengah diuji dengan masalah, kita lebih suka fikir dan fikir masalah tu sampai rasa down. Menangis berhari-hari dan finally kita rasa “aishhh, give up lah aku macam ni”.

Ok, teknik paling efektif zaty nak share dengan ibu ayah. Zaty namakan teknik ni sebagai “SIMPLIFY” atau translate dia MUDAHKAN. Bila kita sebut mudahkan, automatik otak kita akan set sesuatu yang mudah-mudah je.

Mulai dari sekarang, kita kena latih otak kita untuk pandang remeh, pandang ringan pada masalah yang temeh. Zaty bagi contoh : Mak-mak selalu sakit kepala fikir hari-hari nak masak apa.

So, dalam tempoh 10 minit, mak-mak kena tengok lauk apa yang ada dalam peti ais dan terus decide nak masak apa waktu tu jugak. Jangan ambik masa lama sangat fikir dari bangkit subuh sampai pukul 10 pagi pun masih dok confius nak masak apa.

Contoh masalah lain lagi : Jiran sebelah rumah suka betul datang menyendeng kat pintu rumah kita gosip itu ini. Tup tup 2 hari lepas tu, sampai kat telinga kita kata rumah kita macam tempat kucing beranak.

Ehhhh panas hati jugak kan kita. Hari-hari muka manis datang rumah rupanya ada niat nak burukkan kita pada orang lain. So, kita cuba elak dari nak marah lama-lama atau nak bersedih berbulan hanya disebabkan mulut orang.

Latih diri kita, dalam tempoh sehari ke 3 hari untuk selesaikan masalah tu dengan segera. Kalau boleh selesai, setelkan cepat-cepat. Kalau tak boleh, biar jelah. Submit doa banyak-banyak kat Allah.

Jangan kita peram lama-lama masalah tu tanpa ada jalan penyelesaian. Dahlah kepam lepastu dok fikir siang malam tak sudah-sudah. Rugi sangat-sangat. Masalah yang tak diselesaikan dengan cepat hanya buatkan diri kita diselubungi dengan aura negatif.

Tu yang kesannya asyik nak murung, update status kat facebook pun hari-hari kerja nak salahkan orang, nak marah tak tentu pasal. Percayalah, jadi orang negatif ni penat sangat tau. Pahala pun payah nak lekat. Rezeki lagi lah, kerjanya nak lari jauh je dari kita.

Simpan energi, perhatian dan fokus kita untuk benda yang lebih penting instead of fikir masalah yang tak sudah-sudah. Contohnya macam mana nak corakkan anak jadi Al-Hafiz, macam mana nak jadi suri rumah berjaya di samping buat bisnes tambah pendapatan keluarga.

So nanti, andai ditakdirkan kita diuji dengan ujian yang lebih berat pun, kita takkan rasa terkejut sangat sebab kita dah sediakan diri daripada awal. Akhirnya nanti, masalah yang kecil-kecil tu kita akan let go macam tu je. Dah tak perlu nak fikir selagi dia tak kacau kehidupan harian kita.

So sekarang kalian senyum dan amalkan selalu teknik SIMPLIFY ni ok?

Bertabahlah Ibu Ayah! Pembelaan Allah Itu Sangat Manis

Tiap anak yang kita lahirkan dengan penuh kesusahan, kita besarkan dengan sengkang mata dan titik peluh kudrat tulang empat kerat, kita beri didikan yang sedaya-upaya biar sempurna….. dan akhirnya, kita ibu bapa harapkan satu perkara : Mudah-mudahan anak ini akan menjadi SAHAM buat kita di dunia apatah lagi di negeri akhirat sana.

Harapan kita bila dia dah besar dan punya kerjaya hebat, boleh lah kita TUMPANG senang. Takdelah kita terkapai, hidup merempat di hari tua. Kat akhirat nanti pun, yang tarik dan selamatkan kita biarlah dia anak yang SOLEH.

Tapiiii, macam mana kalau yang berlaku tu sebaliknya? Anak yang berjaya tu tak kenang jasa kita. Apakah kita akan berendam air mata, marahkan anak sampai taknak halalkan makan minum, susu yang diberikan? Redha Allah letaknya pada Redha ibu bapa. Biar dia susah, duplicate lah engkau sama macam nasib si TANGGANG nanti.

Ohhhhh, Itu silap kita ibu bapa. Berapa banyak ikhlas sebenarnya kita bila besarkan dan didik anak-anak? Of cozzz ramai yang jawab ikhlas. Tapi ada ibu bapa yang jauh lagi ikhlas hatinya nak banding ngan ikhlas seposen dua kita.

Ikhlas sehingga ke lautan hati paling dalam tulah maknanya taknak langsung harapkan apa-apa balasan dunia mahupun akhirat, kita didik anak-anak hanya semata-mata Lillahi Taa’la, Kerana Allah : Dorongan awalnya kerana Allah dan harapan akhirnya cuma keredhaan Allah semata.

Ibu bapa yang ikhlas tak akan harapkan balasan apa pun dalam tugas besarkan dan didik anak-anak. Sama ada depa nak kenang atau tak jasa kita, itu SOAL KEDUA. Cerita PERTAMANYA ialah macam mana kita genggam dan laksanakan tugas keibubapaan atas dasar AMANAH ALLAH.

Hukum alam kata semakin kita memberi, semakin banyak kita menerima. Selagi kita tak mengungkit, tak harap apa-apa balasan SEBENARNYA semakin banyak kita akan dibalas dengan kebaikan. Allah tak akan kecewakan ibu bapa yang ikhlas! Anak-anak pasti akan kenang jasa ibu ayah tanpa sekali pun kita menyebut-nyebut, meminta-minta.

Kita cuba belajar nak jadi betul-betul IKHLAS. orang yang ikhlas akan dicintai Allah dan untuk nak dapat cinta AGUNG ni salah satu caranya ialah bila kita buat satu-satu tugas, kita sedaya-upaya untuk memperelokkannya, buat dengan usaha maksimum sampai dapat hasil yang optimum. Orang putih cakap ALL OUT💪

Ikhlas ni lebih tinggi dari PAHALA. Sebab ikhlas ni tujuannya hanya untuk MEMBERI, bukan menerima. Dan ikhlas tu bila kita terima hanya untuk memberi semula. Susah sangat nak dapat taraf ikhlas lagu ni. Tapi kita cuba jugak sebab itu tugas kita sebagai HAMBA. Maha suci Allah yang sentiasa pelihara kita dari keburukan dunia dan akhirat.